Showing posts with label reunion. Show all posts

AKTIVITI PALING SESUAI UNTUK YANG ADA KAWAN OBSES DENGAN SMARTPHONE & ONLINE

AKTIVITI PALING SESUAI UNTUK YANG ADA KAWAN OBSES DENGAN SMARTPHONE & ONLINE. Zaman rumaja aku dulu kalau lepak dengan kawan kawan memang betul betul lepak. Riuh rendah bersembang. Kalau pergi mall tu macam2 la aktiviti. Main bumper car la.. main games la.. atau kalau ada retis buat road show layan la jugak.Almaklum la zaman sebelum kewujudan smartphone & kemudahan access internet semudah atas tapak tangan di mana saja. Happening kalau lepak dengan kawan kawan zaman dulu. Kalau berkumpul tu ada je la cerita nak di kongsi.


Berbanding zaman sekarang ni. Duduk cafe atau restoran masing2 buat hal sendiri. Mata mengadap smartphone. Nak berkomunikasi walau kawan2 depan muka pun guna media sosial. Walau duduk semeja tetap sembang kat whatsapp. Yang nampak ada aktiviti melibatkan semua masa selfie je la. Lepas tu masing2 masing lebih banyak buat hal sendiri. Tak tau mana nikmat lepak dengan kawan2 kalau tetap berkomunikasi guna media sosial.

Susah nak buat aktiviti best kalau asyik hadap smartphone je. Kalau setakat keluar pergi mall, lepak kat cafe memang susah nak buat kawan kawan kita ni tak hadap smartphone jadi kalau korang nak rancang aktiviti dengan kawan kawan ada aktiviti yang boleh buat kawan kawan korang kurang menggunakan smartphone. Sebab aktiviti macam ni memang perlu menggunakan kaki tangan & tenaga yang banyak jadi kesempatan nak jadi manusia anti sosial tu agak kurang. Kalau nak tau apa aktiviti yang boleh korang buat dengan kawan kawan meh tengok kat sini >> 7 Outdoors Paling Best & Boleh Buat Kawan2 korang yang anti sosial tak melekat dengan smartphone boleh anda buat << confirm perjumpaan dengan kawan kawan sambil buat aktiviti ni lebih best dari melepak kat cafe tapi masing2 buat hal sendiri layan 'online'.

Jadi pada korang yang dah annoying dengan perangai kawan kawan yang konon nak reunion tapi bila jumpa masing2 sibuk dengan smartphone boleh cuba reunion sambil buat aktiviti outdoors macam ni. Bukan je boleh memanafaat perjumpaan tu tanpa smartphone malah boleh menyihatkan badan.

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN. Semalam aku ada up status kat FB pasal reunion ni.. Pada pandangan aku yang bukan pakar motivasi jauh sekali ahli ilmuan bijaksana, Dah berkahwin ni aktiviti reunion ni tak join pun tak apa sangat la. Bukan apa bila dah berlaki bini & beranak pinak ni banyak perkara kena jaga demi ke harmonian rumahtangga.
Sumber Google
Reunion melibatkan kawan2 lama.. Mungkin juga kat situ ada bekas boyfriend & girlfriend lama. Nak2 lagi reunion dengan bekas2 kawan sekolah ni. Almaklum la.. budaya cinta monyet ni bukan zaman sekarang je baru wujud malah dari zaman mak bapak kita sekolah pun dah ada cuma tak berleluasa sangat la. Paling ketara masuk zaman 90an.. Time tu mak bapak pun ramai dah sporting. alah.. takat cinta monyet kat sekolah tak ada hal la katanya. Biarlah katanya.

Cinta monyet ni tak semua berakhir atas pelamin sambil di renjis renjis di pilis.. Ada yang belum SPM dah clash katanya. Ada yang habis sekolah masing2 lost contact. Bila berjumpa kat reunion.. Topik paling popular adalah 'Flashback' la. Habis semua memori daun pisang di ungkit cerita. Yang mana aa memori berkasih tu.. confirm la terimbau kenangan semusim lalu.. Tetiba perasaan konon berbunga cinta kembali maka tak mustahil cinta yang ada sekarang mula layu di pusara.

Sebab benda macam ni berlaku.. Bukan sikit dah semakin banyak. Terbaru Isteri kedua kepada Salih Yaakob yang di katakan punca bercerai selepas join reunion dengan kawan2 sekolah. Ada yang kata.. Aku selalu je join reunion.. Ok je. Takde rasa nak curang pun even jumpa bekas awek masa sekolah. Yer betul.. Tak semua orang bila pergi reunion je terus berubah hati. Kalau asal pergi je terus bercerai berai rasanya Reunion pun di haramkan dah kat Malaysia ni sebab memudaratkan semua yang join. Benda semakin menjadi virus ni memang bukan semua orang kena tapi jumlahnya semakin meningkat.

Satu benda kena fikir.. Ia mungkin tak bawa masalah pada kita atau rumahtangga kita tapi tak mustahil ia memudaratkan orang lain. Level kesetiaan & keimanan manusia tu bukan sama. Mungkin dengan sebab penganjuran majlis perjumpaan macam tu membuka pintu2 kecurangan pada orang lain. Tak rasa bersalah ke? Lepas reunion tetiba dengar ada antara kawan2 kita sampai bercerai berai.. Kalau tak curang pun hati manusia ni kadang2 perasaan cemburu pun boleh menjadi pemusnah jugak. Dapat pasangan yang kuat cemburu elakkan la dari join reunion ni.. Sebabnya bila jumpa kawan2 lama faham faham je. Kita punya bercerita memang kadang2 lupa anak/laki/bini dah. Kot2 terlebih mesra tak sengaja orang sebelah mula ketap bibir. Balik rumah jadi perang dunia pulak.

Reunion bukan tak boleh di adakan.. Boleh je. Cuma jangan terlebih aktiviti santai sangat. Bila terlampau santai maka banyak la sembang benda tak berfaedah. Yang tu la mula nak jadi merapu. Apa kata majlis2 reunion kalau melibatkan kawan2 yang beragama Islam ni kita buat dalam bentuk islamik. Buat majlis ilmu ke, bacaan yassin ke hapa.. Jadi kurang la sikit nak merapu. So, syaitan nak mencelah pun ruang tak banyak. Tu cuma cadangan aku jer.. Aku bukan alim sangat. jangan sebab cadangan aku terus ada yang level aku ustazah segera pulak.

Aku ni serius memang tak berapa minat sangat reunion bagai. Kadang2 nak join group whatsapp dengan kawan2 sekolah pun aku malas.Ada la satu group aku join tapi tak rajin sangat la aku nak borak. Tapi bukan la aku nak putuskan silaturrahim dengan kawan2.. cuma aku tak berapa minat sangat dah nak hyper dalam berkawan ni. Zaman remaja & bujang aku dah banyak spent time dengan kawan2 so zaman berumahtangga ni masa untuk family. Salah satu cara mengelak fitnah. Dah berumahtangga ni bukan masa untuk enjoy dengan kawan kawan sangat dah. Sebab Bila berkumpul ramai ramai ni ada yang terbabas. Tepuk tampar & bergurau kadang2 over jugak. Masing2 nak tunjuk sporting & open minded katanya.

Moral of the story.. Aku tak kata reunion tu salah cuma sekarang ni kerana reunion banyak rumahtangga yang musnah. Jadi kalau rasa hati korang jenis tak berapa kuat untuk hadap orang2 yang tak sepatutnya, elakkan dari sertai majlis2 perjumpaan macam tu. Cegah itu lebih baik dari merawati.

NI NAMANYA TAHUN BARU CINA CAP IKEA

NI NAMANYA TAHUN BARU CINA CAP IKEA. Kemeriahan menyambut Tahun baru cina bagi kaum cina dah nampak auranya bila tanglung2 mula di gantung. Kalau kat kepong tu bersepah dah tanglung merah tergantung. Nasib baik la Merah kalau putih, di malam yang sunyi & gelap.. kalau lalu ada jugak yang langgar tiang kan.


Kat Malaysia ni selain Hari Raya yang di sambut umat Islam, tahun baru cina juga salah satu perayaan yang di sambut secara meriah walau tahun baru cina susah nak nampak cina pakai pakaian tradisi mereka berbanding kaum Melayu & India masih mengekalkan pakaian tradisi bila sambut hari perayaan. Yelah.. cina sekarang banyak western dah. Dah semakin tak nampak budaya tradisi mereka.

Tapi tetap la kaum cina masih merayakan Tahun baru cina walau depa tak pakai cheongsam masa tahun baru cina. Kita orang melayu ja kadang2 over.. Orang lain raya kita pulak lebih2 tempah cheongsam terbelah sampai peha. hahahahaha

Yang pasti Orang cina masih kekalkan benda ni masa sambut Tahun baru cina. Tapi yang lainnya cuma cap Ikea. Nak tau kenapa jadi cap Ikea meh tengok kat sini >> Inilah dikatakan Tahun Baru Cina Cap Ikea <<

Almaklum la sekarang ni semua bangga kalau cap Ikea. Kalau cap DIY macam aku sapa nak pandang ye tak. hahaha.. Takpa nak cap apapun  kalau mampu jangan sampai tak mampu pun kau gigih nak ber cap Ikea memang tu kategori harus di herdik sehingga insaf. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com