PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN
PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN. Sekarang dah mula terjebak membeli belah pakaian kat online. Dulu memang tak confident sebab aku jenis size rare sikit terutama seluar la. Baju tu Insya Allah S boleh dah pakai berbanding dulu XS. Zaman size XS tak banyak.. Tapi masuk zaman size baju XS melambak di pasaran size pulak dah bertukar ke S. Almaklum membesar bagai juara sejak2 ada anak ni. Cuma tak meninggi jer... heheheSebenarnya ni kali pertama beli pants secara online. Cuak jugak la. Berkali2 ukur panjang, lebar, pinggang bagai. Takut terlebih besar atau terlebih kecik cutting dia. Tapi atas kebijaksanaan Anugerah Allah.. walaupun aku kurang panjang tapi akal aku tak senteng sangat la. So aku survey pants yang crop punya la. Ni petua jugak untuk golongan2 tinggi 140cm. Kalau kau nak beli pants yang tak payah kau potong hujung kaki kau cari yang crop pants. Tapi jangan la pendek sangat. Agak2 kalau model tu pakai seluar dia paras betis tu kau beli la.. Insya Allah kalau kau pakai ngam2 tutup buku lali. hehehe.. Atau nak kepastian kau tengok ukuran dia kemudian ukur la panjang kaki kau sendiri.
Walaupun dah ukur & dah guna kuasa instinct bagai .. Tetap cuak menunggu pants yang di order sampai. Yelah.. takut tak seindah bayangan & tak seperti jangkaan katanya. Akhirnya lebih kurang seminggu lepas order barang pun sampai la pada petang khamis yang mulia. Dup dap dup dap jugak jantung berdebar. Bila buka bungkusan & try Alhamdulillah.. ngam2 besar & panjang dia dengan aku. Yelah.. jenis casual cotton pants yang kaki dia ada getah macam tu kalau labuh macam mana nak alter. Susah jugak. nasib baik la eksperimen aku menjadi. Memang ngam2 tutup buku lali.
Gini la rupa casual cotton pants yang sampai kat aku. Bagi aku tak jauh beza sangat pun dari gambar. Ada dua poket kiri kanan & dua poket belakang. So far puas hati. |
Nak shopping kat ezbuy walau barang dari luar negara tapi tak susah pun. Macam shopping kat lazada & zalora jugak. Boleh je transfer payment guna online banking. So, yang tu rasanya semua orang tahu ye dak. Proses dia sama jer macam shopping kat portal online lain. Jadi tak payah risau.
Harga? Kalau sebut harga pants tu memang murah. Sepasang baru RM15.62 tapi campur kos shipping, kos agen, kos delivery bagai RM30++ jugak la sepasang seluar. Aku ambil dua pasang RM60++. Murah ke shopping kat ezbuy ni? Untuk pants yang aku beli aku rasa murah jugak la sebab aku compare harga dengan lazada pants tu sepasang RM51++ tapi beli di ezbuy campur kos shipping bagai baru RM30++... Tu aku ambil economy air je. Ada orang ambil shipping yang lebih murah guna pengangkutan laut lagi murah la shipping dia cuma katanya 3 minggu baru dapat barang. economy air ni seminggu dah dapat.
Ketidak best shopping kat ezbuy ni walau kau beli item yang sama cuma beza warna macam pants yang aku beli ni.. tetap dia kira kos shipping dua harga. Kenapa yer dia tak kira sekali. Bukan berat pun. Bungkus je sekali, ye dak. Dah la kos delivery sampai RM8. Lagi mahal dari kos shipping tu. hehehe. Satu lagi kalau buka page dia harga seluar tu cuma RM10++ Tapi bila kau add to cart je tetiba jadi RM15++. Kenapa tak sama pulak harga yang di paparkan dengan harga yang kita perlu bayar?? Kat situ agak meragukan. Sebab masih murah tu aku proceed jugak.
Boleh la kalau nak membeli belah kat ezbuy ni. So far pants yang aku beli tak jauh beza sangat pun dari gambar. Cuma model tu pakai pendek.. aku pakai panjang je hahaha. Cuma tak puas hati kenapa harga yang di paparkan tak sama bila nak bayar. Mungkin pihak ezbuy boleh bagi penjelasan.
Apapun aku puas hati untuk first time membeli belah kat ezbuy ni. Service penghantaran aku rasa tip top sebab tak lewat malah lebih awal 2 hari katanya. hehehe.