Setakat bunga.. tak rare sangat la. Apa ingat semua mak2 suka sangat ke bunga even mak aku memang suka bunga. Tapi sayangnya dia melahirkan seorang anak ke 3 (
tapi sebenarnya aku anak ke empat tapi sebab kakak yang sulung meninggal dunia lepas lahir jadilah aku anak ke 3 ganti) yang tak suka bunga. Sesungguhnya tak menaikan nafsu serakah langsung aku nampak bunga. Bab2 tu aku bukan tipikal perempuan la. hahahaha
Sumber Google
Disebabkan aku tak minat bunga aku memang harap takde sapa2 bagi aku bunga termasuk asben aku sendiri sebab aku tak reti nak berlakon excited macam mana nanti hahahaha. Bersempena hari ibu jatuh pada hari ahad (semalam) maka hari tu memang hari aku tiap2 minggu berjimbaraya bersama keluarga. So, aku tak rasa sangat la keluar semalam tu sebagai untuk meraikan hari ibu even semalam.. Rasa macam special pulak.
Mula2.. bawak budak kecik mandi sungai kat sungai pisang, gombak. Lepas habis kecut segala bagai.. berdesup singgah The store Jalan Ipoh. Kat situ nampak pasaraya macam buruk tapi aku memang tak pilih kasih bab pasaraya ni. Asal boleh merembat isi dalamnya.. luar nampak seram pun aku sanggup masuk katanya hahaha... Yelah.. bersempena hari ibu & bersempena beg beli kat Avenue86.com tu zip kat depan dia dah musnah sama sekali aku rembat la beg. Aku tak tau the store buat clearance stok sambil mengaburi biji mata pembeli mengatakan ada sales. Beg jenama B.U.M aku beli kat tag harga RM289 tapi lepas diskaun RM86.90 jer. Aku suka brand ni sebab tahan lasak.. Yang lepas pun sampai buruk takde koyak takde zip rosak cuma kesian pulak nak bawak bila nampak uzur sangat. dah tiba masa masuk arkib. yelah.. aku spesis lenjan sampai nazak katanya. hahahaha
Sebelum terembat beg terlebih dahulu terembat 2 pasang baju.. Ok selesai hadiah hari ibu kat the store Jalan Ipoh tetiba kereta yang di pandu sang suami menuju ke mutiara damansara. Hati kembali berbunga umpama kali pertama jatuh cinta kat suami katanya bila nampak sign board tulis mutiara damansara. Bukan excited nak lepak tempat retis kat e@curve atau nak makan meatball kat Ikea.. Tapi excited kat situ ada kedai dvd classic world entertainment. Ni la hadiah paling aku tunggu2 tiap2 minggu. hahahahaha
Dalam banyak2 hadiah.. Hadiah ni la hadiah paling buat muka seram aku jadi berseri seri. Tapi sayang yang di cari masih tak muncul2. Filem Jengka tak jugak keluar2 lagi dvd original. Macam mana la ah lang nun senang buat duit.. filem dah bersepah kat astro first tapi dvd original tak keluar2 lagi. Nasib baik aku fobia nak beli dvd ah lang nun. So aku sabar je lah tunggu sampai keluar original dvd.
Pun begitu sebab sempena hari ibu, mesti reward jugak untuk diri sendiri. Sang Asben harus jugak memenuhi nafsu seram sang isteri. Rembat jugak la filem Ju-on : The begining of the end sebab dia letak kat rak new release even rasanya filem ni tayang tahun lepas kan? Takpe la.. konsep aku selagi aku belum tengok aku kategorikan filem baru. hahahaha.
Macam biasa tunggu aku telaah dulu baru aku review
Selepas dapat hadiah seram ni.. terus meluncur makan malam ke sungai buloh sebelum balik rumah menikmati hari2 seorang ibu yang suka filem seram.
Family kecik aku ni hidup sangat simple. Sambutan hari apapun cara kami meraikan sama jer.. keluar, jenjalan, shopping, makan. Takde celebrate dengan party bagai.
Moral of the story dari teruk2 sangat hangpa dok berdebat pasal sambutan hari ibu, baik la hangpa menikmati hidup macam biasa tak kira hari apapun. macam aku janji buat benda yang aku suka bagi aku satu celebration jugak tak tunggu tarikh tertentu hahaha.