Showing posts with label lavender mummy. Show all posts

BUKAN KEMBARA SAKURA LAVENDERMUMMY TAPI BERPELUANG KE TOKYO DENGAN PERCUMA

BUKAN KEMBARA SAKURA LAVENDERMUMMY TAPI BERPELUANG KE TOKYO DENGAN PERCUMA. dengar khabar lavender mummy masih tak putus asa untuk mencari mangsa pakej percutian Kembara cinta sakura, Japan tu. Dan masih lagi ada bakal mangsa nasib baik terselamat.. Kalau tak kembara di tanah gersang la jawabnya.. Duit hangus.. sakura kemana.. kembara depan internet je nak jejak lavender mummy.

Yang ni memang confirm tipu semata mata
Kalau hangpa teringin sangat nak pergi Jepun.. Ni ha.. confirm tak menipu punya. Bukan je tak menipu malah korang berpeluang ke Tokyo jepun dengan percuma. Tak payah nak struggle dengan pakej murah ribu riban yang di tawarkan lavender mummy tu.

Macam mana korang nak menangi Trip percuma ke Tokyo ni.. Tak susah hanya perlu ikut 3 langkah mudah ni je. Nak tahu apa 3 langkah mudah tu meh tengok kat sini >> 3 Easy Steps To Win A FREE Trip To Tokyo, Japan <<

Hope lavender mummy tak dapat idea buat contest kembara cinta sakura jepun pulak lepas ni yer.. Manalah tau dia buat contest lepas tu cari penaja yang boleh salurkan dana. Lepas dapat dana.. contest kemana lavender kemana mummy jadi mumia.

TAK SERIK! PENIPUAN TERBARU LAVENDER MUMMY 2015

Aku ingat dah taubat nasuha sebab dah lama tak dengar cerita dia rupanya dia mencemar duli untuk tahun 2015 ni dengan percubaan menipu lagi. Tak abis2 guna modus operandi kembara sakura yang mengunakan nama pendakwah agama. Si ketot yang akal menipu panjang berjela ni memang tak pernah serik.

percubaan menipu yang terbaru dengan lavender mummy

Terbaca kat blog denaihati tadi pasal penipuan terbaru dia.. Yelah bagi kita yang dah tahu aktiviti penipuan dia dengar je kembara sakura tu kita dah tau tapi bagi orang yang tak familiar dengan semua tu tak mustahil boleh tertipu sebab tu pentingnya kita sentiasa viralkan percubaan menipu dia setiap kali dia mula nak menipu. Tu je cara kita membenteras penipuan lavender mummy. Yelah.. nak heret bawak pi balai licik sangat. Ntah apa jenis minyak pelincir dia pakai pun tak tau.

Aku syak account dia dah kering ni.. So dia cari backup. Model macam dia perlukan pendapatan yang tinggi. Gila kau! Makeup je beribu sebulan katanya.. Tak baju bajan lagi katanya. Hahahaha... Bagi yang belum kenal rupa bentuk model antarabangsa kelahiran Malaysia ni mai la aku tunjuk sikit rupa paras dia yang menawan tu.

Untuk info segala penipuan yang pernah di lakukan lavender mummy sebelum ni korang boleh baca kat blog Denaihati.

Moral of the story... Penipu sekarang memang ada dekat depan mata kita walau jasadnya jauh. jadi di ingatkan pada semua apa juga melibatkan urusan kewangan siasat betul2 dengan siapa anda berurusan. Jangan lurus macam pembaris sangat sebab orang lurus bendul ni sasaran penipu macam lavender mummy.


AWAS! BLOGGER LAVENDER MUMMY KEMBALI DENGAN IDENTITI BARU UNTUK MENIPU

Rasanya ramai penduduk alam maya terutama bloggers memang kenal dengan blogger Lavender mummy ni kan. Dia memang pemes dengan penipuan paling licik di alam maya. Susah sangat nak tangkap & dakwa dia even bukan sikit2 penipuan dia buat melibatkan duit.. Buat report pun asyik terlepas je katanya. Tak tau la ilmu warna apa dia pakai.. licik macam belut sampai susah nak tangkap.


Semalam aku perasan ada seseorang gunakan nama profile Lmc Bloggers add aku kat FB. Tengok macam FB dia masih baru sebab friends masa dia add aku pun baru dalam 30++. nak di jadikan kisah aku saja la bergurau tanya.. Lmc Bloggers ni Lavender mummy club ke? terus kena block. Aku jadi pelik jugak.. tanya camtu pun tacing ke? apa lagi aku guna lagi satu account FB & siasat la Lmc Bloggers ni. Memang ciri2 lavender mummy sangat ketara nak2 lagi tertengok post pasal pakej percutian yang di beri nama Kembara Cinta Sakura 2015. (boleh rujuk entri ni Lavender Mummy) Memang sah la.. sebab last penipuan dia guna nama Lavender Mummy pakej percutian Kembara Cinta Sakura jugak dia guna.

Encik mimpi pulak jadi modal penipuan dia. Hope pihak encik mimpi ambil tindakkan segera la yer. Sumber FB Lmc Bloggers

Hope sesiapa sahaja berurusan dengan Lmc Bloggers ni berhati2 hati yer. Aku rasa duit belanja dia dah habis tu. Dia tengah aturkan strategi baru nak cari duit belanja. Memang berani tahap giler minah ni. Bukan singgit dua menipu orang. cecah ribu riban.. ni kalau ada yang tertipu dengan pakej percutian Kembara Cinta sakura ni kenyang jugak dia ni.

Kalau yang masih tak tahu tentang lavender mummy ni Antara entri berkaitan penipuan yang pernah dia buat termasuk menggunakan nama ustaz kazim elias.. boleh baca kat sini. Semua gambar salinan ic dia ada kat entri2 ni...
AWAS ANDA MUNGKIN JADI MANGSA PENIPUAN BLOGGER NI
USTAZ KAZIM BAKAL BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER LAVENDER MUMMY
AWAS LAVENDER MUMMY SEDANG CARI MANGSA BARU SELEPAS KANTOI DENGAN USTAZ KAZIM

AWAS LAVENDER MUMMY SEDANG CARI MANGSA BARU SELEPAS KANTOI DENGAN USTAZ KAZIM

Aduhai minah ni.. takde sekumit ke rasa takut. Even hampir seluruh alam maya ni dok canang pasal penipuan dia tetap dia tak putus asa tu. Tadi sempat jenguk blog dia.. wah program baru pulak dia lancarkan. Kembara Ilmu sakura katanya. yang bakal di bawa bersama terbang ke tokyo 2 icon penceramah tersohor yang dia tak petik lagi nama siapa2.


Aduhai... ada lagi ke yang bakal tertipu ni? Ni pun ciri2 cerita dogeng Lavender Mummy jugak ni.. Sebelum orang lain tertipu atas rasa tanggungjawab meh la den ingatkan pada korang semua agar siapa yang baca sebarkan benda ni supaya tiada lagi mangsa lavender mummy ni. Biar pupus pendapatan haram dia kat laman sosial.




 Ni kalau ada masuk perangkap kenyang jugak dia. Sumber blog Lavender mummy

Wahai Lavender Mummy lagi bagus kau jual tisu dari menipu. Biar sedikit tapi berkat & halal. Apalah dia makan masa kecik yer sampai otak dia jadi geliga sungguh bab2 nak menipu orang. Sesiapa sahaja kalau berurusan secara online melibatkan duit ni sila check nama ni. Kalau Nurzusilawati Nadzri jangan ambil risiko buat sebarang transaksi. Itulah dia penipu yang ada dalam pelbagai watak. Watak terbaru bernama Lavender mummy. Watak2 sebelum ni tak tau la aku banyak sangat. Tapi kalau korang google nama tu confirm korang boleh tahu watak2 dia sebelum ni..

Entri berkaitan Lavender Mummy & identiti beliau boleh baca kat
Ustaz kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy
Awas Anda mungkin jadi mangsa blogger ni


USTAZ KAZIM ELIAS BAKAL BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER LAVENDER MUMMY

Aku ingat dah lenyap dari dunia maya ni.. rupanya ada lagi si ketot yang licik ni. Tadi terbaca kat page Ustaz Kazim Elias katanya bakal buat laporan polis terhadap blogger Lavender Mummy yang cuba melakukan satu penipuan menggunakan nama beliau untuk satu program. Gamaknya duit belanja hasil menipu sebelum ni dah abis dah kot so kena cari income haram yang baru lah.

Ni la rupa blogger Lavender mummy tu

Kenapalah kau begitu licik wahai Lavender mummy. Sampai sekarang kau masih lepas bebas melakukan penipuan demi penipuan. Ilmu alam apa la si kecik ni guna gamaknya. Kali ni melibatkan orang terkenal hope tak terlepas & dapat balasan setimpalnya. Biar kali ni dia dapat hidayah.

Sumber FB page Ustaz Kazim Elias

Apa rasanya dok makan duit haram hasil menipu orang sana sini? Bukan la nak hina.. dah la fizikal tu kekurangan, perangai pulak memang totally cacat akhlak tang mana la orang nak simpati dengan kau. Jahat Na'uzibillah... Tak padan dengan tinggi dia punya akal penipu tu. Panjang mengalahkan jambatan kedua pulau pinang.

Jadi korang semua berhati hati la berurusan secara online takut terkena dengan lavender mummy ni tak guna sesen. Dia jelmaan pelbagai watak.. kadang2 jadi model, jadi kakitangan kerajaan & macam2 jadian la dia boleh jadi. Dah macam sesumpah pulak aku rasa minah ni.

Moga kau insaf la wahai lavender mummy @ Nur zusilawati,OKU kerdil yang panjang akal menipunya.

 Kecik bukan sebarang kecik.. kecik yang otaknya licik

Patut la entri pasal minah ni tetiba dapat views banyak tadi. Nak baca boleh baca kat sini >> Awas Anda Mungkin Jadi Mangsa Penipuan Blogger Ni <<

Banyak gila jenayah dia buat secara online ni kalau korang google dengan keywords Nurzusilawati Nadzri


AWAS BLOGGER ANDA MUNGKIN BAKAL JADI MANGSA PENIPUAN BLOGGER NI

Blog & blogger bukan satu nama yang pelik bagi masyarakat sekarang ni. Orang dah mula tahu kemampuan blog & blogger & makin ramai yang mula percaya dengan kemampuan blogger untuk mempromosikan apa2 produk ataupun aktiviti. Orang dah tak rasa rugi nak bayar blogger untuk menulis apa yang nak perkenalkan. Jadi blogger sekarang dah ada kepentingan maka terjadilah kisah orang ambil kesempatan dengan blogger.


Kisah blogger kena tipu.. bloggger menipu blogger.. Menyamar blogger untuk tipu blogger dah bukan kisah baru. Semalam tetiba jer terbekenalan dengan seorang blogger ni sebab terbaca dari sharring post blogger lain pasal dia cari blogger untuk review produk berbayar. Manatau rezeki.. try je la apply. Tetiba ada pulak add dalam group penyiasatan blogger yang kecoh blogger yang aku baru add tadi pasal nak minta review produk berbayar tu. Ting tong la sekejab. (entri ni entri draft jadi semalam tak bermaksud kejadian ni baru berlaku semalam tapi semalam ni rasanya dah dekat 2 minggu kisahnya. kekekeke)

Bila aku siasat dalam group tu mak aiih..  bukan sorang dua dia menipu. bukan blogger je dia menipu bukan sehari dua dia buat kerja menipu tapi dah bertahun & beramai orang dah kena tipu beribu riban duit orang dia tipu. Pelik.. Hanya guna fake account tanpa bersua muka dengan semua mangsa2 yang di tipu dia mampu membina kerjaya menipu dia secara online. Memang hebat minah sorang ni. Memang akal dia lagi panjang dari fizikal dia. Mungkin dia tidak sempurna fizikal tapi kecerdikkan dia dalam bidang penipuan secara online memang boleh bagi 10 bintang la.

Kemampuan dia yang boleh menyakinkan orang untuk berurusan sehingga melibatkan duit ringgit tanpa perlu berjumpa, memang bukan calang2 orang boleh buat. Selain mat2 negro yang terer mengayat online awek2 kesunyian sehingga boleh menampung hidup depa tanpa perlu berpeluh ketiak kerja keras.. Minah sorang ni jugak memiliki kepakaran mengayat tu. Ni kalau dalam marketing pun bagus tapi maybe dia rasa marketing tak mencabar sangat.. menipu lebih enjoy. Hanya perlu menggunakan imaginasi & di realisasi hanya dengan ayat2 manis mampu jana pendapatan ribu riban gitu.

Aku tak tahu sejauh mana betul aktiviti menipu ni sebab aku tak pernah kena tipu dengan dia cuma bila baca post2 kat group FB tu rasa macam boleh percaya jugak.Tapi sebab ramai yang buat pengakuan pernah kena tipu jadi aku rasa elok jugak aku bagi peringatan kat orang lain. Awas! Dia ni sering bertukar2 identiti.. Ala2 sesumpah ni susah korang nak detect cuma apa yang korang boleh buat untuk protect diri sebarang urusan melibatkan duit Kalau ada sipolan yang bernama Nurzusilawati binti Nadzri berhati hati. walau dia sering bertukar identiti tapi nama & account number dia masih sama


Terbaru dia gunakan identiti Lavender mummy.. dia ada account FB & blog. Tapi menurut sumber dari group edisi siasat blogger dia semakin menghilang diri dengan id lavender mummy tu maybe dia dapat detect orang mula nak perangkap dia kot. Terlepas lagi kali ni bukan bermakna akan datang pun akan terlepas. Belum tiba masa Allah kantoikan dia. Tunggu je akan tiba masanya nanti yer.



Korang boleh tengok kat page ni untuk tahu penipuan dia buat atau boleh google jer banyak orang tulis pasal minah comel ni. FB fanpage ISABELLA_CUTE

Moral of the story.. Berapa juta pun kita dapat dari hasil menipu percayalah kalau kita senang hidup kat dunia tapi dalam hati kita takkan ada ketenangan. Biar sedikit asalkan dari sumber yang halal.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com