Showing posts with label tabung. Show all posts

LEMBAGA NI SEDANG MENGHANTUI ORANG AWAM

Korang tak dengar cerita ke? Heboh sana sini orang cakap pasal lembaga ni. Lembaga ni telah membuat ramai orang panik.  Cerita pasal lembaga ni bukan takat heboh kat laman sosial, di luar laman sosial jugak. Ni memang cerita benar aku tak tipu. Memang Lembaga ni tengah menghantui rakyat malaysia.

Sumber Google sekadar hiasan

Rakyat Malaysia memang suka sangat kalau cerita pasal lembaga.. Sebab tu surat khabar sekarang pun layan cerita2 mistik. Tapi cerita pasal lembaga ni tak berapa mistik cuma mungkin agak kronik kalau tak di selesaikan. Yang special ni lembaga ni sampai melibatkan campurtangan kerajaan jugak la. Harap Bomoh VVIP tak datang memberi khidmat sukarelawan untuk mengatasi masalah lembaga ni. Tak sanggup aku nak tengok dia buat ritual bodoh yang memalukan Malaysia lagi. Hope dia duduk diam2 kat rumah tengok bananana kat tv9.

Mesti ramai yang nak tahu atau mungkin dah tahu cerita pasal lembaga yang hangat di perkatakan kan sekarang. Bagi yang tak tahu.. Lembaga tu takde la rupa menyeramkan sangat tapi lembaga ni sebelum ni di pandang suci sangat. Lembaga yang sering membantu rakyat malaysia untuk mengerjakan ibadah. Yer betul... Lembaga yang tengah mengganas sekarang adalah Lembaga Tabung Haji. Sekian terima kasih. Cheq lari dulu yer... hahahaha

Sumber FB

P/S : Sekali sekali kena jugak bergurau senda untuk menghasilkan hormon2 ceria katanya. hahahaha


TANPA PEKERJA TABUNG PENGANTI JURUWANG

Hanya orang yang betul confident je boleh buat camni. Jimat pekerja tak payah bayar gaji untuk jaga barang jualan. Tapi berani ke hangpa buat lagu tu? letak satu meja dengan barang jualan beserta senarai harga bersama 1 tabung untuk untuk tempat pelanggan buat bayaran?

Kat Malaysia susah la nak jumpa sistem perniagaan macam tu malah aku tak pernah jumpa pun kat mana2 kecuali satu tempat ni. Yer betul kat darussyifa bangi. Yelah.. yelah.. kang orang kata kat situ tempat pusat rawatan alternatif Islam apa nak takut orang curi ke hapa. Takde sapa tergamak nak mencuri kat situ. Hello... Masjid pun orang boleh mencuri inikan tempat rawatan Islam macam tu.

Ni gambar aku snap semalam setelah berkali2 kesini.

Tapi benda tu bila aku tengok buat aku belajar sesuatu. Bila kita percaya rezeki tu datangnya dari Allah, takde apa yang perlu kita risau setelah kita usaha & berdoa. Bila aku selalu cakap macam tu ada orang bidas even rezeki dari Allah di datangkan dari pelbagai asbab (sumber) so tak boleh nak berlagak jugak tanpa bantuan orang lain kita mampu dapat rezeki. Biarpun di datangkan dalam pelbagai sumber yang mungkin sumber itu dari orang lain tetap ianya milik Allah. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. Bila kita usaha ada rezeki Allah kirimkan untuk kita. Pokok pangkal.. rezeki tu bukan datang dari manusia tapi dari Allah.

Sumber google

So, jangan takut kalau sumber rezeki kita sebelum ni di tarik balik oleh Allah, mungkin Allah nak gantikan sumber rezeki yang lebih baik dari sebelum ni. Apa yang penting terus usaha & doa. Semoga rezeki yang kita dapat walau sikit atau banyak ada keberkatan & mencukupi. Banyak duit & harta pun kadang2 Allah datangkan kesulitan buat kita sentiasa rasa tak cukup.. So, apa yang lebih baik adalah kita doa rezeki yang datang untuk kita sentiasa cukup untuk keperluan kita.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com