Showing posts with label mula. Show all posts

JEREBU! SEKOLAH DI ARAH TUTUP TAPI MASIH RAMAI YANG KE JOM HEBOH

JEREBU! SEKOLAH DI ARAH TUTUP TAPI MASIH RAMAI YANG KE JOM HEBOH. Jerebu tidak menghalang orang ramai ke Jom heboh penang. Aku tengok TV3 dok update kemeriahan suasana di jom heboh macam tak terjejas pun dengan kehadiran orang ramai walau jerebu berada di paras bahaya. Terbaca jugak pasal sekolah di semua negeri kecuali beberapa negeri tak sure negeri mana.. di arah tutup 2 hari mulai esok sebab jerebu. Gamaknya Jerebu ni bahaya untuk budak beruniform sekolah je kot sebab kalau depa tak pakai uniform jerebu jadi tak bahaya. Sebabnya aku tengok rilex je mak bapak bawak anak2 beridah kat jom heboh bagai.


Bukan la aku dengki ke hapa.. Yang sakit anak depa bukan anak aku. Tapi tu la.. Bila kerajaan umum sekolah tutup ramai yang jeles kata budak sekolah jer terkesan sebab jerebu. Tapi aku rasa sebenarnya ramai rakyat Malaysia berinsang macam sindiran2 kat laman sosial tu. Buktinya depa tak heran pun dengan jerebu. Tetap buat aktiviti luar macam biasa. Aku je berkurung dalam rumah dengan anak aku. Tu pun pening kepala & sakit tekak jugak walau tak keluar. Bukan jer tak keluar malah tingkap pun dah berapa hari tak buka. Kita terpisah terus la permandangan aku dengan dunia luar ni.

Sebagai mak ni aku memang lebih risaukan kesihatan anak berbanding diri sendiri tapi tetap aku fikir jugak kalau aku sakit sapa nak jaga anak aku. Jadi aku kena jaga kesihatan ketiga2 diri kami tapi cuma tu la asben kan kena keluar kerja jadi aku hanya doa je semoga dia tak sakit akibat jerebu.

Sumber Sinar Harian

Usaha kerajaan bagi cuti pada pelajar sekolah untuk menggelak mereka sakit akibat jerebu aku rasa tak effective kalau mak bapak pulak ambil kesempatan anak bercuti untuk keluar berjalan jalan. Orang bagi cuti suruh duduk rumah elak dari terdedah dengan jerebu bukan suruh pi Jom heboh bagai ye dak??

kalau dah rasa tak tau nak buat apa sangat kat rumah sebab jerebu meh try ni. Kot2 dapat make over rumah & banyak lagi barangan yang best2 sapa tau >> Yang Anda Boleh Dapat percuma Sepanjang Oktober ni Jom Tengok << Dari dok ambil risiko keluar sambil menyedut jerebu sapa suruh. kan??

Moral of the story.. Rasanya dalam situasi IPU jerebu berada di paras bahaya aktiviti2 macam jom heboh tu batal pun takpe kot. Ia melibatkan banyak pihak. Nak suruh setiap manusia ni sedar kesihatan tu tak boleh di beli rasanya ramai yang tak sedar diri selagi tak terlentang sakit jadi sebagai mencegah rasanya  program2 macam tu tak payah la adakan buat sementara waktu. Yang mana dah di rancang batalkan je.

TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU

TENTANG QATAR AIRWAYS YANG ORANG MISKIN TAK TAHU. Tu dia tajuk mengundang bala katanya. Kalau orang judge dari tajuk boleh jadi viral ni. Aku pun kategori orang miskin jugak so sebelum ni aku pun memang tak tahu sangat pasal Syarikat penerbangan Qatar Airways ni. Tak pernah guna perkhidmatan mereka tak semestinya kita takkan dapat info tentang apa yang ada dalam pesawat Qatar Airways ni kan?? Yang penting kau rajin membaca Insya Allah.. kau akan dapat info.


kalau la dapat tajaan terbang dengan penerbangan bertaraf 5 bintang ni.. Wah rasa VVIP satu hari kot. Yelah.. setakat ni mampu terbang bersama Air Asia je. Tu pun syukur Alhamdulillah mampu rasa naik kapal terbang jugak. Ada orang yang sampai sekarang tak berpeluang merasa terbang di awan biru katanya. Insya Allah.. setiap orang ada bahagian rezeki masing2. Jangan risau. Kapal terbang sekarang bukan semua untuk orang2 kaya je. Ada je penerbangan tambang murah macam Air Asia & firefly. Merasa jugak golongan semekin macam aku naik kapal terbang.

Terbaca tentang penerbangan taraf 5 bintang ni.. Qatar Airways adalah syarikat penerbangan utama negara Qatar yang berpangkalan di Doha dan melayani 81 destinasi antarabangsa. Merupakan penerbangan yang diiktiraf terbaik di dunia. Ditubuhkan pada 22 November 1993 & mula beroperasi pada 20 Januari 1994. Penerbangan pertama pada Mei 1994. Yang bestnya Qatar Airways ni semua pesawat penumpang tak kira apa kelas sekalipun mempunyai layar video di setiap tempat duduk. Siap ada siaran television satelit lagi untuk rancangan TV eropah & Arab. tapi ada 2 pesawat yang takde service ni. Untuk penumpang kelas pertama bukan setakat boleh baring, tapi seat dia di lengkapi fungsi mengurut & sistem hiburan. Kalau terbang berbelas jam takde la rasa sengal2 badan sangat kan.

kalaulah dapat terbang dengan Qatar Airways ni kan.. nak2 dapat seat kelas pertama tu. Mesti feeling orang kaya satu hari katanya. Manalah tau akan datang ada rezeki kan walau tak kaya. Sebab rezeki ni dari Allah & datang dalam pelbagai cara & sumber. Tapi kalau korang yang terbang dengan Qatar Airways ni sekarang pun ada promosi. Time promosi ni la tiket dia murah sikit. Boleh la merasa naik flight yang di iktiraf terbaik di dunia & ber kelas 5 bintang ni. Korang boleh tengok kat sini promosi >> Fly to your dream destination with this Qatar Airways promo now.<<

Moral of the story.. Orang miskin bukan semuanya selamanya miskin & orang kaya tak selamanya jugak kekal kaya. Nasib boleh berubah & di ubah cuma kita yang perlu berubah untuk mengubah nasib kita. Jadi hari ni mungkin kita mampu naik Air Asia tak mustahil satu hari kita di kelas pertama Qatar Airways katanya.

15 TANDA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU LAPTOP MULAI ROSAK

Kita ni kadang2 tau guna jer.. Bukan reti nak detect laptop tu ada problem ke atau mula tunjuk tanda tanda sakit. Selagi kita boleh belasah.. belasah sampai tak boleh on katanya baru kita tahu laptop kita tu memang dah betul2 rosak. Atau sampai kita bawak pergi repair & specialist cakap laptop kita dah tak dapat di selamatkan. Yelah.. yang banyak orang pandai guna jer mana pandai jaga. hahahaha


Jadi bagi mereka yang menggunakan laptop bukan macam aku yang masih old school katanya dok pakai pc jer lagi. Almaklum semekin.. pakai pc senang tak payah usung. So peratus nak bawak balik kampung tu memang takde langsung la. Kang boleh usung sampai kat kampung pun life aku asyik depan laptop je pulak even kat kampung pun adik beradik aku ada laptop & internet tapi tu la..lebih selesa guna hak milik sendiri. Jadi bagus jugak aku kekal guna pc jer hahahaha

Jadi pada anda yang memang tak tahu langsung pasal laptop ni selain guna jer.. sampai nak buat fragment files pun tak reti elok la baca 15 tanda yang mungkin hangpa tak perasan yang laptop hangpa tu dah nazak & tunggu masa jer nak pulang kerahmatullah.. Bukan apa bila dapat detect awal sementara dia masih nyawa2 ikan maybe boleh dah start menabung untuk beli laptop baru kan?

Nak tahu apa 15 tanda laptop anda dah bagi isyarat awal untuk berpisah dengan ada meh baca kat sini >> 15 Tanda awal Anda kena beli Laptop Baru <<

Moral of the story.. Bila kita guna gadget elektronik ni jangan tau guna jer.. Kita kena tau jugak basic pasal menda alah tu.. At Least problem kecik2 kita boleh buat sendiri. Paling2 pun belajar format & install sendiri. tak susah google jer dia bagi step by step tutorial siap bergambar lagi.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com