FILEM YANG MEMAPARKAN HANTU REAL BUKAN DI LAKONKAN SEMULA OLEH PELAKON BAKAL DI TAYANGKAN
Kini muncul pula dengan filem seram paranormal pertama di Malaysia berjudul Penunggu Istana.Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal yang berlaku di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana BillahI.a dikatakan istana berpuaka dan kesahihan aktiviti paranormal yang berlaku di istana tinggalan 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini.Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana. Mereka turut mengalami pengalaman yang mengerikan. Hal ini membuktikan bahawa tempat itu benar-benar mempunyai kisah misteri yang belum terbongkar.filem itu mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli Seekers.
Kajian lima pelajar ini dibantu oleh Seekers akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman 'footages' itu difilemkan sepanjang 15 hari mereka di sana mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan. Sepanjang 15 hari, banyak penemuan pelik yang mereka temui. Penemuan inilah yang akan disajikan kepada penonton.Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk itu dan perkara yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka. Bagi mereka yang lemah semangat atau mudah terkejut dinasihatkan berfikir dulu sebelum menonton filem ini kerana filem ini memaparkan footages yang benar-benar berlaku yakni bukan sekadar rekaan. Filem ini mampu membuat jantung anda berdegup kencang dan menaikkan bulu roma!
Wah filem yang memaparkan hantu real punya bukan bukan hantu yang di lakonkan semula oleh pelakon. Agaknya level seram dia tahap mana yer?? Apapun nampak kelainan dari penghasilan filem ni tapi belum boleh menilai lagi adakah ia mampu menjadi filem seram yang terhebat. Kita tunggu jer yer.. Nampaknya trend menghasilkan filem berkisahkan seram, misteri & mistik ni belum lagi berakhir fenomenanya. Bilalah akan ada filem sehebat Yasmid Ahmad?? Rindu sangat pada filem - filem arwah yang bagi Sang Lekit memberi kesan bila menontonnya.
Rujukan : Harian Metro