Showing posts with label golongan. Show all posts

GOLONGAN STAMP PAD MEMANG SUKA ACAH ACAH POSITIF

GOLONGAN STAMP PAD MEMANG SUKA ACAH ACAH POSITIF. Dah lama aku perati manusia - manusia yang konon sangat positif & sukakan perkara perkara positif ni akan bajet macam apa saja tindakkan negatif yang dia buat kat media sosial adalah kerana aura atau pengaruh orang yang negatif la kononnya. Dia tu asalkan sangat suci murni.. tercemar dek kerana bergaul dengan orang2 yang dia label sebagai negative person. Kalau tak kenal orang2 macam tu confirm dia memang dah ada tiket ke syurga...


Aku ni antara manusia yang selalu la di tuduh pembawa aura negatif kat orang. Kira pengaruh besar jugak la kan apa yang aku tulis kat media sosial sampai mampu menyesatkan & membuatkan orang yang baik lagi mulia ni turut jadi jahat macam aku. Sebab banyak pengaruh aku ni elok la korang ambil kesempatan kalau nak review apa2 produk atau perkhidmatan korang boleh email : lekatlekitgurl@yahoo.com .Konon depa la baik.. Aku la punca depa jadi jahat. Takpe la.. aku terima je la. Sebab aku sedar diri.. Aku manusia yang memang ada sisi buruk & baik. Yang buruk tu bukan semua sebab pengaruh orang lain tapi kadang2 adalah dari dalam diri  aku sendiri yang kadang2 gagal mengawal emosi bila menaip pendapat atau pandangan di media sosial. Atau kadang2 aku terlalu outspoken.. Aku memang tak reti nak bajet gud gud sangat.. Bajet aku insan teraniaya.. aku insan suci bagai. Aku jenis fighting. Aku pun manusia pendosa. Ada perkara aku salah & ada perkara orang yang buat salah dengan aku dulu.. hahahaha. Sebab tu orang2 baik selalu cakap.. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Takde dia cakap.. Yang baik tu dari saya yang buruk tu pengaruh dari orang2 negatif sekeliling saya. kan? kan? kan?


Jenis spesis yang suka tunding jari orang tu negatif.. orang ni negatif buat dia jadi negatif.. Ni la golongan bajet dia paling positif. Orang yang tak memihak pada dia semua negatif. Kalau yang sokong dia.. semua positif. Sila meninggal beb! Sila sedar diri tu dah berbulu atas bawah. Takkan setiap kali kau buat perkara negatif kau nak tuduh orang lain la penyebabnya? Hang tak dak otak ka nak fikir? Awat hati hang dah mati ka nak merasa.

Bagi aku la kan.. Manusia yang jenis dok rasa setiap perkara negatif dia buat tu berpunca dari orang lain ni.. Dia yang sebenarnya penuh dengan aura negatif. Sebab orang positif sentiasa melihat sesuatu perkara dari sudut positif. Takde asyik nak jadi macam stamp pad nak cop orang tu ni negatif.  Lepas tu ugut nak unfriend & block bagai macam orang mati la kena unfriend & block dengan depa. Tang negatif dia tak pulak dia nampak. Sila meninggal sekali lagi, ok!


Aku selalunya kalau blocked ni orang aku meluat je bukan pasal positif & negatif sangat. Tapi aku susah sangat nak blocked sapa2. Dalam blocked list FB aku ada 3 orang je tu pun yang bertahun tahun dulu. Aku pun lupa kenapa aku blocked hahahaha. Yang aku unfriend kebanyakkan sebab aku rasa tu yang terbaik mungkin sebab percanggahan pendapat mungkin memudaratkah hubungan berkawan di alam maya tu.. Kalau aku blocked sampai ke IG tu kira double triple meluat la tu.. sebab aku paling susah nak block orang kat IG. Ada la sorang je blogger aku blocked kat IG sebab jenis acah acah mulia & teraniaya sangat padahal aku tau apa yang dia canang kat orang belakang aku. Depan kemain macam menghargai la sangat apa yang pernah aku tolong dia.. Belakang macam neraka juga la dia mengumpat aku. Selalunya aku jadi mangsa orang nampak macam jahat sangat sebab aku suka melantang secara public.. Bukan jenis yang acah acah baik ni.. sekali dengan kau aku ucapkan sila meninggal. hahahahahaha.

Aku memang mengalu alukan bagi sesiapa sahaja macam rasa sebab dok baca tulisan aku kat facebook boleh buat hangpa jadi negatif... pergi la kasih.. pergi la sayang.. Tapi awas jangan nak rindu2 dah lepas tu. Lepas pergi jangan kembali.. Kalau nak kembali.. kembalilah ke rahmatullah. Tu je tempat paling abadi. Jangan kembali pada aku.. sebab aku masih sama lagi macam dulu hahahaha.

Pada golongan stamp pad ni.. Yang hari2 dok acah2 positif dengan dok ugut nak unfriend orang bagai bebawak la cari cara lain nak meraih perhatian orang. Tak payah dok buat 'Jualan Murah' sangat nak meraih like & komen.

Moral of the story.. Kat internet ni memang kita boleh jumpa macam macam orang, macam macam benda & macam macam perkara termasuk benda ni >> 14 Plot Yang Tidak Di Jangka Anda Boleh Jumpa Di Internet terutama yang no 1 tu memang tak boleh blah << Jadi pandai pandai la korang nak mengimbangi apa yang korang tengok & baca kat internet. Kalau rasa tak suka tak perlu nak kecoh2 sangat cerita kat orang yang korang sangat positif & akan remove orang2 yang negatif kat sekeliling korang.

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK. Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak..


Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni.

Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Nak2 benda tu di lontarkan di khalayak ramai secara umum.. Main yang dia maksudkan tu pepaham je la kan main apa. Bukan main konda kondi ok.. Benda - benda macam tu adalah perkara yang rasanya tak manis di jadikan bahan gurauan macam tu nak2 lagi kat orang yang di uji tak ada zuriat ni. Kau ingat kau terer sangat ke 'Main' anak berderet cukup 1 team bola tu?? Kau ingat sebab kau pandai main ke kau dapat anak? Hek kau!!

Mungkin sesetengah orang boleh terima gurauan macam tu tapi kena tahu bukan semua orang boleh terima nak nak lagi bagi golongan yang di uji dengan tidak di kurniakan zuriat. Golongan macam ni selalunya agak sensitif bila orang sebut berkaitan zuriat ni apatah lagi dengan memalukan mereka dengan gurauan macam tu. Boleh menyebabkan mereka stress, tertekan, malu & depression juga ok! Jangan di sebabkan kita yang bergurau tak kena tempat ada yang cuba membunuh diri pulak.

Kena ingat bukan saja tak ada anak tu ujian malah yang ada anak ujian lagi besar ok! Kau nak kena tanggung dosa pahala anak selama dia berada di bawah tanggungjawab kau. At Least orang tak ada anak ni.. kat sana dia tak ada soal jawab cara dia membesarkan anak. Kita ni nanti yang nak kena jawab kat sana.. Tu cerita bila lepas mati. Cerita masa hidup ni tak tau lagi lagu mana kejadiannya anak kita bila dah besar nanti. So jangan berlagak sangat la kita boleh beranak pinak macam kilang. Belum tentu semua production tu menjadi elok tertib lentik, ok! Mungkin dia tak ada anak tapi dia anak ni ok >> 3 Top Picks From Audi's Open Haus That Will Wow Your Family & Friends This Year << Kau hado?? So, ketahuilah rezeki setiap manusia tu berbeza.

Moral of the story.. Bergurau tak salah sebab kadang2 gurauan tu perlu untuk mengeratkan silaturrahim tapi bergurau pun kena ada batas & kena tahu juga dengan siapa & apa yang kita nak jadi bahan gurauan. Jangan fikir semua gurauan tu buat orang rasa terhibur ada yang orang rasa macam nak lebur je muka korang tu ok! So, elakkan dari bergurau dengan ayat 'tak pandai main tu' sebelum ada yang kena belasah sampai mandul. hehehee

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK. Aku dulu zaman anak dara bukan la tak reti masak langsung tapi malas yarabbi nak masuk dapur. Nak2 masa tinggal kat kampung & jadi penganggur terhormat. Hobi aku ni dulu suka dengar radio sampai subuh. Lepas subuh baru terhegeh2 nak tidur maka memang jarang bangun pagi. hahaha... Hari2 kena bebel dengan mak. Tapi selepas berhijrah jauh dari family kehidupan tu berubah 360 darjah katanya. Orang pemalas wajib kena hidup berdikari baru dia jadi rajin sebab semua perkara kena buat sendiri.hehehehe


Dari belasan tahun memang aku dah tahu masak sikit2. Berkat kawan baik aku si Siti ajar aku masak masa aku tinggal dengan makcik munah kesayangan aku dunia akhirat tu. Yer aku di jaga makcik munah dari aku budak budak tapi bukan dari baby. Makcik munah tu kakak arwah ayah.. dia ibu tunggal ada seorang je anak, abang aku. Keluarga aku dengan makcik munah memang sangat la rapat. Abang aku tu dah macam abang kandung... dia pun tak ada adik beradik yang seibu.. Kalau se ayah tu ramai. Cuma kami je paling dekat & rapat dengan makcik & abang.

Ops.. tercerita pasal hal keluarga pulak. Berbalik kisah aku seorang anak dara pemalas dulu.. Masa duduk dengan makcik tu aku rajin jugak memasak. Masa tu makcik aku kerja. Umur aku time tu belasan tahun lagi. Tapi lepas abang aku kahwin masa tu aku tingkatan 3.. aku pulang ke pangkal jalan. Tinggal dengan mak bapak aku balik yang rumah cuma seberang jalan je dengan rumah makcik. Kalau dari rumah aku tu jerit panggil makcik aku pun dia dengar. Habis sekolah & jadi penganggur terhormat sebelum sambung belajar sikit kat kolej cap ayam..  Bermulalah rutin malas & suka tidur lewat. Sampai la aku ambil keputusan membawa diri mengubah nasib kat sini.. Masa bujang tak la rajin masak sangat. Tapi tetap la jugak masak sebab masa tu aku tinggal dengan adik aku. Boleh kata tiap2 hari balik kerja aku masak sebab aku tau ada orang makan. hahaha. Sampai la dah kahwin.. jadi surirumah maka rutin memasak tu dah jadi benda wajib. Makin hari makin banyak la resepi aku tahu masak sampai sekarang kalau balik kampung pun aku la tukang masak walau mak aku still membantu. hehehe

Dah masuk umur 20an ni.. Memang dah patut belajar memasak. Memasak ni sebenarnya bukan susah cuma yang susah kalau malas & tak ada keinginan nak memasak je. Walaupun dalam Islam bukan satu kewajiban wanita untuk memasak tapi air tangan seorang wanita bergelar isteri & ibu ni sebenarnya menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga. Kita pun kalau duduk berjauhan dengan mak.. salah satu benda paling kita rindu adalah masakan mak. Bayangkan kalau kita jadi mak yang tak pandai masak.. Takde la anak2 kita nak rindu masakan kita nanti. Jadi pada mereka yang dah masuk umur 20an ni mula la belajar masak. Kalau tak reti nak masak mulakan dengan belajar 12 resepi mudah ni dulu. Boleh tengok kat sini >> 12 Resepi Mudah Untuk Golongan 20an Belajar Masak <<

Moral of the story.. Air tangan seorang wanita itu sangat istimewa walau apa yang di masak cuma telur goreng & nasi putih jadi rajin2 la kedapur yer para wanita. Tak payah la nak guna hujah Islam pun tak kata masak tu tugas seorang isteri jadi kita pun rasa tak perlu la nak memasak. Kena ingat.. kita inginkan kehidupan yang bahagia.. Ikatlah hati suami & anak anak dengan masakan kita supaya sejauh manapun mereka pergi di hati mereka tak pernah lupa kita., Insya Allah.

ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN

ORANG HINDU RILEX JE TAK MAKAN DAGING & AYAM, ANAK ORANG ISLAM JE TAKUT SANGAT KALAU TAK VAKSIN. Aku ni bukan la musuh kepada golongan antivaksin. Lantak depa la tak mau vaksin anak depa. Tu apa yang mereka percaya & yakin. Hak mereka cuma apapun pilihan kita make sure benda tu tak menyusahkan anak anak kita atau anak anak orang lain. Tak nak vaksin maybe depa mengamalkan kehidupan & pemakanan yang sihat bagi membina antibodi yang kuat pada anak mereka. Jangan kau nak anti sana sini.. Tapi jaga kesihatan anak ala kadar jer...

Ini Imaginasi seorang anti vaksin. Tengok gambar pun seriau ok! hahaha

Cuma kadang2 tahap extreme golongan antivaksin menampakkan kebodohan sendiri. Semua benda depa nak compare semata mata nak membetulkan apa yang mereka percaya. Terbaca satu status yang di kongsikan di facebook yang nak buat perbandingan konon penganut hindu ni rilex je tak makan ayam & daging. Cuma makan sayur jer.. Konon anak orang Islam ni nak berpantang makan jajan pun macam tak boleh. Bila sakit salahkan anak golongan anti vaksin .Orang hindu ni lebih hebat la kot bagi dia berbanding orang Islam sebab boleh hidup tanpa sedikit pun teringin nak makan daging berbanding anak orang Islam.. dengan jajan pun dah tewas.

Tak tau nak komen macam mana. Kali pertama baca status ni aku membayangkan si penulis macam tengah mamai baru bangun tidur. Merapu sangat aku rasa perbandingan dia cuba buat untuk menyindir golongan pro vaksin ni. hahaha. tak semua golongan vegetarian menolak vaksin walau mengamalkan pemakanan yang sihat ok! Tajuk entri aku tu mengambarkan apa yang di tulis dalam status ni la. Dari pasal orang india tak makan daging tetiba ending dia pasal vaksin hahaha. Mungkin dia maksudkan dengan mengelakkan makanan yang tidak sihat seperti jajan tak vaksin pun anak tetap akan sihat la kot. Tapi cuma dia guna contoh orang india tak makan daging tu macam tak kena je.  Sebab bukan semua orang india tak makan daging cuma tak makan daging lembu je.

Ok... Pertama aku nak cakap tak semua penganut agama hindu itu vegetarian. Iatu tidak makan daging atau apa2 haiwan berdarah ni. Sebab kebanyakkan penganut agama hindu cuma tak makan lembu sebab kepercayaan agama & amalan turun temurun yang tidak makan daging lembu tapi kambing, ayam & haiwan lain depa makan je. Kecuali kalau depa berpuasa untuk ritual keagamaan, time selalunya depa berpantang dari makan apa2 jenis daging atau haiwan berdarah ni. Tu cuma untuk puasa. Memang ada penganut agama hindu yang memang seumur hidup tak makan apa2 jenis daging tapi bukan semua. Malah bukan hindu je ada yang vegetarian malah Chinese pun ada vegetarian. Aku tak sure golongan vegetarian ni cuma amalan atau berkaitan dengan kepercayaan agama.

Sedikit info kenapa orang india tak makan daging lembu. Bukan penganut agama hindu je tau.. Tapi sebab amalan turun temurun. Kebanyakkan orang India di negara India memang tak makan daging lembu katanya

Kalau kata orang hindu mampu menahan nafsu dari tak makan daging atau ayam.. Kau tak nak pulak sebut orang Islam memang tak pernah makan daging babi & nampak daging babi pun tak pernah rasa terliur malah rasa geli even terbau masakan dari daging babi je pun, tak hebat ke? Lagi dahsyat pegangan orang Islam ni berkaitan daging babi. Takde pulak kau nak mengangkat orang Islam dengan menjadikan daging babi sebagai contoh. Kau rasa penganut agama hindu yang vegetarian ni lebih hebat dari orang Islam yang nak elak dari makan jajan pun tak boleh. Benda tu bukan sebab hebat ke tidak.. benda tu berkaitan amalan yang di lakukan dari zaman tok nenek moyang depa. Amalan tu bukan bermula dari tahun 2000an ok! Sejak lahir depa dah di ajar tak boleh makan daging, macam orang Islam jugak dari kecil di pratikkan & di beri didikan tentang agama Islam melarang umatnya dari makan babi. Tapi jajan ni sebab benda tak di haramkan makan, maka kau jangan nak compare sangat la dengan amalan agama lain tu lebih hebat dari cara hidup orang Islam. Padahal jajan ni bukan anak orang Islam je makan.. anak orang hindu pun ramai yang makan jugak kot. Kau nak sarcasm orang2 yang pro vaksin biar la kena gaya sikit. Perbandingan yang kau guna tu memang tak sesuai langsung kau nak kaitkan dengan pengambilan vaksin bagai. Kurang bijak sangat status kau tu beb!

Kelakar sungguh kadang2 golongan antivaksin ni.. Bukan sebab mereka memilih menolak vaksin tapi cara mereka cuba memberi kesedaran pada orang supaya menolak vaksin tu yang kelakar. Tak salah pun kau nak nak jadi anti ke pro ke.. Tu pilihan masing - masing cuma fikir dulu la sebelum mengeluarkan pendapat, sindiran atau kecaman pada orang. Jangan benda tu nanti jadi bahan troll orang je.

Moral of the story.. Biasa la manusia ni ada macam macam jenis perangai. Jangan kata kat laman sosial je boleh jumpa manusia yang macam2 perangai malah dalam keluarga kita pun ada macam2 perangai pelik macam ni >> 5 Karektor Pelik Yang Selalu Kita Jumpa Dalam Keluarga. Jom tengok Anda Ada Tak Perangai Macam ni << Jadi apa nak pelik kalau jumpa golongan acah acah pakar membuat kiasan walaupun kiasan dia tu tak menjadi. hahahaha

P/S : Entri ni bukan nak membandingkan dengan mana2 agama.. cuma nak sekolahkan akak yang buat status tu jer. Setiap agama ada amalan & cara dia tersendiri.

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT

MUNGKIN ANDA SALAH SEORANG YANG SUKA BUAT STATUS ACAH ACAH MACAM SIBUK SANGAT. Zaman media sosial katanya.. Kalau tak log in satu hari rasa macam ada sesuatu yang tak siap. Walau tengah kelam kabut, rushing bagai.. tetap sempat update status.. "Rushing nak gi meeting".. " Dah lambat nak jumpa client".. "Tak sempat makan lagi sebab banyak kerja kat opis." Cara depa bagi tau tu seolah olah mengambarkan betapa sibuk & banyak kerja sangat tapi masih sempat log in FB & update status. Ada tu siap selfie letak caption berunsur 'sibuk".


Kadang2 terfikir jugak aku.. Sebab aku kalau betul2 sibuk dengan rutin di luar media sosial ni susah sikit nak hadap dunia maya. Memang log out terus la dari sebarang aktiviti online ni. Tu kira betul2 sibuk la tapi kebanyakkan rutin harian aku memang kesibukkan aku kat media sosial. Update blog la.. update status kat FB.. update gambar kat IG. almaklum la.. part time job aku memang la kat media sosial.. Full time job aku dalam rumah. Aku kan housewife, katanya.

Golongan yang acah acah sibuk sebenarnya lebih ramai dari yang betul betul sibuk. Kalau dah masih boleh update status sejam sekali kat FB tu tak sibuk mana la. Still ada ruang yang kau mampu curi masa untuk scroll news feed, update status & komen di wall kawan kawan walhal tak sampai seminit tadi kau cakap kau busy giler dengan kerja bertimbun atas meja. padahal kalau betul2 rushing & kena siapkan kerja mustahil la sempat nak log in FB kan.. Yang betul betul hidup dia sibuk manjang macam ni >> Inilah Ciri Ciri Manusia Yang Memang Betul Betul Sibuk Dalam Hidup Dia << Korang ada perangai macam ni? Kalau takde tak payah acah acah macam sibuk sangat la kan.. Nanti orang gelar attention seeker golongan acah acah.. & bajet2 ni. Hahahaha


Perlukan tapak untuk beriklan di blog email segera

Ada jugak yang betul sibuk tapi still nak jeling jugak media sosial. Tu yang kadang2 berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Sebab semua benda dia nak buat dalam satu masa walhal setakat nak tengok FB tu lepas siapkan kerja pun boleh. Tapi bila dah sampai tahap ketagih ni.. Memang dia tak boleh tak hadap. tak boleh lama pun 10 minit pun jadi la katanya. kalau betul sibuk buat cara sibuk la tak payah menyibuk nak online bagai kan.. Lepas dah settle semua kau nak hadap media sosial sampai retak skrin pun takde hal.

Moral of the story.. Kita je tahu samada kita golongan yang memang sentiasa sibuk atau suka acah acah sibuk kat media sosial semata mata nak raih perhatian orang. kekekeke

GELANDANGAN CHOW KIT SELEPAS DI MAKE OVER

GELANDANGAN CHOW KIT SELEPAS DI MAKE OVER. kalau make over orang yang tak cantik jadi cantik.. orang muka sedih jadi muka happy... orang hodoh jadi muka putera puteri.. tu dah biasa. Bersepah boleh tengok aktiviti meng make over orang kat sana sini. Dalam tv.. media sosial.. golongan biasa.. golongan retis tapi jarang kita dengar ada aktiviti meng make over golongan gelandangan. Biasanya orang buat aktiviti kebajikan pada golongan gelandangan ni bagi makan, pakaian & keperluan. Mana ada sangat yang sudi make over gelandangan dari muka comot kepada muka bersih & bergaya.


Terbaca kat post di Fb Projek make over salah seorang pakcik yang hidup gelandangan. Happy la si pakcik bila ada yang sudi meluangkan masa dengan dia membeli pakaian & bawa dia jenjalan round KL naik kereta. katanya dah 15 tahun tak merasa naik kereta. Alahai.. sedih pulak dengar. Aku ni dah lama rasanya tak naik transport awam.. sedih jugak la.

Pakcik Jamil baru tukar baju baru tapi muka belum make over

Pakcik Jamil ni ada masalah pertuturan kurang jelas & pendengaran tapi bukanlah dia kurang siuman. Orang yang pandang tanpa mengenali mungkin la beranggapan dia seperti orang kurang siuman. Dia bergelandangan di sekitar chow kit. Setelah di make over.. dah tak nampak macam orang kurang siuman. Boleh baca kisah penuh Projek Make Over Gelandangan kat sini >>Donate For Ummah <<
 
Inilah wajah pakcik jamil lepas di makeover

Alhamdulillah.. semoga banyak NGO ataupun persatuan2 buat program2 macam ni untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Aku teringin jugak nak join program2 macam ni tapi keterbatasan yang ada buat takpe aku support melalui penulisan blog. Jangan ingat tulis blog untuk jadi keyboard warrior jer.. Dalam melantang mengkritik kami juga ada perikemanusiaan untuk membuat kebaikan sesama makhluk. Dont Judge aku macam buruk perangai sangat. hahaha


Moral of the story.. Nak buat kerja kebajikan tak semestinya kita perlu keluar & beraktiviti di luar. Melalui media sosial jugak kita boleh menyumbang.


MAJLIS ANUGERAH UNTUK BLOGGER & PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MAJLIS ANUGERAH UNTUK BLOGGER & PENGGUNA MEDIA SOSIAL. Kalau nak merasa macam retis berjalan kat red carpet boleh la korang join majlis anugerah ni. Jangan ingat aktif di media sosial tak bawa pengaruh ok! Sekarang ni bukan retis jer ada majlis anugerah untuk mengiktiraf bakat & pengaruh mereka malah sesiapa saja boleh terlibat dalam majlis anugerah termasuk blogger & pengguna laman sosial yang berpengaruh. Kalau blogger rasanya dah tau kewujudan DiGi WWWOW Awards ni. Tapi kalau baru terjebak dalam dunia blog mungkin tak tahu tentang anugerah ni. Sesiapa saja boleh calonkan diri kalau rasa yakin.


Kini DiGi WWWOW Awards kembali mencari calon2 baru. Kalau blogger rasanya untuk kategori Independent Publisher. tapi DiGi WWWOW Awards ni bukan anugerah untuk blogger jer tau, untuk yang ramai pengikut di media sosial macam Facebook, twitter & Instagram pun boleh cuba nasib dalam kategori Social Influencer. Ataupun yang menjalani perniagaan secara online pun ada kategori yang korang boleh calonkan diri. Pendek kata sesiapa saja yang aktif di laman sosial boleh calonkan diri dalam DiGi WWWOW Awards ni kalau yakin. Macam mana korang nak calonkan diri. meh tengok kat sini >> Digi WWWOW Awards 2015 <<

Apa yang menarik tahun ni adalah admin Beautifulnara adalah salah seorang Juri untuk Digi WWWOW Awards tahun ni. Wah Abang Nara


Inilah wajah admin Beautifulnara. memang takde rupa macam Jang Nara Pelakon Korea tu. hahaha

Jadi kalau korang nak rasa macam retis ke majlis Anugerah penuh glemer macam ni boleh je mencuba nasib. Kita tak tahu kan rezeki tu milik siapa tapi tak salah mencuba. Kalau kalah mungkin jadi satu pengalaman yang berharga untuk di jadikan panduan di masa akan datang keranaDiGi WWWOW Awards ni rasanya setiap tahun ada kalau tak silap. Inilah masanya menyerlahkan diri anda kepada umum.

Jangan la tanya aku, calon ke tidak dalam DiGiWWWow Awards ni. Aku almaklum la low profile & tak minat dengan majlis anugerah ni. Kang calon diri menang pulak jadi blogger retis tak sanggup diri ini jadi sasaran papa & mama razi. Mesti statement ni ramai yang rasa nak ludah lutut aku kan? hahahaha... Takde la rasa belum cukup confident lagi nak calonkan diri.

Jadi sesiapa yang rasa nak mencuba boleh jer try. Tak kisah la blogger tahap retis ke atau picisan cuba je bukan kena bayar ye dak?? Jadi selamat mencuba buat semua.



NAK TAHU KENAPA PEMBUAT TEH TARIK PALING LAYAK JADI SECRET AGENT

NAK TAHU KENAPA PEMBUAT TEH TARIK PALING LAYAK JADI SECRET AGENT Kita rasa pembuat teh tarik ni adalah golongan biasa jer... Takde apa yang menarik selain pandai buat teh tarik yang sedap. Kalau kita pandang dari satu sudut je memang kita akan anggap macam tu.. Tapi bila kita luaskan Imaginasi & pemikiran kita akan nampak kelebihan lain yang ada pada pembuat teh tarik ni..

Terbaik satu artikel berkenaan 7 Golongan yang paling layak jadi Secret Agent @ pengintip rahsia.. salah seorang dia pembuat teh tarik. Nak tau kenapa pembuat teh tarik ni mempunyai kelayakkan untuk menjadi secret Agent @ pengintip.. Ini kerana nak buat teh tarik perlu teliti & pandai mengimbang. Selebihnya korang boleh baca kat sini >> 7 Golongan yang paling layak jadi secret Agent <<


Bukan je pembuat teh tarik... antara 7 golongan tu mak korang pun termasuk dalam golongan yang layak terpilih menjadi secret Agent @ pengintip selain Driver teksi & security guard. Tapi aku setuju alasan kenapa golongan ibu2 asia ni paling layak jadi secret agen @ pengintip ni sebab.... Nak tahu kenapa mereka di katakan paling layak bergelar secret Agent even profesion depa ni kategori bukan la educated sangat baca la kat link aku bagi tu yer... >> 7 Golongan yang paling layak jadi secret Agent << Confirm alasan kenapa mak2 paling layak jadi pengintip ni korang setuju tapi tak boleh terima hakikat. hahahha

Moral Of the story.. Jangan pandang rendah pada apa jugak pekerjaan halal yang orang lain buat even dia tak berpelajaran tinggi sebab setiap orang ada keistimewaan, kelebihan & kekurangan yang tersendiri. Kalau rasa kerja hangpa sebagai golongan profesional tu macam bagus sangat.. Cuba buat roti canai?? Reti ke?? Setinggi mana pun tahap pendidikan kita belum tentu semua orang pandai tebar roti canai.. even ada yang pandang penebar roti canai sebagai kerjaya low class.. takde dorang tak makan roti canai la korang.


PARENTING BLOGGER DEDAH ANAK PADA GOLONGAN PEDOFILIA

Adakah entri ni bakal di serang para parenting blogger? Tak kisah la.. Tapi kenyataan yang kita perlu hadap sekarang adalah begitu. Kalau tak boleh terima kenyataan itu bukan masalah aku. Aku hanya menulis tidak memaksa sesiapa sahaja bersetuju atau tidak bersetuju. Masing2 ada pendapat tersendiri.

 Sumber Google

Almaklum la surirumah.. Aku antara penonton wanita hari ni walau kadang2 aku buka je tapi tak tengok pun. Cuma dengar sambil2 buat kerja lain. Bergantung pada isu jugak.. kadang2 isu tak best pun aku tak layan. Tapi isu hari ni agak best. Isu Pedofilia. Semua orang tahu isu pedofilia ni. Walaupun dah lama berlaku tapi sekarang ni baru jadi isu besar yang di perkatakan. Dok dengar2 perbincangan ahli2 panel yang di jemput bila sentuh pasal perkongsian di laman sosial jugak salah satu faktor yang mendedahkan anak anak kepada golongan pedofilia. aku terfikir pulak pasal parenting blogger. Sebab dah nama parenting blogger selain tip2 penjagaan anak bagai.. depa jugak berkongsi cerita, gambar & aktiviti anak anak yang masih kanak kanak. Kiranya blog & FB penuh la gambar anak2 depa yang comel, yang seksi & menggeramkan orang tengok. Tanpa sedar itulah salah satu faktor yang mendedahkan anak mereka pada golongan pedofilia.

Aku pun bukan takde cerita, bukan takde upload langsung gambar anak kat media sosial.. ada jugak. malah aku rasa benda tu juga menjadi salah satu risiko untuk anak aku. Senang cakap kita semua kebanyakkan memang mendedahkan anak kita kepada golongan pedofilia. Bukan kata tak boleh langsung cuma tak perlu terlalu kerap sehingga menjadi trademark atau sinonim dengan aktiviti kita kat online. Sebabnya bila kita di kenali kerana cerita & gambar2 anak2 kita tak mustahil kita menjadi target golongan pedofilia untuk mencari mangsa.

Jangan rasa kita dah cukup protect sebab sesuatu yang buruk boleh berlaku dengan sekelip mata maka langkah pencegahan perlu kita ambil dari awal. Jadi parenting blogger tak salah.. malah membantu ibu bapa lain dalam membesarkan anak cuma tu la.. kurangkan mengupload gambar anak anak lebih2 lagi dalam keadaan yang tak sepatutnya even mereka hanya seorang bayi atau kanak kanak.

Tak nafikan sebagai seorang mak aku pun kadang seronok jugak share gambar2 anak aku tapi sebab macam2 jenayah sekarang ni aku tapis2 gambar anak aku. Even nampak comel pun kalau tak berbaju atau berseluar memang aku takkan upload. Atau gambar tu maybe bagi kita nampak sweet & seksi. Sebab kanak kanak kita rasa tak menghairahkan tapi pada golongan pedofilia.. berbeza. Kadang2 comel sangat pun depa rasa ghairah.

Mesti ada yang cakap kalau rasa nak protect sangat kurung anak dalam rumah. Upload gambar salah.. comel salah. Yelah.. yelah.. terpulang la. Cuma kat sini aku just nak cakap apa benda yang rasa kita boleh elak dari risiko tu, elak la. Memang di mana2 saja kita hidup dalam risiko tapi sekurang kurangnya apa yang boleh kita cegah kita dah buat.

Moral of the story.. Kita perlu terima hakikat kita hidup di zaman jenayah berleluasa. Apa yang jadi tak salah dulu sekarang mungkin jadi sesuatu yang tak patut kita buat. Nafsu manusia akhir zaman ni dah kembali ke zaman jahiliah. Jadi sama2 kita ingat mengingati. Peace!


P/S : aku pernah tengok ada blogger yang sanggup snap kemaluan anak perempuan dia & upload kat blog semata mata nak tunjuk effect yang anak dia hadapi. Blogger melayu Islam ok!. Bayangkan betapa terbuka sangat dia.. even seorang kanak kanak @ baby hope jangan terbuka sampai macam tu. Ni zaman jahiliah moden.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com