Showing posts with label tahun. Show all posts

NI NAMANYA TAHUN BARU CINA CAP IKEA

NI NAMANYA TAHUN BARU CINA CAP IKEA. Kemeriahan menyambut Tahun baru cina bagi kaum cina dah nampak auranya bila tanglung2 mula di gantung. Kalau kat kepong tu bersepah dah tanglung merah tergantung. Nasib baik la Merah kalau putih, di malam yang sunyi & gelap.. kalau lalu ada jugak yang langgar tiang kan.


Kat Malaysia ni selain Hari Raya yang di sambut umat Islam, tahun baru cina juga salah satu perayaan yang di sambut secara meriah walau tahun baru cina susah nak nampak cina pakai pakaian tradisi mereka berbanding kaum Melayu & India masih mengekalkan pakaian tradisi bila sambut hari perayaan. Yelah.. cina sekarang banyak western dah. Dah semakin tak nampak budaya tradisi mereka.

Tapi tetap la kaum cina masih merayakan Tahun baru cina walau depa tak pakai cheongsam masa tahun baru cina. Kita orang melayu ja kadang2 over.. Orang lain raya kita pulak lebih2 tempah cheongsam terbelah sampai peha. hahahahaha

Yang pasti Orang cina masih kekalkan benda ni masa sambut Tahun baru cina. Tapi yang lainnya cuma cap Ikea. Nak tau kenapa jadi cap Ikea meh tengok kat sini >> Inilah dikatakan Tahun Baru Cina Cap Ikea <<

Almaklum la sekarang ni semua bangga kalau cap Ikea. Kalau cap DIY macam aku sapa nak pandang ye tak. hahaha.. Takpa nak cap apapun  kalau mampu jangan sampai tak mampu pun kau gigih nak ber cap Ikea memang tu kategori harus di herdik sehingga insaf. hehehe

PERKARA WAJIB ORANG BUAT MENJELANG TAHUN BARU

PERKARA WAJIB ORANG BUAT MENJELANG TAHUN BARU. Esok adalah last day untuk kita semua berada dalam tahun 2015.. Lepas tu memang takkan muncul lagi tahun 2015 kecuali dalam kenangan jer. Bersedia semua umat manusia untuk menyambut hari tua masing masing yer.. Sebab memang takde manusia akan semakin muda walaupun awet muda. Kedut mungkin boleh di seterika guna rawatan lazer tapi umur tak ada poket doremon yang mampu buat kita kembali tahun sebelumnya. Terima la hakikat.. hahahaha


Bila menjelang tahun baru macam satu kewajiban pulak bagi majoriti umat manusia buat benda ni. Macam kalau tak buat rasa macam someting missing jer.. rasa awal tahun tu akan berlalu dengan kekurangan yang sangat besar. Mungkin mencacatkan sedikit memori awal tahun kalau dia tak buat. Orang lain pun macam takde soalan lain nak tanya.. Asal tahun baru soalan tu jugak nak tanya.

Aku setiap tahun memang malas nak buat benda ni sebab bagi aku bila2 je aku ada kesedaran diri aku akan buat.. tak tunggu hujung atau awal tahun. Rasa macam tipikal sangat.. asal hujung tahun je kena buat. tak sampai setengah tahun dah lupa.. Akhirnya sampai hujung tahun berikutnya.. hanya niat tapi tak buat pun.

Korang pun mesti dah ting tong apa benda aku dok mengarutkan?? Takde la aku cakap pasal azam je.. asal menjelang tahun baru ramai yang akan gigih berazam walau azam tahun2 lepas tu hanya jadi asam je tak jadi apa - apapun. basi macam tu jer hahahaha. Tapi tak apa la kan.. Azam tu kadang2 jadi target jugak. Ada yang setiap tahun dia ada target untuk sesuatu.. & target dia akan tercapai setiap hujung tahun. Ada orang ada target jugak setiap tahun tapi sampai hujung tahun target kekal sebagai target membawa ketahun tahun seterusnya.. Capai tak jugak. hahaha

Sebenarnya ramai je yang azam dia tak pernah terlaksana setiap tahun... Tapi takpe bagi menjadikan akhir tahun 2015 anda sesuatu yang best korang boleh try buat benda2 ni >> Ini Yang Anda Boleh buat Untuk Melangkah ke tahun 2016 dengan penuh gaya <<

Moral of the story.. aku tetap ada azam tapi bukan setiap tahun.. setiap hari aku berazam untuk sentiasa ada azam baru sebaik bangun tidur. Tak kira azam nak mop lantai sampai bersinar ke.. Azam nak update blog sampai tercabut keyboard ke.. Yang penting setiap hari ada je azam aku buat termasuk jadi lebih baik dari semalam. Tapi tu la.. tang tu nampak tak capai target lagi hahahaha.

INILAH NEGARA YANG PENUH PESTA SEPANJANG TAHUN

INILAH NEGARA YANG PENUH PESTA SEPANJANG TAHUN. Kat mana2 pun manusia memang suka berpesta. Tak tunggu hari2 pesta tertentu.. Tak caya sapa suka berkunjung ke pub bagai tahu la. erkk.. Sumpah aku seumur hidup tak pernah jejak kaki dalam pub. Sebab dulu ada antara kawan2 aku yang suka berpesta di pub ni maka aku tahu la serba serbuk pasal pub.


Berhibur sekali sekala tu tak salah tapi yang salah tu cara berhibur. Pesta buih, dadah,arak, seks bebas bagai. Setakat berparty ramai yang suka buat party. Salah satu contoh party hari jadi.. Yang jadi trend sekarang Baby shower party sampai jadi isu makan dalam pampers bagai punya nak bersimbolik bagai. Tu antara contoh bila berparty sampai di luar logik akal seorang manusia. Bila buat sesuatu yang berlawanan dengan cara hidup masyarakat sekeliling itulah padahnya padahal baby shower sebelum ni tak jadi isu besar pun kat Malaysia.

Yang suka berparty tu elok la sekali seumur hidup berkunjung kat negara ni. Sebab kat negara nan satu ni sepanjang tahun macam2 pesta depa ada. Jimat duit tak payah nak bayar masuk club bagai kan.. Kau nak pesta apa.. semua depa ada. Memang negara ni layak di gelar negara pesta sepanjang tahun. Nak tahu negara mana & pesta apa yang selalu mereka raikan meh tengok kat sini >> Jika Anda Suka Berpesta Inilah Tempat Patut Anda Kunjungi <<

Nak berparty ke.. berPARTI ke hapa.. Jangan melampau lampau. Buat secara sederhana sudah. Memang hidup perlukan juga hiburan tapi pilihlah hiburan yang tak memudaratkan & merosakkan diri sendiri atau orang lain.

JANGAN BIARKAN 2015 BERAKHIR TANPA BUAT PERKARA NI

JANGAN BIARKAN 2015 BERAKHIR TANPA BUAT PERKARA NI. Salam Maulidur rasul buat semua. Cuti lagi la bagi mereka yang bekerja. Time2 cuti macam ni la nak habiskan masa berkualiti bersama anak anak. alang2 cuti sekolah masih ada beberapa hari lagi kan.


Kalau budak2 dulu sebelum wujudnya gadget elektronik memang cuti sekolah banyak je aktiviti outdoor dengan kawan kawan. Budak kampung macam aku selain main.. ada la pergi memancing la, hiking bukit kat kampung & banyak selain tengok kartun kat tv. Tapi budak2 sekarang selagi mak bapak tak merancang aktiviti luar rumah.. selagi tu dia terperuk dalam rumah mengadap tv, tablet & smartphone je la..

Kesian kan zaman kanak kanak sekarang.. Nak keluar sendiri jenayah banyak sangat. Kena jugak tunggu mak bapak yang bawa keluar walau nak ke padang permainan yang tak jauh dari rumah. Bersempena cuti Maulidur rasul esok pula orang dah start cuti untuk christmas elok la korang buat benda ni dengan anak anak >> Jangan Biarkan 2015 Berakhir Untuk Korang Sekeluarga Macam Tu Je. Cuba 7 Idea Epik Ini! << Rugi biarkan 2015 berakhir tanpa buat aktiviti ni dengan anak anak.

Mesti anak anak korang suka & menjadi sejarah terindah dalam hidup dia kalau dapat buat semua tu dengan orang2 tersayang. Benda tu mungkin menjadi cerita kenangan yang akan di ceritakan dari satu generasi ke generasi katanya. Yelah.. Indah sangat katanya. heheehe

PERKARA YANG MESTI CUBA SEKALI SEUMUR HIDUP SUPAYA TAK MENYESAL

PERKARA YANG MESTI CUBA SEKALI SEUMUR HIDUP SUPAYA TAK MENYESAL. Time2 hujung ramai yang mula merancang nak cuti cuti Malaysia. aku nampaknya tahun ni Tak pergi mana mana kot. Merayap area KL jer.. Tahun depan dah tak boleh nak holiday suka hati dah sebab anak aku dah nak sekolah. Selalunya kami suka pergi holiday bukan waktu cuti umum atau cuti sekolah. Sebab taknak bersesak dengan manusia lain & taknak bayar harga semua benda yang jadi double. Tapi lepas ni terpaksa akur anak dah besar.. Kena ikut time cuti sekolah jugak la.


Tak lama je lagi kita dah nak masuk 2016.. Alahai tetiba rasa tua sangat dah. Padahal banyak benda belum buat lagi entah sempat ke tidak ni. Almaklum la semakin tua kudrat pun semakin tak sama.. Kalau dulu selamba panjat bukit bukau sekarang baru panjat anak tangkat satu tingkat pun termegah megah macam daki gunung kinabalu. Kalau dulu boleh makan semua benda.. sekarang salah makan mula la rasa pening la.. gatal la.. angin tak keluar bagai. kalau dulu mata tahan sampai 2 3 pagi sekarang pukul 10 pun menguap mengalahkan beruang. Betapa usia dah semakin banyak angka.. badan pun dah banyak kondem. hahaha

Tu dia.. cerita macam masuk zon nenek nenek si bongkok 3 siang mengantuk malam berjaga katanya. Biasa la.. aku kalau tak lebih sudu dari kuah ceritanya memang tak sah. hahaha.. Pun macam tu walau usia dah semakin bertambah tapi tetap aku harap aku sempat jugak buat benda ni walau sekali seumur hidup. Hangpa pun terutama yang bujang.. Elok la ambil pengalaman buat benda2 ni sebelum masuk geng makcik2 yang sentiasa busy dengan anak anak. Buat apa.. Jeng jeng jeng.. Meh tengok kat sini korang dah buat ke belum >> Perkara Yang Perlu Anda cuba Sekurang kurangnya Sekali Seumur Hidup <<

Apa lagi kalau masih takde plan nak buat apa2 hujung2 tahun macam ni.. Jadikan perkara tu sebagai salah satu perkara yang anda akan buat. Jangan nanti bila dah banyak komitmen & tanggungjawab.. menyesal tak buat semua benda tu masa masih bujang.

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU

PERMAINAN HARGA BARANG DI LAZADA YANG MESTI ANDA TAHU. Amboi baru reti online shopping dah berlagak nak bagi tips bagai. Orang lain bertahun tahun shopping bukan je kat lazada.. Zalora.. Nile.. bagai tak bising nak ber tips bagai. yelah.. orang lain kedekut info aku ni pemurah. Berpegang dengan konsep sharing is caring. Aku sangat2 menyanyangi pembaca blog lekatlekit.com ni.

Sepanjang sale Online Revolution kat lazada yang bermula dari 11 November dan akan berakhir pada 12 december 2015 dah 4 barang aku beli. Bulan lepas 3 barang. Semalam terrrrrrrrrr order katanya sebiji Samsung DVD player. Almaklum la yang ada dah nazak. Hidup pun macam orang bela saka yang dah nyawa nyawa ikan tapi tak mati mati. Nyawa ada tapi dah tak boleh berfungsi macam biasa. Sebab aku ni memiliki hobi paling menyeramkan iatu tengok filem seram & kumpul koleksi dvd filem seram apalah erti dvd tanpa dvd player, ye dak. Tu pun aku peram dalam draft lazada lebih dari seminggu item tu baru aku kuatkan semangat untuk proceed & bayar guna online banking. Ingat senang je aku nak buat keputusan bila beli barang online ni. Susah tau.. Kira ni dalam sejarah aku membeli belah sampai 4 barang secara online di lazada la. hahaha

Aku ni serius nak beli barang survey bagai nak rak kat lazada. Compare berminggu2. Macam dvd player ni.. Jenama & model yang sama tapi lain supplier lain harga dia. Tu korang kena tahu even jual dalam lazada jugak. Satu lagi shipping.. Barang yang sama tapi lain supplier ada yang kena bayar kos shipping ada yang free & ada yang lebih murah. So kena rajin sikit la kalau nak jimat. Tu la permainan harga yang ada kat lazada. Bukan menipu.. tapi dah lain supplier maka biasa la jadi lain harga kita sebagai pembeli jangan malas.

Yang aku beli yang ni. Paling murah & free shipping
Yang ni harga sama tapi ada kos shipping
Yang ni memang lebih mahal dari harga kedua dua di atas. Yang penting semua brand & model yang sama. Walau yang kat atas tu gambar macam lain sikit tapi dalam description dia gambar & detail produk semua sama jer. Depa copy kat website samsung kot hahahaha

Nak beli 1 dvd pun berminggu aku bertapa kat lazada.. compare satu persatu. Almaklum la orang tak berapa kaya gitulah cara membelinya. hehhehehe.. Meh tengok hasil kajian aku..

Barang yang sama, harga berbeza. Dan nak jimat lagi beli la masa sale.. Tak kira nak beli barang elektrik ke, elektronik atau gadget. 

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Almaklum la masih kecoh pasal isu vape yang katanya bakal di haramkan di Malaysia cuma sekarang masih tak jumpa rang undang2 untuk mengharam penggunaan & penjualannya. Dah jumpa nanti.. apalah nasib vapers sekalian. Adakah mereka kembali ke pangkal rokok atau beralih menghisap ekzos kenderaan pulak bagi menghilangkan ketagihan terhadap vape. hahahaha.. Ok.. Ok.. jangan merepek meh kita buka buku sejarah vape ni. Yang hisap vape tu bukan semua tahu asal usul vape ni.

Sumber Google

Ramai orang jual vape & hisap vape tapi berapa kerat sangat tahu bila Vape mula di cipta. Jangan terkejut kalau aku cakap vape mula di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A. Gilbert tapi tidak di komersialkan & kemudian lenyap pada tahun1967. Rokok Elektronik @ Vape yang di gunakan sekarang di cipta oleh seorang ahli farmasi china yang bernama Hon Lik pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang di larutkan dalam cecair propylene glycol. Wap nikotin inilah yang di sedut masuk ke dalam paru2 seterusnya ke aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimia bahaya. Dia cipta vape @ rokok elektronik ni selepas bapak dia mati akibat kanser paru2 sebab kuat merokok. So, vape di cipta untuk membantu golongan perokok berhenti merokok.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.
Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak. -sumber Rokok elektronik (Vape) -

Gitu kisahnya pasal Vape ni. Menurut artikel aku baca ada kajian di buat membuktikan dengan penggunaan Vape mampu membuatkan perokok berhenti merokok. Bagus la kalau mampu buat perokok berhenti merokok tapi jadi ketagih & obses dengan vape ni pun susah jugak macam laki si Diana Rafar, Zamarul hisham tu. Bukan je suka hisap vape malah ketagih nak membeli koleksi vape. Kan dah jadi satu pembaziran tu.

Apapun vape ke rokok ke dua2 bukan gaya hidup sihat. Dua2 pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Sekarang ni kerajaan tengah nak mencipta momokkan terbaru berkenaan Vape pulak. Tapi kenapa tidak pada rokok yang masih secara bercukai... erkk.. ada di momokkan jugak kat kotak rokok tu tapi cuma takde sangat kempen momokkan secara besar besaran je. hehehehe

Moral of the story.. Satu benda je boleh hisap yang tak perlu keluarkan belanja atau memudaratkan kesihatan.. hisap jari. Meh kita kempen hisap jari untuk mengurangkan ketagihan rokok & vape ni. hahahaha

GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA

GAMBAR TERKINI HEROIN FILEM GILA GILA REMAJA. Yang lahir pada tahun 80an memang tahu filem ni. Filem yang di tayangkan pada tahun 1986 antara filem popular era tu. Hero era tu Faizal hussin. Masa aku kecik filem ni aku tengok kat tv jer. Yelah time aku dah pandai tengok tv filem ni antara filem yang dah lama keluar panggung la. Pantang tengok filem ni lepas tu mesti pergi main dengan kawan2 lakonkan semula filem ni. Masing2 mula la ambil watak pilihan masing2. Memang kengkawan aku masa kecik kami suka lakonan semua filem yang kami tengok. Kemain masing2 berangan hahahaha

Poster filem Gila Gila Remaja

Tapi dalam filem tu korang boleh tengok lakonan pertama pelakon Rosyam Nor kalau tak silap. Cara dia berlakon memang dah nampak bakat masa tu tapi paling tak boleh blah cara berdialog dalam filem time tu. Dialog paling aku ingat rosyam nor..  "oh! peperiksaan!" memang skema giler. Kalau sekarang tengok balik filem tu memang rasa kelakar pelakon pelakon time tu berdialod. 100% ikut skrip.

Rosyam Nor Awal kemunculan dalam filem

Filem tu mengisahkan tentang kehidupan remaja kolej yang nakal. Watak utama dalam filem tu Azroy (lakonan faizal hussin) yang di gandingkan dengan watak Suzana Lakonan Rehana Yassin. Watak heroin memang kaku giler dalam filem tu. Totally memang kayu watak suzana tu tapi boleh di maafkan la sebab tahun tu memang tak banyak persaingan sangat. Rasanya kalau watak suzana tu bagi Ogy Ahmad daud pegang time tu lagi feel & gempak filem tu.

Pemegang watak suzana, rehana yassin

Pengambaran filem tu jugak ada babak yang di buat kat tempat yang sekarang dah jadi tempat aktiviti paranormal. Kira kategori tempat seram kat Malaysia la sekarang iatu mimaland. Time tu mimaland memang tak menyeramkan lagi tapi meriah karipapusing dengan manusia yang berkunjung di taman tema air berlokasi di gombak. Sekarang kalau korang nak pergi kayuh sampan kat mimaland memang tak jumpa dah la tasik. Yang jumpa hutan semak samun & peninggalan sisa2 mimaland tanda tempat tu pernah beroperasi. Yang dok beriadah kat situ hantu je sekarang hahaha.

salah satu babak di Mimaland

Mesti ramai nak tahu macam mana la rupa terkini Rehana Yasin sekarang yer. Dulu tengok dalam filem gila2 remaja memang comel giler dengan kening tebalnya. Muka pulak macam pan asia jer. Cuma time tu dia tak pandai berlakon sikit. Sekarang tak tau la pandai ke tidak berlakon sebab rasanya dia pun dah tak berlakon lagi.

Geng Azroy bila dah habis kolej katanya. Hahahaha

Kalau korang nak tengok inilah rupa terkini pemegang watak suzana heroin filem gila gila remaja tahun 1985 tu. Walau chubby sikit tetap cantik.

Biasa la dah berumur berat badan maybe bertambah bersama usia yang penting muka tegang,cekang & awet muda lagi. Kekal cantik gitu cuma kening je tak tebal macam dulu

KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA

KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN  ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA. Malam ni segmen seram serik lekat lekit nak cerita pada korang tentang makhluk bernama Al Hin.. Mungkin ada yang pernah terbaca pasal cerita ni tapi saja la nak letak jugak kisah makhluk ni dalam blog puaka lekat lekit. Cerita ni nak kata seram tak seram sangat tapi seram sedih la kot. Sebab bila aku baca tetiba rasa sayu jer..

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Dari apa yang aku baca Al Hin bukan dari spesis Jin, Syaitan,Iblis,Malaikat jauh sekali manusia. Boleh merasuk badan manusia & hidup berjuta juta tahun lalu sebelum kewujudan jin & manusia lagi. Tu pengenalan tentang Al hin.. Aku nak cerita lebih2 pun ilmu aku tentang perkara ni memang takde langsung la. Apa aku tulis adalah dari apa yang aku baca. Kat sini aku bagitau awal awal.. untuk rujukan yang lebih sahih & tepat pergi la cari agamawan yang lebih berilmu tentang perkara ni.

Alkisahnya.. seorang budak ni mengikuti kursus kadet di sebuah tempat rekreasi. Disebabkan budak ni katanya tak takut dengan salah satu makhluk dari spesis Al hin ni, maka Al hin dari puak poppy bernama Mizari ni mendampingi & menumpang dalam badan budak ni menyebabkan budak ni bila setiap kali bulan mengambang dia akan merenung bulan kemudian menangis. Sebab benda tu berlaku pada budak ni.. mak bapak dia jenuh jugak nak cari pengamal perubatan alternatif nak ubat anak dia tapi tak ada seorang pun perawat berjaya mengesan apa masalah anak dia sebab Makhluk Al hin ni katanya tak boleh di kesan dengan apa2 jenis ritual sekali pun kecuali dengan izin Allah.

Dan dengan izin Allah jugak.. Pada suatu hari mak bapak dia bawak budak ni pergi berubat kat salah seorang pengamal perubatan alternatif. Dengan izin Allah.. Perawat tersebut dapat bercakap dengan makhluk yang menumpang dalam tubuh budak tu. Tu pun selepas mandi & pakai wangian, barulah makhluk tu bersuara & menegurnya dengan menggunakan perantaraan badan budak tu. Sebab mula2 dia cuba kesan memang tak dapat. Pernah di petuakan pada dia.. kadang2 kalau badan tak bersih memang tiada konsentrasi & menyebabkan gagal untuk mengesan sebarang masalah pada pesakit. Selepas berjaya buat makhluk tu muncul.. Maka berlakulah perbualan antara perawat & makhluk Al hin tersebut.

Diceritakan semua tentang dia.. dari spesis apa, dari mana,kenapa dia menumpang dalam badan budak tu, berapa umur dia & kenapa dia suka merenung bulan kemudian menangis. Perbuatan yang selalu nampak budak tu buat setiap kali bulan mengambang. katanya dia buat perkara tu untuk kira umur dia. Bila di tanya tentang agamanya.. dia jugak menyembah Allah tapi bukan beragama Islam. Agama dia Agama Monoteisme. Agama sebelum kewujudan manusia. Bila di ajak masuk Islam dia tak nak pulak katanya dia yakin dengan agama dia dengan alasan dia bukan dari spesis Jin atau manusia & cerita kaum dia tiada dalam Al quran. Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56. Maksudnya:'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.' Jadi, dia yakin dengan pegangannya sekarang kerana dia tidak pernah menduakan Allah.

Menurut cerita makhluk Al hin dari puak poppy yang bernama Mizari ni banyak puak mereka telah di binasakan oleh Allah atas kesalahan mereka sendiri sehingga spesis mereka tidak lagi berkembang & hanya tinggal tidak lebih dari 1000. Bila di ceritakan pada perawat tersebut.. barulah dia teringat tentang kisah makhluk Al Hin dalam sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang tertulis dalam buku tersebut tentang makhluk Al hin ni.

Bila di tanya apa yang mereka lakukan sehinggan di murkai Allah.. menurut cerita Mizari apa yang mereka lakukan sama seperti apa yang berlaku di akhir zaman cuma manusia akhir zaman lebih dahsyat lagi melakukan maksiat & kerosakkan di bumi Allah berbanding mereka dulu. Dia tanya juga kenapa mula2 tadi dia cuba kesan kehadiran makhluk tu dalam badan budak ni tak dapat & sekarang boleh pulak dia muncul & berbual. Katanya memang tiada cara yang boleh kesan kehadiran mereka kecuali dengan izin Allah.. apa yang berlaku adalah dia sendiri yang nak bercakap dengan perawat tu. Maka dengan izin Allah perawat tu terpilih dapat bercakap dengan dia.

Selepas sesi interview antara perawat & makhluk Al hin ni.. perawat tersebut minta la si Mizari ni keluar dari badan budak tu. Si Mizari ni takde masalah tapi ada syarat. Katanya dia nak salam & minta maaf kat mak bapak budak tu dulu sebab sebelum ni banyak menyusahkan mereka semasa dia menumpang dalam badan budak tu. Reti jugak dia rasa bersalah tapi tu la apa yang berlaku ada sebabnya. Selain syarat bermaafan dengan mak bapak budak tu dia minta jugak mak bapak budak tu doakan semoga Allah pendekkan umur dia sebab dah terlalu lama dia hidup 4 juta 130 ribu tahun. Sebab terlalu lama hidup dia rasa terlalu sunyi sebab tu dia suka menangis bila tengok bulan.

Sebelum dia keluar dari badan budak tersebut sempat juga perawat tu tanya kalau la boleh kan.. nak tengok jugak rupa bentuk makhluk Al hin ni. Boleh ke tidak dia tunjukkan diri.. Katanya boleh dengan izin Allah. Cuma dia suruh baca surah Al kautsar 1000 kali sebelum tidur & mohon pada Allah nak lihat makhluk tu, Insya Allah. Sebab keinginan si perawat tu nak tengok jugak makhluk Al hin ni maka dia amalkan apa yang di suruh Mizari, Alhamdulillah dengan izin Allah.. dia nampak dalam mimpi makhluk Al hin. Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap tapi dia tak bagi confirmation apa yang dia nampak tu betul2 Al hin mungkin sekadar mainan mimpi sebab keinginan dia nak tengok & siapa tahu mungkin itulah Al hin.. Segalanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahualam..

Sumber e-fatwa laman Portal rasmi JAKIM



Kisah ni serius aku sendiri tak tau sejauh mana kesahihannya tapi banyak pengajaran yang boleh di ambil. Sekarang kita boleh nampak Allah menunjukkan kemurkaanNya kepada manusia atas semua kerosakkan & dosa yang manusia buat. Jadi marilah menuju kejayaan yang kekal abadi. Sama kita perbaiki hubungan kita dengan Allah.

KEJADIAN MISTERI YANG PERNAH BERLAKU DI BULAN SEPTEMBER 1752

KEJADIAN MISTERI YANG PERNAH BERLAKU DI BULAN SEPTEMBER 1752. Hari ni dah masuk 1 september 2015. Maka malam ni untuk segmen seram serik lekat lekit nak share satu kejadian misteri yang tak semua orang tahu pernah berlaku di tahun1752. Masanya kita ke mood sephia tone untuk mengimbau kembali zaman dahulu kala... Time ni aku yakin semua yang baca entri ni jangankan dah lahir kejadian pun takde lagi. Jangankan segumpal darah, persenyawaan pun belum berlaku. hahahaha.. Mak bapak kita pun time ni tak wujud lagi apatah kita ye dak...


Aku pun tak pernah tahu sebenarnya tapi tu la berkat kerajinan aku menggoogle & membaca jadi aku dapat info pasal ni. Katanya pada september 1752 berlaku satu kejadian misteri, aneh & pelik.. Pada tahun tu bulan september kehilangan 11 hari dalam kalender. Aku sendiri pun jadi pening fikir macam mana 11 hari boleh hilang dari kalender tahun tu. Serius.. tak jumpa logik langsung.

Mengikut cerita pada 2 September 1752, seluruh kepulauan dan koloni England, termasuk Amerika telah kehilangan 11 hari (3 September hingga 13 September) Hal ini berlaku apabila mereka bangun tidur pada keesokkan harinya, tarikh telah berubah menjadi haribulan ke-14.
Disebabkan kehilangan 11 hari ni, telah berlaku rusuhan di sekitar kampung kerana penduduk mendakwa pemerintah cuba untuk menipu mereka dengan hilangkan 11 hari daripada kehidupan mereka. Dikatakan, perkara tersebut bukan sahaja pernah berlaku di England pada 1752 sahaja, namun pernah berlaku di tempat lain seperti Perancis pada 1582, Austria pada 1584 dan Norwegia pada 1700. Ada jugak yang kata pada masa itu, mereka menggunakan kalender yang salah atau dalam perkataan lain "kalender cacat" -sumber Misteri hilangnya 11 hari di bulan september 1752-


Katanya pengguna linux boleh set tarikh ke tahun 1752 & boleh lihat bukti pada tahun tersebut september hilang 11 hari dari kalender. Tapi sayangnya pengguna windows macam aku tak boleh pulak. Diskriminasi sungguh!! hahahaha..

Sejauh mana kebenaran perkara ni berlaku kesahihannya aku tak dapat pastikan. Samada ia benar benar misteri atau sekadar mitos. Tapi bila aku google banyak jugak artikel pasal ni. Korang yang guna linux tu apakata try test tengok. Betul ke bohong??

Moral of the story.. dalam kehidupan kita sememangnya banyak perkara misteri yang tiada jawapan pernah berlaku. Salah satu contoh misteri kehilangan pesawat MH370.. ia bukan mitos atau cerita dogeng rakyat tapi benar2 berlaku. Pesawat bersama anak kapal & penumpang ghaib. Jadi apa nak pelik kalau pernah berlaku 11 hari hilang dari kalender di bulan september 1752 benar2 pernah berlaku.

KISAH HANTU PEREMPUAN MULUT TERKOYAK

Untuk segmen seram serik kali ni kita ke jepun sekejab sebab Air Asia buat promosi tiket murah katanya hahaha.. Bila ke jepun ni singgah sekejab interview Kuchisake Onna ni untuk slot seram serik lekat lekit. Nampak sangat bohongnya kan? Interview hantu jepun la sangat kau! Setakat reti sebut sushi tak payah berangan, hokay!

Sumber Wikipedia Indonesia

Kuchisake Onna ni adalah salah satu hantu lagenda jepun yang popular tahun 70an. Sekitar tahun tu hantu ni memang menjadi viral mulut ke mulut & amat di takuti penduduk jepun sampai budak2 sekolah pun di nasihat balik kerumah secara berkumpulan. Alah macam zaman 90an kecoh hantu susu. Pakat semua gantung buluh kuning kat pintu rumah. Nasib baik family aku tak terlibat percaya sampai nak lakukan benda yang ada unsur khurafat macam tu cuma ramai la orang kampung time tu pakat dok gantung bulu kuning.

Berbalik pada cerita hantu kuchisake onna ni.. Asal usul dia katanya wanita yang di bunuh suami sebab cemburu. Dia jugak di katakan seorang perempuan cantik yang sombong.  sebab curang dia di bunuh & mulut dia di toreh hingga ke telinga. Ada versi lain mengatakan dia mangsa pembedahan pembedahan plastik. Katanya sebab doktor yang buat pembedahan tu pakai minyak rambut yang bau kuat sampai dia tak tahan masa operation di jalankan. dia tak boleh duduk diam sampai doktor tertoreh mulut dia. Versi mana yang betul... kena pergi jepun interview orang sana. Tapi versi sebab minyak rambut doktor tu macam kelakar jugak la. Tapi doktor2 kena ambil pengajaran jugak hahahahaha

Sebenarnya banyak versi asal usul kejadian mulut dia terkoyak.. antara yang kata sebab kemalangan jalan raya, ada jugak katanya dia mengalami sakit mental & menoreh sendiri mulut dia, ada cerita katanya dia mangsa rogol & mulut dia di toreh perogol & ada jugak kata sumpahan dari orang sebab dia makan duit haram. Version yang mana betul tak tahu tapi hantu ni memang trademark dia mulut dia terkoyak kedua belah sampai ketelinga.

Katanya hantu ni selalu pakai mask untuk tutup kesan mulut dia yang terkoyak tu. Tapi kalau jumpa hantu ni memang serba salah jadinya. Tak jawab dia salah.. jawab dia pun tetap salah. memang takde pilihan la jumpa spesis hantu camni. Menurut cerita lagenda jepun.. bila seseorang terserempak dengan hantu ni dia akan tanya soalan, samada dia cantik atau tak? Kalau kau jawab tak cantik siap kau! Katanya dia akan tikam kepala korang dengan gunting tapi kalau korang jawab cantik pulak.. dia akan gunting mulut korang sama macam mulut dia terkoyak. Tapi kalau jawab biasa jer, katanya akan selamat. kalau tak jawab apa2.. tak tau la pulak dia buat apa. Sebab sumber yang aku dapat tak cerita pun pasal tu. Maybe tak jawab lebih selamat jugak la kot hahahaha. Tapi ada versi yang wujud tahun 2000an yang kata kalau kita tanya dia balik samada kita cantik ke tak kita akan selamat sebab dia tak tau nak jawab, time dia tengah fikir tu boleh la cabut lari. Cuma bunyi macam tak berapa logik jer hantu ambil masa fikir nak jawab soalan kita. hahahaha

Yang bagus hantu ni katanya dia tak suka pembuli. Sapa kaki buli kat sekolah atau kat memana siap la. Katanya dia akan kelar leher si pembuli. Sampai dah membunuh susah jugak kan? kalau takat menyakat boleh la jemput datang ke Malaysia. Nak letak kat sekolah2 & asrama. Tapi kang abis mati anak orang kena kelar pulak. hahahaha

complecated sungguh hantu jepun sekor ni kan? Jawab cantik salah.. jawab tak cantik pun salah. Sebenarnya dia nak jawapan macam mana pun tak tau. Yelah.. kita pun kalau jumpa orang yang tak cantik pada pandangan mata kita datang tanya soalan macam tu confirm la sebagai nak jaga hati kita jawab cantik, ye dak?? Tapi minah hantu sekor ni tak guna bagi jawapan dua2 jadi musibah juga. Kalau jumpa tak payah layan. Buat2 macam tak nampak sudah. Maybe selamat. hahahaha

Moral of the story.. Jangan curang dengan pasangan masing2. Nanti mati jadi hantu kuchisake onna... hahaha.. tu ajaran sesat jangan percaya. Yang pasti curang termasuk dalam kategori derhaka pada suami & bila derhaka tak cium bau syurga.

15 SEKOLAH DI MALAYSIA YANG BERUSIA RATUSAN TAHUN

Kiranya ni semua sekolah2 tertua dia Malaysia la. Bayangkan umur sekolah ni dah nak cecah ratusan tahun. Lebih tua dari Rakyat Malaysia katanya. Sekolah yang mungkin nenek moyang kita pernah belajar. Mesti ramai yang tak tahu kan? Sebab aku confident level upin ipin ramai yang tak tahu.. maka aku buat la entri lawatan sambil belajar ni..


Antara sekolah tertua dia Malaysia adalah...

1. Penang Free School, Penang
Di bina pada tahun 1816 & kini berusia 198 tahun. Lagi 2 tahun nak masuk umur 200 tahun.

2. Malacca High School, Malacca
Di tubuhkan pada tahun 1826 dan kini berusia 189 tahun

3. St. Xavier's Institution, Penang
Di buka pada tahun 1825 dan kini berusia 163 tahun

4. Convent Light Street School, Penang
Di buka pada tahun 1825 dan kini berusia 163 tahun

5. SMK St. Teresa, Sarawak
Di buka pada tahun 1885 dan kini berusia 130 tahun

6. Methodist Boys' School and Methodist Girl's School, Penang
Di buka pada tahun 1891 dan kini berusia 124 tahun

7. Anglo-Chinese School, Perak
Di buka pada tahun 1895 dan kini berusia 122 tahun

8. Victoria Institution in Kuala Lumpur
Di buka pada tahun 1894 dan kini berusia 121 tahun

9. St. Michael's Institution, Perak
Di buka pada tahun 1912 dan kini berusia 102 tahun

10. St. John's Institution, Kuala Lumpur
Di buka pada tahun 1904 dan kini berusia 111 tahun

11. St George's Girls' School,Penang
Di bukan pada tahun 1884 dan kini berusia 131 tahun

12. Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Di buka pada tahun 1899 dan kini berusia 116 tahun

13. SMK Methodist (ACS),Klang
Di buka pada tahun 1893 dan kini berusia 122 tahun

14. St. Paul's Institution, Negeri Sembilan
di buka pada tahun 1988 dan kini berusia 116 tahun

15. SMK St. Luke, Sarawak
di buka pada tahun 1863 dan kini berusia 152 tahun

Untuk artikel penuh berkenaan semua sekolah ni korang boleh baca kat sini 15 buah sekolah berusia lebih 100 tahun

Antara 14 buah sekolah ni mesti ada pembaca entri ni yang pernah bersekolah kat salah satu sekolah yang tersenarai kan? Gamaknya sekolah kat sekolah kategori sekolah pra merdeka ni mesti banyak cerita misteri & mistik kan.. Almaklum sekolah. Tak lepas dari cerita hantu even sekolah aku dulu yang pun ada jugak kisah2 macam tu. kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com