Showing posts with label langkawi. Show all posts

TERBONGKAR! COKLAT JENAMA DAIM & TOBLERONE TIADA SIJIL HALAL JAKIM

TERBONGKAR! COKLAT JENAMA DAIM & TOBLERONE TIADA SIJIL HALAL JAKIM. Ni antara jenama coklat yang orang suka beli kalau pergi melancong ke Langkawi. Tapi aku ni tak berapa taste sangat dengan coklat ni.. So tak berapa excited la nak membeli belah coklat kalau pergi langkawi. Lagipun konsep aku pergi holiday adalah jalan2 bukan shopping sangat. Tak larat nak hangkut bila nak balik katanya. Hehehehe..


Tadi terbaca perkongsian dari seorang pengacara TV3 Ahmad Fedtri Pasal dua jenama coklat yang tiada sijil Halal Jakim ni. Maka untuk kepastikan aku google la. Rupanya ada keluar kat sinar harian online berita ni. Boleh baca screenshot kat bawah..

Sumber Sinar Harian

Status kehalalan Jenama Coklat tu memang la kita tak pasti.. Mesti ada pertikai tak ada pengesahan halal JAKIM tak semestinya tak halal. Makcik Jumainah jual nasi lemak pun takde apply sijil halal ok je orang makan. Memang la.. Belum tentu bahan2 yang di gunakan dalam coklat tu haram tapi kalau produk2 macam tu kita sendiri tak tahu samada ramuan yang di gunakan halal atau tidak. Pengesahan JAKIM je kita boleh merujuk samada halal atau tidak. Kalau tak ada boleh timbul was was. Kau jangan nak samakan dengan nasi lemak makcik Jumainah pulak.. Kalau kau was was dengan Nasi lemak Makcik Jumainah pun jadi haram jugak untuk kau makan walau makcik Jumainah guna semua bahan2 & cara pembuatan nasi lemak tu halal...

Kalau rasa yakin.. Nak makan tu terpulang pada pendirian masing - masing la. Info ini cuma secebis khidmat masyarakat blog lekatlekit.com untuk semua. Kalau tak makan coklat tu pun rasa masih banyak pilihan makan. Kat malaysia ni tak sampai tahap darurat. Dok gigih sangat nak makan benda yang tiada status halal tu nak buat apa.

Moral of the story..Tepuk dada tanya selera.

KISAH PONTIANAK POKOK ARA RESORT AREA PANTAI CENANG LANGKAWI

Lama dah segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran di blog. Yelah.. sepanjang bulan puasa tak nak la momokkan orang dengan cerita hantu. Kang ada yang tak berani bangun sahur pulak. Manalah tau lepas baca blog lekat lekit... terus hidup dia selubungi misteri. Sentiasa rasa ada sesuatu memerhati. Orang penakut ni memang suka bermain dengan imaginasi. Apa yang di dengar atau baca cepat mempengaruhi pemikiran dia.. So, atas alasan tu segmen seram serik lekat lekit bercuti sepanjang bulan puasa. Konon sangat kau prihatin dengan gangguan emosi orang kan??? hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Dah lama bercuti panjang ni kita warm up balik segmen seram serik lekat lekit dengan kisah pontianak pokok ara di satu resort yang nama dia di rahsiakan di langkawi. Resort ni area pantai cenang katanya. Clue yang tuan punya cerita bagi cuma macam ni je.. Sun*** Beach Res***. Sapa tahu resort mana.. tahu la. Yang tak tahu buat2 macam tahu sudah.

Alkisahnya masa dia pergi bercuti kat langkawi dengan family dia.. katanya resort ni agak sunyi & menyeramkan. Nak2 lagi time malam. Kalau nak keluar dengan guna lampu suluh. Pihak resort hanya sediakan lampu porch je katanya. Depa ni ambil bilik yang dekat dengan pantai. Berhampiran bilik depa tu ada sepohon kayu daunnya rimbun.. lebat buahnya serta bunganya.. Ops ternyanyi pulak. Maaf!!! hehehhee... ada sebatang pokok ara... Apsal la pokok ara selalu je jadi mangsa port hantu. Dulu kat kampung aku pun ada sebatang pokok ara tepi sungai memang di kaitkan dengan macam2 kisah seram.. langsuir bertenggek la.. Kalau malam lalu depan pokok tu memang meremang segala bulu termasuk bulu kening. Sebab pokok tu tepi jalan.. Kalau balik malam2 confirm la kena lalu depan pokok tu jugak. Ops.. termalaut pulak.

Berbalik cerita tadi.. Menurut cerita orang2.. katanya pokok kayu ara tu port cik pontianak melepak di malam hari. Malam pertama depa bermalam.. dah nampak satu lintasan di toilet. Tapi tukang cerita kata dia nampak tapi tak cerita kat ahli keluarga yang lain. Satu kepelikkan bilik ni.. katanya masa nak check in bilik ni tak berkunci. Tapi dia positif jer fikir.. maybe pihak resort lupa kunci.

malam kedua.. dia nampak pulak ada sesuatu di sebalik dinding hall. Ada sesuatu berselubung macam main aucak dengan mereka. Tak pasti 'siapakah makcik berselubung' tu.. Tapi katanya si pencerita ni mak dia tiap malam sebelum tidur mesti kunci toilet padahall kat rumah depa takde pulak mak dia nak tidur kunci pintu toilet. Bila tanya mak dia cuma bagi alasan.. takkan nak tidur dengan tengok pintu toilet terbuka. Tapi dia dapat rasakan mak dia tahu sesuatu cuma taknak bagitau sebab dia tau anak dia penakut nak mampus. 

Malam terakhir mereka sekeluarga di pindahkan ke bilik lain sebab bilik yang dorang check in tu nak di robohkan. Tiba2 malam tu mak dia minta depa semua baca Ayatul Qursi sebelum tidur sebab katanya dia rasa bilik tu bergegar walhal anak dia tak rasa apa apa pun.

Siapa makcik berselubung.. kenapa tiba2 mak dia rasa bilik tu bergegar.. kelibat siapa yang dia nampak di dinding hall.. & siapa yang melintas di toilet malam pertama mereka check ini kat situ & kenapa bilik tu nak di robohkan... Segalanya masih misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Moral of the story... cik pon pun dah takde port nak melepak sekarang.. Yelah, abis semua pokok besar kena tebang. Yang tinggal satu dua buat port dia ambil angin pun orang kecoh.. Kesian cik pon merempat di negara sendiri katanya. Ini semua kerana manusia yang merosakkan alam...

Sumber : Pulau Langkawi - Kisah Mistik & Pantang Larang 


GADIS DI TUDUH HAMIL LUAR NIKAH SEBAB DOKTOR SILAP BAGI RESULT URINE

Kelalaian memang kesilapan manusia. Kesilapan manusia ni selalunya menyebabkan manusia lain dapat susah. Kesian aku baca kisah anak dara sorang ni. Tak terbayang perasaan malu & aib dia ketika itu..

Terbaca kat Berita harian pasal seorang gadis berusia 23 tahun yang cuba mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuah, di sini, bagi merawat kesakitan dialami pada bahagian kanan perut, sebelum dirujuk kepada seorang doktor.

Lepas seminggu sakit dia tak jugak baik2 dia pergi lagi ke klinik yang sama selepas tu di transfer ke pakar sakit puan di hospital Langkawi. Esoknya tu dia di masukan ke wad tiba2 datang 3 pegawai dari Jabatan agama Islam Langkawi soal siasat dia & menuduh dia hamil anak luar nikah & tuduhan tu pesakit2 lain pun dapat dengar. Mana tak malunya si gadis tu, kan?? Sebab dia yakin dia tak mengandung.. dia minta penjelasan nurse & doktor kat situ tapi kesian takde yang layan.

 Sumber Berita Harian

Selepas dia dapat  notis supaya hadir di PAIDL untuk siasatan lanjut dia minta ujian air kencing di lakukan kali kedua & hasilnya negatif.. dia tak mengandung pun. So sekarang ni dia tengah fikir nak ambil tindakkan undang2 pada pihak hospital tersebut.

Memang manusia tak lepas buat kesilapan.. tapi kesilapan yang boleh mengaibkan orang lain macam ni rasanya tak harus berlaku. Macam mana boleh silap result urine. Buat keja sambil lena ke hapa... Op's kita kena positif.. kita tak tau apa masalah orang yang buat kerja tu sambil boleh keluarkan result yang salah & sekaligus mendatangkan malu & aib pada orang lain. Tidak pada aku dalam perkara ni. Apapun masalah dia.. setiap kerja ada etika. Kalau kita sentiasa positif & anggap sebagai suratan takdir seterusnya memaafkan tanpa sebarang tindakkan di kenakan.. Percayalah kesilapan macam ni akan sentiasa berlaku sebabnya.. apa depa nak kesah kan. Buat silap.. anggap je sebagai takdir.. benda dah tertulis akan jadi. So, semua ni ketetapan Tuhan... tak boleh nak buat apa. Sonang kojo la camtu.

Kesilapan macam ni maafkan tu kena la maafkan tapi kena juga di beri pengajaran supaya tak berulang & di menjadi ikutan pada orang lain. Tetap kena ambil tindakkan undang2. Bukan tuduhan kecil kalau sampai dah kata mengandung anak luar nikah. Pada yang positif & tak boleh terima pendapat den ni terpulang... Kita ada pandangan masing2. So,berhujah la secara berhemah.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

KEJAKUNAN SALESGIRL LANGKAWI

Selesai sudah holiday budget bersama en hubby selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Sebenarnya percutian ni takde la di rancang sangat. Tetiba bulan lepas en hubby book tiket flight (Airasia) ke Langkawi. Sebenarnya langkawi bukan la satu destinasi favorite Sang Lekit tapi memandangkan en hubby yang banyak - banyak tempat dia dah pergi.. Langkawi je dia belum pernah sampai so ok la.. Lagipun Maybe ni hadiah 1st anniversary kami yang pertama. 28 April 2011 ni genap la setahun usia perkahwinan kitorang.

Kita flight dari KL ke Langkawi lebih kurang 7.30 pagi. Dalam 40 45 minit sampai la ke airport Langkawi. 1st thing cari transport dulu. Tanya sini.. tanya sana.. maka dapat 1 kereta yang budget. Lepas dah dapat kereta terus cari penginapan pula sebab kitorang cuma survey online je sebelum pergi takde la booking. Ternyata kat Pantai cenang lagi banyak resort/chalet yang murah berbanding yang terdapat kat online. Dapat la satu chalet budget kat Tg Mali. Betul2 dekat dengan pantai. 2 3 langkah jer.. Harga pun not bad.. tempat pun strategik maka kita deal la.

Takde kemana sangat pun selama 3 hari 2 malam kat Langkawi sebab bukan saja Sang Lekit kata Langkawi bosan.. en hubby pun sama taste jugak dengan wifenya. Tapi dah terlanjur kesana.. ada la 2 3 tempat kita lawat. Malangnya banyak tempat yang tutup. Macam cable car.. Malas la nak cerita tempat - tempat kat langkawi rasanya semua pun boleh search kan.

Masa jenjalan kat cenang.. masuk shopping complex yang free duty nak beli sandel sebab kasut kaki sakit lak.. Almaklum la perut boyot ku ni dah mula kelihatan macam jakun la pulak sang lekit tengok salesgirl kat situ. Pandang macam aku ni siti nurhaliza jer.. Pastu siap lari pergi panggil kawan dia suruh tengok Sang Lekit yang tengah boyot. Tahu la aku katek.. macam kanak - kanak. Tapi tak perlu la tunjuk keterujaan sampai aku perasan korang cakap pasal aku. Jangan ingat aku tak paham korang cakap.. aku orang kedah jugak even kau dengar aku cakap dengan hubby aku slang KL. Sang Lekit cuma tengok hujung mata & dengar jer reaksi jakun dorang. Untung aku boleh juga pregnant kau tu ntah kawen ntah blom.. Kalau dah kawen pun belum tentu boleh pregnant.

Lepas masuk lagi satu pasaraya bebas cukai.. tengok - tengok coklat. Jumpa lagi salesgirl jakun.. Dia ingat sang lekit tak tau dia sedang cakap pasal perut sang lekit yang boyot. Malam tu jalan2 kat cenang pun minah2 jakun still lagi memberi perhatian yang hebat pada sang lekit yang tengah pregnant. Yang pelik perempuan2 jer perangai jakun camtu. Sampai naik rimas pula. Apa yang pelik sangat. Macam la Sang Lekit ni la manusia paling kecik yang pernah pregnant datang ke Langkawi. Sampai kat airport nak flight balik ke KL pun still jumpa lagi minah jakun macam tu.

Yang best balik je KL takde lak spesis jakun yang teruja dengan perut boyot lekit ni. Kenapa Kat Langkawi jer Sang Lekit di pandah aneh. Ke aku comel?? wakakakakakakaka

Moral of the story.. kalau kita nak bercakap pasal orang pun make sure orang tu tak tahu, tak dengar or jauh dari kita. Sampai ada yang Lekit sindir balik hari tu sebab rimas dok pandang & cakap pasal aku. Setiap manusia di jadikan ada kelebiha & kekurangan. Biasa la tu.. Lagipun sekarang dah ramai spesis bantut macam Sang Lekit.. Takde apa yang pelik lagi. Malah yang lagi kecik dari Sang Lekit pun ada. Kalau aku nampak macam kanak - kanak pun tetap aku dah berlaki & pregnant. Bukan belum akil baligh korang nak pelik aku pregnant. So, pada minah2 langkawi yang berspesis jakun tegar tu.. cakap tu lain kali pandang2 yer. Nasib baik la Sang Lekit ni bukan jenis kaki maki hamun.. kalau tak dah lama korang tu makan maki. Jom lekit share sikit gambar2 perut boyot sang lekit yang menjadi kejakunan Salesgirl langkawi tu


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com