Showing posts with label domain. Show all posts

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya. 

2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar. 

Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah. 

Selepas 2019 memang perlahan lahan aku mula kurang menulis di blog. Bukan trauma sebab di saman. Waktu tu aku baru melahirkan anak kedua. Jadi bertambah komitmen aku membuatkan aku semakin tiada masa untuk fokus pada blog. 

2024 bila aku rasa dah tak relevan nak bayar sewa domain yang hampir setiap tahun ada kenaikan harga jadi aku buat keputusan 2024 tahun terakhir aku guna domain dot com dari netkl. Lagipun blog aku selain adsense dah tak ada sumber pendapatan lain jadi rasa tiada keperluan untuk aku menyewa domain berbayar. 

Pun macam tu aku masih sayang blog lekat lekit ni. Blog ni bagi aku terlalu istimewa. Tidak hanya menyimpan kisah suka malah blog ni telah mencipta semua bentuk kenangan. Kenangan terindah, kenangan teruji dah kenangan terbaik sepanjang aku bergelar blogger. 

Aku ciptakan blog ini adalah kerana jiwa aku yang suka menulis. Waktu aku pertama kali kenal blog aku tak tahu melalui blog boleh boleh buat menjana pendapatan. Yang aku tahu ada satu ruangan yang boleh aku tulis sesuatu dan ada orang membaca. 

Aku tak pernah menyesal menjebakan diri aku dalam penulisan blog malah sehingga hari ini aku masih mahu bergelar blogger. Aku masih mencari masa & momentum untuk kembali aktif menulis. Bukan untuk duit tapi untuk kepuasan jiwa aku sendiri. Jika ada lagi peluang menjana pendapat selepas ini aku anggap rezeki. Kalau tak ada pun tak apa sebab aku ada sumber pendapatan sampingan yang lain aku sedang buat sekarang. 

Walaupun aku kembali menggunakan domain blogspot.. Sedikitpun aku tak rasa kekurangan dari sudut apapun. Sedikitpun tidak melunturkan semangat aku untuk kembali menulis di ruangan ini. Tiada apa yang berubah dalam jiwa aku cuma masa dan tanggungjawab membataskan aktiviti aku di blog. 

Aku sayang blog lekat lekit ni kerana ia sebahagian dari jiwa aku. Semoga selepas ini ia kembali di warnai dengan pelbagai cerita seperti dulu, Insya Allah. Terima kasih pada yang masih setia membaca blog lekat lekit. Setia menyokong aku dan masih sudi berkawan dengan aku. 

Sebagai kenangan aku editkan satu video pendek tentang blog aku. Jangan lupa tengok tau! 





WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR?

WAJAR LAGI KE NAK GUNA DOMAIN BERBAYAR? Zaman kegemilangan blog lekatlekit story ni macam dah suram sekarang. Nak update entri baru pun macam ada dalam tiada tapi sewa domain dengan netkl tetap kena bayar setiap tahun. Yelah.. dulu orang guna dot com kau pun nak. Waktu tak apa lah kan. Masih ada sumber pendapatan sampingan dari blog ni sekarang dah macam tiada. Sumber pendapatan sampingan tu ada cuma bukan dari blog lagi. Yang ada cuma adsense sahaja. Tu pun macam obesiti je earning dia nak naik. Yelah.. jarang jarang sangat nak berkisah dalam blog ni kan.

Ikutkan domain expired bulan oktober tapi setiap tahun biasa aku akan renew awal dua tiga bulan cuma tahun ni sampai sekarang belum lagi aku buat pembayaran. Masih tengah fikir sama ada nak teruskan guna domain berbayar atau kembali ke free domain blogspot sahaja. Dengan kenaikan sewa tahunan domain di netkl ni buat aku terfikir berbaloi ke aku nak bayar? Kecuali la aku masih buat paid review di blog ni.. Sekarang memang dah tak ada dah. kalaupun aku nak tulis review semua tu dari pengalaman aku membeli & gunakan barang tu. Sekadar berkongsi sahaja.

Cuma tu la kan.. Rasa sayang tu masih ada cuma kadang kadang yang sayang tu kita kena lepaskan untuk kebaikan. Tak semua sayang tu kita kena simpan. Cuma aku belum buat keputusan rasmi samada nak teruskan atau nak terminate. Memandangkan kos hidup sekarang pun tinggi jadi aku rasa nak kurangkan komitmen mana yang tak perlu. Blog ni Insya Allah aku tak rasa nak delete pun. Masih rasa satu masa aku akan kembali aktif menulis di ruangan ini. Menulis di blog takkan sama rasanya seperti menulis di media sosial lain. Cuma tu la masa menentukan bila boleh aktif menulis di blog balik. Aku tak kisah pun orang nak cakap blog dah tak relevan. Aku menulis blog untuk puaskan jiwa aku. Aku suka jadi aku buat. Tak relevan bagi mereka yang tak minat dan jiwa mereka tidak kearah itu.

Mungkin cuma batalkan domain berbayar dan kembali kepada domain blogspot lepas ni. Rasa macam tak ada manafaat dah nak bayar sewa domain. Mana tahu dah jadi warga emas nanti blog boleh lagi di gunakan untuk mengisi masa lapang. Konon.. hahahaha. Aku ni tak tahu la sampai bila nak habis tanggungjawab jaga anak. Lebih lebih ada anak istimewa ni. Kehidupan aku mungkin hanya dengan anak je kot. 

Apapun samada aku terus gunakan domain berbayar atau tak.. Yang pasti blog ni selagi boleh di gunakan sebagai medium menulis Insya Allah masih ada. Ter update atau tak je tak pasti.

Gambar sekadar hiasan. Ni gambar skodeng guna telephoto lens. hehehehe



BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM

BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM. Ramai yang sedia maklum tiada lagi blog lekatlekitgurl.blogspot.com. Almaklum la tuan punya blog pun bukan gugirl lagi jadi terpaksa la korbankan lekatlekitgurl. Dah tak layak dah nak berblog dengan imej gugirl katanya. Sedar diri dah masuk zon balusia (baby lanjut usia) jadi dengan terpaksa aku remove lekatlekitgurl.


Tapi jangan sesedih blog lekat lekit masih wujud di arena blog. Belum mengalami sebarang kepupusan cuma bertukar nama kepada lekatlekit.com je. Ada jugak yang tanya macam mana nak tukar ke dot com. Free ke? Macam mana nak buat.

Maaf tiada benda percuma dalam hidup ni. Orang nak masuk liang lahat pun kena bayar inikan nak tukar dari blogspot.com ke dot com. Yer.. kena bayar cuma bagi aku setakat nak ber domain takde la mahal. Aku ambil dengan netkl RM35 setahun. Domain jer bukan hosting. Kalau dengan hosting tu mahal la sikit. Macam mana proses nak tukar ke dot com. Terus terang aku cuma transfer duit lain2 orang yang settlekan sebab penyakit M sedang menyerang. Aku sibuk nak cari idea update blog katanya tak sempat nak fikir benda lain. hahahaha

Seorang blogger yang pemurah lagi baik hati  iatu Alongxp sedia membantu. Aku transfer je payment ke account dia dari proses order domain sampai la setting ke blog semua dia buat tak sampai pun 1 hari. Rasanya dalam sejam dah siap blog aku bertukar dari blogspot.com kepada lekatlekit.com.

Mungkin ada yang macam aku sebelum ni tertanya tanya apa nasib BE @ CPUV nuffnang yang tengah on going kalau tukar domain. Nasib dia tak berubah.. cuma lepas tukar ke dot com ubah setting kat manage blog nuffnang. Masukkan url baru dot com korang tu. Kemudian masukkan semula coding2 banner kat blog. Settle. BE @ CPUV yang tengan on Going tu tak terjejas pun.

So, bagi blogger lain yang nak berdomain boleh la survey ramai orang buat servis macam ni cuma jangan tertipu kadang2 ada yang ambil kesempatan caj dia setting sampai berpuluh2 ringgit padahal kalau anda minta pihak netkl setting pun dia caj RM3 je. Ada yang tak caj langsung setting tu. Jadi pandai2 survey atau rajin2 la google belajar buat sendiri. Sebab katanya tak susah.

Moral of the story.. Kalau anda serius & memang spesis aku yang rajin update blog rasanya tak sia sia bertukar ke dot com untuk mengkukuhkan tapak blog kita. Memang ia membantu dari segi traffic. Rasanya traffic aku memang agak mencanak jugak semalam lepas tukar ke dot com.

AWAS BLOGGER! SILA TUKAR BLOGLIST ANDA SEKARANG

AWAS BLOGGER! SILA TUKAR BLOGLIST ANDA SEKARANG. Tu dia Amaran keras dari kerajaan blogger katanya untuk menyeru kepada semua rakyat agar tukar bloglist anda sekarang. Dah kenapa pulak nak kena tukar. Ada virus malware menyerang ker? Confirm ramai dah panik sekarang termasuk la aku pun panik jugak ni. Hahahahaha


Kenapa anda kena tukar bloglist. Tapi bukan semua link bloglist yer... Hanya yang letak link http://lekatlekitgurl.blogspot.com je perlu tukar kepada www.lekatlekit.com. Yer.. betul nak habaq kat hangpa aku dah beli domain. Dah ber dot com katanya. Almaklum la setelah sekian lama baru sekarang dapat hidayah nak ber dot com. Dulu tu bukan apa aku tak dapat permission lagi. Bukan senang nak yakinkan boipren yang tak paham pasal blog ni. Even guna duit sendiri hasil dari blog pun keizinan boipren halal tu penting untuk mendapat restu setiap perkara yang kita buat.

Jadi sekarang dia dah nampak blog dah banyak buat bini dia dapat side income so dia dah tak kisah. Apa yang baik nak buat... buat la kat blog tu. Aku pun rasa nak jugak merasa dot com hujung url blog aku kan. Tak mahal pun. Aku minta alongxp buatkan. Mula2 ingat nak book 3 tahun terus tapi atas nasihat ramai aku kurangkan ketamakkan aku bayar sewa domain tu. Aku bayar dulu untuk setahun.

Jadi pada semua geng2 lekatlekit yang ada letakkan link blog lekatlekit sila tukar url ke www.lekatlekit.com yer. Dah takde gurl sebab tuan punya blog pun dah jauh dari zaman gugirl katanya. Nak letak lekatlekitstory.com kot2 la nanti tetiba aku jadikan blog aku sebagai blog jual baju ke, perabot ke.. jual diri.. ops. Jadi elok la letak lekatlekit jer.

Moral of the story... Jangan lupa tukar bloglist anda. Yang mana belum letak link lekatlekit.com tu letak cepat2. Sebagai penyeri katanya sebab blog ni kan paling aktif berhapdet. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com