KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC
KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC. Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ.Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha.
Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pameran haiwan2 pra sejarah & replika gunung berapi. Suasana dalam tu agak suram.. Ditambah dengan sound effect bunyi bunyian haiwan purba & letusan gunung berapi.. Mungkin agak menyeramkan bagi sesetengah orang. Pada malam ustaz tu di jemput untuk menghalau makhluk ghaib yang masih bermastautin kat situ.. Ada kejadian misteri berlaku di bahagian pameran haiwan purba tersebut. Sebaik dia melangkah masuk ke tempat tu.. tiba2 lampu terpasang & haiwan kat situ mula bergerak. Sound2 effect jugak tiba terpasang seperti pameran tu beroperasi semasa kehadiran pengunjung. Walhal masa tu dah pukul 1 pagi. Sebab ia menganggu fokus ustaz tersebut untuk berzikir & membaca ayat2 suci al quran yang kebiasaannya dia buat untuk merawat gangguan jin dia meminta petugas petrosains yang mengiringi dia tutup semua lampu & mematikan semua alat audio visual yang sedang di mainkan. Malangnya bilik kawalan tersebut di kunci & pegawai yang pegang kunci bilik tersebut tak ada pada malam tu. Semua jadi pelik kalau bilik kawalan tu di kunci siapa yang mengaktifkan semua audi visual & lampu sejurus mereka masuk. Ternyata ia memang perbuatan makhluk ghaib yang cuba menganggu fokus ustaz tu untuk menghalau mereka dari situ. Selepas pertempuran antara ustaz & makhluk ghaib kat akhirnya semua penghuni ghaib kat situ berjaya dia keluarkan dengan izin Allah. Yang pelik selepas semua makhluk ghaib yang ada disitu di keluarkan lampu, audio & visual serta merta terpadam. - sumber Pemindahan jin di Petrosains -
Sumpah aku tak pernah tahu tapak klcc asalnya tapak lumba kuda. Mungkin kassim selamat & sabariah pernah main kuda kat situ jugak. Mungkin pernah di miliki oleh Ismet Ulam Raja.. siapa tahu. Hahahahaha... Tapi cerita seram yang berlaku kat petrosains tu tak berapa buat jiwa kita meracau sangat memikirnya sebab kita tahu ia perbuatan jin & syaitan.. Ada yang lagi menguji mental & fizikal sampai sekarang masih berlaku kat petrosains. Nak tau meh tengok kat sini >> Ilusi Paling Gila Yang Berlaku Di Petrosains <<
Moral of the story.. kesahihan cerita ni memang tak dapat di pastikan. Mungkin orang yang pernah bekerja di petrosains sekitar tahun 2004 boleh sahkan samada pernah berlaku kejadian mistik atau tidak. Tapi cerita ni aku dapat dari blog pusat rawatan alhidayah. Diceritakan oleh pengasas pusat rawatan Alhidayah, Hj Lokman. Alah bapak kepada Dr Dayana Isteri pertama Pelakon Ashraff Muslim tu. Cuma kita perlu tahu tempat banyak replika dari makhluk bernyawa ni apa nak pelik tetiba ada yang menumpang di sudut kamar hati kat situ, kan? Tambah2 tempat yang di ceritakan tu.. aku pernah masuk petrosains beberapa kali memang kat tempat pameran tu suasana dia agak gelap.. lampu samar2.. sound effect bunyi haiwan2 purba tu agak menyeramkan. Kalau tengah malam kesitu memang la seram walau tak ada jin pun.