JANGAN BERANGAN DAKI GUNUNG KINABALU KALAU 10 BUKIT NI PUN TAK TAHU
JANGAN BERANGAN DAKI GUNUNG KINABALU KALAU 10 BUKIT NI PUN TAK TAHU. Ada orang berangan nak mendaki gunung kinabalu kat sabah sana nu.. Padahal kat semenanjung ni nak naik bukit pun belum tentu dia sampai ke puncak. Ntah2 semput di tengah jalan.. hahaha. Tapi angan2 tinggi nak tawan puncak gunung kinabalu. Ok lagi dia target gunung kinabalu.. Kalau dia target gunung everest padahal bukit hutan pokok getah pun dia tak pernah daki.. Pengsan mak nak!! hahaha.Berangan tu tak salah.. Dari bermula la melangkah di tempat rendah2 dulu. Kita bukan ada kuasa awang khenit yang boleh terbang ye dak. Nak daki gunung ganang kena ada stamina supaya tak pancit di pertengahan jalan. So, nak tawan puncak gunung tinggi haruslah bermula dari mendaki bukit bukau dulu. Apa ingat mendaki bukit ni tak mencabar ke? Mencabar ok! Contoh macam bukit tabur.. berapa ramai kecundang kat situ. Mencabar tak mencabar sila la try dulu.
Jadi kaki kaki hiking ni.. Atau yang baru nak mencuba aktiviti hiking ni tak payah mimpi puncak gunung ganang sangat la kan kalau 10 bukit kat semenanjung ni pun korang tak pernah daki apatah lagi tahu kewujudannya. Confirm ada yang tak pernah dengar pasal bukit kutu kan? Kalau yang mana nak tahu kat mana bukit kutu & 9 bukit yang lain meh baca kat sini >> 10 Bukit Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu Selama Ni << Rugi la kaki kaki hiking tak tau pasal 10 bukit ni. Bukan je boleh buat aktiviti mencabar tapi.. Cantik beb kat atas sana.
Moral of the story.. Kalau kena panjat tangga nak naik kat rumah masa lift rosak pun 5 - 6 kali pancit, pendamkan la saja niat nak panjat bukit tinggi2 macam ni. Apatah lagi gunung. Kau panjat katil double Decker sudah. hahaha