Showing posts with label dvd. Show all posts

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN. Walaupun cerita ni dah basi bagi sesetengah orang.. Ada ku kesah nak mengulas. Konsep aku senang.. Aku tak kisah jadi orang yang terakhir tulis sebab aku lebih suka menulis apa yang aku tahu.. Nak review filem atau drama pun normally memang yang aku tengok & aku rasa berminat nak mengulas. Tak kisah la dah basi ke atau fresh from oven ke.. hehehehe


Alkisahnya semalam tersinggah tesco. Lama jugak tak masuk tesco sebab anak aku ni masuk tesco dia jadi hilang pertimbangan sikit.. Almaklum banyak benda yang attract dia. Tapi semalam kebetulan nak cari something yang ada kat tesco maka singgah la.. Saja je la usya2 kat rak dvd tu.. Memang rezeki tengok dvd filem Train To Busan dah keluar. Walaupun trend sekarang selain tengok kat pawagam, orang tengok online. Aku dah cuba ikut trend tapi feel tu tak mencapai tahap kepuasan. Baru starting cerita aku dah rasa tak best nak tengok dari skrin pc ni. Aku kena tengok dari skrin TV jugak...


Train To Busan.. Serius bukan cerita seram walau di klasifikasikan sebagai horror movie. Memang tak seram. effect2 zombie dia takde mengerikan sangat bagi aku cuma jalan cerita dia memang buat aku & laki aku terus berhenti online seketika waktu bagi memberi laluan kepada filem tu. Memang cerita dia tak banyak sembang2 tak berilmiah.. Lebih kepada aksi. Cerita ni macam orang dok bagitau.. Sedih ok! Jiwa seram aku ni pun tersentuh. Banyak aspek pengorbanan di tonjolkan dalam filem ni tak kurang jugak seperti yang kita tahu ada seorang watak lelaki tua yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup jadikan orang lain perisai untuk menyelamatkan diri dari di serang zombie. Tapi akhirnya dia jugak jadi korban zombie.

Watak lelaki tua paling di benci dalam Filem Train To Busan

Ending cerita ni semua lelaki dalam Train To Busan menjadi korban zombie & mati. Yang hero pun mati apatah lagi yang watak extra untuk meramaikan majlis jer. Jangan harap la depa nak dapat scene dapat selamatkan diri & hidup dengan bahagia kan. Yang terselamat cuma seorang kanak kanak & seorang wanita mengandung yang kedua2 mereka ni tak ada pertalian saudara. Cuma naik satu train yang sama. Bapa kepada kanak kanak ni hero dalam cerita ni tapi ayah dia pun kena jangkitan zombie tu dekat ending2 cerita & suami perempuan mengandung tu terkorban demi menyelamatkan isteri & beberapa orang penumpang yang masa tu masih selamat masa tu.

2 hero dalam filem Train To Busan. Sorang Mati Masa pertengahan cerita. Yang Kurus hensem tu mati dekat ending cerita

Macam majoriti penonton lain, aku rasa train to busan filem yang memang best di tonton. Serius hilang rasa mengantuk walau effect2 darah ke hapa macam tak ngeri sangat tapi perjalanan cerita dia buat kau sentiasa tunggu & tunggu apa akan berlaku seterusnya. Aku pun tak dapat agak siapa yang akan terselamat sampai la akhir cerita baru tahu. Part2 sedih tu berkaca jugak mata..

2 Perempuan yang terselamat. Seorang anak kepada hero ensem & sorang lagi isteri kepada hero yang gempal sikit. Rujuk gambar kat atas

Moral of the story.. Naik train sebab nak mengelak dari tersangkut dalam kesesakkan jalan raya tapi bila naik train lebih menyeramkan.. sebab tak mustahil boleh berlaku kejadian kejadian tak di ingini walau mustahil la kena serang zombie tapi serangan secara halus pun banyak jugak. Jadi terfikir nak beli kereta, maybe kereta proton persona yang baru tu menjadi pilihan anda tapi please jangan beli dulu proton persona sebelum anda baca ni >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Penting tau kita tahu tentang kelebihan & kelemahan kereta yang ingin kita beli.

AKHIRNYA KEDAI BERHANTU DI WANGSA WALK MALL DITUTUP JUGA

AKHIRNYA KEDAI BERHANTU DI WANGSA WALK MALL DITUTUP JUGA. Mesti semua yang selalu berkunjung wangsa walk mall mula refresh balik yang mana satu kedai berhantu kat wangsa walk ni. Mesti cuak kan sebab selama ni tak tahu ada ke kedai berhantu kat wangsa walk. Maunya tersinggah.. hantu ikut balik pun susah. tak susah mana pun kalau hantu ikut balik.. Aku siap bawak balik hantu rilex jer. hehehee


Tapi dia berhantu cuma pada aku sebab kalau aku pergi ke kedai tu aku cari hantu je jarang sangat aku nak cari benda lain. Bagi peminat cerita seram kat blog lekatlekit.com ni sedia maklum la kedai apa.. Bagi yang baru je hari ni berkenalan dengan blog lekatlekit mesti terpinga pinga lagi. Alah.. cuma nak cerita pasal kedai classic world entertainment tempat aku menyoping dvd filem seram. Dulu aku selalu beli kat cawangan selayang mall.. lepas cawangan selayang mall tutup.. aku berhijrah ke cawangan e@curve mutiara damansara.. Kat situ pun bungkus ikat mati jugak.. Aku travel jauh sikit kat wangsa walk Mall.. Tapi semalam pergi nak borong dvd filem seram dah tutup. Bukan tutup sementara.. tapi kategori bungkus jugak la.

Last aku pergi depa dok buat clearing stock sampai ada yang tinggal harga RM3 vcd/dvd original tu. RM3 lagi murah dari cetak rompak. Aku dah syak ni pun nak bungkus dah. Memang ramalan ku benar belaka.. Maka tiada lagi tempat aku nak memburu hantu lepas ni. Memang tak banyak dah kedai2 jual dvd original sekarang ni. Yang speedy ke hapa namanya tu.. harga dia mahal sikit berbanding kat classic world entertaiment. tapi aku tengok speedy tu pun dia jual benda2 lain nak menampung kos gamaknya. Orang sekarang semua download online je.. sapa sangat nak beli dvd melainkan aku je. Aku kan hobi mengumpul koleksi dvd seram.. tapi demand sikit aku nak original je tapi murah hahahaa.

Antara koleksi seram yang majoriti semua aku beli kat Classic World Entertainment. Ni semua original dvd

Harap ada lagi la kedai dvd classic world entertaiment kat cawangan mana2 area lembah klang ni masih beroperasi. Nanti la aku google. Sebelum ni pun google la banyak membantu aku menjejak cawangan2 classic world entertainment kat area kl ni. Manalah tau rezeki aku still ada cawangan dia buka lagi. Berjaya Times Square belum aku siasat. Sebab kat situ pun ada satu cawangan dia. Kot2 la ada lagi. Nanti suruh laki den spy dulu. hehehe

Sementara nak jumpa port seram baru boleh la bawa diri ubat hati yang sedih berkenalan dengan hantu hantu dulu kat tempat ni. Nak2 lagi sekarang tengah ada Offer 30% diskaun masuk kat situ. Gamaknya lepas tak aku nak menyamar sebagai budak masuk ke sini nak tengok hantu >> Jom bawa anak anak anda berkenalan dengan hantu kat sini sebab tengah ada scaryfun festival sekarang <<

Apapun ni sekadar minat duniawi semata mata. Kalau tak ada pun tak sampai la kemurungan. Takpe la kalau dah pupus semua kedai2 jual dvd filem seram original.. Kita cari hobi lain pulak. hehehe

ROH.. THE EVIL SPIRIT CIPLAK FILEM SERAM HINDI

ROH.. THE EVIL SPIRIT CIPLAK FILEM SERAM HINDI.  Lama tak review filem seram. Normally review aku bukan la filem2 baru sebab aku ni tengok filem seram kat dvd jer. Nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan. Aku tak kisah pun janji aku boleh bagi komen filem2 seram yang aku tengok. Macam biasa aku tak hadap sangat nak jadi orang pertama yang tonton atau review sesuatu filem. Apa aku buat sebab aku minat jer.. hehehe


Semalam aku tengok la dvd filem seram yang aku beli ahad lepas. Actually bukan beli.. Yang beli Filem Suster Keramas 2 tapi sebab DVD tu sangkut kat pertengahan cerita aku pergi nak tukar tapi filem tu dah tak ada stok. Lagipun Kat classic world entertainment tempat aku dok menyoping dvd filem seram memang tengah buat clearing stok. So, dia memang tak keluarkan stok baru cuma nak habiskan stok yang ada. Tak tau la tu pun bakal bungkus ke hapa.. Tapi nampak gaya memang bakal bungkus jugak tu. Sebab tak ada dia suruh aku tukar filem lain yang sama harga dengan dvd yang sebelum ni aku beli. So sambar je la apa yang nampak sebab tengah rushing nak ke tempat lain. Tu yang terambil filem Roh The Evil Spirit ni.

Starting je walau 15 minit pertama memang aku dapat teka ni filem 100% copy paste filem seram hindi yang bertajuk Raaz. Sebab filem Raaz tu dua tiga kali jugak aku tengok so aku boleh detect la dia copy ke tidak. Memang jalan cerita dia sama jer... Filem ni seolah2 melakonkan semula filem Raaz dalam versi Indonesia. Cis!!! Kalau aku tahu memang aku tak ambil filem2 ciplak macam ni. Tapi sebab dah terambil & tak boleh tukar sebab dvd dia tak rosak simpan je la buat koleksi.

Bagi yang tak pernah tonton filem Roh The evil Spirit ni atau filem Raaz.. Filem ni mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang di ganggu Roh perempuan yang mati bunuh diri. Roh tu ada kaitan dengan si suami sebab mereka pernah bersekedudukan bila si perempuan tu tersesat sehingga ke rumah dia. Kemudian bermula skandal mereka walaupun lelaki tu waktu tu dah bertunang tapi belum kahwin. Di jadikan kisah perempuan yang sesat sampai ke rumah dia tu memang ada sakit jiwa. Bila lelaki tu melayan dia dengan baik macam kekasih sampai tidur sekali.. Dia mula tak boleh terima lelaki dah bertunang & dia nak memiliki lelaki tu. Tapi lelaki memang sayangkan tunang dia.. & perempuan asing yang tiba2 datang dalam hidup dia mustahil la dia akan pilih sebagai pasangan. So dia menghalau perempuan tu bila perempuan tu mula mendesak supaya lelaki tu mengakui hubungan sulit mereka pada tunang dia. Bila dia di reject dia bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri. Lepas mati mayatnya di tanam di dalam sebuah hutan yang tak jauh dari villa lelaki tu & menjadi roh yang berdendam ingin memiliki lelaki tu. Selepas kejadian bunuh diri tu.. Lelaki tu berkahwin dengan tunang dia & mereka hidup bahagia. Bermulanya episod seram dalam kisah tu bila ada sekumpulan remaja yang bercamping dalam hutan tu seolah2 membangkitkan kembali roh tu untuk membalas dendam. Salah seorang gadis yang menyertai camping tu di rasuk roh  tu sehingga meninggal dunia. Bila roh perempuan tu kembali bangkit.. Bermula kisah dia ingin membalas dendam pada lelaki yang mengecewakannya. Maka dia mengganggu kehidupan si isteri lelaki tu. Ending cerita ni roh tu berjaya di bunuh dengan membakar mayatnya.

Filem ni kalau korang harap nampak muka hantu tu memang tak la.. Cuma ada 1 babak pendek heroin dalam filem ni ternampak kelibat roh tu kat cermin. Dengan babak roh tu merasuk ke dalam badan heroin kemudian menampakkan wajah dia kepada si hero. Tapi memang beberapa saat je babak nampak muka hantu ni. Yang lain2 lebih kepada emosi, perasaan, gangguan bunyi jeritan, dari barang2 dalam rumah, lampu, darah bagai macam tu je. Sampai last pun hantu tu hanya menggunakan perantaraan watak lain untuk menyatakan perasaan dia. Dia rasuk orang tu.. orang ni jer.. Kesian kan watak hantu tu. Suara je ada.. Orangnya tak berapa ada dalam filem ni. hahahaha

Antara babak2 starting Roh yang merasuk seorang gadis yang menyertai camping dalam hutan tu. Sebiji macam dalam filem Raaz juga.

Macam tu la kisah dalam filem tu. Aku tulis dari apa yang aku faham dalam filem tu je la.. Baru original review ye dak?? Best ke filem ni? Aku rasa best lagi tengok dalam versi hindustan dari tengok versi indonesia. Kualiti filem pun tak nampak macam filem tapi macam telefilem jer. Tak payah minta bintang la sebab aku malas nak timbang berapa bintang layak bagi kat filem ni. Bukan best sangat pun untuk di tonton. Aku ni dah la jarang sangat nak beli filem seram Indonesia walaupun sesetengah orang berpendapat filem seram indonesia antara filem seram yang seram tapi bagi aku Filem seram terbaik adalah Filem Seram Thailand. Setakat ni tiada filem seram lain mampu menandingi filem seram Thailand. Memang terbaik. Sebab aku ni jenis high demand sikit kalau tengok filem seram. Memang tak banyak filem seram sekarang yang mampu memenuhi selera seram aku. Korang punya taste dalam menonton filem aku tak tau la tahap mana. High demand macam aku atau biasa biasa je. Tapi korang boleh tahu taste korang terhadap movie ni kat sini >> Adakah Anda Seorang Mempunyai Citarasa Tinggi Bila Menonton Filem? Terjawab Kat sini <<

Moral of the story...Pembikin filem seram aku rasa kena pergi belajar dengan pengarah2 filem seram Thailand dulu la sebab kebanyakkan pengarah filem seram sekarang memang tak kreatif nak buat babak2 seram yang betul2 menyeramkan. Kebanyakkan seram seram manja jer...

BANYAK PREMIS JUAL DVD FILEM ORIGINAL GULUNG TIKAR, TERPAKSA PILIH CETAK ROMPAK

BANYAK PREMIS JUAL DVD FILEM ORIGINAL GULUNG TIKAR, TERPAKSA PILIH CETAK ROMPAK. Aku ada satu favourite kedai jual dvd original. Dulu kat Selayang Mall aku selalu beli lepas kedai dia kat situ tutup sebab sewa kedai di naikkan.. aku menjajah pulak kat wangsa walk mall. 2 minggu lepas aku pergi.. Cari filem2 seram baru tak ada keluar walau rasanya dah habis tayangan kat pawagam. Normally kalau lepas 4 bulan tayang memang dah keluar dalam bentuk dvd original. Tapi tak ada maka aku balik dengan tanpa apa2 hasil tangkapan katanya.

Semalam aku pergi lagi.. dia tengah buat clearance stock sampai jumaat ni kalau tak silap. Tapi filem2 baru dah tak ada di jual. Yang dia tengah buat clearance stock semua filem2 lama. Sampai ada yang tinggal harga RM3 tapi filem lama la. Yang penting original DVD.  Semalam pun sebab dah tak ada filem baru aku rembat je filem lama Indonesia sebab aku memang jarang nak beli koleksi filem seram Indonesia. Seingat aku sebelum ni aku pernah beli 1 filem jer Filem Air terjun Pengantin.

Lepas bayar suami aku terkejut harga DVD RM3. Dia tanya betul ke dia kira tu. Aku cakap betul la sebab aku dah double confirm dengan amoi cashier tu sebab mula2 aku pun tak percaya. Yelah.. selalunya kalau membeli belah kat situ habis jugak 30-40 hengget katanya. tetiba minggu ni tak sampai 20 hengget pulak suami aku kena bayar. Mesti dia double check hahaha

Aku syak yang branch situ pun bakal bungkus ikat mati jugak. Yelah.. Zaman sekarang sapa la sangat nak layan DVD melainkan aku yang nak tengok wayang filem seram tak boleh. Kalau nak tengok  wayang kena usung semua. Anak laki bagai.. Laki tu ok la dah besar panjang manusia yang anak tu tak berapa sesuai nak bawak tengok filem seram kat skrin besar macam tu.

Dah tak banyak port2 yang boleh aku beli koleksi dvd filem seram original sekarang. Kalau ada pun rasanya kat One Utama kedai Speedy apa ntah dia. Tapi lebih mahal dari tempat yang aku selalu beli di wangsa walk. Bayangkan sekeping DVD rega dekat RM30 - RM40.. Kalau kat Classic World Entertaiment jangan pelik boleh dapat RM10 jer.. Original Qualiti ada sticker KPDNKK & pengesahan LPF lagi tau. Qualiti memang Qualiti original copy la. Tapi filem omputih tetap mahal. Hahahaha

Kalau mahal sangat kat tempat lain rasanya terpaksa support Ah Lang Nun jugak la.. Tapi tu la Ah Lang Nun ni.. Meluat la tengok dvd dia. Selalu je terbeli yang rakam dalam panggung. Nampak la entiti yang tak di ingini lalu lalang depan skrin pawagam tu. Tu ok lagi.. ada gambar senget benget jadinya. Kat online ni ntah la macam tak jumpa pun ada jual dvd. Kena tukar hobi kumpul novel seram pulak kot lepas ni hehehe

Maka cita cita aku nak buka muzium koleksi dvd filem seram mungkin terbungkus bersama bungkusnya kedai2 jual dvd original kat Malaysia ni. Hahaha.. Almaklum la takkan nak muziumkan dvd cetak rompak pulak kan. hehehe.. Takpe la semua tu koleksi dunia.. Mungkin lepas ni beralih arah kumpul koleksi bekalan akhirat pulak katanya. Insaf mak nak!!!

KOLEKSI SAKA YANG BERJAYA DI TANGKAP DI WANGSA WALK

KOLEKSI SAKA YANG BERJAYA DI TANGKAP DI WANGSA WALK. Mungkin ada yang tak tahu aku ni memang pengumpul koleksi seram. Kiranya koleksi2 seram aku tu macam saka aku jugak la. Saka aku ni takpe dia tak syirik atau khurafat di dampingi atau di simpan. Bela dia pun senang.. cuma bayar sekali je boleh simpan selamanya. Tak payah nak asap kemenyan.. Tak payah bagi makan telur, pulut kuning, ayam panggang,hisap darah kat ibu jari kaki bagai.. Pendek kata senang la nak membela saka saka aku ni. Sebab tu aku suka kumpul banyak banyak.

Gambar sekadar hiasan ehsan google

Dah lama rasanya aku tak update koleksi saka aku ni.. Tapi last week aku ada beli saka yang berjuduh Dark Place tapi tak boleh play pulak. Mungkin saka tu dah tamat riawayat kot.. Jadi nak pergi la tukar. Malangnya stok saka tu masih belum sampai.. Dia suruh tukar dengan saka lain. Kebetulan memang ada saka baru.. Apalagi tangkap la dua ekor yang bertajuk Tag-Along yang kononnya seram sangat. Sebab katanya cerita ni base on true pengalaman aktiviti paranormal dari lagenda seram seorang gadis misteri dalam pakaian serba merah. Aku kalau dengar cerita base on true story ni memang excited sangat la nak tengok. Yelah berdasarkan kisah benar katanya.. Normally aku nak beli saka seram ni.. Jarang nak berpandukan review sangat. Berpandukan rasa hati aku je. hahaha


Saka kedua berjudul The Noise. Tak dapat nak baca sinopsis cerita kat cover dia sebab bahasa mandarin. Tapi sebab ada subtitle english & malay so takde masalah la kalau nak tengok ye dak. Dua2 pun aku belum telaah. Almaklum masih baru keluar dari Gua wangsa Walk Mall katanya. Senang je kan nak buru hantu sekarang ni.. Kat wangsa walk pun boleh hahahahaa. Kalau korang nak cari saka jugak boleh singgah kat kedai dvd Classic world entertaiment. Dia kat ground floor je dengan restoran The Manhattan Fish Market.

Jangan la marah aku gelarkan koleksi dvd filem seram aku sebagai Saka.. Almaklum la nak bagi nampak identiti peminat cerita seram katanya. Macam orang suka kucing dia anggap kucing macam anak.. Aku suka cerita seram aku anggap koleksi dvd seram aku sebagai saka la kan. Hahahaha. Apapun akan muncul review 2 filem ni di blog lekatlekit.com selepas aku selesai berparanormal dengan 2 cerita ni nanti.

Itulah salah satu entertainment aku sebagai surirumah ni. Dulu masa bujang memang takde nak buat koleksi dvd filem seram ni sebab nak tengok wayang anytime boleh. Tapi sejak ada anak susah sikit. Baru2 ni je dapat tengok wayang tu pun filem Boboiboy. Yelah.. gugurlgirl aku ni peminat tegar Boboiboy so saja nak bagi dia enjoy tengok kat big screen. Dapat la mak bapak dia merasa tengok wayang balik selepas 4 tahun tak jejak kaki. Tapi kalau korang jenis tak minat tengok movie mesti tak minat nak kumpul koleksi dvd filem ni macam aku. Takpe yang mana berlainan genre minat dengan aku korang tapi suka entertainment lain maybe akan teruja dengan benda ni >> Nak tahu apa berlaku 13 april ni,, jom tengok << Almaklum minat setiap orang bukan sama ye dak.

Moral of the story.. Biar hidup di selubungi misteri jangan hidup di semburi maki. Peace yo!

KISAH SERAM SAKA MAK SIAH MENCARI PEWARIS

KISAH SERAM SAKA MAK SIAH MENCARI PEWARIS. Lama bercuti segmen seram serik lekatlekit ni kan.. Almaklum la sekarang ni tak cukup jari nak menaip. Banyak benda nak kena buat sekarang mengalahkan ibu anak 10 gayanya. Padahal anak sorang & suami pun sorang je nak uruskan. Sampai nak sempat katanya nak memburu hantu. Bila ada masa memburu hasil pulak tak berapa best. Tu la masalah pemburu hantu macam aku ni.. hehehe

Mak Siah

Takpe la sebagai warm up balik keseraman di blog lekatlekit.com ni marilah kita membaca kisah seorang Mak siah yang membela seekor saka ni. Alkisahnya mak siah ni dia tak ada anak sebab dia tak kahwin. Dia ada seekor saka yang di bela.. sampai masa dia perlu mewariskan jugak saka tu pada orang lain. Almaklum la.. bela saka ni selagi tak ada yang sanggup terima saka dia memang susah nak mati. Bukan sebab tak mati.. dah mati pun still dok nampak hidup lagi sebab jasad dia di kuasi saka yang di bela. Saka ni spesis jin jugak yang di bela manusia sebagai pendamping. Macam2 tujuan la orang bela saka ni..

Alkisahnya Mak siah ni berjiran dengan sepasang suami isteri yang ada dua orang anak lelaki. salah seorang anak lelaki jiran mak siah ni memang suka mengintai aktiviti mak siah kat rumah dia. Maka dia tahu la apa mak siah selalu buat termasuk la membuat ritual untuk saka dia. Satu hari mak siah dapat tangkap budak ni.. Sebab budak ni takut di apa apa kan mak siah dia berjanji tak bagitau orang tapi mak siah minta dia adik dia untuk di jadikan pewaris saka. Tapi si abang ni tak sampai hati, rela tawar diri dia untuk jadi pewaris saka tu walaupun masa tu dia masih budak & tak faham sangat tentang saka maka ni. Apa yang dia cakap masa tu sebab takut diri dia & adik dia di apa apakan mak siah jer..


Sampai la depa dewasa & si abang dah berkahwin. Nak2 lagi abang terkahwin dengan girlfriend adik sebab tak tahu si adik bercinta dengan perempuan tu. Yang perempuan tu pulak tersilap terima ingat yang datang pinang tu untuk si adik. Bila dah jadi macam tu masing2 redha je la. Tapi hati si adik ni tetap ada rasa jeles sikit. Kadang2 kemesraan dengan ex girlfriend tu still ada bila berkumpul di kampung mengundang sedikit cemburu pada si abang & curiga pada si Ayah. Tapi masing2 terus mendiamkan diri.

Berbalik pada kisah saka Mak Siah tadi.. bila dah dewasa & mak siah pun dah terlalu tua nak jaga saka dia.. maka itulah masa dia menyerahkan pada si abang yang pernah berjanji masa budak nak waris saka mak siah walaupun masa tu dia tak faham apa apa. Bermulalah episod seram keluarga tersebut bila isteri si abang asyik ternampak & mimpi benda2 yang menyeramkan.. Nak di jadikan cerita pada satu malam mak siah memulakan ritual penyerahan saka. Maka di hantar saka kepada si abang. Selepas tu abang jadi berubah.. jadi panas baran & lebih suka termenung dengan wajah yang menyeramkan. Si Ayah & si Adik mula pelik dengan perubahan Abang panggil seorang ustaz untuk merawat. Akhirnya saka tu berjaya di pisahkan dari si abang & keadaan jadi seperti sediakala. Cuma saka mak siah pulak kemurungan di tangga rumah mak siah sebab takde tuan nak jaga dia.

Begitulah kisah dari filem pelepas saka. DVD ni aku beli ahad lepas. Memang tak ada cerita baru so dari balik tangan kosong aku rasa itu lebih menyeramkan ada lagi baik rembat je la apa2 cerita yang aku belum tengok dengan syarat genre dia mesti seram.

Best ke tak best tetap dah jadi sebahagian dari koleksi seram aku. Kepuasan mengumpul tu yang penting hahaha

Filem ni ok la.. setakat boring2 nak tengok boleh la. Susah la nak jumpa filem seram melayu sekarang yang betul2 best & seram. Orang kata munafik seram tapi pada aku ni belum tentu sebab bab2 filem seram memang aku demand sikit. Tak main la acah acah seram.. celah ketiak aku pun tak gigil katanya. Filem pelepas saka ni pun bagi aku tak seram. Saka dia macam hantu kak limah je aku tengok. Memang effect seram tu tak berapa menusuk kalbu sangat la. Jalan cerita dia bagi aku tipikal jer.. Alah cerita pasal saka & nak jadi pewaris saka je. Takde apa yang lain sangat pun.

Moral of the story... Dari dok bela & bagi makan saka ni tak bawa untung pun malah memberi kemudaratan pulak pada yang membela ada lagi baik hangpa buat benda ni.. Bukan je dapat pahala (Insya Allah) malah mungkin dapat memberi kehidupan baru pada orang yang memerlukan. Bukan susah pun RM8 je korang boleh bina sebuah rumah melalui 4 online sites ni. Tak caya, tengok sendiri kat sini >> RM8 Korang boleh bina rumah dengan membeli belah di 4 online sites ni << Macam tak percaya pulak RM8 kita boleh bina sebuah rumah kepada golongan yang memerlukan. Gamaknya RM8 tu kalau nak buat rumah sendiri macam aku yang takde rumah lagi ni boleh tak?? hahahhaa

POPULAR BOOKSTORE DAH JADI PORT SERAM

POPULAR BOOKSTORE DAH JADI PORT SERAM. Mentang2 minat cerita seram.. macam boleh hidu je kat mana ada benda benda seram ni. Mungkin sebab minat yang mendalam maka secara tak sengaja ada bakat mengesan perkara perkara seram kat sesatu tempat tu. Alkisah ni pasal semalam.. Alang2 sang suami nak ambil barang yang dia beli kat Cheras, maka tersinggah la Aeon Cheras. Manusia macam semut. Almaklum la Chinese New Year dah nak dekat. Maka saka2 sale pun menghantui la Mall2 seluruh negara. Masing2 jadi histeria kalau tengok Mall atau pasaraya time2 nak dekat hari perayaan ni.


Aku tengok counter cashier semua panjang2 rasa macam malas pulak nak join sama merebut sale yang ada walau keinginan tu ada. Tapi maybe sebab cuaca panas, orang ramai sampai bercium bontot sesama sendiri nafsu tak berapa membuak buak sangat. Tapi sebab anak aku suka buku singgah la jugak Popular Bookstore. Aku pun konon2 nak tengok jugak novel2..  Kot2 la hati terpaut nak berhobikan baca novel pulak kan. Tapi tengah tengok2 buku, asben aku pulak bagitau. Tu ada DVD filem seram...

Yang konon nak tengok novel tadi tinggal konon je la.. Nampaknya 2016 ni mungkin aku masih dengan hobi yang sama kumpul dvd filem seram je la. Tak banyak sangat koleksi kat situ. Yang filem cina semua tak ada subtitle.. Paling2 Ada english Subtitle pun ok la boleh jugak faham. Ni memang bahasa mandrin tak gigih sangat la aku nak beli walau nampak macam best.

Sebab Tak nak balik dengan tangan kosong rembat jugak english horror movie bertajuk Visions ni. Yang ni ada english, Malay & Chinese subtitle. Filem ni klasifikasi 18. Katanya filem ni dari penerbit yang pernah terbitkan filem Insidious & paranormal activity. AKu baca kat cover dvd ni je. Tak tengok lagi pun. Tapi dari sinopsis yang aku baca mengisahkan seorang wanita yang mengandung & suaminya berpindah dari kehidupan di bandar ke sebuah rumah di kebun anggur. Wanita tu katanya sering mendengar suara suara halus yang suruh dia buat benda bukan bukan. Suami pulak rasa macam bini dia ni dah tak berapa waras jadi bagi membuktikan dia tak gila dia cuba  membongkar kisah seram yang pernah berlaku kat ladang anggur tersebut.


Nak tau cerita selanjutnya kena khatam dulu la filem ni. Tunggu la aku ada masa nak mentelaah. almaklum la.. semakin jelita semakin sibuk pula aku sekarang ni. dah tu malam2 sekarang tak mampu nak menongkat kelopak mata sampai tengah malam dah sekarang ni. kalau yang minat cerita seram boleh la pergi cari dvd ni & tengok sendiri tapi bagi yang tak minat cerita seram & minat cerita aksi apa kata try tengok filem ni >> The Revenant: Left for Dead, Back for Vengeance << Pun mendebarkan jugak. Filem2 macam ni pun kadang2 boleh rasa macam nak gugur jantung tau. Sebab tu orang yang berjiwa kental & berani je boleh tengok filem2 macam ni.

Masuk kedai buku dengan niat nak cari buku tapi keluar bawa balik filem seram. Tak sangka pulak kedai buku Popular ni boleh jadi port aku berseram seraman. aku bukan boleh jumpa sekali.. Confirm lain kali aku nampak Popular BookStore ni aku akan mencuba nasib lagi. hahahaha

KISAH SERAM PENJUAL MEE BEBOLA DAGING MANUSIA

KISAH SERAM PENJUAL MEE BEBOLA DAGING MANUSIA. Lama segmen seram serik tak bersiaran di blog melekit ni. Mesti ada yang ingat aku dah pencen tulis cerita seram, kan? Belum lagi rasa nak tulis resign letter cuma on off je sekarang ni. Almaklum la stok kisah seram pun tak berapa banyak sangat dah sekarang ni dengan kekangan waktu nak uruskan anak sekolah. Macam busy sangat hidup aku kan? Tapi dah bertambah satu lagi rutin harian aku la lepas anak dah masuk tadika ni.


Sebab dah ada stok cerita seram ni elok sangat la kita kumpul ramai2 depan skrin masing2 baca kisah ni dengan penuh fokus & feel agar keseraman pun mampu meresap ke setiap hati & fikiran. Alkisahnya bermula kisah seorang wanita penjaja mee guna gerai bergerak yang macam kereta sorong tu. Perempuan ni sebenarnya dari kecik hidup dia agak tertekan sehingga dia membesar menjadi seorang yang sentiasa berhalusinasi &sentiasa dengar suara suara halus yang suruh dia buat benda bukan bukan. Suara tu menyerupai anak dia yang mati di bunuh oleh suami & pengasuh anak dia bila depa kantoi melakukan maksiat. Takut rahsia tu terbongkar, maka pasangan curang tu cuba membunuh anak kepada perempuan ni tapi akhirnya mereka berdua pun turut di bunuh mak budak tu.

Perempuan ni sebenarnya ada masalah mental akibat dari pengalaman hidup dia yang lepas pernah di rogol sehingga melahirkan anak luar nikah, pernah di jual bapak tiri & pernah melihat bagaimana ibunya meracun bapa tiri dia sehingga mati kemudian daging mereka di jadikan bahan memasak mee.

Nak di jadikan cerita.. satu hari berlaku satu rusuhan dia tempat dia meniaga ni. Dia tak sedar sesama kekecohan tu berlaku ada seorang lelaki bersembunyi dalam tempat simpan barang di kereta sorong dia. Balik kerumah baru dia sedar ada mayat lelaki dalam gobok kereta sorong dia.. Memandangkan jualan mee dia pun kurang sambutan maka Bermula dari situ dia mula mendapat idea untuk menjadikan daging manusia sebagai bahan utama membuat bebola daging & kepala manusia di rebus jadikan kuah sup mee. Sejak dari itu jualan mee dia semakin terkenal dengan kesedapannya sehingga jualan dia semakin laku dari hari ke hari. Dia juga mampu membuka sebuah kedai makan.

Sesiapa sahaja yang melalui lorong berdekatan rumah dia pasti akan jadi mangsa. Mereka akan di potong kaki, kemudian di sumbat segala jenis herba untuk di awet supaya daging mereka nanti jadi sedap. Tu resepi rahsia dari mak dia. Memang kejam giler perempuan ni. Yelah.. orang gila nampak normal memang la bahaya sebab kita tak tahu di sebalik perangai dia nampak biasa tu ada kegilaan yang melampaui batas kemanusiaan.

Sehinggalah dia bertemu seorang lelaki yang baik sudi menemani dia seterusnya berjanji untuk menjaga dia. Waktu tu perasaan dia jadi lebih baik tapi akhirnya dia kembali menjadi seorang yang pysko bila dia rasa lelaki tu curang pada dia. Dia kembali membunuh & daging2 mangsa nya dia jadikan bahan membuat bebola daging & sup untuk mee. Sampai satu hari dia nak bunuh gadis yang couple dengan ex boyfriend dia tu di situlah mula terbongkar semua pembunuhan dia buat semasa lelaki tersebut cuba menyelamatkan gadis yang hampir hampir jadi bebola daging tu.

Ending cerita ni dia terjun sungai ketika polis cuba tangkap dia walaupun lelaki tersebut cuba memujuk & minta maaf atas kesilapannya mengabaikan perempuan tu.  tapi malangnya jasad dia orang tak jumpa. Last sekali. Lelaki yang cuba menyelamatkan dia pula di tuduh bersubahat melakukan semua pembunuhan yang perempuan tu buat. Sebab mangsa terakhir gadis yang hampir jadi bebola daging tu bagi keterangan kat polis bahawa lelaki & perempuan gila tu merancang untuk bunuh dia sebab antara mereka pernah ada kaitan. Selagi tak jumpa jasad perempuan tu selagi tu lelaki tu di jadikan sebagai suspek utama. Last sekali cuma tunjuk babak dia balik kerumah dalam keadaan basah. Mungkin dia tak mati kot

Itulah review seringkas yang mungkin filem seram & ngeri 2009, Meat Grinder ni. Serius dari awal cerita aku tak tahan nak tengok kesan2 ngeri dalam filem ni. Filem hantu aku boleh tahan tapi filem siat2, sembelih, potong daging & anggota badan manusia ni memang aku agak kalah la. Filem ni serius tak banyak dialog cuma banyak action. Sound Effect pun tak gedebum gedebam sangat so jantung memang sihat la tengok filem ni cuma emosi mungkin terganggu sikit. Mungkin anda akan berpuasa dari makan meatball atau mee sup sebulan dua  lepas tengok filem Meat Grinder ni. Takpe kalau lepas tengok filem ni korang jadi trauma nak makan meatball korang boleh try makan kari laici macam ni >> 9 Resepi Pelik Guna Laici << Ok la tu bulat2 jugak kan? hahahaha


Dah warning ok! So mana2 yang tergolong dalam golongan tak di galakkan menonton filem ni jangan galak nak tonton jugak yer

Apapun filem ni tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang ada kanak kanak kecil. Hanya sesuai untuk golongan dewasa. Aksi seksual ada la sikit2.. Tapi tetap tak sesuai budak2 tengok. Apapun filem ni not bad walaupun bukan filem hantu tapi sangat menyeramkan.

CERITA SERAM PENUTUP 2015

CERITA SERAM PENUTUP 2015. lagi beberapa hari dah nak masuk ke tahun 2016.. Yang paling menyeramkan bagi aku bukan cerita seram tapi cerita anak pertama kali nak melangkah ke sekolah tadika. Serius.. selama ni 24jam dia depan mata aku siang malam pagi petang.. tetiba nak lepaskan dia pergi sekolah beberapa jam. Serius.. aku tak confident untuk orang lain handle anak aku tapi sebab memang dah lumrah hidup sampai satu masa kita terpaksa lepaskan anak kita bawah pantauan orang lain untuk dia belajar sesuatu yang dia tak boleh belajar dalam rumah dengan kita. Sekolah bukan semata2 untuk dia belajar kenal huruf, kenal nombor & tahu membaca.. Disitu jugak seorang anak akan belajar bergaul,berkawan,melindungi diri sendiri,berdikari & banyak lagi perkara. Jadi nak tak nak.. Memang kita tak ada pilihan.. Untuk kebaikan anak jugak kan.


Walau kisah anak aku nak ke tadika lebih menyeramkan tak bermakna hobi aku beralih ke melayan perasaan seram terbayang anak nak ke sekolah. Tetap ada koleksi terbaru seram sebagai penutup tahun 2015. Tapi penghujung tahun tak banyak pulak filem seram yang best.. Yang baru2 serius tak berapa best nak di beli. Filem Thailand pulak tak ada filem baru maka semalam sebab tak nak balik menangis bawah bantal sebab tak beli dvd filem seram.. Ambil jugak la 2 filem ni. Filem ni bukan filem baru cuma tak ada dalam koleksi dvd seram aku lagi. Dua2 klasifikasi 18 tahun keatas ok..

Untuk filem Meat Grinder ni dari sinopsis aku baca bukan filem seram hantu tapi lebih kepada seram & ngeri melibatkan seorang peniaga mee yang menggunakan daging manusia dalam resepinya. Tapi filem ni kat cover dvd pun dah warning.. Ibu mengandung, pesakit jantung & kanak kanak bawah 18 tahun tidak di galakkan menonton. Mungkin kesan ngeri dia agak melampau.. Filem Thailand ni.. kalau effect ngeri boleh terbayang 7 hari 7 malam beb. Bukan macam filem melayu.. 7 hari 7 malam rasa nak menyumpah je lepas tengok. Sekali tengok menyesal seumur hidup sebab tak best.


Yang dvd kedua.. The second sight. Aku baca sinospis katanya kisah seorang yang boleh nampak hantu/roh di sekeliling dia. Dia jugak boleh nampak kehidupan masa lepas seseorang. Biasa la yang beragama budha ni percaya mereka ada kehidupan masa lepas kemudian di lahirkan semula sebagai orang lain. Nak tahu keseluruhannya cerita dia macam mana tunggu je aku tengok dulu nanti aku review gaya lekatlekit.


Jadi sebagai penutup 2015.. Ini saja aku mampu tambah untuk koleksi dvd seram lekatlekit.com. 2016 kot2 bertukar hobi tengok filem cinta pulak ke macam mana.. tak tau la kan. Yelah.. manusia kan berubah2 sifatnya. Selera pun boleh berubah, inikan minat. Manalah tau tetiba aku bertukar jadi minah jiwang minat filem cinta pulak ke? hehehehe

KEMBALI KUMPUL KOLEKSI BERHANTU

KEMBALI KUMPUL KOLEKSI BERHANTU. Hari tu hobi tergendala buat sementara waktu atas kerosakkan teknikal yang berlaku. Tapi bila yang dah rosak tu dapat ganti yang baru maka xpdc seram di teruskan kembali. Memburu tanpa belas kasihan hantu2 yang ada hingga ke ringgit yang terakhir katanya. amboi.. bunyi macam peminat tegar sangat la kan.. Tapi bila jumpa yang mahal tau jugak kau rasa sayang nak keluarkan RM yang sangat berharga sekarang ni. Hahahaha...

Sumber Google

Kang ada pulak yang mencarut kat aku.. Apa yang kau merepek ni.. syaitonnn!! yelah.. yelah aku sedang nak cerita koleksi dvd filem seram yang terbaru aku rembat lepas bayar kat wangsa Mall semalam. tempat biasa la.. Classic word Entertainment. Sebab kat situ memag DVD original dia lebih murah dari tempat2 lain. Ada jugak yang muncung2 kat aku konon berlagak beli dvd original jer.. Kalau tengok dvd cetak rompak pun sama je kot jalan cerita dia. Hangpa tak tau berapa kali aku terkena beli dvd cetak rompak ni.. Yang terbaru ada satu DVD cover tajuk Annabelle tapi DVD filem chuckys Uolls. dah lama sebenarnya aku beli tapi baru rasa nak tengok haritu sebab yelah cempeqa sikit dapat dvd player baru. Mana tak menangisnya aku. Tu tak termasuk dvd2 yang tak boleh play.. stuck tengah2 tengok. Jadi sebagai peminat cerita seram ni.. Aku nak kepuasan tahap mampu menghantui tidur malam ku lepas tengok filem seram ni. Tapi kalau tengah2 dok suspend tetiba dvd jam dah tak boleh play.. Aku rasa aku yang akan jadi makhluk yang paling seram. Hahahaha

Almaklum la.. Minggu lepas baru beli DVD player baru dari Online Revolution Sale lazada so minggu dapat la 3 lagi koleksi seram terbaru untuk aku. Kembali mengumpul koleksi berhantu katanya setelah bercuti 2 3 minggu lepas. Macam wajib pulak asal beli mesti 3 dvd. Kali ni Filem English, Thailand & melayu.. takpe la even filem melayu ni kebanyakkan mengecewakan tapi aku tak putus asa memburu sehingga jumpa filem yang betul2 aku boleh puji sampai ke langit ke tujuh katanya. Untuk english paling mahal aku beli minggu ni RM21.90 Tajuk filem The Women In Black Angle Of Death. P13 je mungkin seram seram manja je. Untuk Thailand.. Ni Kisah Zombie tapi sebab filem seram Thailand jarang mengecewakan nak2 lagi yang klasifikasi 18 ni jadi The Black Death jadi koleksi aku. Antara filem terbaru jugak sebab tayangan dia maybe sekitar Jun @ July lepas je. Yang Melayu punya sebab katanya berdasarkan kisah benar yang berlaku Di Sungai Siput perak & bukan terbitan MiG aku macam teringin jugak nak tengok filem Dia ni.

Koleksi peribadi bukan untuk di pinjam hahahaha

Jadi itulah koleksi berhantu sempat aku tangkap minggu ni. Tak tau bila akan muncul review filem2 ni.. lepas aku tengok. Tunggu jer.. Tak lama lagi ada la review nya. Kelam kabut sangat buat apa ye dak?? tak lari hantu di kejar.. Yang lari kita je bila nampak hantu. hehehehe. Tapi yang pasti filem2 seram ni takkan seseram perkara yang sedang berlaku kat Malaysia sekarang ni. Mungkin kita rasa biasa tapi ada pihak rasa ia sangat menyeramkan. Nak tahu meh tengok kat sini >> Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? << Benda ni la yang membuat manusia & jin tak ada bezanya. hehehehe

CLASSIC WORLD ENTERTAINMENT SEMAKIN KURANG SERAM

CLASSIC WORLD ENTERTAINMENT SEMAKIN KURANG SERAM. Sedih jadinya hati aku ni.. Bila tempat yang selama ni menjadi sumber inspirasi seram aku dah semakin suram & kurang seram. Mula2 kat selayang Mall.. tutup. Lepas tu kat e@curve pun menerima nasib sama. Tinggal kat wangsa walk tu pun tadi aku singgah dah tak berapa menyeramkan macam dulu.


Yelah.. tak banyak dah koleksi filem2 seram terbaru atau yang lama. Macam nak habiskan stok yang ada jer. Tapi kalau dah masuk tu pantang keluar tanpa bagi apa2 sale kat classic world entertaiment katanya. Beli jugak la 3 dvd filem. 2 tu maybe baru sikit yang satu tu tak berapa baru sangat. Melayu, Thailand & english movie. Macam wajib pulak aku kalau sekali beli mesti 3 dvd katanya. yelah.. walaupun kat situ murah.. Tapi tak semurah Ah Lang Nun punya rega. Almaklum Original katakan.. 3 dvd RM40 sebab dvd filem uncle mejar david teoh rega sampai RM20. Tapi sebab tajuk dia atractive sangat.. Rasa macam nak tengok. Macam biasa filem2 MiG ni banyak aku tengok untuk mengkritik jer. Ok la tu.. At Least aku bagi publisiti jugak melalui kritikan kasih sayang aku ni kan. Ni kalau Ah Lang Nun RM40 dapat juga 8 dvd ni. Ok la tu.. kalau kat tempat lain 1 dvd cecah 30-40 hengget.


Hope cawangan classic world entertainment kat wangsa walk ni tak tutup la sebab kalau tutup tak tau kat mana lagi aku nak memburu hantu bagi meneruskan perjuangan mengumpul koleksi filem seram sebanyak mungkin. Yelah.. aku nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan nak berdating dengan asben macam dulu katanya.So tengok dvd je la.. Tu pun aku tak rasa kurang bahagia tang mana2 pun sebab tak boleh keluar berdua dengan asben macam sebelum ada anak katanya. Biasa la kitaran hidup manusia.. tak selamanya kita akan berdua.

Apapun semoga Classic world terus bersamaku agar dapat aku menyumbang sepuluh dua puluh ringgit kat situ. Kalau kat wangsa walk tu pun dia bungkus ikat tepi.. 

MENYERU SEMANGAT HANTU DI WANGSA WALK

MENYERU SEMANGAT HANTU DI WANGSA WALK. Orang sibuk nak sambut merdeka hang tak habis2 lagi dengan cerita seram kan? Hantu pun nak merdeka jugak katanya.. So tak salah kita merdekakan depa dari terkurung dalam Mall tu. Tu sebab aku terpaksa jugak memburu dalam Mall ni. Atas keperihantunan katanya. hahahaha. Dah lama semangat hantu aku ni tak topup katanya. Dah turun level 1.. Haruslah up balik kan level hantu katanya.

Gambar sekadar Hiasan. Sumber Google

Lama tak buat aktiviti paranormal kat Mall ni. Kat Mall ni bukan je ada saka sale tapi sebenarnya banyak lagi saka saka yang seram mahupun tak seram. Saka sales antara saka paling menyeramkan tapi tidak menakutkan kaum wanita. Tapi aku ke wangsa walk ni bukan la nak menyerus semangat sales.. Kat situ tak berapa best pun kalau nak shopping. Masuk F.O.C pun baju2 tak berapa banyak choice. Tapi niat kesitu pun bukan nak bershopping pun.. Memang dah lafaz niat "sahaja aku ke wangsa walk mall ingin merembat dvd filem seram kerana Diri sendiri" hehehehe

Alhamdulillah minat mai haseben support. Kalau dia tak support gamaknya aku dok google baca cerita hantu je la. Alang2 pergi even tak banyak cerita seram yang best tapi pantang berundur kalau tak beli sekeping dua dvd katanya. Ada la filem2 seram melayu yang baru macam Nota, CCTV.. English tak banyak sangat filem baru. Thailand langsung tak nampak filem baru. Korea filem yang ada tak berapa aku berkenan pulak nak tengok. English ada la satu aku rembat. Maka Jumlah keseluruhan 4 dvd filem seram.. Satu bukan aku punya tapi ada orang request nak tengok. Filem2 seram komedi ni aku tak berapa taste sangat.

Antara filem yang aku rembat lepas bayar.. cctv (Malay P13) Demonic (English 18SG) Make Me shudder (Thailand P13). Semalam acah2 nak tengok cctv la tapi dvd player aku macam acah2 tak berapa sihat pulak hahaha.. Minta baru gamaknya. Hope dia acah2 je la.. Boleh aku acah2 khatam 3 dvd ni. hehehehe



Moral of the story.. Nantikan review kat blog lekat lekit 3 filem ni. Bersedialah.. sebab taste seram aku memang high class. Setakat hantu2 acah2 seram jangankan bulu roma bulu kening pun tak terangkat. hahaha

KOLEKSI HARAM BLOGGER

Tu dia koleksi haram apa pulak ni? Blogger mana pulak yang dok buat kerja tak senonoh simpan koleksi haram ni. Macam macam la lekat lekit ni.. Hot & spicy penuh kontroversi ja cerita kat blog puaka dia. Kira berapi api je la blog hang setiap masa yer.. Harus la berapi api baru la menyerlah jauh dari yang biasa katanya. Apa benda koleksi haram tu??


Ni la nak story semalam sempat singgah kat pasar malam area PJ.. tak sure lokasi dia sebab lupa nak tanya laki aku apa nama pasar malam tu hahaha... Tu dia abang hat juai segala mak nenek dvd.. bukan main besaq booth dia.. siap ada player. Ni kalau kena ambush memang sempat bawak lari diri ja.. koleksi dvd cetak rompak dia memang tak sempat nak bungkus dah. Tapi tengok dia steady je meniaga.. Maybe dia ada backup la kot kalau tak takkan seberani tu dia bukak gerai besar kat pasar malam tu. Aku tengok kat pasar malam paya jaras aritu tak sempat panas bontot buka meja dah kena angkut.

Sebab aku tak tau classic world entertaiment sdn bhd ni mana lagi cawangan yang masih beroperasi.. Sebab tu je tempat aku boleh beli dvd hantu original dengan murah. atas hasutan laki sendiri.. dia kata beli je la yang cetak rompak tu... Alang2 dah sampai. Murah je kalau tak elok pun nanti tukar balik. Mula2 memang aku taknak beli.. Aku memang tak confident langsung tapi bila fikir pengerusi FINAS hat baru ni (Azalina Othman) otak pun tahap cetak rompak jer.. layak la kita tak support sangat industri perfileman Malaysia ni. Konon!! hahaha

Tapi malangnya balik nak test qualiti filem astro first ni.. kat player dalam kereta test ok jer boleh play.. balik rumah pasang kat player tak boleh pulak. Ada yang boleh play pun Ya Allah kualiti rakaman Astro Fisrt tu cantik la jugak tapi kalau dah rakam kat panggung mesti la ada suara2 sumbang misteri. Aku decide.. Next week je aku pi cari Classic World Entertaiment. Dvd2 haram tu.. Asben aku cakap nak pi tukar dengan dvd2 lagu je simpan dalam kereta. Tak pun tukar dengan dvd kartun anak aku sudah.

Kalau kat Classic World entertaiment filem Gamatisme ni rasanya belum keluar. Ni rakam Astro First jer

Sebenarnya kalau pasang kat pc aku ni boleh je tengok tapi aku kalau tak boleh pasang kat player TV aku memang aku reject on the spot. Tak feel sangat tengok filem seram kat PC. Hilang seri seram katanya. hahahaha...

Moral of the story.. Sebagai peminat filem seram memang dvd cetak rompak tak mampu memuaskan nafsu serakah aku. Yelah.. bila kita suka something tu kita akan jadi cerewet dengan segala benda. Biarpun menteri yang baru di lantik sebagai pengerusi FINAS tu pemikiran dia tahap haram @ cetak rompak jugak tapi sebab aku terlalu mencintai filem seram tetap aku kena kumpul koleksi halal @ original jugak.

KEDAI BERHANTU DI E@CURVE PULA DI TUTUP

Kau selalu dok makan meatball kat Ikea e@curve tu mesti terkejut kan?? tak tau selama ni ada kedai berhantu kai situ. Tu la hangpa tak mau jadi ghost hunter macam aku.. Merata kedai berhantu aku cari. Dimana ada kedai berhantu di situ aku memburu katanya.. Mesti ramai tertanya tanya kedai berhantu tu kedai yang mana satu..


Kedai berhantu kat e@curve ada la satu kat situ.. Semalam macam biasa la selepas sebulan bercuti dari memburu hantu kat situ, maka timbul kerinduan yang membuak buak memaksa aku memaksa laki aku pi situ jugak. Yelah.. dah beranak pinak gamaknya hantu2 kat situ tak kena tangkap. Harus menjalankan operasi berhantu. Tapi sayangnya.. sesampai kat situ.. jangankan kedai.. signboard kedai pun dah takde. Sah la.. memang operasi kat situ dah tutup buat selama lamanya.. Maybe alasan yang sama macam branch di selayang Mall kot. Hancur berkecai sekeping hati berpuaka aku ni bila takde hasil nak memburu semalam. Kesian umpan dalam wallet tak terusik walau sekeping pun... hak milik tak bertukar tangan.

Tunggu next week pulak la.. ke branch yang seterusnya.. samada ampang point @ time square. Ikut tayar kereta nak menuju kemana la. Aku cuma mampu buat request jer.. terpulang pada Tuan tanah kedaung nak membawa. Semalam pergi e@curve pun dah malam.. so tak dapat nak berjimbara sangat ke tempat lain. Kesimpulannya operasi memburu hantu semalam gagal sepenuhnya. Maka koleksi yang ada tak bertambah.


Moral of the story... Kesan kenaikkan harga barang menjejaskan hobi aku memburu dvd filem seram sebab banyak cawangan kedai dvd classic world entertaiment dah mula tutup. Sewa naik.. sales maybe kurang kot. Yelah.. sapa nak beli dvd sangat dah sekarang ni. Semua dok tengok astro first tak pun online jer. Melainkan aku jer... Dok menghobikan diri mengumpul dvd filem seram. Kalau boleh shopping dvd filem seram online pun bagus jugak ni...


JENGKA MASIH MISTERI

Memang terus menjadi misteri yang belum terbongkar. Sampai hari ni. Entah bila la misteri ni nak berakhir aku sendiri pun tak sure. Eklusif sangat ke Jengka ni sampai susah sangat nak merungkai misteri yang tersimpan. Si pemburu terus memburu tapi hasilnya takde jugak.

Sumber Google

Alkisahnya minggu ke empat memburu dvd filem Jengka.. Masih takde kat pasaran atau memang takde kat kedai dvd classic world entertaiment tak sure la pulak. Tapi aku suka beli dvd kat situ, murah. yelah sekarang dah include GST, kat situ pun harga dah up kalau kat tempat lain confirm la lagi mahal. Kalau Ah Lang Nun punya murah jer RM5 tapi aku demand tak mau Ah Lang Nun takut menangis tengok cerita seram bukan sebab takut tapi sedih nampak entiti2 yang tak di ingini muncul dalam filem tu. hahahaha


Dah dekat 2 bulan keluar panggung pun masih tak dvd version original lagi ke? Lambat sungguh kan? Jangan suggest download ker, tengok online ke hapa.. Aku memang nak beli dvd sebab aku suka buat koleksi.

Sebab Semalam dah jengah kedai dvd kat e@curve.. pantang berundur kalau tak rembat apa2 cerita seram katanya. Maka kutiplah cerita2 lama yang boleh ada dalam simpanan buat koleksi sambil2 buat supper tengah malam yang boring. Dah rasa lama sangat tak tengok filem seram melayu, pejam mata capai jugak dvd selfie suara kubur yang letak kat rak new release. Tak tau bila bulan berapa punya tapi kalau new release tu kategori tak berapa lama sangat kot. hahahahaha

Kalau balik tangan kosong boleh menangis sepanjang jalan jadi kena jugak menabung kat sini hahaha

Semua pun tak telaah lagi sebab baru jer bertukar tangan hakmilik semalam. Tunggu la malam ni ke esok ker. Review pun kalau rasa filem best untuk di review. Tak kira la best untuk di puji atau di kutuk. hahahaha... Kira epsiod memburu hantu kali ni 3 spesis hantu dari 3 negara berbeza. Jepun, Thailand & Malaysia. Jepun & Thailand klasifikasi 18 & Malaysia P13 jer.

Apapun aku masih tabah menunggu dvd Jengka untuk membongkar segala misteri yang ada. Samada betul2 seram atau standard cerita seram MiG, Tunggu jer. Kot2 minggu depan ada rezeki kan?

Moral of the story... Filem yang habis tayangan tu cepat2 la keluar dalam bentuk dvd baru boleh bersaing dengan cetak rompak. Ni astro first dah bersepah tayang kami pemburu dvd ni tak dapat pun stok baru. hahahhaha

HADIAH SERAM SEMPENA HARI IBU

Setakat bunga.. tak rare sangat la. Apa ingat semua mak2 suka sangat ke bunga even mak aku memang suka bunga. Tapi sayangnya dia melahirkan seorang anak ke 3 (tapi sebenarnya aku anak ke empat tapi sebab kakak yang sulung meninggal dunia lepas lahir jadilah aku anak ke 3 ganti) yang tak suka bunga. Sesungguhnya tak menaikan nafsu serakah langsung aku nampak bunga. Bab2 tu aku bukan tipikal perempuan la. hahahaha

Sumber Google

Disebabkan aku tak minat bunga aku memang harap takde sapa2 bagi aku bunga termasuk asben aku sendiri sebab aku tak reti nak berlakon excited macam mana nanti hahahaha. Bersempena hari ibu jatuh pada hari ahad (semalam) maka hari tu memang hari aku tiap2 minggu berjimbaraya bersama keluarga. So, aku tak rasa sangat la keluar semalam tu sebagai untuk meraikan hari ibu even semalam.. Rasa macam special pulak.

Mula2.. bawak budak kecik mandi sungai kat sungai pisang, gombak. Lepas habis kecut segala bagai.. berdesup singgah The store Jalan Ipoh. Kat situ nampak pasaraya macam buruk tapi aku memang tak pilih kasih bab pasaraya ni. Asal boleh merembat isi dalamnya.. luar nampak seram pun aku sanggup masuk katanya hahaha... Yelah.. bersempena hari ibu & bersempena beg beli kat Avenue86.com tu zip kat depan dia dah musnah sama sekali aku rembat la beg. Aku tak tau the store buat clearance stok sambil mengaburi biji mata pembeli mengatakan ada sales. Beg jenama B.U.M aku beli kat tag harga RM289 tapi lepas diskaun RM86.90 jer. Aku suka brand ni sebab tahan lasak.. Yang lepas pun sampai buruk takde koyak takde zip rosak cuma kesian pulak nak bawak bila nampak uzur sangat. dah tiba masa masuk arkib. yelah.. aku spesis lenjan sampai nazak katanya. hahahaha

Sebelum terembat beg terlebih dahulu terembat 2 pasang baju.. Ok selesai hadiah hari ibu kat the store Jalan Ipoh tetiba kereta yang di pandu sang suami menuju ke mutiara damansara. Hati kembali berbunga umpama kali pertama jatuh cinta kat suami katanya bila nampak sign board tulis mutiara damansara. Bukan excited nak lepak tempat retis kat e@curve atau nak makan meatball kat Ikea.. Tapi excited kat situ ada kedai dvd classic world entertainment. Ni la hadiah paling aku tunggu2 tiap2 minggu. hahahahaha

Dalam banyak2 hadiah.. Hadiah ni la hadiah paling buat muka seram aku jadi berseri seri. Tapi sayang yang di cari masih tak muncul2. Filem Jengka tak jugak keluar2 lagi dvd original. Macam mana la ah lang nun senang buat duit.. filem dah bersepah kat astro first tapi dvd original tak keluar2 lagi. Nasib baik aku fobia nak beli dvd ah lang nun. So aku sabar je lah tunggu sampai keluar original dvd.

Pun begitu sebab sempena hari ibu, mesti reward jugak untuk diri sendiri. Sang Asben harus jugak memenuhi nafsu seram sang isteri. Rembat jugak la filem Ju-on : The begining of the end sebab dia letak kat rak new release even rasanya filem ni tayang tahun lepas kan? Takpe la.. konsep aku selagi aku belum tengok aku kategorikan filem baru. hahahaha.

Macam biasa tunggu aku telaah dulu baru aku review

Selepas dapat hadiah seram ni.. terus meluncur makan malam ke sungai buloh sebelum balik rumah menikmati hari2 seorang ibu yang suka filem seram.

Family kecik aku ni hidup sangat simple. Sambutan hari apapun cara kami meraikan sama jer.. keluar, jenjalan, shopping, makan. Takde celebrate dengan party bagai.

Moral of the story dari teruk2 sangat hangpa dok berdebat pasal sambutan hari ibu, baik la hangpa menikmati hidup macam biasa tak kira hari apapun. macam aku janji buat benda yang aku suka bagi aku satu celebration jugak tak tunggu tarikh tertentu hahaha.


HANTU JENGKA PASAR MALAM

Orang dok bercuti kau tak abis2 dengan cerita seram, cerita hantu. Memang takde life katanya lekatlekit ni. Dok buang masa memburu cerita hantu yang takde pekdah. Takde pekdah pada kau.. Pada aku ada la pekdahnya. Sekurang kurang aku tak hidup dalam kepalsuan. Aku share hobi aku ni ada penggemarnya tersendiri. Kau hado?? Hidup dengan cerita imaginasi melangit, kau tak rasa sedih ke bila sebenarnya hidup kau nothing!

Time orang bercuti memang la kami anak beranak jarang pilih hari2 macam tu untuk bercuti. Tak lalu nak hadap sesak dengan manusia lain. Jadi orang keluar bandar, kami still kat bandar. Nanti orang balik bandar baru kami keluar dari bandar katanya.

Sumber google. Sekadar Hiasan

Terbebel la pulak padahal nak cerita pasal hantu Jengka. Alkisah 2 mingu dah aku dok memburu dvd filem jengka. Kata si kakak Seri Kandi Tanah Jauhar, filem ni seram hingga meremang bulu roma yang terakhir. Aku yakin sikit kalau kak Seri Kandi Jauhar cakap sebab taste kami kadang2 ada persamaan nak2 lagi minat kami sama tengok cerita seram selain Mummydearie, AJK kelab hantu Malaysia tu. hahaha.  Tapi sayangnya..  Kat kedai classic world entertainment tu belum keluar dvd ni.. Tapi semalam sempat singgah pasar malam paya jaras lepas abis berjimbaraya tempat retis2 kat e@curve katanya. Padahal aku kesitu nak cari dvd hantu jer.. Tak kuasa nak mengusya para retis. Tak attractive pun retis berbanding cerita seram katanya. hahaha

 Dari pengarah yang aku rasa terbaik sebab pengarah ni la yang buat aku boleh ulang tengok vcd filem puteri Impian beratus kali dulu. hahahaha

Yang Ah lang Nun punya dvd filem Jengka dah berada di pasaran. Biasa la Ah Lang Nun memang lebih laju dari LRT katanya. Aku Rasa penerbitan filem kena bersaing dengan Ah Lang Nun.. Sebelum keluar Astro First kena keluar DVD dulu tapi astro first ni selalu keluar filem yang masih di tayangkan kat pawagam kan? Tapi aku fobia nak beli dvd cerita seram yang di pasarkan di pasar malam.. Bukan la aku berlagak sangat. Tak layan pasar malam brand tapi ada dvd yang laki aku beli untuk aku tapi langsung tak boleh tengok.. ada yang muncul kepala2 hitam & suara2 misteri.. Memang spoil mood seram. Even hati berbelah bagi tengok dvd filem Jengka kat pasar malam paya jaras tapi atas hasutan suami sendiri yang kata jangan menyesal lepas beli, Maka aku tabahkan hati untuk tunggu dvd original keluar. Lambat pun lambat la..Sebab aku nak buat koleksi so better simpan yang kualiti elok sikit. Tengok banyak kali pun tak rosak.

Akibat dari tak jumpa dvd Jengka kat e@curve.. Pantang ketua geng hantu balik dengan tangan kosong tanpa membawa hantu. Rembat la dua ekor hantu ni.. Jadilah buat supper katanya. Hahahhaa..

Ghost Overtime (Thailand) Horror Story II (korea)

Tunggu aku tengok dulu baru boleh review kalau aku rasa bermood nak review. Haritu 2 filem korea aku beli, spoil mood sebab filem tu dua2 aku dah pernah tengok kat tv cuma aku tak familiar sangat dengan filem korea so aku tak tau yang mana aku dah tengok & belum. Kalau filem Thailand aku hafal sikit.

Moral of the story yang rasa semak dengan cerita2 seram kat blog aku ni.. Senang je tak payah baca. yang kau gigih sangat nak baca walau ko rasa semak tu dah kenapa? ada orang letak pisau kat leher kau ke sampai terpaksa baca. hahahaha


HANTU KOREA YANG BERJAYA DI TANGKAP DI AMPANG POINT

Jauh bebeno kan dari korea dia datang, kat Malaysia jugak dia kena tangkap. Hantu tanpa izin ke hapa ni. Macam mana la hantu korea ni masuk jerat.. Tak berapa hantu ke dia? Maybe skill kehantuan dia belum tahap hantu Malaysia kot, so buat dia mudah kena tangkap.

Sumber google

Kang ada yang mencebik.. dia ni kalau tak buat gimik tak boleh ke? amboi gurau sikit pun marah.. Dah lama tak memburu hantu katanya. Semalam pergi ke Ampang point semata mata nak beli dvd hantu je. Memang masuk mall tu pergi kat kedai dvd jer.. lepas rembat 2 filem seram korea terus balik. Maka dapat la 2 ekor hantu korea katanya. Cukup la buat bekalan minggu ni. hahahaha

Tapi tak banyak cerita yang menarik minat aku nak rembat. Thailand pun takde dah cerita best yang aku nak beli. Jepun pun sama.. Melayu, aku tak tergamak pulak nak beli kalau cerita tu dah memang aku dapat rasa kalau tengok mesti aku mencerca. Yang konsep documentary ni aku tak berapa minat. Pening aku filem2 camtu. Camera pun jadi kucar kacir.. orang sembang je banyak. So, aku tak beli la filem melayu. Cari filem Jengka maybe tak keluar lagi kot. Hantu mat saleh ni semua rega mahal2. Satu dvd dia boleh dapat 2 filem lain. Takpe la.. mahal sangat skip jer. hahahahaha.. Peminat hantu yang nak murah je katanya.

Bukan filem baru tapi di sebabkan takde filem hantu best2 aku nak beli, maka aku ambil je la hantu korea ni sebagai koleksi. Yelah.. korea belum ada lagi koleksi kan. Yang pasti klasifikasi mesti 18++.. sebab aku nak tengok yang seram bukan yang kelakar hahahaha

Harga.. semua dah naik. Semua dah include gst. Aku rasa GST lagi menyeramkan dari filem seram. Kat mana2 sahaja di hantui GST. Tapi sebab aku asyik dok menyanyi kat laki aku dengan lagu2 seram maka dia bawak jugak la aku pi beli dvd hantu. Yelah.. kang batu belah batu bertangkup pulak kan.

Review nanti akan menyusul selepas aku mentelaah dengan jayanya. So, are U ready hantu2 semua?? Tunggu jer ia bakal menghantui anda di blog lekat lekit ni.

Moral of the story.. hidup biar seram. motip?? hahahaha


BERKAWAN DENGAN HANTU

Wah.. boleh berkawan dengan hantu tu kira rare jugak la kan. Bukan calang2 manusia berani atau nak berkawan dengan hantu ni. Yelah.. kalau berkawan dengan manusia asyik nak sentap je tak tentu pasal katanya baik kawan dengan hantu.. Masalahnya hantu tak reti sentap ke? Siapa kata hantu tak reti sentap....

Sumber google

Manusia kalau berpuaka memang layak berkawan dengan hantu jer.. Kawan dengan manusia kang ada yang sentap secara sengaja atau tak. Siapalah manusia yang aku maksudkan tu gamaknya yer. Almaklum la.. kekurangan diri aku ni kadang2 suka komen atau cakap terus terang jer. Bergantung pada isu atau topik.. Kalau isu tu aku sependapat mungkin sedap la apa yang aku cakap di hati orang yang dengar atau baca tapi kalau aku rasa tak setuju mungkin kelat sikit la bunyinya. Tapi konsep aku jenis cakap situ abis situ. Di sebabkan keburukkan aku nan satu tu maka aku pilih kawan dengan hantu je la.. tak payah sentap nyentap bagai kan... hahahahaha boleh gitu.

Sebab aku tak berapa yakin sangat tahap keberanian aku hingga mampu duduk semeja dengan hantu maka aku pilih layan cerita hantu je la. Episod memburu hantu semalam kat Cineleasure e@curve ok! Pembelian pertama aku kat kedai Dvd classic cawangan e@curve tu ada la 3 ekor hantu katanya.


Filem2 ni bukan filem baru sangat la...  Isolation tahun 2005, Ghost Valentine 2006 & spirit of the evil tu baru sikit la tahun lepas. Paling tak sabar nak tengok Ghost Valentine la sebab cerita hantu penanggal siam. Tapi filem ni rasanya tak seram kot sebab klasifikasi Umum jer. Apapun tak boleh nak judge kena tengok dulu. Yang lagi dua filem Englis tu.. klasifikasi dia Isolation (18SG) & Spirit of the Evil (P13). Filem baru nampaknya takde lagi yang best. Tunggu2 next2 weekend pulak kot nak memburu hantu ni. hehehehe. Harga 3 dvd Original ni cuma RM37.70. 2 filem english tu cuma RM9.90 & Ghost Valentine mahal sikit harga dia RM17.90. Sebab tu aku sanggup memburu cawangan kedai dvd classic ni bila kat selayang Mall tutup. Harga dia murah. hahahaha

Apapun Insya Allah lepas aku tengok akan ada la review kat blog aku even filem lama pun. Harus la kan review sebab ada geng2 hantu yang nak baca katanya. kekekeke


OPERASI MEMBURU HANTU DI AMPANG

Ingatkan operasi memburu PATI je paling popular kat Malaysia ni rupanya operasi memburu hantu pun ada jugak yer.. Tapi operasi memburu hantu ni bukan la di lakukan oleh geng2 paranormal atau kumpulan perawat rawatan alternatif mahupun group bomoh VVIP buah kelapa. Tapi di lakukan oleh seorang individu yang tak di kenali pun.. Seorang perempuan separa seram & misteri..

Sumber google

Tentu hangpa tertanya2.. siapakah gerangan si perempuan separa seram & misteri tu.. Ye, tak lain tak bukan Ketua gengster geng hantu, bak kata Mummydearie. Hahahaha... nak tau pi la telaah entri2 kat blog Mummydearie tu nanti korang tau la sapa ketua Gangster geng hantu tu... hahahahaha

Secara tak sengaja perempuan separa seram & misteri tu di bawa ke Ampang walk membeli seterusnya belah.. Secara tak sengaja jugak masuk2 je Ampang walk tu terus jumpa kedai berhantu. Dan secara sengaja di rembat jugak satu dvd seram.. even cerita lama tapi rasa bersalah katanya kalau tak beli sekiranya jejak kaki ke dalam kedai berhantu tu. Hahahahaha

Dok cari2 takde pulak filem2 terbaru yang bergenre seram. Dari keluar tak sedekah singgit dua kat kedai tu.. baik la rembat jugak satu. Sebab kat situ klasifikasi 18SG.. otak dah set, maybe seram tapi apapun kena tengok dulu baru boleh tuduh filem ni seram ke tak. Kalau tak jadi pitnah pulak nanti. kekekekeke..

Kalau tak scared siap ko aku kutuk hahaha

Apapun filem ni bakal di review di blog melekit nanti.. scared ke tak scared kalau tak sabaq baca review pi la search kat youtube tengok sendiri. sebab ni filem lama.. tahun 2005. aku beli dengan alasan sebab nak buat koleksi & aku memang tak tengok lagi. sekian makaseh.

P/S : kebetulan cashier dari kedai berhanti kat selayang yang dah tutup tu kena transfer ke situ... Dia pun sampai cam dah muka seram aku ni yang manjang kalau datang beli dvd filem seram.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com