Showing posts with label horror. Show all posts

ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS

 ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS. Sat na.. nak sapu sawang sawang kat blog ni. Rasa lama pulak tak ber update. Allahu nak cari masa buka blog sekarang macam nak cari masa membawang bersama jiran tetangga. Susah sangat malah.. susah sangat saya nak membawang dengan jiran jiran ni. Boleh kata memang tak ada langsung la aktiviti membawang dengan jiran jiran ni. 24jam memerap dalam rumah dengan anak anak. Gitu la sekarang nak buka blog & update. Di kesempatan yang ada ni kita update la apa apa niat yang tertunggak.

actually dah lama nak review filem ni. Tapi tak ada masa untuk berkarya kan.. Di kesempitan masa yang terhad ni meh la kita share filem yang kita dah tonton.



Alive ni mengisahkan seorang V-blogger yang memang jenis anti social. Suka memerap dalam rumah menghasilkan Vblog & main game. Bila kawasan penempatan dia di serang wabak zombie & hampir kesemua penduduk di situ dah di jangkiti.. Dia terperangkap dalam apartment dia. mula mula memang la tak jadi masalah sebab dia jenis yang suka memerap tapi bila semakin tiada bekalan makanan, talian internet terputus, bekalan air terputus dia mula merasa stress. Nak keluar tak boleh. Penuh zombie sampai satu ketika dia tekad nak bunuh diri sebab terlampau tertekan tak ada makanan, air & internet.

Semasa dia nak mengantungkan diri tu.. tetiba satu cahaya laser menerjah masuk ke dalam apartment dia. Cahaya laser tu datang dari bangunan apartment yang bertentang dengan apartment. Cuba menyampaikan mesej supaya dia jangan bunuh diri melalui tulisan dari perkataan perkataan yang di ambil dari tulisan tulisan yang ada pada dinding rumahnya. Dari situ dia tahu masih ada orang yang selamat & tidak di jangkit. Seorang gadis telah menyelamatkan dia dari bunuh diri. dari situ mereka mula berhubung & cuba merancang untuk keluar dari situ & mencari bantuan.

Dalam usaha nak keluar dari kawasan tu mereka bertemu dengan seorang lelaki yang pelik. Lelaki tu yang selamatkan mereka dari jadi mangsa serangan zombie. Pada awalnya lelaki tu nampak baik. Bagi mereka perlindungan & makanan tapi sebenarnya lelaki itu ada niat sebaliknya. Akhirnya terbongkar bila lelaki tu cuba menjadikan mereka makanan kepada isteri dia yang dah di jangkiti virus zombie. Setelah bergelut & berjaya lepaskan diri.. Mereka cuba berlari ke sebuah bumbung bangunan untuk mendapatkan bantuan dari helikopter penyelamat yang berlegar legar bagi misi mencari mangsa terselamat. Dan akhirnya mereka selamat.

Actually filem ni tak seram atau ganas sangat. Effect effect zombie tu biasa je. Cuma yang best jalan cerita dia yang buat saya rasa nak tunggu ending dia. Macam mana dorang nak keluar dari tempat tu. memang kita tak boleh fikir kawasan yang penuh zombie. Kiri kanan depan belakang. Buka pintu memang dah ada zombie menanti nak menyerang. Nak tahu samada berjaya ke tak mereka keluar? Siapa yang datang selamatkan mereka. Scene scene macam tu buat melekat juga la bontot tonton sampai habis.

Filem ni memang tak meleret leret. Merapu merapan dengan babak babak tak perlu atau babak babak yang menyemak. Jadi tak sakit hati sangat nak tonton.

Sesuai kalau nak tonton seisi keluarga. tak ada babak babak sensitif pun. Babak ganas pun tak ganas sangat. So tak ada masalah nak tonton dengan anak anak kecil. Saya pun tengok dengan anak anak je.

Bagi peminat filem bertemakan zombie macam saya.. Boleh la tonton filem Alive ni. Not Bad juga. 


POPULAR BOOKSTORE DAH JADI PORT SERAM

POPULAR BOOKSTORE DAH JADI PORT SERAM. Mentang2 minat cerita seram.. macam boleh hidu je kat mana ada benda benda seram ni. Mungkin sebab minat yang mendalam maka secara tak sengaja ada bakat mengesan perkara perkara seram kat sesatu tempat tu. Alkisah ni pasal semalam.. Alang2 sang suami nak ambil barang yang dia beli kat Cheras, maka tersinggah la Aeon Cheras. Manusia macam semut. Almaklum la Chinese New Year dah nak dekat. Maka saka2 sale pun menghantui la Mall2 seluruh negara. Masing2 jadi histeria kalau tengok Mall atau pasaraya time2 nak dekat hari perayaan ni.


Aku tengok counter cashier semua panjang2 rasa macam malas pulak nak join sama merebut sale yang ada walau keinginan tu ada. Tapi maybe sebab cuaca panas, orang ramai sampai bercium bontot sesama sendiri nafsu tak berapa membuak buak sangat. Tapi sebab anak aku suka buku singgah la jugak Popular Bookstore. Aku pun konon2 nak tengok jugak novel2..  Kot2 la hati terpaut nak berhobikan baca novel pulak kan. Tapi tengah tengok2 buku, asben aku pulak bagitau. Tu ada DVD filem seram...

Yang konon nak tengok novel tadi tinggal konon je la.. Nampaknya 2016 ni mungkin aku masih dengan hobi yang sama kumpul dvd filem seram je la. Tak banyak sangat koleksi kat situ. Yang filem cina semua tak ada subtitle.. Paling2 Ada english Subtitle pun ok la boleh jugak faham. Ni memang bahasa mandrin tak gigih sangat la aku nak beli walau nampak macam best.

Sebab Tak nak balik dengan tangan kosong rembat jugak english horror movie bertajuk Visions ni. Yang ni ada english, Malay & Chinese subtitle. Filem ni klasifikasi 18. Katanya filem ni dari penerbit yang pernah terbitkan filem Insidious & paranormal activity. AKu baca kat cover dvd ni je. Tak tengok lagi pun. Tapi dari sinopsis yang aku baca mengisahkan seorang wanita yang mengandung & suaminya berpindah dari kehidupan di bandar ke sebuah rumah di kebun anggur. Wanita tu katanya sering mendengar suara suara halus yang suruh dia buat benda bukan bukan. Suami pulak rasa macam bini dia ni dah tak berapa waras jadi bagi membuktikan dia tak gila dia cuba  membongkar kisah seram yang pernah berlaku kat ladang anggur tersebut.


Nak tau cerita selanjutnya kena khatam dulu la filem ni. Tunggu la aku ada masa nak mentelaah. almaklum la.. semakin jelita semakin sibuk pula aku sekarang ni. dah tu malam2 sekarang tak mampu nak menongkat kelopak mata sampai tengah malam dah sekarang ni. kalau yang minat cerita seram boleh la pergi cari dvd ni & tengok sendiri tapi bagi yang tak minat cerita seram & minat cerita aksi apa kata try tengok filem ni >> The Revenant: Left for Dead, Back for Vengeance << Pun mendebarkan jugak. Filem2 macam ni pun kadang2 boleh rasa macam nak gugur jantung tau. Sebab tu orang yang berjiwa kental & berani je boleh tengok filem2 macam ni.

Masuk kedai buku dengan niat nak cari buku tapi keluar bawa balik filem seram. Tak sangka pulak kedai buku Popular ni boleh jadi port aku berseram seraman. aku bukan boleh jumpa sekali.. Confirm lain kali aku nampak Popular BookStore ni aku akan mencuba nasib lagi. hahahaha

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI. Entah kenapa mood nak menulis kisah seram sekarang ni macam on off je.. Maybe sebab dok fikir pasal anak nak masuk sekolah tak lama lagi walau baru masuk tadika. Almaklum la kali pertama nak kena berenggang dengan anak buat seketika waktu.. Kali pertama nak lepaskan anak bawah jagaan orang lain. Gila kau tak risau.. Anak kot. Dengan macam2 kejadian sekarang ni.. Ya Allah moga lindungi anak2 kita dari orang2 jahat & sentiasa adakan bersamanya orang2 yang menyanyangi & melindungi dia.


Tapi sebab ada cerita seram baru nak share rasa bersalah pulak tak tulis dalam blog ni. Takut identiti seram jadi suram katanya maka ku gagah & gigih jugak mengarang cerita seram nan satu ni

Alkisahnya seorang peguam ni.. Dia ada kelebihan deria kedua katanya. Boleh melihat roh orang mati & karma seseorang. Nak di jadikan satu kisah dia kena handle satu kes budak bawah umur yang bawa kereta sehingga menyebabkan kemalangan maut beberapa kenderaan lain termasuk sebuah teksi. Yang lain semua mati tapi budak perempuan bawah umur selamat tanpa kecederaan parah. Almaklum la anak orang kaya.. So, boleh upah lawyer terbaik untuk menang kes dia ni. Peguam tu sebab ada sixsense katanya dapat melihat la roh2 orang yang mati masa kemalangan tu dok ikut budak perempuan ni nak balas dendam. So, dia bagitau la budak tu bahawa orang2 yang mati dalam kemalangan tu ada sentiasa dengan dia. So, budak ni yang mula tertarik dengan sikap caring peguam tu ambil kesempatan bila sentiasa minta peguam tu temankan dia dengan alasan takut

Sehinggalah berlaku satu perkara.. Dimana budak perempuan tu hampir terbunuh akibat perbuatan roh2 yang berdendam dengan dia tapi berjaya di selamatkan peguam tu. Semakin berbunga la perasaan cinta dia kat peguam tu. Pada masa yang sama peguam tu sebenarnya dah ada seorang kekasih. Sebab budak perempuan tu asyik nak peguam tu dengan dia timbul perasaan cemburu pada kekasih peguam tu. Kat situ la terbongkar satu demi satu perkara yang mistik & misteri.

Bila kekasih peguam tu mula di ganggu dengan gangguan mistik yang menyeramkan mereka terpaksa melalukan satu ritual untuk mengakhiri karma yang menyebabkan gangguan tersebut. Dari situ la mula terbongkar bahawa kekasih dia sebenarnya dah mati semasa hari berlaku kemalangan maut yang melibatkan banyak kereta yang di sebabkan budak perempuan bawah umur tu. Dalam kejadian tu kekasih pada peguam tu sedang berjalan di sebuah jambatan & ternampak sepasang pasangan pengantin tengah ambil gambar. Tak semena2 semua mereka di langgar sebuah kereta sebelum terjunam dalam sungai. Sebenarnya kematian kekasih peguam tu adalah karma dari perbuatan mereka sendiri. Dulu masa zaman belajar si peguam ni bercinta dengan kawan baik kekasih dia sekarang tapi dia curang menyebabkan si kekasih zaman belajar tu bunuh diri. Selepas kematian kekasih dia masa zaman belajar.. dia terus bersama dengan kekasih dia sekarang yang pernah menjadi orang ketiga dengan kekasih dia yang lama tu. Akibat dendam.. roh kekasih lama dia yang menyebabkan kematian kekasih dia yang sekarang. Kemalangan yang berlaku tu pun di sebabkan oleh roh kekasih lama peguam tu.

Ending cerita ni.. Peguam ni terjatuh dari bangunan ketika menyelamatkan budak perempuan bawah umur yang nak di bunuh oleh roh bekas kekasih lama dia. Masa nak selamatkan budak perempuan tu dia yang terjatuh tapi nasib baik tak mati cuma cedera. So sepanjang dia sakit budak perempuan bawah umur yang jadi kekasih baru dia yang jaga. Tapi hidup dia terus di hantui dua roh kekasih lama dia & terus di karma sampai habis cerita.

Tak tau hangpa paham tak apa aku cerita ni. Tapi itulah kisah dalam filem The second sight.. DVD filem seram Thailand yang aku beli minggu lepas. Filem ni klasifikasi 18 tapi tahap seram dia bagi aku biasa biasa je cuma klasifikasi 18 tu sebab ada adengan seksi meksi yang tak sesuai di tonton kanak kanak bawah 18 la kot. Nak kata best sangat.. boleh la layan. nak puji melambung2 tu untuk filem ni memang tak dapat la.

Gambar DVD Filem The Second Sight ni aku tak ambil guna DSLR dah macam dulu nak bagi nampak sharp & cantik.. Almaklum dah dapat sematpon baru. So, DSLR sila berehat la. 

Moral of the story.. Memang dalam kehidupan kita tak mustahil ada orang yang ada sixsense tapi bukan bermakna dia boleh lihat roh orang dah mati yer adik adik. Tu cuma dalam filem sahaja.. Yang di lihat mungkin makhluk ghaib jer. Memang takde manusia mampu melihat roh manusia lain yang dah mati. Ingat.. Tengok filem2 macam ni anggap sebagai hiburan semata mata jangan terpengaruh sehingga memesongkan kepercayaan anda.

p/s : Apapun hero filem ni hensem yang boleh buat perempuan jatuh cinta dengan watak romantik & caring dia hahaha

CERITA SERAM PENUTUP 2015

CERITA SERAM PENUTUP 2015. lagi beberapa hari dah nak masuk ke tahun 2016.. Yang paling menyeramkan bagi aku bukan cerita seram tapi cerita anak pertama kali nak melangkah ke sekolah tadika. Serius.. selama ni 24jam dia depan mata aku siang malam pagi petang.. tetiba nak lepaskan dia pergi sekolah beberapa jam. Serius.. aku tak confident untuk orang lain handle anak aku tapi sebab memang dah lumrah hidup sampai satu masa kita terpaksa lepaskan anak kita bawah pantauan orang lain untuk dia belajar sesuatu yang dia tak boleh belajar dalam rumah dengan kita. Sekolah bukan semata2 untuk dia belajar kenal huruf, kenal nombor & tahu membaca.. Disitu jugak seorang anak akan belajar bergaul,berkawan,melindungi diri sendiri,berdikari & banyak lagi perkara. Jadi nak tak nak.. Memang kita tak ada pilihan.. Untuk kebaikan anak jugak kan.


Walau kisah anak aku nak ke tadika lebih menyeramkan tak bermakna hobi aku beralih ke melayan perasaan seram terbayang anak nak ke sekolah. Tetap ada koleksi terbaru seram sebagai penutup tahun 2015. Tapi penghujung tahun tak banyak pulak filem seram yang best.. Yang baru2 serius tak berapa best nak di beli. Filem Thailand pulak tak ada filem baru maka semalam sebab tak nak balik menangis bawah bantal sebab tak beli dvd filem seram.. Ambil jugak la 2 filem ni. Filem ni bukan filem baru cuma tak ada dalam koleksi dvd seram aku lagi. Dua2 klasifikasi 18 tahun keatas ok..

Untuk filem Meat Grinder ni dari sinopsis aku baca bukan filem seram hantu tapi lebih kepada seram & ngeri melibatkan seorang peniaga mee yang menggunakan daging manusia dalam resepinya. Tapi filem ni kat cover dvd pun dah warning.. Ibu mengandung, pesakit jantung & kanak kanak bawah 18 tahun tidak di galakkan menonton. Mungkin kesan ngeri dia agak melampau.. Filem Thailand ni.. kalau effect ngeri boleh terbayang 7 hari 7 malam beb. Bukan macam filem melayu.. 7 hari 7 malam rasa nak menyumpah je lepas tengok. Sekali tengok menyesal seumur hidup sebab tak best.


Yang dvd kedua.. The second sight. Aku baca sinospis katanya kisah seorang yang boleh nampak hantu/roh di sekeliling dia. Dia jugak boleh nampak kehidupan masa lepas seseorang. Biasa la yang beragama budha ni percaya mereka ada kehidupan masa lepas kemudian di lahirkan semula sebagai orang lain. Nak tahu keseluruhannya cerita dia macam mana tunggu je aku tengok dulu nanti aku review gaya lekatlekit.


Jadi sebagai penutup 2015.. Ini saja aku mampu tambah untuk koleksi dvd seram lekatlekit.com. 2016 kot2 bertukar hobi tengok filem cinta pulak ke macam mana.. tak tau la kan. Yelah.. manusia kan berubah2 sifatnya. Selera pun boleh berubah, inikan minat. Manalah tau tetiba aku bertukar jadi minah jiwang minat filem cinta pulak ke? hehehehe

SERAM! KRAMPUS YANG MENGHANTUI KRISMAS

SERAM! KRAMPUS YANG MENGHANTUI KRISMAS. Tak lama lagi dah penganut agama kristian bakal menyambut hari krismas. Walau penganut kristian yang meraihkan krismas tapi kalau kat Malaysia.. semua kaum dapat benefit nya. Biasa la.. Raya apa pun kat Malaysia ni yang paling meriah shopping mall je dengan sale. So, semua orang dapat merasa kemeriahannya, kan? Tu la hangpa dok kutuk2 Malaysia try pi america, mana ada sambutan secara besar besaran kat Mall menjelang hari raya. Tapi Kat Malaysia raya cina, depavali, hari raya & krismas sentiasa di raikan bersama.

Krampus Menghantui Krismas

Tu yang bestnya Malaysia walau banyak perkara tak best sedang berlaku. Paling terbaru tambang ERL dah naik & katanya tambang2 pengangkutan awam lain pun bakal naik. Nasib baik hujan je kekal turun.. Kalau hujan pun naik confirm kat Malaysia dah tak ada benda yang turun. Tapi rasanya ada yang bakal turun jugak untuk PRU akan datang. Kita nantikan je. Hahahaha.. Walau harga barang naik tapi rakyat Malaysia paling cool.. Raya tetap di raikan dengan gilang gemilang cemerlang & terbilang. Takde terkurang pun orang buat persediaan nak raya termasuk la krismas. yang tak menyambutnya pun tak kurang bz mengambil kesempatan untuk sale besar besaran. termasuk la aku. ops...

Dalam orang dok seronok seronok nak sambut krismas ada pulak terselit cerita seram. Spoil sungguh orang nak raya kan?  Kisah seram ni akan berlaku pada december. Orang kristian percaya pada santa yang akan datang setiap krismas tapi sebenarnya yang datang sebaliknya sesuatu yang menakutkan. memang seram. Mungkin ia bakal membuatkan kanak kanak yang menyambut krismas akan takut menjelang krismas kalau tahu cerita ni. Nak tau betapa seramnya korang boleh tengok kat sini >> Krampus, Sesuatu Yang Paling menakutkan Menjelang Krismas << Tapi tak di galakkan mereka2 yang ada penyakit lemah semangat atau ketakutan yang melampau sehingga boleh menyebabkan histeria untuk tengok la. Risau jugak tetiba collapse ke hapa.. Menyusahkan orang lain pulak. Yang rasa kuat semangat berjiwa kental boleh tengok.

Maaf pada yang nak menyambut krismas kalau rasa spoil dengan cerita seram ni sehingga menghantui krismas anda. Sekadar berkongsi. Kan orang kata sharing is carring. hehehe

CLASSIC WORLD ENTERTAINMENT SEMAKIN KURANG SERAM

CLASSIC WORLD ENTERTAINMENT SEMAKIN KURANG SERAM. Sedih jadinya hati aku ni.. Bila tempat yang selama ni menjadi sumber inspirasi seram aku dah semakin suram & kurang seram. Mula2 kat selayang Mall.. tutup. Lepas tu kat e@curve pun menerima nasib sama. Tinggal kat wangsa walk tu pun tadi aku singgah dah tak berapa menyeramkan macam dulu.


Yelah.. tak banyak dah koleksi filem2 seram terbaru atau yang lama. Macam nak habiskan stok yang ada jer. Tapi kalau dah masuk tu pantang keluar tanpa bagi apa2 sale kat classic world entertaiment katanya. Beli jugak la 3 dvd filem. 2 tu maybe baru sikit yang satu tu tak berapa baru sangat. Melayu, Thailand & english movie. Macam wajib pulak aku kalau sekali beli mesti 3 dvd katanya. yelah.. walaupun kat situ murah.. Tapi tak semurah Ah Lang Nun punya rega. Almaklum Original katakan.. 3 dvd RM40 sebab dvd filem uncle mejar david teoh rega sampai RM20. Tapi sebab tajuk dia atractive sangat.. Rasa macam nak tengok. Macam biasa filem2 MiG ni banyak aku tengok untuk mengkritik jer. Ok la tu.. At Least aku bagi publisiti jugak melalui kritikan kasih sayang aku ni kan. Ni kalau Ah Lang Nun RM40 dapat juga 8 dvd ni. Ok la tu.. kalau kat tempat lain 1 dvd cecah 30-40 hengget.


Hope cawangan classic world entertainment kat wangsa walk ni tak tutup la sebab kalau tutup tak tau kat mana lagi aku nak memburu hantu bagi meneruskan perjuangan mengumpul koleksi filem seram sebanyak mungkin. Yelah.. aku nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan nak berdating dengan asben macam dulu katanya.So tengok dvd je la.. Tu pun aku tak rasa kurang bahagia tang mana2 pun sebab tak boleh keluar berdua dengan asben macam sebelum ada anak katanya. Biasa la kitaran hidup manusia.. tak selamanya kita akan berdua.

Apapun semoga Classic world terus bersamaku agar dapat aku menyumbang sepuluh dua puluh ringgit kat situ. Kalau kat wangsa walk tu pun dia bungkus ikat tepi.. 

AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL

AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL. Sekarang banyak group paranormal di tubuhkan.. Bukan je kat luar negara malah kat Malaysia ni pun dah makin banyak. Masing2 nak mengkaji makhluk ghaib sampai aku rasa kadang2 jin pun menyampah nak layan depa ni. Pada yang obses dengan aktiviti paranormal ni kadang2 sampai sanggup lakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam dah akhirnya membawa malapetaka pada diri sendiri.


Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan dengan group paranormal jugak. 5 sekawan ni tekad nak menyiasat kewujudan entiti @ makhluk halus di sebuah rumah tinggal. Sebelum mereka ke rumah tersebut salah seorang dari 5 orang ni selalu dapat mimpi ngeri berkenaan rumah tersebut membuatkan ketua kumpulan group paranormal ni semakin nak mamat tu join mereka kerumah tersebut sebab lelaki tersebut sebenarnya ada kaitan dengan kejadian ngeri pernah berlaku di rumah tersebut. Ibu kepada lelaki tersebut sebenarnya pernah terlibat dalam kejadian misteri di rumah tersebut. Selain memburu hantu tujuan mereka kesitu adalah untuk menghentikan gangguan mistik yang berlaku terhadap kawan mereka. Semasa mereka menyiasat dalam rumah tersebut satu patung ballet pada kotak music yang mereka temui dalam sebuah bilik boleh bernari sendiri bila di sentuh. Salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut merasakan ia adalah petunjuk bila patung tu akan berhenti ke arah carpet. Mereka cuba mencari sesuatu yang berada di bawah semua carpet yang ada dalam rumah tu. Akhirnya mereka temui satu lukisan berbentuk bulat iatu simbol untuk mengadakan upacara menyeru syaitan. Berpandukan sebuah buku rujukan.. mereka mula berpegangan tangan mengelilingi bulatan simbol tersebut sambil salah seorang membaca mentera menyeru roh. Tiba2 salah seorang ahli kumpulan tersebut yang sedang mengandung 10 minggu merasa sakit yang teramat di bahagian perut memaksa teman lelakinya terpaksa melepaskan tangan seterusnya telah melanggar syarat upacara tersebut. Bila tangan di lepaskan maka membolehkan roh2 yang di seru bertindak ganas. Maka berlakulah kejadian bunuh membunuh yang akhirnya menyebabkan kesemua mereka mati dalam rumah tersebut kecuali seorang perempuan yang sedang mengandung kerana dia jadikan pewaris untuk roh2 jahat tersebut. Itu adalah syarat untuk membolehkan roh2 jahat tersebut bebas. Mereka perlu mengorbankan nyawa manusia.

Done!

Tak tahu selepas tu apa jadi kepada salah seorang ahli group paranormal tersebut yang tengah mengandung sebab ending cerita tu sumpahan roh2 jahat tu tak berjaya di hapuskan pun malah dia berjaya mendapat pewaris lagi lepas cerita tu pun habis. Begitulah kisah yang mampu aku cerita secara ringkas untuk filem Demonic. Walaupun ia di arahkan oleh pengarah yang sama untuk filem The Conjuring tapi rasanya The Conjuring lebih best berbanding Demonic. Cuma bagi aku demonic ni boleh jugak la aku tengok tanpa ada rasa nak menyumpah seranah. Kadang2 sebab sound effect dia terkejut jugak la. Cuma filem ni mula2 tu memang banyak sembang. Aku kalau filem banyak sembang ni memang cemuih sikit tapi masuk pertengahan cerita dah banyak babak2 suspend.

Kesimpulannya.. Filem ni kategori not bad tapi bukan yang terbaik sangat. Boleh la tonton sambil2 makan sandwich cili padi. Confirm, korang akan rasa sandwich tu lebih seram dari filem demonic. Sebab filem ni bagi aku seram seram manja jer. Bukan level seram yang menepati piawai ketakutan aku. Tapi kalau sandwich tu memang lebih seram dari filem seram. hahaha

Moral of the story.. Pada group2 paranormal yang ada sekarang. Please kalau ilmu tu sejengkal jangan rumah berpuaka korang nak try. Tak payah nak tunjuk terrer sangat dengan hantu kalau Al Quran pun korang tak khatam. Ayat Qursi pun tak hafal.. Ingat yer adik2 paranormal. Peace Yo!

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5. Slot seram serik lekatlekit kali ni nak berkongsi cerita seram berkaitan sebuah bilik darjah di sebuah sekolah. Murid2 yang tak boleh control perasaan takut di nasihatkan jangan baca nanti terbayang bayang pulak masa pergi sekolah. Kang taknak pergi sekolah acik jugak di salahkan. Ini untuk bacaan mereka2 yang dah matang & abis sekolah yer. Yang masih sekolah pi baca buku. Alkisahnya bermula...


Sekumpulan pelajar nakal ni suka sangat menjelajah tempat2 yang di katakan berhantu & seram. Pada suatu hari tu depa pergi ke sebuah bangunan lama di sekolah mereka yang sudah tidak di gunakan lagi. Semasa mereka dalam bangunan lama tersebut berlaku kejadian yang menyeramkan. Mula2 mereka di ganggu hantu dari roh seorang pelajar yang mati bunuh diri akibat kecewa tak dapat menempatkan diri ke universiti. Sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang guru yang sebenarnya mereka pun tak kenal kat dalam bangunan tersebut. Mereka cuba minta perlindungan dari guru tersebut & akhirnya mereka di kurung dalam sebuah bilik darjah. Disitulah segala rahsia mula terbongkar. Bilik darjah M 6/5 pernah berlaku satu trajedi bunuh membunuh antara 3 orang guru yang mengalami konflik percintaan. Dua guru wanita & seorang guru lelaki. Seorang guru suka kat cikgu lelaki ni tapi cikgu lelaki tu pulak dah ada bercinta dengan seorang cikgu perempuan seorang lagi. Akibat cemburu cikgu perempuan yang cintanya di tolak menikam dua guru tersebut & akhirnya dia sendiri pun mati tertikam pisau. Selepas kejadian tu sekolah tu di hantui roh guru yang berdendam tu. Dendam dia bukan sebab cinta tak berbalas je.. semasa masih hidup cikgu ni di rogol ketika mabuk tapi dia salah sangka. Dia ingat cikgu lelaki yang dia suka tu yang merogol dia. Sebenarnya ada 4 pelajar jadi saksi ada seorang cikgu lain yang merogol. 4 pelajar tersebut jugak di bunuh oleh roh cikgu yang berdendam ni. Bila berlaku kejadian macam tu bangunan tersebut di tutup & tidak di gunakan sehingga berabad lamanya. Sehinggalah sekumpulan pelajar nakal ni konon cuba mencari kebenaran cerita hantu dalam bangunan tersebut. Dan akhirnya mereka terperangkap & terpaksa berdepan dengan situasi menakutkan bila roh guru yang berdendam itu cuba membunuh mereka. 2 orang roh guru yang di bunuh cuba membantu & menghalang roh guru yang berdendam ni membunuh kumpulan pelajar ni. Selepas semua pelajar ni insaf dengan perbuatan nakal mereka barulah mereka di lepaskan.


Itulah sinopsis ringkas filem seram thailand bertajuk Make Me Shudder. Filem ni bagi aku.. best. Sebab dia seimbang. Ada lawak & seram. Memang mula2 korang tengok filem ni rasa nak gelak jer... Pertengahan cerita baru keseraman dia tu serius sikit. Tu pun masih ada unsur komedi yang orang penakut takkan stress sangat sebab takut tengok cerita ni. Walaupun ada banyak unsur komedi tapi sound effect dia mampu buat kita terkejut jugak la. Perjalanan cerita dia dari starting sampai ending memang tak membosankan. Filem ni tak silap aku filem 2013. Beli dvd ni dah lama tapi tak sempat tengok lepas dvd player rosak. Tu yang episod memburu dvd seram tergendala sekejab katanya.hahahaha

Done!

Tu kisah bebudak nakal takde penyakit cari penyakit. Hantu dok dendiam kat situ dia pergi cari.

Moral of the story.. Budak2 sekarang kadang terlampau berani nak buat aktiviti paranormal tanpa pengawasan orang yang lebih pakar sebab tu berlaku kejadian kejadian tak di ingini. Konon berani sangat padahal angin tolak pintu jer bersepah lari sampai jatuh patah riuk bagai. Kalau dah keberanian tu sejengkal jangan highland tower nak di jelajah.

MENYERU SEMANGAT HANTU DI WANGSA WALK

MENYERU SEMANGAT HANTU DI WANGSA WALK. Orang sibuk nak sambut merdeka hang tak habis2 lagi dengan cerita seram kan? Hantu pun nak merdeka jugak katanya.. So tak salah kita merdekakan depa dari terkurung dalam Mall tu. Tu sebab aku terpaksa jugak memburu dalam Mall ni. Atas keperihantunan katanya. hahahaha. Dah lama semangat hantu aku ni tak topup katanya. Dah turun level 1.. Haruslah up balik kan level hantu katanya.

Gambar sekadar Hiasan. Sumber Google

Lama tak buat aktiviti paranormal kat Mall ni. Kat Mall ni bukan je ada saka sale tapi sebenarnya banyak lagi saka saka yang seram mahupun tak seram. Saka sales antara saka paling menyeramkan tapi tidak menakutkan kaum wanita. Tapi aku ke wangsa walk ni bukan la nak menyerus semangat sales.. Kat situ tak berapa best pun kalau nak shopping. Masuk F.O.C pun baju2 tak berapa banyak choice. Tapi niat kesitu pun bukan nak bershopping pun.. Memang dah lafaz niat "sahaja aku ke wangsa walk mall ingin merembat dvd filem seram kerana Diri sendiri" hehehehe

Alhamdulillah minat mai haseben support. Kalau dia tak support gamaknya aku dok google baca cerita hantu je la. Alang2 pergi even tak banyak cerita seram yang best tapi pantang berundur kalau tak beli sekeping dua dvd katanya. Ada la filem2 seram melayu yang baru macam Nota, CCTV.. English tak banyak sangat filem baru. Thailand langsung tak nampak filem baru. Korea filem yang ada tak berapa aku berkenan pulak nak tengok. English ada la satu aku rembat. Maka Jumlah keseluruhan 4 dvd filem seram.. Satu bukan aku punya tapi ada orang request nak tengok. Filem2 seram komedi ni aku tak berapa taste sangat.

Antara filem yang aku rembat lepas bayar.. cctv (Malay P13) Demonic (English 18SG) Make Me shudder (Thailand P13). Semalam acah2 nak tengok cctv la tapi dvd player aku macam acah2 tak berapa sihat pulak hahaha.. Minta baru gamaknya. Hope dia acah2 je la.. Boleh aku acah2 khatam 3 dvd ni. hehehehe



Moral of the story.. Nantikan review kat blog lekat lekit 3 filem ni. Bersedialah.. sebab taste seram aku memang high class. Setakat hantu2 acah2 seram jangankan bulu roma bulu kening pun tak terangkat. hahaha

KOLEKSI HARAM BLOGGER

Tu dia koleksi haram apa pulak ni? Blogger mana pulak yang dok buat kerja tak senonoh simpan koleksi haram ni. Macam macam la lekat lekit ni.. Hot & spicy penuh kontroversi ja cerita kat blog puaka dia. Kira berapi api je la blog hang setiap masa yer.. Harus la berapi api baru la menyerlah jauh dari yang biasa katanya. Apa benda koleksi haram tu??


Ni la nak story semalam sempat singgah kat pasar malam area PJ.. tak sure lokasi dia sebab lupa nak tanya laki aku apa nama pasar malam tu hahaha... Tu dia abang hat juai segala mak nenek dvd.. bukan main besaq booth dia.. siap ada player. Ni kalau kena ambush memang sempat bawak lari diri ja.. koleksi dvd cetak rompak dia memang tak sempat nak bungkus dah. Tapi tengok dia steady je meniaga.. Maybe dia ada backup la kot kalau tak takkan seberani tu dia bukak gerai besar kat pasar malam tu. Aku tengok kat pasar malam paya jaras aritu tak sempat panas bontot buka meja dah kena angkut.

Sebab aku tak tau classic world entertaiment sdn bhd ni mana lagi cawangan yang masih beroperasi.. Sebab tu je tempat aku boleh beli dvd hantu original dengan murah. atas hasutan laki sendiri.. dia kata beli je la yang cetak rompak tu... Alang2 dah sampai. Murah je kalau tak elok pun nanti tukar balik. Mula2 memang aku taknak beli.. Aku memang tak confident langsung tapi bila fikir pengerusi FINAS hat baru ni (Azalina Othman) otak pun tahap cetak rompak jer.. layak la kita tak support sangat industri perfileman Malaysia ni. Konon!! hahaha

Tapi malangnya balik nak test qualiti filem astro first ni.. kat player dalam kereta test ok jer boleh play.. balik rumah pasang kat player tak boleh pulak. Ada yang boleh play pun Ya Allah kualiti rakaman Astro Fisrt tu cantik la jugak tapi kalau dah rakam kat panggung mesti la ada suara2 sumbang misteri. Aku decide.. Next week je aku pi cari Classic World Entertaiment. Dvd2 haram tu.. Asben aku cakap nak pi tukar dengan dvd2 lagu je simpan dalam kereta. Tak pun tukar dengan dvd kartun anak aku sudah.

Kalau kat Classic World entertaiment filem Gamatisme ni rasanya belum keluar. Ni rakam Astro First jer

Sebenarnya kalau pasang kat pc aku ni boleh je tengok tapi aku kalau tak boleh pasang kat player TV aku memang aku reject on the spot. Tak feel sangat tengok filem seram kat PC. Hilang seri seram katanya. hahahaha...

Moral of the story.. Sebagai peminat filem seram memang dvd cetak rompak tak mampu memuaskan nafsu serakah aku. Yelah.. bila kita suka something tu kita akan jadi cerewet dengan segala benda. Biarpun menteri yang baru di lantik sebagai pengerusi FINAS tu pemikiran dia tahap haram @ cetak rompak jugak tapi sebab aku terlalu mencintai filem seram tetap aku kena kumpul koleksi halal @ original jugak.

KEJADIAN SERAM PUKUL 3 PAGI

Pukul 3 pagi ni pertengahan la.. selepas tengah malam & sebelum subuh. Memang time hantu berpestaraya la kot kan. Yelah.. masuk subuh kang semua kena balik rumah dah. Tapi kalau ada manusia time2 ni berpartiraya lagi dia dengan hantu kira tak berapa ada beza sangat la.hahahaha. Untuk segmen seram serik lekat lekit kali ni nak cerita pasal kisah kejadian seram yang berlaku pukul 3 pagi.

 Alkisah pertama pasal satu kedai yang buat rambut palsu.

Kisah seorang gadis yang membuka satu kedai rambut palsu & jugak membeli rambut yang di potong untuk di buat rambut palsu. Tanpa sengaja dia terbeli dari seorang wanita rambut yang dulunya kepunyaan seorang wanita yang mati di bunuh. Akibat dia guna rambut tu rambut palsu dia mula di hantui jelmaan hantu wanita tersebut bermula dari pukul 3 pagi. Di jadikan kisah sekumpulan kawan2 adik dia datang ke kedainya pada waktu tengah malam untuk berhibur & akhirnya semua menjadi mangsa jelmaan hantu wanita tersebut. semuanya mati dalam keadaan yang menyayat hati ketika cuba menyelamatkan diri dari hantu tersebut

kisah kedua hantu pengantin
Alkisah sepasang bakal pengantin yang mati akibat satu kejadian. Seorang lelaki di tugaskan menjaga mayat pasangan tersebut. Tapi si mamat ni pulak jatuh cinta dengan mayat pengantin perempuan mula menjadikan mayat perempuan tu pasangan dia. Bila berdua2 an dengan mayat cantik nafsu dia pun gagal di kawal lalu terjadilah perkara yang tak di ingini. Berlakunya hungungan intim antara lelaki tu dengan mayat wanita cantik tersebut. Sehinggalah pada satu malam mayat perempuan yang masa hayatnya macam ada masalah gangguan emosi suka mencederakan diri sehingga membunuh pasangannya selepas tu membunuh diri bangkit & membunuh lelaki yang telah menodai jasadnya. Tu la sapa suruh dengan mayat pun bernafsu.

kisah ketiga, kisah hantu overtime
 Kisah majikan yang nakal suka prank pekerja yang cuba nak claim overtime tapi stayback bukan buat kerja pun. Atau yang kerja makan gaji buta. Nak di jadikan kisah depa ni prank 2 orang staff lelaki & perempuan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan bila kedua staff ni terjatuh dari tingkat tinggi & mati. Waktu dua 2 orang majikan nakal ni tak tahu. Semasa dorang nak balik waktu jam dah pukul 3 pagi, mereka terserampak dengan 2 pekerja mereka yang sebenarnya baru sahaja mati terjatuh dari tempat tinggi. Dalam lift tiba2 salah sorang dari mereka terima call dari setiausaha yang memberitahu bahawa 2 staff yang berada dalam lift bersama mereka ketika tu dah meninggal dunia. Tu la prank orang melampau lampau lagi sekali kena betul2 usik dengan hantu.

Itulah sinopsis cara melekit 3 kisah pendek yang terdapat dalam dvd filem Thailand 3AM. Ni bukan filem baru yer tapi filem 2012. Kisah ketiga ada kesinambungannya dalam filem OT Ghost Overtime yang aku ada review kat sini. GHOST OVERTIME, PRANK SERAM YANG MEMBUNUH

 Koleksi peribadi bukti pembelian katanya.

Filem ni bagi orang penakut seram la... Tapi cerita dia memang not bad. Boleh jugak la terpacak depan tv tak kelip mata. Hahahahaha.. Mula2 aku tengok dvd selfie suara kubur tapi tapi sampai pertengahan cerita macam takde apa yang best. Hantu lagi la tak nampak. Cuma cerita pasal perempuan tua yang tinggal sendirian.. Tak sempat habis aku tukar dvd 3AM. aku tak sanggup nak tengok sebab aku tak sanggup nak kutuk dengan jayanya filem tu kalau aku tengok sampai abis hahahaha.

Moral of the story... Even bukan filem baru tapi dvd nampak bersepah lagi jual maybe masih ada permintaan kot. So, kalau nak buat koleksi boleh la pergi beli 3AM. Jangan silap dia ada 3AM 2 jugak pun best. Aku dah review 3AM 2 kat sini KISAH SERAM PUKUL 3 PAGI

KISAH ROH BUDAK MATI DI BUNUH MEMBALAS DENDAM

Asal mati kena bunuh je mesti la di kaitkan dengan hantu yang berdendam kan? Yelah.. teraniaya katanya. Tak puas hati la kot, kan? Tapi yang peliknya bukan orang yang bunuh dia jer dia balas dendam, orang yang takde kena mengena pun kena. Memang spesis hantu kalau berdendam dia tak kira la orang tu salah ke tidak kot. Asal boleh bunuh jer dia bunuh.


Begitulah yang berlaku kepada seorang budak yang mati di bunuh oleh bapanya sendiri bila tahu sebenarnya dia anak hasil mak dia yang curang dengan orang lain. Sebab terlalu kecewa & marah si Ayah ni bunuh bini dia dulu lepas tu bunuh si anak. Akibat dari pembunuhan tu maka berlakulah episod seram bila si ibu & anak menjadi hantu yang berdendam.

Setelah 19 tahun berlalu, rumah yang pernah berlaku trajedi ngeri tu mula di buat rumah sewa. Jangankan tinggal yang masuk dalam rumah tu pasti lepas tu akan mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Semuanya menjadi mangsa hantu roh budak tu & mak dia yang tidak tenteram tu. Tiada siapapun yang pernah masuk atau tinggal kat rumah tu yang selamat. Begitulah sinopsis filem Ju-on 3 The begining of the end.

Filem ni starting standard filem jepun memang slow. Tapi perjalanan cerita dia agak menarik. Tapi macam biasa kita tengok filem Ju-On, cerita2 dia macam cerita pendek yang mengaitkan sorang demi sorang dengan rumah & hantu tu. Babak2 hantu keluar dari almari, laci, peti ais bagai memang bagi emosi seram juga bagi yang penakut. Tapi hantu budak tu dah tak berapa nampak seram seperti filem2 Ju-On sebelum ni. Cara hantu tu membunuh pun nampak simple babak tu tapi boleh nampak jugak sikit hasilnya agak menakutkan tapi tak banyak sangat la babak2 ngeri. Ada satu babak perempuan yang di bunuh dengan cara mulutnya di koyak hilang tercabut rahang. Tapi ending cerita Ju-on yang ke 3 ni macam biasa la misteri hantu tu tak berakhir. Maybe depa ada niat nak buat Ju-On ke 4 pulak kot. Entah bila hantu budak tu nak di musnahkan kita tunggu je la kot2 keluar lagi filem Ju-On lepas ni. Maybe ada tok bomoh jepun yang mengakhirkan dendam hantu Ju-On ni. Kalau jepun takde bomoh kat Malaysia Ada bomoh VVIP boleh tolong. Dia bukan saja terer halau hantu malah terer berlakon jugak. Hahahaha

Bagi peminat filem seram macam aku, Best jugak la filem Ju-on The begining of the end ni. Boleh la nak tengok ramai2 dengan family sebab takde babak2 ranjang atau keganasan yang melampau even klasifikasi 18 tahun keatas. Filem ni filem tahun lepas. Tak baru tapi takde la kilauan emas sangat umur dia. Masih senang nak cari dvd kat luar sana.

 Macam biasa bukan untuk di sewa jauh sekali di pinjam untuk buat hak sendiri.hahaha

Moral of the story... Tahap keseraman filem Ju-On 3 ni biasa biasa jer.. So yang penakut pun boleh layan. Insya Allah tak histeria. Yang penting jangan biarkan diri anda di selubungi Lavender mummy... op's misteri hahahaha.


RUMAH PAPAN BERHANTU

Yang tinggal di rumah papan tu jangan cuak sangat ok.. Bukan semua rumah papan tu berhantu tapi yang den nak story hari ni kisah sebuah rumah papan yang berhantu. Biasa la banyak rumah2 pusaka di tinggalkan kat kampung. Rumah pusaka kebanyakan rumah peninggalan orang dulu dulu.. memang majoriti rumah papan. Tapi bukan semua berhantu.. Yang berhantu cuma satu rumah ni sebabnya ada kejadian ngeri yang pernah berlaku menyebabkan rumah tu menjadi seram & menakutkan...

Sekadar hiasan. Sumber google

Alkisahnya.. bermula bila seorang wartawan cuma mencari maklumat kes pembunuhan yang berlaku di sebuah rumah papan. 3 pembunuhan misteri telah berlaku kat situ tapi ketiga2 kes pembunuhan tu berlaku dalam tempoh masa yang lama antara satu kes dengan kes yang lain. Kira setiap zaman tu ada satu kes kat rumah tu.. Sampai wartawan ni jumpa maklumat apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tu dari kejadian2 mistik & menyeramkan yang berlaku pada dia ketika dia menyiasat kes pembunuhan misteri tu. Kiranya hantu2 dalam rumah tu cuba memperlihatkan pada dia macam mana kejadian pembunuhan tu berlaku semasa dia pergi ke rumah papan tu untuk menyiasat. Rupanya ada seorang doktor yang melakukan semua pembunuhan tu dengan cara yang sangat kejam & ngeri. Doktor ni macam mental jugak... mangsa yang di bunuh ada sebahagian organ di makan.  Tapi doktor yang melakukan pembunuhan tu dah di penjara semasa wartawan ni cuba menyiasat pembunuhan misteri & ngeri tu.

Sumber google

Tu secara ringkasan sinopsis Filem seram Thailand bertajuk The House. Filem ni bagi aku best.. babak2 seram dia pun tak mengecewakan walau hantu dia tak muncul lama2 tapi kerap muncul. Peranan hantu2 dalam filem ni lebih kepada hantu yang minta tolong supaya kematian mereka di terbela bukan hantu yang nak balas dendam pada pembunuh seterusnya membunuh pembunuh mereka. Ending cerita ni pun tak la rasa nak bakar tv sangat tapi aku tengok kat youtube jer semalam. Ada english subtitle, kualiti & sound ok.. so boleh la tengok. Filem ni takde babak2 intim sangat cuma babak ngeri jer. Tapi filem ni di klasifikasi 18 tahun keatas. Jadi maybe tak berapa sesuai di tonton dengan anak anak kecil.

Sumber google

Bagi yang berani boleh layan filem ni. Ni filem lama tahun 2007... Boleh search kat youtube. Filem ni katanya di adaptasi dari kisah pembunuhan yang pernah berlaku di sebuah rumah papan di Thailand. Thailand ni banyak sungguh kisah mistik kan? patutlah filem seram depa jarang yang mengecewakan.


KISAH SERAM ROH IBU YANG MASIH MENJAGA ANAKNYA

Kasihnya seorang ibu.. Tiada tandingan. Yang bernama seorang ibu ni kasih sayang dia takkan berakhir hingga nafas terakhir. Tapi kisah yang aku nak share ni kisah kasih seorang ibu yang sampai mati pun dia masih nak sentiasa ada di samping anak dia. Nak gambarkan macam mana sayangnya seorang ibu kepada anak.. memang tak mampu di zahirkan dengan kata - kata maka mai la kita baca kisah ni supaya kita tahu betapa besarnya kasih seorang ibu tu.

Sumber google

Alkisah seorang peniaga kedai runcit jugak seorang ibu kepada seorang kanak kanak perempuan bernama Mobile yang mati di bunuh seorang perompak di depan anak dia sendiri. Sebab kasih sayang seorang ibu.. dia masih mahu bersama anaknya biar dalam keadaan yang tak sama lagi. Dia sentiasa melindungi anak dia dari sesiapa sahaja yang cuba menyakiti anaknya. Dia jugak sempat membalas dendam pada perompak yang membunuhnya. Sebab budak ni takde penjaga dia di tempatkan di tempat perlindungan kanak kanak.. macam rumah kebajikan @ rumah anak yatim. Bila ada budak yang cuba buli Mobile.. Ibunya akan muncul dengan wajah menyeramkan untuk menakutkan budak2 yang cuba buli anaknya. Satu kejadian bila ada salah seorang penjaga di tempat tu cuba berkasar dengan anaknya pun di bunuh dengan kejam dengan cara yang mistik la. Kira memang bukan perbuatan manusia.. Terang2 perbuatan dari makhluk yang orang tak nampak. 

Kemudian mobile dia ambil sebagai anak angkat oleh seorang perempuan bernama Emmy. emmy ni pulak macam mobile la.. anak kesayangan mak tapi mak dia pun dah meninggal. Emmy pun macam tak boleh terima hakikat pemergian mak dia. membuatkan roh mak emmy ni pun selalu berdamping dengan dia even dia tak tahu. Lepas dia mengambil mobile jadi anak angkat banyak perkara2 ngeri berlaku. Bekas kekasih Emmy yang pernah mengugurkan kandungan emmy secara paksa dengan cara bagi dia minum susu bercampur ubat tidur kemudian hantar ke klinik pengguguran haram & gugurkan kandungan emmy secara paksa & selepas tu emmy di tinggalkan. Roh ibu emmy yang macam mak mobile yang sangat overproctective ni membalas dendam untuk emmy. bekas kekasih emmy di cederakan alat sulitnya sehinggan kena potong.. doktor & pembantu doktor yang gugurkan kandungan emmy jugak di bunuh sebab nak balas dendam atas apa yang depa dah buat kat anak dia. Emmy tahu pembunuhan ni di lakukan oleh mak dia lepas tengok rakaman cctv yang polis tu masa kejadian bunuh doktor klinik pengguguran haram tu. Dia nampak sosok tubuh yang memang roh mak dia.

Tu la secara ringkas filem seram terbaru Thailand bertajuk The Parallel. Cerita starting dah ada babak ngeri & ganas. Aku seram boleh tahan tapi ganas2 ni kadang2 tak tahan jugak. Tengok cara pembunuhan tu berlaku kepala kena hentak kat paku berkali kali.. muka terjatuh tercocok cermin bagai.. Bagi aku cerita ni best cuma jalan cerita dia slow sikit. Ending dia kira tak tergantung. Dendam hantu2 ni kira semua di balas pada orang yang sepatutnya even hantu terus menemani anak2 mereka sampai ending.

Sumber google

Cerita seram tu ok ok jer tapi filem ni ada part kelakar untuk menstabilkan mood takut bagi yang penakut la.Cerita ni tak sesuai di tonton seisi keluarga nak2 lagi yang ada anak kecik2 @ tengah membesar. Ada unsur sex, ganas, ngeri.. Aku bercakap sebagai seorang ibu, hope takde yang komen alah.. aku tengok takde apa sangat pun filem ni. Kau tengok dengan kawan2 bujang ko yang dah besar panjang so aksi2 camtu selagi tak tunjuk bogel romen sampai patah katil memang ko kata biasa jer. Tengok dari sudut pandangan budak kecik kang takde jawapan ko nak bagi kot. Lagi cerita memang di klasifikasi 18 tahun ke atas. Nak tengok make sure jangan dengan budak2 sangat la. Malu jugak kita sebab budak2 sekarang dah ramai faham pasal sex. hahahaha. 

P/S : ni filem baru tayang bulan lepas yer.. bukan filem arkib yang aku beli untuk buat koleksi.
 ** pada adik adik yang baca entri akak ni.. atau baca entri untie.. Ingat yer.. ini cuma filem. Dalam kehidupan kita seharian, agama kita dah ajar orang yang mati roh dia tak boleh jadi hantu,pontianak bagai yer.. Roh orang dah mati tak boleh kembali ke dunia dalam apa cara sekalipun. Jadi yang hantu bagai tu.. tak lain tak bukan hanya jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia. So, jangan percaya dengan ajaran2 dalam filem. Semua ni menyesatkan. Tengok sekadar hiburan sudah**


ROH MAYAT YANG TAK RELA JASADNYA DI JADIKAN BAHAN PENGAJIAN

Kita biasa dengar atau sedia tahu ada mayat yang di dermakan @ di jual dengan tujuan untuk di jadikan bahan pengajian di universiti. Aku pun tak tahu sangat la.. Aku belajar sampai U-turn katanya.. Jadi tak sempat sampai Universiti. Mungkin pelajar2 bidang perubatan ni lebih tahu tentang tu. Yang pasti mayat2 yang di dermakan untuk tujuan pengajian ni takde yang dari kalangan orang islam. Tapi dengan syarat harus di persetujui dengan si empunya badan sebelum jadi mayat. Makna kata dia dah wasiat mayat dia untuk di jadikan bahan pengajian. Tapi macam mana pulak mayat yang tak rela atau tak izinkan jasad dia di jadikan bahan pengajian tapi di ambil secara paksa setelah dia mati?? apa yang berlaku??

Sumber google sekadar hiasan

Yang ni yang aku nak share satu story seram.. Kisah roh yang marah bila jasad dia di ambil & di jadikan bahan untuk pengajian di sebuah universiti tanpa kerelaan dia. Alkisahnya pasal seorang pelajar perubatan bernama Mai.. yang di ganggu dengan kejadian2 seram & misteri selepas membuat eksperimen keatas satu mayat semasa sesi kuliah di universiti dia belajar.  Dia di hantui oleh hantu seorang wanita yang selalu muncul di depan dia dalam keadaan yang menakutkan tapi seolah olah meminta tolong. Akibat dari kejadian tu.. Mai susah untuk menumpukan pelajaran semasa di kuliah & sering ketakutan buat pensyarahnya terpaksa membantu dia dalam mengatasi ketakutannya berdepan dengan mayat ketika sesi pembelajaran. Sehinggalah terbongkar hantu yang menganggu dia selama ini adalah salah satu jasad yang bakal di jadikan bahan pengajian tapi tanpa kerelaan tuan empunya jasad tu.

Di pendekkan cerita kematian hantu tu sebenarnya berkaitan dengan pensyarah Mai.. Pensyarah Mai yang membunuh gadis yang jadi hantu tu untuk tujuan mengambil jasad dia dan di jadikan bahan untuk pengajian. Hantu tu sebenarnya salah seorang penuntut universiti kat situ dulu. Bila terbongkar rahsia tu.. Mai pun cuba di bunuh, tapi malangnya yang terbunuh adalah pensyarah yang jahat tu. Akibat kejadian yang berlaku Mai mengalami tekanan perasaan & di tempatkan di rumah sakit jiwa.

Sumber google

Tu la review secara ringkas filem cadaver, Filem seram thailand yang tak silap di tayangkan pada 2006 kot @ 2007 camtu la. Tak berapa sure. Filem ni banyak babak2 suspend tapi tak banyak sangat babak yang hantu muncul. Kira kalau jantung tak berapa sihat, tak di galakkan tengok sebab dia banyak jugak part terkejut2. Filem ni memang perjalanan cerita dia kita tak dapat teka apa sebenarnya berlaku cuma bagi aku cerita dia slow sikit. Kena tunggu sampai ending. Jadi takde la bosan sangat tengok sebab kita nak tahu apa sebenarnya yang buat hantu2 tu kacau dia. Tahap seram cerita ni.. Senang cakap kalau penakut, dah cukup seram. Kalau macam aku.. Aku dah hilang deria seram jadi susah nak rasa seram. Kesimpulannya boleh layan cerita ni. Not Bad.

P/S : Cerita lama tapi aku baru tengok.. kira cerita baru jugak bagi aku.


KISAH SERAM PUKUL 3 PAGI

Bagi yang dah kenal blog lekat lekit dia tak heran dah kalau entri kisah2 seram ni bagi baru yang berkenalan dengan blog lekat lekit jangan baca sambil pejam mata yer.. Tu namanya tak baca hahaha. Apa kesahnya pulak milah Ooi.. Kisah apa yang seram sangat pukul 3 pagi ni?? Cik Non.. baca la dulu baru tau kesahnya... tak gitu?? kekekekkee

Alkisah 3 kisah seram yang berlaku pukul 3 pagi dalam satu dvd yang bertajuk 3AM part 2. Dalam filem ni ada 3 kisah seram tapi ketiga2 kisah seram walau berlainan cerita seram semua ada kaitan antara satu sama lain. Starting tu macam bosan sikit tapi pertengahan cerita ni dah mula enjoy jugak tengok.. ending dia kelakar sikit.


Kisah first seorang pembuat barangan untuk orang mati. Ada sorang kawan dia mati accident motor masa tengah kejar awek dia dengan lelaki lain. So, dia jadi dendam nak2 lagi masa hari kematian dia ada antara kawan2 dia mempersendakan cara kematian dia konon frust sebab di curangi. Maka dia cuba membunuh semua orang yang terlibat dalam kematian dia termasuk awek dia, lelaki yang rampas awek dia & kawan2 yang mempermainkan kematian dia. Kesemua mereka mati terbunuh.

Kisah kedua dalam filem ni nampak seram sikit (tapi aku dah takde feel seram maka aku takde rasa seram sangat). Kisah lagenda hantu birawati tanpa kepala dia sebuah biara (gereja) lama. Sebab rasa bersalah jatuh cinta dengan seorang lelaki birawati ni bunuh diri dengan menembak kepalanya dalam gereja di depan sebuah piano yang selalu dia mainkan untuk luahkan rasa cinta dia. Dia menjadi lagenda yang di percayai sekumpulan pelajar yang berperasaan songsang. Kira cinta kaum sejenis la.. Perempuan cinta dengan pengkid. Pengkid ni percaya dengan cerita lagenda birawati tanpa kepala ni mampu tunaikan hajat percintaan maka pengkid ni buat ritual untuk dapatkan seorang gadis dia suka.. tanpa sedar dia dia permainkan bekas awek dia dengan berpakat dengan gadis yang pengkid ni suka untuk kenakan dia. Gadis tu pura2 suka konon permintaan pengkid ni dah di kabulkan oleh hantu birawati tanpa kepala.. Sehinggalah ritual terakhir pengkid ni kena buat setelah hajat dia tercapai.. bekas awek dia & gadis yang dia suka bagitau kisah sebenar yang di di permainkan. Waktu muncul hantu birawati tanpa kepala membunuh pengkid ni.. & gadis yang berpura2 suka pada pengkid ni cuma yang tinggak ex girlfriend pengkid ni je tak di bunuh hantu birawati tanpa kepala.

Cerita ketiga ni baru dia tunjuk apa kaitan cerita pertama & kedua tu.. Tapi lawak sikit cerita yang ketiga ni. Berkisah kat kedai pembuat barang2 orang mati. Kisah ni lawak sikit sebab semua yang ada dalam kisah pertama & kedua termasuk kisah ketiga ni semua dah mati tanpa depa sedar. Bila tengok balik cara mereka mati kat satu laman sosial baru kesemuanya tahu bahawa mereka semua dah mati. Yang lawak.. yang mati ni memula nampak orang lain mati.Cuba lari sebab takut.. last2 semua depa tu dah jadi hantu.

Kaitan cerita pertama dengan kedua.. adalah perempuan ex girlfriend pengkid yang mati di bunuh hantu birawati tanpa kepala tu datang ke kedai buat barangan orang mati ni untuk tempah barang2 nak di bakar untuk kawan2 dia yang nak mati. Tetiba satu patung birawati yang di tempah jatuh & tertanggal kepala dia ketakutan tak sempat nak ambil replika piano yang di tempah terus pecut kereta tanpa bayar barang2 yang dah di tempah & sebahagian yang dah ada dalam kereta tu. Kaitan cerita kedua dengan pertama.. ada satu adengan dimana perempuan yang curang pada kekasih dia yang mati kemalangan tu di langgar oleh kereta yang di pandu laju budak perempuan ex girlfriend pengkid tu sebab terlalu takut dengan kejadian patung birawati yang tertanggal kepala.

Agak kreatif cara mengaitakn ketiga2 cerita ni. Tahap seram boleh lagi di tonton semua golongan la. Boleh layan jugak cerita ni sebab aku pun enjoy jugak tengok. Cerita seram yang best tak boleh di nafikan cerita thailand.. Kalau korang nak tengok dengan family boleh jer.

Sumber google

Cerita2 pendek ni bagi aku tak bosan sangat sebab kita nak tunggu part yang best tu tak lama & tak meleret2 sangat cerita dia. Tapi bergantung pada cerita jugak.. Kalau tak best tetap tak best kalau best tetap la best, kan? kekekeke. So, aku rasa tak nyesal tengok filem 3am part 2 ni. Not bad jugak.


FILEM CARRIE YANG TAK SCARY TAPI HOT & SPICY

Semalam pergi ke selayang.. motif sebenar nak ke mydin beli barang sikit tapi alang2 mydin berjiran dengan selayang Mall tu harus la singgah mencari DVD dah dah aku set dalam otak nak beli. Jangan terkejut pulak sejak dua menjak ni aku gila membeli dvd filem seram.. sememangnya dari moda rumaja lagi aku memang suka tengok filem seram... kalau dulu aku tengok banyak filem yang aku rasa seram.. tapi sekarang aku makin rasa kebanyakkan filem seram dah semakin seram mengikut piawaian seram aku la. hahahahahaha

Semalam kat kedai cd yang biasa den pergi. Sebab dvd kat situ original & murah. Tanpa nak belek2 banyak lagi terus tanya kat amoi jaga kedai tu dvd carrie tapi malangnya dia kata belum ada. Alahai... Sebelum sampai ke kedai amoi tu tersinggah satu kedai cd kat tingkat 1.. tapi dia jual nampak macam semua pirate cd jer. Kat situ nampak ada dvd filem carrie. Tapi kedai biasa den pergi kat ground floor ni yang jual cd ori je takde pulak. Tapi sambar jugak dvd filem PAKU sebab kak Seri kandi tanah Jauhar bagitau filem tu boleh tahan seram bagi dia la. Takpe la.. maybe filem ni best ke sapa tau.

Sebab dah nak tengok sangat filem carrie tu patah balik pi kedai cd pirate tu beli jugak dvd carrie. Kita cerita pasal kualiti dvd tu dulu yer.. gambar cantik, terang & tak sangkut tapi subtitle memang hancur. Tak paham langsung apa dia translate ke bahasa melayu. suku kaum apa punya bahasa pun tak tau la berterabur tapi standard kalau beli cetak rompak kan.. Dah la den tengok tengah malam volume tak boleh kuat sebab lala tidur kat sebelah. Sejak lahir budak lala kami memang tidur merempat di depan TV jer. Nak2 budak lala tidur mengalahkan ahli gymnas gitu. So, tido ruang tamu Senang & selesa katanya... tunggu lala besar skit baru semua akan berhijrah ke dalam bilik semula.


Cerita carrie ni.. bukan cerita hantu yer. Dia kategori horror filem tapi bagi den tak seram. Kisah ni awal2 lagi dah tak berapa sedap nak tonton kalau ada budak2 bawah umur atau dengan adik beradik tak kira la bujang atau dah kawen kecuali dengan laki/bini je. Segan la jugak even ada satu babak even sekejab je babak panas atas katil antara remaja lelaki & perempuan tapi aksi dia dah 90% macam filem porno la pulak.  Filem ni banyak elemen2 keagamaan.. sihir.. & dendam. Carrie ni budak yang ada kelebihan menggunakan magic @ sihir. Mula2 dia tak tau... tapi bila dia tau dia mula gunakan sihir tu untuk balas dendam pada orang2 yang buli dia. cerita dia sangat ringkas bagi aku. dari starting sampai ending.. suspend pun tak banyak kira tak terkejut sangat la tengok filem ni. cuma mak si carrie ni nampak macam misteri sikit bagi aku. Cuma tak puas hati macam mana filem camni boleh dapat klasifikasi P13.. patut 18 tahun keatas.

Kesimpulan walau aku pernah baca review filem ni yang katanya best & seram tapi bagi aku tetap tak berapa nak seram. Next filem Insya Allah kalau ada masa tengah malam nanti nak tengok filem PAKU pulak. Hope ia mampu menyeramkan aku. Punya la nak amik feel seram tu sampai nak tengok filem seram pun tungguh tengah malam Uolls... alih2 tak jugak seram. Atau aku terlampau banyak tengok filem seram sampai dah takde feel seram??? hahahahahaha

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com