PERKUBURAN MISTERI DI TEPI LEBUHARAYA ULU BEHRANG
Even dah masuk malam sabtu hari ni tetap gigih meneruskan segmen seram serik lekat lekit. Malam ni kisah yang boleh tahan seram. Kisah tentang kawasan perkuburan yang sebenarnya tak pernah wujud di tepi lebuhraya tiba2 muncul di tengah malam yang sunyi... pak mat jual topi. Ops ternyanyi lagu kanak kanak pulak. Maka bermulalah sebuah kisah....Seorang pemuda yang bekerja kat KL tetiba rasa nak balik kampung jenguk mak bapak dia. So, bersiap2 la dia ala kadar nak mulakan perjalanan balik kampung dengan motorsikal di malam Jumaat yang penuh misteri tu walau jam dah pukul 12 tengah malam. Dalam pukul 3 pagi dia sampai di ulu behrang. Dia berhenti kejab tepi jalan selepas exit ulu behrang tu untuk berehat di bawah lampu.
Jalan waktu tu sunyi& lenggang. Dia duduk di pembahagi jalan sambil hisap rokok sambil mengadap jalan raya. Jam 3.40 cuaca makin sejuk walau dia pakai jaket kulit tetap terasa kesejukkannya. Lepas habis sebatang rokok dia berpaling ke belakang. Macam nak luruh jantung bila tiba2 dia ternampak dengan jelas satu kawasan perkuburan lama memenuhi bukit. Banyak batu nisan di perbuatan daripada kayu yang dah usang tercacak di situ. Dia jadi pelik sepanjang dia melalui jalan disitu selama ni memang tak ada kawasan perkuburan lama kat situ, tiba2 pagi tu ada pulak. Dia cuma rasa pelik bukan rasa takut dengan apa yang di lihat. Keliru pun ada jugak Ketika dia mula menolak motorsikal untuk beredar Tiba2 Meremang seluruh bulu yang ada katanya. Orang kata kalau rasa seram & meremang tu maknya ada la tu..
Sampai di kampung dia tak terus cerita pada mak bapak dia tapi keesokkanya tu baru dia cerita. Ayah dia terkejut sebab memang tak pernah ada sebarang kawasan perkuburan Islam kat situ. Apapun katanya dia bersyukur di beri peluang melihat sesuatu yang orang lain nampak. Cuma masih misteri.. Milik siapakah kubur kubur itu?
Moral of the story.. Pusara di lebuhraya sangat cerita ni kan? Dan akhirnya menjadi sebuah kubur cinta.. Peace!