Showing posts with label camera. Show all posts

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI

DENGAN SMARTPHONE NI ANDA TAK PERLUKAN CAMERA DSLR LAGI. Aku ada la seketoi DSLR yang mungkin dah out of date kot. Bukan aku beli, husband aku yang beli masa tengah trend orang semua gila nak ada DSLR. Kalau kat KL tu budak sekolah pun time tu usung DSLR. Kiranya laki aku masa tu terpengaruh jugak la dengan trend ber DSLR ni so dia beli la sebiji buat bagi hilang kempunan katanya.


Aku pun merasa la tekan2 butang snap kat DSLR. Mula2 beli tu rajin la jugak mengusung sana sini.. Rajin la nak berphotoshoot bagai. Bila dah lama.. Maka tersadai la DSLR tu kat situ je tak di sentuh2. Sebelum di hadiahkan seketoi Samsung Galaxy S4 Zoom aku dok guna jugak la ambil gambar untuk Instagram & blog. Tapi sejak2 dah ber samsung galaxy S4 zoom cinta dah beralih arah katanya. Dah tak kuasa nak layan DSLR sebab samsung galaxy s4 zoom ni pun camera dia cantik & gambar dia sharp jugak. Kalau pandai ambil gambar qualiti dia boleh jadi ala2 DSLR jugak tau cuma tu la aku ni tahu ambil gambar ikut sedap jari aku jer.. Tak ada bakat sangat la nak jadi photographer.

Ni gambar bunga mak aku kat kampung yang aku ambil dengan samsung galaxy s4 zoom. Ada yang salah faham ingat aku guna DSLR sebab nampak macam bokeh effect kat gambar ni. Mungkin cara tak sengaja kot sebab aku ni bukan pandai ambil gambar sangat pun sebenarnya. Rasanya aku guna mode rich tone (HDR) je untuk ambil gambar ni. Kebanyakkan gambar aku ambil guna galaxy s4 zoom memang guna mode tu je. Nampak sharp & warna asal tu tak berubah.

Tapi sekarang smartphone dengan fungsi camera memang dah gempak2 giler beb! Jangan jangan tak tahu ada yang buat kerja sambilan jadi photographer guna smartphone jer. Kau tengok dia rilex je lenggang kangkung tak usung DSLR bagai tapi sebenarnya dia ada job photoshoot tu. Harga pun harga bajet2 je dia charge. Kat FB aku ada sorang kawan yang buat kerja sambilan ambil gambar guna smartphone. Hasilnya tak kurang hebat pun. Tak tau la dia guna smartphone cap apa.. Tak tanya pulak aku cuma aku dok nampak dia iklankan service dia kat FB jer. Takde keperluan segan jugak nak tanya lebih2.. macam kita nak guna khdimat dia.

Tapi kalau korang pun berangan nak ambil gambar macam profesional photographer hanya guna smartphone pun boleh.. Gambar dia macam DSLR beb! Di tambah lagi dia ada Dual Leica Lens, boleh ambil gambar dengan bokeh effect & banyak lagi yang boleh di buat dengan camera smartphone ni macam camera DSLR.. So, tak perlu dah korang nak usung DSLR yang besar gedabak tu. Nak2 lagi kalau nak pergi travel nak kena bawa banyak barang. So dengan smartphone ni memudahkan kerja ada. Nak tahu smartphone cap apa & nak tengok gambar2 yang mampu di hasilkan menggunakan camera smartphone ni meh tengok kat sini >> 6 Sebab Anda Tak Perlukan DSLR lagi Kalau Dah Ada Smartphone ni <<

Jadi yang suka bergambar tu atau yang tengah survey smartphone baru nak2 lagi blogger yang memang perlukan gadget2 macam ni untuk buat kerja di blog boleh la risik2 smartphone ni. Manalah tau ia menepati keperluan anda. hehehe

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON

MENGEJUTKAN! 33 GAMBAR NI DI AMBIL HANYA GUNA TELEFON. Hari ni dah masuk 22 ramadan. Puasa tinggal hujung - hujung je. Time ni orang mula sibuk nak tukar perabot baru la.. langsir baru la tak kurang jugak yang dok survey telefon baru. Katanya nak cari smartphone yang ada fungsi camera yang secantik DSLR. Jadi raya nanti tak payah nak usung DSLR dah.. Senang nak selfie kat mana2 termasuk masa menziarah kubur ahli keluarga yang dah meninggal. Almklum zaman sekarang semua nak bua live update kat FB.. dia pergi masjid dia buat live update, dia ziarah kubur buat live update apatah lagi beraya kerumah orang.


Tapi kalau setakat enpon je ada fungsi camera canggih tapi skill kelaut pun gambar tetap tak nampak menari jugak even camera kau boleh nampak liang2 pori seketoi seketoi kat muka. Orang yang ada skill mengambil gambar ni kadang2 camera biasa2 pun nampak cantik. Sebab depa tau nak ambil gambar dari angle mana.. pencahayaan macam mana. Kita yang hanya reti hala lensa camera lepas tu snap je memang la takkan tahu apa semua tu. Alih2.. penuh memori card jer gambar2.

Bila tengok 33 gambar ni mula2 tak percaya jugak aku hanya pakai camera telefon je. Kalau macam ni dia punya skill ambil gambar dengan smartphone pun dia boleh buat duit jadi photographer. Tak payah nak ada dslr bagai... Tapi serius aku pun tertanya tanya betul ke semua gambar tu di ambil dengan camera telefon. Kalau korang percaya tak gambar2 ni di ambil dengan telefon >> 33 Gambar Yang Mengkagumkan ni Hanya di Ambil Guna Telefon. Biar betul? << Mesti korang pun rasa macam tak percaya jugak kan?

Rasanya akan datang photographer semua dah tak payah pakai DSLR. Almaklum la teknologi gadget elektronik macam smartphone ni dia punya update sangat laju. Baru je keluar yang tu tetiba keluar pulak yang ni. Yang lebih canggih fungsi camera dia. Almaklum trend sekarang kan selfie welfie bagai. Antara salah satu benda yang orang akan survey kalau nak beli smartphone adalah fungsi camera dia. Aku tak payah tanya la.. aku setakat ni tak kejar sangat teknologi smartphone. Aku masih ambil gambar guna galaxy s4 zoom aku. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kau nak tukar smartphone macam kau tukar tisu pakai buang tapi ikut kemampuan la. Ada orang sanggup setahun tak tukar baju demi nak tukar smartphone. Kalau aku lebih rela tukar baju dari asyik tukar smartphone. enpon canggih tapi baju dah layak buat kain buruk pun rasa tercalar jugak imej tu. hehehe

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU. Budaya selfie memang tengah melanda seluruh umat manusia di dunia. Tak kira kecil besar, tua muda,miskin kaya.. Orang sekarang suka berselfie dimana mana sahaja dalam apa saja emosi & keadaan. Tak kira suka & sedih. Ketawa & menangis. Dengan orang hidup mahupun mayat @ jenazah. Tak kira di shopping complex atau di tanah perkuburan. Trend berselfie ni memang tiada sempadan macam dapur cik mat gebu jugak katanya. hehehe

Selfie

Aku pun suka selfie jugak cuma tak suka sangat nak upload kat media sosial sekarang ni. Ada la sikit2 upload ikut keperluan. Macam nak tunjuk testimoni produk yang aku pakai ke.. Tapi memang selfie yang sipi sipi je la. Memang tak lengkap nampak seketoi2 muka aku. tapi aku bukan la pakar selfie sangat. Takat tadah muka dengan front camera kemudian clik button snap. Tu je la aku mampu. Cuma aku pastikan berselfie dalam keadaan cahaya yang cukup supaya nampak la pori2 kat muka aku ni dengan jelas. hahaha

Mesti ramai yang suka selfie nak tahu rahsia nak dapat selfie paling power. Sebab yang ramai suka selfie tapi tak tahu rahsia di sebalik sebuah gambar selfie yang power & gempak. Aku memang jenis tak boleh simpan rahsia nak2 lagi rahsia yang memang ramai orang nak tahu. Jadi kat sini aku nak bongkarkan rahsia macam mana nak dapat selfie paling power tahap gaban punya. Kalau korang nak tahu meh tengok kat sini >> 7 Rahsia Selfie Yang Mesti Anda Tahu << Kalau korang tahu rahsia ni confirm lepas ni selfie2 korang akan jadi paling gempak kat alam maya katanya.

Confirm ramai tengah try selfie sekarang ni kan? Takpe asalkan korang bahagia & tak menyusahkan orang lain sudah. Sebagai penutup aku ucapkan selamat ber selfie semua.

RAHSIA AMBIL GAMBAR SECANTIK KUALITI DSLR GUNA SMARTPHONE

RAHSIA AMBIL GAMBAR SECANTIK KUALITI DSLR GUNA SMARTPHONE. Amboi sejak dapat hadiah akhir tahun galaxy s4 zoom tetiba je jadi pandai nak bagi tips kat orang ambil gambar secantik kualiti DSLR guna smartphone pulak.. Aku ni jangankan nak ambil gambar cantik guna galaxy s4 zoom tu.. bertahun guna DSLR pun aku still tak reti ambil gambar pun. Asal lekat gambar tu dah cukup. Malas sungguh aku nak belajar trick & teknik ambil gambar ni. sebab tu la kot aku layak guna galaxy je hahaha...


Dulu aku pun kaki selfie tapi masa tu aku guna enpon sony Ericsson. Gigih hari2 snap gambar & sampai office upload dalam myspace. Yelah.. masa tu zaman myspace katanya. Muka tak payah cakap.. macam2 memek ada. Sampai ada sorang retis ni PM aku sebab aku suka upload muka pelik pelik. Dia macam tertarik la dengan perangai tak semegah aku ambil gambar. Yelah zaman bujang katanya. Tahap kegilaan tu kadang2 di luar kewarasan jugak hahaha... Tapi bila dah kahwin mula2 tu ada la sikit2 perangai suka upload muka pelik pelik tapi lepas kawen dilakukan secara berduet. Bila dah anak.. Benci pulak tengok muka sendiri bila selfie hahaha.. Dah takde lekuk2 katanya.. semua bagai di tambah serbuk penaik.

Pun macam tu aku masih suka ambil gambar walau bukan gambar sendiri.. Tak gambar anak, gambar masakan aku atau gambar produk aku guna. So, sebab tu aku berusaha jugak la untuk ambil gambar paling cantik & sharp.. Agar nampak menarik sehingga menghasut orang try benda2 yang aku upload. hahaha Jadi sebab tu aku mula rajin pulak belajar trick & teknik ambil gambar, maka aku nak share macam mana korang nak ambil gambar secantik DSLR tapi hanya guna camera smartphone korang je. Nak tahu meh tengok kat sini >> Ini rahsia macam mana nak ambil gambar secantik DSLR dengan hanya guna camera smartphone <<

So,lepas ni tak payah usung DSLR lagi.. Dengan smartphone je korang boleh dapat hasil gambar terbaik dengan tiru trick & teknik tu. Selamat mencuba..

KALAU ADA SMARTPHONE NI TAK PERLUKAN DSLR LAGI

KALAU ADA SMARTPHONE NI TAK PERLUKAN DSLR LAGI. Aku ada sebiji DSLR.. camera gedabak tu. Kualiti gambar dengan DSLR ni walau tahap amatur yang ambil gambar pun cantik. Macam aku memang tak pandai nak manual setting aku guna yang auto setting jer.. Selalu aku guna close up untuk ambil gambar produk ke atau gambar anak aku. Ntah la aku nampak cantik. Aku memang tak pernah belajar untuk ambil gambar cara profesional guna DSLR. Malas pulak.. DSLR tu pun bukan aku punya sebenarnya.. asben aku punya. Masa mula2 beli dia excited la jugak dok ambil gambar sana sini.. lama2 DSLR terbiar macam tak bertuan aku take over la. Tapi aku pun jenis malas jugak nak usung DSLR tu kemana mana.. Sebab dia besar.


Jadi DSLR aku banyak berfungsi dalam rumah je la. Kalau ada produk2 yang aku nak review... maka khidmat dia la aku guna. Sebab gambar dia lebih terang & sharp katanya. Kalau gambar blur2 tu ketahuilah aku ambil dari camera tab. almaklum la tab aku pun dah masuk zon pra sejarah jugak.. camera pun tak cukup megapixel katanya. Aku tengah berkira kira nak beli satu camera cybershoot jenama sony. Digital Camera kecik yang boleh campak dalam handbag jer.. Senang nak ambil gambar cecantik kat luar. Manatau lepas aku jadi blogger food review pulak kan.

DSLR ni tu la satu kelemahan dia.. Size besar even gambar cantik. Tapi aku rasa aku tak payah beli kot Sony Cybershoot tu.. Sebab yang tu hanya camera jer. Kalau rembat satu smartphone ni yang ada fungsi camera yang di perlukan terutama orang yang suka travel. Sebab camera dia hangpa tak payah nak susah2 bermonopod Azwan Ali bagai dah.. Fungsi dia memudahkan hangpa berselfie. Siap boleh ambil gambar bergerak lagi. Macam gambar dalam format GIF tu. Kalau nak pergi bercuti pun senang bawak je smartphone tu.. dah tak payah bawak camera. Nak buat live update pun senang. kalau guna DSLR mana boleh nak berselfie katanya. Rasanya aku kena pintal2 rambut sambil buat gaya macam iklan manja kasih depan laki aku untuk dapat sebiji Smartphone ni. Kalau hangpa pun rasa nak meh tengok sini >> Selain Tak perlu Monopod, Smartphone ni mempunya fungsi Camera Yang Semua Anda Perlukan Untuk Ambil Gambar <<

Atau aku buat2 je enpon aku hilang sekali lagi.. Kot2 dapat smartphone tu. Hahahaha... Apapun. smartphone sekarang memang canggih2 kan. Semua dalam satu. Jimat ruang kalau nak kemana mana tak payah bawak banyak gadget elektronik. Semua include dalam 1 smartphone.

DENGAN SAMSUNG GALAXY S6 EDGE TAK PERLU LAGI MONOPOD

DENGAN SAMSUNG GALAXY S6 EDGE TAK PERLU LAGI MONOPOD. Kat sini sapa suka travel? Suka backpackers? Bila kita travel tak kira la backpackers atau tidak semestinya nak packing tu seboleh2 nya nak jimat ruang. Kalau boleh nak bawa 1 beg je. Kadang2 nak usung dslr pun dah jadi 2 beg la kan. Pergi bercuti tak bawa camera memang rugi la. Kalau blogger mungkin nak share percutian mereka di blog so gambar sangat2 penting. Kalau bukan blogger pun gambar tu nak simpan untuk kenang kenangan.


Jadi sebab camera salah satu perkara penting ketika bercuti ataupun mengembara. Aku ni antara orang yang kadang2 malas sangat nak usung DSLR. Camera dia pepaham je la. Sebab DSLR aku banyak habiskan masa kat rumah je. Kalau bercuti tempat jauh je aku bawak.

Jadi sebab masalah2 tu Samsung Galaxy S6 edge keluar dengan fungsi camera yang di perlukan manusia zaman sekarang nak2 lagi kaki selfie. Dengan Samsung Galaxy S6 edge ni korang dah tak perlu nak usung monopod. Ni kalau azwan ali tahu confirm terus dia tukar smartphone. Yelah.. kat malaysia Azwan Ali terkenal dengan selebriti yang suka sangat usung monopod ke hulu hilir. Sampai dalam rancangan Lari pun monopod dia pun terlibat. amboi mengalahkan bebudak dia obses berselfie.

Selain tu korang yang suka sangat buat video collage tu.. Dengan samsung galaxy S6 Edge, 4 video boleh di mainkan berturut turut dalam pada masa yang sama. Yang paling best sekarang samsung dah membuat perjanjian kerjasama dengan youtube jadi pengguna Samsung boleh buat live streaming dari telefon cuma perlu ada akaun google. Jadi anda boleh update video2 terkini anda untuk di kongsikan dengan mereka2 yang ada nak kongsikan dalam senarai kawan kawan anda.

Jadi yang rasa tengah survey smartphone baru tu cuba usya2 Samsung Galaxy S6 Egde. Mungkin menepati keperluan korang.

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360. Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum.


Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat awam dengan laki sendiri sambil minum est cola.

manusia mana tak mengimpikan wajah yang menarik.. Kalau tak cantik pada pandangan mata orang pun cukup la cantik kat pandangan mata sendiri & pasangan. Beruntung la hangpa yang lahir dengan kecantikkan semulajadi. Kulit tak sensitif. Takde masalah jerawat,jeragat,sopak,kurap,panau bagai walau bangun tidur pun kadang2 sampai mandi baru muka tu kena air. Apatah lagi nak beli skincare penuh meja solek.. memang tak la. tapi tetap jugak cantik walau ambil gambar guna camera dari sematpon galaxy Y yang dah masuk kategori ketinggalan zaman tu. Sebab Allah dah bagi kelebihan kat hangpa walau cuci muka pakai sabun cap kapak pun lawa tak abis jangan dok kutuk sangat orang yang gambar nampak cantik sebab camera effect. Kalaupun hangpa lawa tak payah la perasaan sangat hangpa paling lawa dengan dok kutuk muka orang tanpa camera effect macam celaka bagai. Bukan tak ada yang buat status menghina macam ni kat FB. Aku sendiri pernah baca & komen kat status macam tu. Padahal aku tengok gambar dia pun tak macam original sangat. Macam ada jugak kesan2 editing.

Ingat.. sebab Allah bagi muka hangpa cantik je hangpa rasa macam hangpa berhak hina orang bagai. Sekali Allah nak uji muka jadi retak seribu.. Time tu tengok sapa yang gelabah dok search applikasi camera kat playstore.

Orang akan upload gambar yang dia rasa cantik je sebab tu aku kata orang yang perasan cantik tak guna camera effect ni sebab selama ni walau orang tak puji pun dia rasa muka dia lawa tahap dewa dewi bintang tiga dah walau guna camera standard dalam smartphone tu. padahal kadang2 smartphone tu memang dah cipta camera dia bila ambil gambar nampak cantik dah tak perlu nak install applikasi camera gebu gebas.dah include effect tu dalam standard setting camera tu. Sebab tu dia rasa walau tak payah edit gambar nampak cantik. tapi tetap namanya effect camera jugak. Yang rasa lawa pun kadang2 sebab dia guna teknik macam ni je tu gambar dia nampak cantik >> Ini Sebenarnya rahsia gambar nampak cantik << Padahal kalau face by face sama level je muka dia dengan watak hantu kak limah.

Moral of the story.. Orang yang cantik sebenarnya orang yang bijak. Sebab kebijaksaan sahaja boleh membuatkan sesiapa saja nampak cantik

JANGAN TERKEJUT BILA TAHU TENTANG SONY XPERIA C5 ULTRA

JANGAN TERKEJUT BILA TAHU TENTANG SONY XPERIA C5 ULTRA. Sony antara handphone yang aku suka dulu sebelum kemunculan smartphone sebab camera dia memang cantik. Tapi sejak dah berkahwin asben aku dah belikan tab & smartphone brand samsung maka aku cuba melupakan terus cinta aku terhadap sony ni. Tapi ada jugak keinginan nak miliki sebiji sony xperia ni cuma aku ni duduk rumah. kadang2 semakpon yang ada pun tak ber caj baterinya. kadang2 anak aku dok lenjan tengok youtube. Aku banyak guna tab & pc jer untuk online. So, aku tak suka pembaziran.. sebab camera dia je aku suka takkan aku nak seludup duit suami suruh beli sony xperia, ye dak? tapi kalau tetiba dia belikan.. tak boleh nak kata apa la kan. hahahaha


Bila dah kita tak guna brand tu maka kita ni kurang la ambil tahu apa best, apa tak best & apa sebenarnya yang terkandung dalam kecanggihan  Sony Xperia nak2 lagi yang model c5 Ultra ni. Lagi la tak pernah tahu. terkejut jugak la bila tahu tentang Sony Xperia C5 Ultra smartphone ni. tak sangka pulak yang ada dalam smartphone tu macam tu. isk.. isk.. tak sangka betul. Kalau korang nak tahu Apa yang Ada pada Sony Xperia C5 ultra Smartphone meh tengok kat sini. Confirm korang pun tak sangka jugak >> 7 Perkara Yang Ada Dalam Sony Xperia C5 Ultra <

Moral of the story.. teknologi di cipta untuk memudahkan manusia tapi kadang2 teknologi juga memudaratkan manusia. Bukan salah teknologi tapi manusia yang salah guna. Jadi gunakan kecanggihan teknologi untuk perkara yang betul Insya Allah membawa manafaat yang lebih besar & berganda dari harganya.

PANAS! PEREMPUAN BERAMBUT LURUS LEBIH MENYERLAH DI INSTAGRAM

PANAS! PEREMPUAN BERAMBUT LURUS LEBIH MENYERLAH DI INSTAGRAM. Aku seorang berambut lurus tapi bukan lurus macam rebonding tu. Tu dah fake punya lurus. Tapi ada jugak orang yang berambut lurus macam rebonding cuma lurus natural ni even lurus macam mana pun takkan sama macam teknik rebonding. Anak aku pun mewarisi rambut lurus macam aku jugak. Kalau ikut bapak dia rambut ikal mayang sikit. Takde la kerinting cuma dia beralun.

Model comot ni tidak perlu di bayar atau di beri kredit hahaha

Kat situ terbukti rambut jugak sesuatu yang di warisi. Kalau mak bapak rambut kerinting, anak anak dia Insya Allah semua rambut kerinting. Tapi aku mak & ayah memang rambut lurus jadi tak pelik la rambut aku lurus. Rambut lurus ni tak dinafikan jadi satu kelebihan. Salah satu kelebihan rambut lurus ni boleh di pelbagai dengan berbagai gaya & fesyen. Tapi tak semestinya orang rambut lurus buat fesyen rambut macam mana pun nampak cantik. Tak jugak. Ikut kesesuaian wajah juga cuma rambut lurus ni senang nak potong pattern apapun. Berbanding yang jenis kerinting.. nak potong layer pun tak menjadi. Terhad sikit la jenis orang rambut tak berapa lurus ni. Bukan satu kekurangan pun.. Nak2 lagi yang berhijab. Cuma bila buka tudung tu maybe jadi lain rupanya. hehehe

Kelebihan rambut lurus bukan je senang nak berfesyen dengan rambut malah katanya nak orang berambut lurus ni lebih senang bergaya depan lensa. Nampak lebih fun, santai & stylo. Ye ke? Abis orang rambut kerinting nampak sedih ke depan camera. Nak tambah cili api lagi.. katanya orang rambut lurus ni lebih menyerlah di Instagram. Jangan marah aku.. bukan aku kata depa kata. Ni buktinya... >> Perempuan Berambut Lurus Lebih Menyerlah & yakin bila berselfie <<

Teringat pulak kisah zaman rumaja dulu ada antara kawan aku kalau tetiba pakai tudung bila keluar dengan kengkawan tu mesti silap potong rambut muka jadi pelik. Hahahah.. Pakai tudung sampai rambut tu panjang. Hahaha.. almaklum la budak2 kan. 

Alah.. tak kisah la rambut lurus ke, bengkok ke.. Semua tu anugerah Allah yang paling terbaik untuk kita semua. Cantik pada pandangan mata setiap orang juga tak sama. Bukan sebab rambut lurus atau sebaliknya.

AWAS! FLASH CAMERA MENYEBABKAN BAYI JADI BUTA KEKAL

 Kita sekarang dari umur 1 hari anak kita.. keluar je dari perut terus hala camera nak snap pic. Yelah.. nak simpan moment tu untuk depa tengok besar nanti kan. Tak salah niat kita tu tapi jangan salah cara sebab kalau salah cara mungkin memudaratkan bayi yang masih kecil.

Serius seriau aku baca berita seorang bayi berusia 3 bulan yang buta akibat flash dari kamera. Selama ni kita tak rasa benda tu serius.. Mungkin kita anggap kalau buat kerap2 baru bagi kesan buruk pada anak. Tak terfikir mungkin sekali kita buat memberi kesan buruk pada anak anak kita terutama masih bayi.

Ya Allah kesian aku tengok baby ni. Sumber ERA fm

Kisahnya seorang bayi buta sebelah mata lepas kawan parents dia terlupa nak tutup flash masa ambil gambar close up bayi tersebut. baby tersebut mengalami rabun sebelah mata kiri & sebelah kanan buta. Kecacatan tu di sahkan doktor kekal & tak boleh di rawat lagi. Flash telah merosakkan sel-sel macula yang merupakan sebahagian daripada mata di mata sinaran cahaya tertumpu masuk. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat yang mana kanak-kanak dan bayi sangat sensitive kepadanya.

Moral of the story.. tak kira anak kita atau anak orang jangan sesuka hati nak ambil gambar dengan flash. Nak2 lagi yang pergi melawat baby baru lahir tu. Aku kadang2 tak pegang anak orang sebab risau baby kecik2 kena effect ke bukan sebab tak sudi nak dukung. Apatah lagi nak snap gambar. Takpe la orang tengok kita macam tak mesra baby.. sebab kadang2 bukan semua mak bapak suka orang sentuh @ dok snap gambar anak dia. Jadi kita ambil langkah selamat sudah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com