Showing posts with label setia. Show all posts

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI. Untunglah sapa2 masih anak dara.. Nak tambah pakej lagi yang cantik. Buka meja tepi jalan, jual nasi lemak berbaris abang abang setia menanti menunggu giliran merasa nasi lemak anak dara cantik katanya. Gamaknya kalau mak dara cantik macam aku berniaga ada tak orang berbaris panjang macam tu. hehehehe


Bila dah jadi viral.. Yang meniaga macam tu memang dapat benefit. Yang tu kita tak payah pertikai la.. dah rezeki dia. Walau ada jugak yang para wanita macam sinis bila nasi lemak anak dara laku keras & pembeli pula di kalangan abang abang. Risau pulak depa kalau yang berbaris tu cik abang depa. Aku? Tak risau apa2 pun.. Kalau laki aku kemaruk sangat nak makan nasi lemak anak dara jangan lupa bungkuskan sekali untuk aku. Nak rasa jugak sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu. Ada ke sesedap nasi lemak sambal petai yang sri damansara yang selalu aku makan tu. Kalau lebih sedap dari tu tak heran la laku.. Kalau rasa ala ala jer.. Memang pelaris dia cuma muka cantik je. hahaha


Penangan nasi lemak anak dara.. Bagaikan ubat kuat untuk lelaki. Jarang nak tengok fenomena lelaki sanggup berbaris macam ni kecuali nak beli tiket perlawan bola jer.. Kerana nasi lemak anak dara abang abang semua jadi kuat, sabar, tabah & sangat setia menanti giliran. Semua sopan santun jer.. Takde pun yang potong Q atau bertumbuk sebab nak beli nasi lemak anak dara katanya. Baru la nampak ciri2 idaman dara.. manalah tau sambil membeli sambil mencuri.. Bukan mencuri duit jualan nasi lemak anak dara.. mencuri hati anak dara katanya. Selagi belum di ijabkabul selagi tu ada peluang.. ye dak??


Para2 isteri korang tak payah cuak sangat la dengan fenomena macam tu..Depa nak beli nasi lemak je pun. Kalau rasa tergugat sila belajar masak nasi lemak paling sedap.. Insya Allah asal makan nasi lemak tak kira anak dara ka, mak dara ke.. mesti ingat bini dia kat rumah. hehehehe

Pada abang abang tu tak payah poyo sangat la kot macam mamat mamat ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Nasi lemak je kot. Setakat ni yang viral sebab anak dara cantik je yang jual. Selain dari anak dara & cantik.. lain2 kelebihan nasi lemak tu tak dengar lagi la jadi viral. hahahaha

Moral of the story.. Tu la orang kata rezeki. Sebab kena saman dia jadi viral kemudian semua orang tahu ada anak dara cantik jual nasi lemak. Berpusu2 orang datang beli yang majoriti lelaki. Peliknya.. kenapa takde pelanggan di kalangan akak2 lepas viral. Akak2 semua menangis bawah tudung saji ke camna? hikhikhik

MONA FANDEY ISTERI YANG SETIA & SENTIASA JAGA SOLAT

Kisah mona fandey yang biasa kita dengar adalah kisah kejam pasal pembunuhan seorang ahli politik, kisah2 mistik & seram berkaitan penglibatannya dalam ilmu hitam.. Jarang kita dengar orang cerita pasal kebaikkan seorang yang di katakan memiliki senyuman yang menyeramkan ni. Sepanjang kes dia dulu.. gambar2 yang terpampang di surat khabar atau television waktu tu.. kebanyakkan gambar dia tersenyum. Tak pernah ada kes dia maki wartawan ke, sepak cameraman ke.. Dia sentiasa senyum bila lensa di halakan pada dia.


Aku sendiri pun tak pernah tahu kisah ni yang di ceritakan sendiri seorang warden penjara wanita kajang yang waktu tu di tugaskan menjada Mona Fandey.. Menurut ceritanya Mona fandey seorang yang sangat peramah, menjaga solat 5 waktu & rajin mengaji malah menjadi kawan baiknya di penjara sebab Mona Fandey seorang yang suka bercerita tapi cerita dia takde yang memburukkan orang lain. Lebih kepada berkongsi kisah kehidupan peribadi dia jer..

Yang kita tak tahu sebenarnya Mona Fandey pernah di dapati tidak bersalah kerana pembunuhan itu di lakukan oleh suspek pertama & kedua iatu suaminya affandi & pembantunya. Dia boleh di bebaskan tapi dia memutuskan jika suaminya tidak di bebaskan dia jugak tidak mahu di bebaskan. Dia rela mati di tali gantung bersama suaminya. Dia mengorbankan peluang di bebaskan untuk bersama suaminya. Warden penjara yang berkongsi cerita tu katanya sepanjang dia menjaga mona fandey tiada langsung kejadian mistik atau seram macam di canangkan pihak media berlaku. Malah saat kematiannya juga.. Jenazahnya dalam keadaan sempurna & senang di uruskan.

Bekas suami Mona Fandey jugak tak percaya Mona akan membunuh orang dengan kejam.. sebab katanya nak siang ikan pun dia menangis sebab kesian. Malah sepanjang perbicaraan bekas suami & anak anak mona Fandey sentiasa hadir di mahkamah memberi sokongan. Malah anak2 mona fandey jugak sentiasa menyokong ibunya kerana bagi mereka, mereka lebih mengenali siapa ibu mereka.

Itulah sisi baik seorang yang di panggil Mona Fandey yang tak pernah didedahkan & setelah 21 tahun kes tu berlalu baru di ceritakan. Kesian kan.. 21 tahun kita di momokkan dengan kisah seram, kisah kejam, kisah mistik yang mengaibkan seseorang yang dah meninggal dunia sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.

Moral of the story.. Sejahat jahat manusia.. selagi dia bernama manusia pasti ada sisi baik yang mungkin kita yang orang pandang baik sangat pun tak mampu buat seperti yang dia buat. Muhasabah diri.. Belajar dari kesilapan. teguran ni untuk diri aku sendiri jugak.

Artikel penuh boleh baca kat sini >> Mona Fandey Pembunuh Kejam? - Maaf, Anda Salah, Baca Pendedahan Dari Sarjan Azizah Ini

MAYAT WARGA EMAS HANYA DI TEMANI 2 EKOR KUCING SELAMA 7 HARI

Baca berita ni tetiba hati ku sayu Uolls. Mungkin ada sesetengah di antara kita yang kalau nampak kucing jangankan nak belai.. nak kesian pun tidak tapi di sepak dengan kaki je. Seolah2 makhluk tu takde fungsi dalam bumi Allah ni. Hope mana2 pembenci kucing lepas baca kisah ni terus insaf yer..

Ni kisah 2 ekor kucing benggal yang setia di sisi mayat tuannya yang meninggal dunia seorang diri dalam rumah selama 7 hari sebelum di sedari jiran tetangga. Biarpun lapar selama 7 hari gamaknya tak makan tapi 2 ekor kucing ni setia teman mayat penjaga mereka selama ni. Ya Allah.. haiwan tak berakal ni pun ada perasaan kasih sayang sesama makhluk inikan pula kita yang di jadikan Allah sebaik2 makhluk.


 Sumber harian metro

Kadang2.. aku tak berapa dengan manusia yang anti sangat dengan kucing & anjing ni. Walaupun kucing bukan antara haiwan merbahaya tapi ada sesetengah orang pandang kucing ni macam bahaya sangat even lalu depan pagar umah dia pun dia baling kayu batu bagai.. apatah lagi kalau anjing. Kalau ada senapang gamaknya lintas pagar umah dia pun abis di tembak. Moga orang2 macam ni mendapat hidayang dari Allah.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com