INILAH BLOGGER YANG PALING TAK DI SUKAI RAMAI
Dua tiga hari lepas cerita pasal blogger paling bahaya, ni cerita pasal blogger tak di sukai ramai pulak. Aduhai.. siapa gamaknya? Jangan risau blogger malaysia jugak. Tak popular mana pun. Bukan semua orang kenal pun.. tapi tak sangka pulak yer menjadi blogger paling tak di sukai ramai...Semua orang mesti nak tahu kan siapa blogger tu kan?? Korang memang kiah propa la.. suka sangat isu yang krik.. krik.. krik.. gitu. Hahahahahaha.. ni kira macam kesinambungan entri berhati hati dengan blogger ni.. (malas nak link kalau nak baca search sendiri yer). Kalau haritu katanya orang lain kata.. tapi kali ni dia sendiri akui di sokong dengan kata2 orang lain.. katanya.
Muka blogger yang katanya tidak di sukai ramai.. maybe kurang lemak berkrim kot. hahahaha
Bagi aku guna point yang orang lain pun tak suka sipolan ni sebab sipolan ni memang camni.. camtu bagai.. point yang biasa untuk orang buktikan bahawa seseorang yang dia pandang buruk tu sememangnya di akui buruk oleh orang lain. Normal la tulis blog atau aktif di laman sosial ada orang suka & tak. Ben Ashaari yang banyak cerita pasal anak dia pun ada orang tak suka nak2 lagi aku yang jenis cakap pasal isu2 semasa & sekeliling aku ni kan.. Aku tak rasa terkejut pun kalau ada orang tak suka kat aku.. Tapi yang pasti aku takde list sapa2 sebagai musuh aku jadi aku tak boleh teka siapa yang budak tu cakap yang tak suka aku tu. Tapi benda2 remeh.. sapa suka.. sapa tak suka tak perlu nak siasat sangat. Kita sendiri tahu, kita takkan mampu buat semua orang suka kita even kita dok diam tak buat apa2 pun. Itu kenyataannya. Apatah lagi bila kita buat sesuatu.. so, benda normal. Nak tak nak itu yang kita perlu hadap.. hadap kenyataan ada orang suka & ada orang tak suka kat kita.
Kepada adik itu.. even sang akak ini perasaan dua watak si adik itu sejak dari dulu lagi, tetap sang akak tak unfriend sebab sang akak rasa benda ni tak bagi side effect pada sang akak sebab sang akak tak pernah letak kepercayaan pada sapa2 yang sang akak kenal kat alam maya. Jadi nak jadi berapa watak sekalipun.. sang akak tak rasa tergugat cuma dulu tak berapa jelas dua watak tu tapi bila dah emosi baru clear. Jadi.. macam akak nasihat la.. kalau rasa hidup di selebungi sakit hati sangat dengan status akak, cari penyelesaiannya. Untuk apa hadap benda yang menyakitkan sedangkan hati kita tak boleh nak terima..Peace!
P/S : Beza bila orang dewasa bercakap dengan orang dewasa & orang dewasa cakap dengan orang tak berapa dewasa perangainya memang ada perbezaan. Jadi.. kena banyak sabar, tak paham kena explain sampai paham atau buat tak tahu jer kalau rasa dia buat2 tak paham.. kan... kekekekeke
P/S : Tak perlu rasa down sangat kalau ada orang kata dia tak suka kita sebab orang yang tak suka kita tu pun ada orang lain yang tak suka dia.