Showing posts with label eyabag. Show all posts

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BERKESAN KE?

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BERKESAN KE? Tu dia persoalan paling gangster di alam maya katanya. Berkesan ke produk ephyra skin nano advanced repair serum ni? Tengok ramai mula dok sebut sebut. Ntah2 indah khabar dari rupa jer.. Almaklum la sekarang ni pujian pun boleh di bayar katanya apatah lagi nak bayar pengamal media sosial untuk puji2 apa2 produk. Bukan susah pun nak buat ye dak??


Tak kenal kenal maka tak cinta. Tak semua pandangan itu boleh dibayar. Tak semua yang di bayar itu memberi komen yang tidak ikhlas. Sebab tu la sebelum kita membuat penilaian kita kena siasat dulu. Nak tau best ke tidak produk ni harus la cuba.. tak cuba mana nak tahu ye dak?? Jangan risau aku dah cuba maka aku akan bongkarkan segalanya tentang produk ni yang mungkin korang semua tak pernah tahu sebelum ni.

 Produk ephyra ni memang produk yang boleh di percayai. Apapun siri produk yang di keluarkan jarang mengecewakan pengguna. Aku pernah try ephyra skin bar sebelum ni. Dua tiga ketul jugak sabun dia aku guna memang sangat berkesan untuk kulit berminyak, berjerawat, kusam & gelap. Semua masalah tu mampu di selesaikan dengan seketol sabun ajaib ephyra.

Tapi sekarang aku malas nak cerita pasal kebaikkan epyhra skin bar tu.. sebab aku dah pernah tulis review dia dulu. Kalau nak tahu kebaikkan sabun tu pepandai korang search kat blog aku ni yer. Sekarang masa untuk kita bercakap tentang sesuatu yang lebih 'Wow!' memang ni betul2 'Wow!" bagi aku. Mana tidaknya dengan satu sapuan sebelum mengenakan bedak atau solekkan dapat memberi kesan yang buat kau feelling macam Ratu cantik gitu. Untuk kesan drastik.. memang akan nampak glowing & flawless. Tu terbukti dari eksperimen aku sendiri juga di akui dari kawan aku yang dah try. Sumpah tak tipu! Memang aku puas hati tengok muka aku sendiri. Memang elok di pakai sebelum mengenakan sebarang solekkan atau bedak. Nak tahu siri produk ephyra yang mana memberi effect "Wow!" tu teruskan membaca.. Kerana banyak lagi wow yang mampu buat anda teruja.

Ni bukan gambar dari application camera yang buat manusia yang muka sedih jadi flawless & glowing.. Ni gambar guna standart camera je kat smartphone. See the kening Ok! Kalau nampak berbulu tu Insya Allah takde sebarang editing. Selalunya camera effect tak kening hilang mesti kening jadi blur.. Mata je tak mampu nak tunjuk lagi. Maybe next review hahaha... Nampak tak shinning di wajahku. Itu adalah kesan dari Ephyra Skin Nano Advance Repair serum yang di pakai sebelum mengenakan sebarang bedak atau solekkan. Hasilnya memang menangis terharu Uolls.. Bukan saja memberi kesan yang sempurna secara drastik malah sambil merawat masalah kulit anda. Apa lagi korang mahu?
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri

Selain tu Ephyra skin nano Advanced repair serum ni memang berkesan untuk yang ada masalah jerawat. Aku ni kategori jurujerawat jugak la. Memang la masalah jerawat aku ni kategori dah solve tapi tetap ada sebiji dua jerawat bulanan katanya. Almaklum la.. Belum monopos kena hadap jugak la rutin bulanan tu. Aku dah try keberkesanan serum ni. Memang 3 hari je jerawat kecut. Selain masalah jerawat ia jugak mampu mengatasi masalah parut jerawat & jeragat. Tang parut jerawat aku setuju.. memang selama penggunaan tak sampai sebulan (lebih kurang seminggu) memang mampu memudarkan parut lama.


Selain tu ia juga berfungsi untuk menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang dah sendu & kendur, menghilang bintik bintik hitam,mencerahkan kulit yang kusam, memperbaiki kulit yang tak sekata,mengekalkan kelembapan wajah,menghilangkan lebam bawah mata,merawat kulit yang kena sunburn,memberi kesan kilauan (glowing) pada kulit wajah.

Kelebihan ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum dia tidak berminyak atau melekit. Bila sapu dia akan meresap terus ke dalam kulit. Selepas sapu kita akan rasa kulit jadi lembut & licin jer.. Selain tu ia merupakan produk terkini dari ephyra yang mengunakan kuasa teknologi Nano. Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit . Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.


kandungan sebotol ephyra skin nano advanced repair serum ni adalah 15ml. Harga RM 88 (Sem.Malaysia) & RM 92 (Sabah/Sarawak) tapi sekarang tengah promosi harga cuma RM 68 & (Sem. Malaysia)RM 72 (Sabah/Sarawak). Elok la sapa nak try beli sekarang sementara harga promosi ni masih ada.


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779.

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/toko jamu.

Anda juga boleh melayari..
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Website : www.oceanlife2u.com

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577

Jadi pada anda yang mempunyai masalah kulit wajah.. Patut cuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Dalam 1 botol kecil mampu menyelesaikan banyak masalah yang ramai para wanita dari pelbagai peringkat umur hadapi. Dari remaja sehinggalah golongan warga emas.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com