Showing posts with label irsyad soleh. Show all posts

BERAKHIR PENDERITAAN ADIK IRSYAD SOLEH

Kalau korang kenal dengan pemilik blog Akak Nora Berkisah dah tentu korang kenal dengan Adik Irsyad Soleh yang banyak jugak cerita dia dalam blog Akak Nora ni. Soleh anak yang terpilih di uji dengan penyakit & kesakitan. Dalam usia 7 bulan kalau tak silap dah di duga dengan penyakit tumor Otak.

Segalanya perjalanan kisah adik soleh ni ada di ceritakan di blog Akak Nora Berkisah cuma sejak soleh mempunya dua adik.. makin kurang akak nora meng update kisah soleh di blog tapi banyak di kongsikan perkembangan adik soleh di FB.

Kisah anak kecik bernama Soleh ni memang menyentuh hati saya sebagai seorang Ibu. Tak terbayang anak sekecil itu terpaksa menjalani kehidupan dengan menanggung kesakitan. Di bedah berkali kali... Namun... Hari ni dalam usia 3 tahun, segala penderitaan yang soleh tanggung berakhir... Soleh kini dalam perjalanan ke syurga.

Ya Allah sesungguhnya hati & diri ni tak tak menahan airmata... Takziah kepada seluruh ahli keluarga Adik soleh & Al fatihah buat penghuni baru syurga. Berbahagialah kau di sana nak.. Sesungguhnya itulah tempat terbaik untuk mu setelah di dunia kau di uji dengan dugaan berat.



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com