Showing posts with label lazada 5th birthday sale. Show all posts

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE. Baru je habis sale sempena lazada 5th birthday haritu.. Selain aku dapat surprise box dari lazada yang ada 10 barang berjenama dalam tu termasuk 1 handbag berjenama carlo rino, aku tak lepaskan peluang juga bershopping sempena lazada 5th birthday sale ni. Tapi tak ada la bershopping sakan kan.. Cuma beli barang2 yang perlu sahaja..

Trolley Travel Mate

Antara barang yang aku beli masa lazada 5th birthday sale tu.. satu bagpack untuk anak aku.. Macam hampeh beg tu. Siap ada stapler kemudian cover dengan pekat hitam.. Aku call seller dia tanya. Dia cakap beg dia semua memang ada stapler. Macam hampeh.. konon harga selepas diskaun RM35 padahal kualiti barang dia memang jenis barang murah punya. Siap seller GTE shop tu cakap.. Beg RM35 include postage memang kualiti dia macam tu.. lain la beg harga RM350.. Boleh la dapat handmade yang mata cantik katanya. Yang kau letak harga konon beg tu macam mahal sangat sebelum diskaun & selepas diskaun murah yang amat memang la orang expect barang tu kualiti dia sama harga macam barang mahal tapi sebab ada diskaun dapat harga murah. Hangpa menipu tak mau ngaku!! Kebanyakkan seller memang macam tu suka manipulasikan harga konon after discount murah la padahal barang tu sebenarnya tak ada diskaun pun. Malas aku nak review beg dari seller GTE shop kat lazada tu. Tak best langsung hahahaha. Nasib baik Lazada Malaysia sentiasa berjaya pujuk hati aku. Lepas komplen dapat vocuher membeli belah.. Lazada Malaysia memang terbaik sebab sentiasa pantas mengambil tindakkan setiap aduan pengguna.

Barang kedua.. Shimmer powder. Yang tu nanti aku review untuk next entri. Hari ni aku nak review barang ketiga iatu Trolley Travel Mate. Bag trolli untuk isi pakaian kalau nak travel kemana mana la. Memandangkan beg pakaian aku tu rasa uzur sangat kot. Aku beli murah je sebelum aku kawen lagi. Sedang elok la dia pun dah uzur harus la kembali kerahmatullah dah tu. Sebab aku ni duduk rumah puncak kayangan.. Sementara nak turun berpijak di bumi yang nyata ni.. nak kena usung beg bagai jugak la kan.. So aku rasa lebih pratikal guna jenis bag troli ni. Sebab ada roda. Aku ada travel Luggage yang jenis hard cover tu tapi macam tak sesuai pulak nak usung bawak balik kampung beg tu sebab besar sikit. Penuh bonet kereta pulak. Beg tu aku bawak masa mula2 nak berhijrah kat sini katanya.. Tentu la besar sikit. Aku selalu balik kampung bukan berbulan pun.. paling lama 4 - 5 hari jer. Jadi tak perlu la nak bawak beg besar macam nak lari dari rumah sebab tak bayar sewa pulak kan. Nanti boleh mengundang fitnah dari jiran puaka sebelah rumah ni.. hahahaha


Sempena ada sale kat lazada haritu jadi terbeli la Trolley Travel Mate warna dia biru. Stok dia memang biru je. Biru gelap. Harga masa aku beli tu RM44 tapi tadi tengok dah habis sale harga dia RM55. Bersize L: 56cm x W: 23cm x H: 35cm. Sama size dengan bag travel aku sebelum ni. Memang aku dapat pun ngam2 sama besar jer.


Kualiti kain dia memang nampak tebal. Insya Allah tak mudah koyak. Tahan la kot 10 tahun lagi haahahaha. ada dua zip. Zip pun tak nampak macam cap ayam sangat. Ada dua roda, satu pemegang tangan & satu pemegang yang boleh laras untuk troli. Kalis air. Warna dia memang cantik jugak la walau plain color jer. Aku memang suka kalau bag ni warna2 gelap.. kalau terkotor sikit pun tak nampak comot. Jenis2 travel bag ni.. Kita nak bawa sana sini memang aku rasa better jenis warna gelap ni. Bagi aku besar juga la. Setakat nak isi kain baju kami 3 beranak untuk seminggu balik kampung tu cukup la kot.. Beg sebelum ni pun muat jer...

delivery dia tak lama pun.. Tak sampai seminggu. Kalau hangpa minat nak beli boleh clik kat Trolley Travel Mate. Memang satu design & satu warna jer. Tak payah nak pilih2 dah. Kalau berkenan clik & beli jer katanya hahahaha... Harga dia bagi aku tak ada la mahal. Kat luar sana jenis trolli bag ni memang agak mahal harganya. Yang jenis macam ni ada yang sampai RM70++ Ni aku beli dengan harga RM44 memang tak la mahal mana berbanding bakal di lenjan tanpa belas kasihan nanti. hahahaha. Atau nak cari apa2 beg untuk travel boleh tengok kat sini >> Travel & Laguage <<

Sekian je review dari aku. Pada mereka yang tengah survey boleh la usya2 trolley bag ni. Nak membeli belah di website macam lazada ni.. Please baca review dari pelanggan sebelum ni. Memang ada yang tak ada review.. Kalau ada kontroversi pasal seller yang menjual kat situ better elakkan membeli. Bukan apa kadang2 ikut nasib.. Nasib baik dapat barang yang baik. Nasib tak baik.. Dapat barang kualiti stapler hahahaha.

Alang - alang tulis pasal lazada ni jangan lupa sekarang Lazada tengah mengadakan Lazada Big Baby Fair sehingga 2 April 2017, dimana korang boleh membeli belah banyak barang keperluan bayi & kanak kanak dengan harga diskaun sehingga 85%. Banyak jenama terkenal yang terlibat dalam kempen ni. Cepat tengok kat Lazada Big Baby Fair

MAYBELLINE SUPPER BB CUSHION ANTARA BARANG YANG AKU SUKA DALAM LAZADA 5TH BIRTHDAY SURPRISE BOX

MAYBELLINE SUPPER BB CUSHION ANTARA BARANG YANG AKU SUKA DALAM LAZADA 5TH BIRTHDAY SURPRISE BOX. Masa dapat Lazada surprise Box bagai nak gila aku tengok sebab ada beberapa barang kosmetik. Aku ni memang la sejenis perempuan yang sukakan kosmetik jadi bila Lazada macam tau tau je apa aku suka bertambah suka la aku. Salah satu barang kosmetik dalam Lazada Surprise Box tu adalah Maybelline Super BB Cushion Fresh Mate..


Serius aku tak pernah guna apa2 jenis atau jenama BB cushion ni. Memang tak pernah ada dalam koleksi beg makeup aku. Sebab tak pernah beli atau pernah cuba bila dapat memang la excited nak merasai pengalaman guna Maybelline Super BB Cushion Fresh Mate ni. Benda baru katanya.. cempeqa tu lebih sikit dari barang lain yang ada dalam surprise box tu. hahahaha


Memang dah beberapa kali aku guna.. Memang best ok. Sebab Maybelline BB cushion ni senang nak apply & senang nak blend sekata dengan kulit. Aku guna yang natural so sesuai la dengan kulit aku yang sawo matang. Bila pakai.. Memang nampak natural jer.. Tak ada bercapuk atau macam tempek tepung kat muka. Kira dia ngam2 la dengan warna kulit aku.Kulit pun nampak lembab & lembut jer.


Yang lagi best tentang Maybelline Super BB Cushion Fresh Mate ni bila kita apply dia akan bagi effect glowing & flawless on the spot. Rasa bersinar sinar muka. Tak cair waktu cuaca panas & tak pecah minyak jugak. Tu yang paling penting sebenarnya.. Baru makeup boleh bertahan lama. Tak payah nak touch up banyak kali.

Best ok pakai Maybelline bb cushion yang baru tu. Rasa senang nak apply & senang nak blend sekata kat muka. Dia bagi effect glow & flawless bila pakai. Serius memang best. Jimat masa nak touch up muka. Tak payah nak pakai moisturizer & foundation lagi. Kalau korang nak try Korang boleh dapatkan di http://www.lazada.com.my/pre-order-personalized-maybelline-super-bb-cushion-fresh-mattespf29pa-02-light-free-engraving-and-gift-eta-from-24-march2017-20505149.html/?offer_id=5428&affiliate_id=30118&offer_name=MY+Chrome+Plugin&affiliate_name=lekatlekitstory&transaction_id=102d7fbdc86b2db0080f96130932f6 sebab produk ni baru lagi tak tau kat luar dah di jual secara berleluasa ke belum. #maybellinesuperbbcushion #cosmetic #maybelline #bloggerReview #beautyblogger #lekatlekitdotcom #lazadasurpri5e #lazada5thbirthday #lazadamalaysia
A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on

Kelebihan lain BB cushion ni kalau compare dengan compact powder jatuh memang berkecai la bedak dia kan.. Kalau BB cushion jatuh pun bedak dia tak pecah sebab jenis cream & tak tumpah sebab dia mendap dalam bekas yang macam span tu. Bila nak guna just dap dap je  guna span di sediakan. Selain tu.. dah tak payah nak pakai foundation ke, bedak compact ke, bedak serbuk ke hapa... Hanya dengan Maybelline BB Cushion ni dah cukup melengkapkan segalanya. Sunblock pun tak payah pakai dah sebab dah ada SPF25. hehehhee


Maybelline BB Cushion ni tak silap aku baru lagi.. Mungkin certain tempat masih tak ada jual. Jadi kalau korang berminat cuba boleh melalui website lazada kat sini >> L'Oreal Malaysia Official Store << Bukan sahaja korang boleh membeli Belah Maybelline BB Cushion ni malah banyak lagi barang kosmetik lain dengan harga diskaun sehingga 60%. Rambang biji mata aku wei tengok.. Sampai jadi bling bling dah ni. Semua murah2. hahahaha

Bukan je produk Maybelline malah Bermula 22 march sehingga 24 march Lazada mengadakan sale sempena Lazada 5th Birthday.. Time ni la paling Afdal nak membeli belah apa2 barang pun.

Skincare pun ada sale juga ok sempena Lazada 5th birthday ok. Eversoft Booster Mist ni aku pakai pun not bad. Bau wangi & muka jadi lembut jer.. Boleh check it ou kat sini >> Wipro Unza Malaysia <<

Bukan je kosmetik malah macam2 barang & produk berjenama lain pun ada sale. Dari kosmetik, fesyen, gadget elektrik/elektronik,Peralatan rumah & banyak lagi. Inilah masanya kalau korang nak jimat membeli belah di lazada. Time ni la nak beli barang2 berjenama terkenal dengan harga yang mampu milik katanya. hehehehe. Amaran keras.. Jangan pengsan ok lepas tengok lazada 5th Birday sale ni ok! Kang takde orang nak bagi pertolongan cemas pulak nanti. Ishtifar banyak2 & shopping la dengan tenang. Korang boleh check it out kat sini >> Lazada 5th Birthday sale << kalau nak beli apa2 dengan harga diskaun tak hengat punya. hehehehe

Antara Jenama Yang Juga terlibat dalam Lazada 5th Birthday Sale ni adalah Carlo Rino. Nak handbag macam ni dengan harga diskaun tengok je kat sini >> Carlo Rino <<

Jangan lepaskan peluang membeli belah sempena lazada 5th Birthday sale kali ni..  Ok aku nak pi usya sat. Apa?? Ingat aku promot je tak teruja ke dengan sale yang lazada buat?? Harus la beli something jugak. Rugi time sale tak membeli belah. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com