Showing posts with label Norazita Abu Talib. Show all posts

AKHIRNYA PAK GUARD YANG TEMBAK PEGAWAI BANK DI TANGKAP

Sepandai2 Pak guard itu larikan diri selepas melakukan rompak & bunuh akhirnya di tangkap polis jugak. Sebagai rakyat yang memang rasa terkesan dengan apa yang berlaku & rasa meruap2 dalam dada bila tengok video pak guard durjana yang menembak arwah pegawai ambank tu membuatkan den rasa nak berucap sepatah dua kata jugak la bila tahu dia dah di tangkap polis.


Yang pasti dia bakal di kenakan hukuman mati. Harap di kesempatan yang ada ni dia gunakan sebaik mungkin untuk bertaubat kepada Allah.

KUALA LUMPUR – Kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya  pada 23 Oktober lalu  selesai berikutan tertangkapnya suspek utama kes tersebut pada jam 7.00 pagi tadi di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor.
Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Dan kepada warga asing yang datang menumpang cari rezeki disini jadikan iktibar. Kerja baik baik.. Insya Allah dapat rezeki berkat bahagia hidup dunia & akhirat. Belajar bersyukur dapat menumpang rezeki di negeri orang kalau kat negara sendiri tak mampu nak bagi makan anak bini.


PERANGAI PELIK PEGAWAI BANK YANG DI TEMBAK SEBELUM MENINGGAL

Bila membaca kisah2 pasal Pegawai Bank yang di tembak mati dalam satu insiden rompakkan bank yang di lakukan pengawal keselamatan di situ sendiri.. Hati tersentuh. Rasa - rasanya ramai yang turut bersedih walau kita tak pernah kenal dengan arwah sekalipun. Semua orang rasa ini satu pembunuhan kejam.. sebab dari video yang tersebar kita boleh tengok arwah tidak langsung melawan atau bertindak yang boleh membahayakan suspek.. Tanpa sebab di tembak tanpa perikemanusiaan.


Kalau kita yang tak pernah kenal arwah boleh tersentuh dengan kejadian ni.. apatah lagi ahli keluarga arwah. Mereka lebih merasai semua tu. Jadi untuk tak menambah luka di hati mereka.. hentikanlah penyebaran gambar ngeri arwah yang di tembak & video kejadian tu. Hormatilah mereka sebagai seorang manusia. Jangan hilang perikemanusiaan tu semata2 mengejar raking, rating & traffic di laman sosial. Dan ia salah di sisi undang2 jugak.


Bila baca kat sinar harian tadi, panggilan terakhir arwah kepada suaminya Ya Allah, rasa macam kita pula sedang di uji dengan kehilangan macam tu. Sejam sebelum arwah di tembak, dia ada hubungi suaminya untuk tanya samada masih sayang pada dia atau tak??

Untuk artikel penuh baca kat Sinar Harian

Selain tu ada perangai pelik arwah yang di sedari ahli keluarganya sebelum dia meninggal. Menurut cerita ibu arwah.. dia basuh kereta  tengah hujan.

 artikel penuh sila baca di Sinar harian

Selalunya perangai2 pelik orang yang meninggal dunia ni kita akan sedar setelah pemergiannya. Jarang kita nak rasa perangai pelik seseorang tu adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.. Apapun semoga Allah kuatkan semagat & kesabaran kepada seluruh ahli keluarga arwah untuk terima dugaan hebat ni & semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Jom kita sebarkan wajah penjenayah berbahaya ni untuk memudahkan pihak polis membuat tangkapan seterusnya menjatuhkan hukuman setimpalnya pada penjenayah kejam ni.

 
Gambar suspek, Ardi Hamza, pengawal keselamtan yang dikehendaki polis berkaitan kes rompak dan bunuh di sebuah bank di USJ, Rabu lalu. FOTO Osman Adnan -sumber HM-


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com