KISAH HANTU PEREMPUAN MULUT TERKOYAK
Untuk segmen seram serik kali ni kita ke jepun sekejab sebab Air Asia buat promosi tiket murah katanya hahaha.. Bila ke jepun ni singgah sekejab interview Kuchisake Onna ni untuk slot seram serik lekat lekit. Nampak sangat bohongnya kan? Interview hantu jepun la sangat kau! Setakat reti sebut sushi tak payah berangan, hokay!
Sumber Wikipedia Indonesia
Berbalik pada cerita hantu kuchisake onna ni.. Asal usul dia katanya wanita yang di bunuh suami sebab cemburu. Dia jugak di katakan seorang perempuan cantik yang sombong. sebab curang dia di bunuh & mulut dia di toreh hingga ke telinga. Ada versi lain mengatakan dia mangsa pembedahan pembedahan plastik. Katanya sebab doktor yang buat pembedahan tu pakai minyak rambut yang bau kuat sampai dia tak tahan masa operation di jalankan. dia tak boleh duduk diam sampai doktor tertoreh mulut dia. Versi mana yang betul... kena pergi jepun interview orang sana. Tapi versi sebab minyak rambut doktor tu macam kelakar jugak la. Tapi doktor2 kena ambil pengajaran jugak hahahahaha
Sebenarnya banyak versi asal usul kejadian mulut dia terkoyak.. antara yang kata sebab kemalangan jalan raya, ada jugak katanya dia mengalami sakit mental & menoreh sendiri mulut dia, ada cerita katanya dia mangsa rogol & mulut dia di toreh perogol & ada jugak kata sumpahan dari orang sebab dia makan duit haram. Version yang mana betul tak tahu tapi hantu ni memang trademark dia mulut dia terkoyak kedua belah sampai ketelinga.
Katanya hantu ni selalu pakai mask untuk tutup kesan mulut dia yang terkoyak tu. Tapi kalau jumpa hantu ni memang serba salah jadinya. Tak jawab dia salah.. jawab dia pun tetap salah. memang takde pilihan la jumpa spesis hantu camni. Menurut cerita lagenda jepun.. bila seseorang terserempak dengan hantu ni dia akan tanya soalan, samada dia cantik atau tak? Kalau kau jawab tak cantik siap kau! Katanya dia akan tikam kepala korang dengan gunting tapi kalau korang jawab cantik pulak.. dia akan gunting mulut korang sama macam mulut dia terkoyak. Tapi kalau jawab biasa jer, katanya akan selamat. kalau tak jawab apa2.. tak tau la pulak dia buat apa. Sebab sumber yang aku dapat tak cerita pun pasal tu. Maybe tak jawab lebih selamat jugak la kot hahahaha. Tapi ada versi yang wujud tahun 2000an yang kata kalau kita tanya dia balik samada kita cantik ke tak kita akan selamat sebab dia tak tau nak jawab, time dia tengah fikir tu boleh la cabut lari. Cuma bunyi macam tak berapa logik jer hantu ambil masa fikir nak jawab soalan kita. hahahaha
Yang bagus hantu ni katanya dia tak suka pembuli. Sapa kaki buli kat sekolah atau kat memana siap la. Katanya dia akan kelar leher si pembuli. Sampai dah membunuh susah jugak kan? kalau takat menyakat boleh la jemput datang ke Malaysia. Nak letak kat sekolah2 & asrama. Tapi kang abis mati anak orang kena kelar pulak. hahahaha
complecated sungguh hantu jepun sekor ni kan? Jawab cantik salah.. jawab tak cantik pun salah. Sebenarnya dia nak jawapan macam mana pun tak tau. Yelah.. kita pun kalau jumpa orang yang tak cantik pada pandangan mata kita datang tanya soalan macam tu confirm la sebagai nak jaga hati kita jawab cantik, ye dak?? Tapi minah hantu sekor ni tak guna bagi jawapan dua2 jadi musibah juga. Kalau jumpa tak payah layan. Buat2 macam tak nampak sudah. Maybe selamat. hahahaha
Moral of the story.. Jangan curang dengan pasangan masing2. Nanti mati jadi hantu kuchisake onna... hahaha.. tu ajaran sesat jangan percaya. Yang pasti curang termasuk dalam kategori derhaka pada suami & bila derhaka tak cium bau syurga.