HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI
HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI. Ada orang jenis gila selfie setiap hari tak kurang dari 100 gambar dia snap. tak kurang dari 10 gambar dia upload. Maybe dia confident gambar dia menarik.. Tipu sangat la orang suka tunjuk gambar hodoh dia kalau dia sendiri jijik tengok kan? hahahaha... Kebanyakkan dari kita memang akan upload gambar yang kita nampak rupa kita elok je even ada muka orang lain dalam gambar kita dalam keadaan yang sangat memalukan.. kita dah tak kisah. Spesis jaga muka sendiri memang macam tu.. Tak fikir aib orang lain yang penting dia nampak cantik & menyerlah dalam gambar tu. Orang lain nampak buruk lagi bagus...Gambar sekadar hiasan. Carian Google |
Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.
Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.
Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.
Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.