Showing posts with label kulit sensitif. Show all posts

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK. Sapa kat sini yang ada masalah alergik yang teruk? Tak kira la teruk ke mild ke.. Yang penting ada masalah alergik tak kira la kat mana bahagian badan.. Terutama muka la. Alergik bahagian lain maybe boleh tahan lagi kalau kat muka ni.. Allahu.. Yelah bahagian yang memang orang akan pandang kan? Bayangkan muka bila kena alergik.. merah, gatal gatal & bengkak.. Tak tahan wei!


Sebelum tu jom kita kenali apa itu alergik dulu.. Alergik membawa maksud alahan.. Alahan tu tak semestinya tertumpu pada satu perkara. Ada orang alergik dengan sesetengah makanan & ada orang alergik dengan habuk & ada jugak yang alergik dengan sesetengah jenis kain..

Baru baru ni saya mengalami masalah alergik agak panjang. Dekat sebulan masalah alergik saya tu. Sampai doktor KK buat satu surat refer ke pakar di hospital untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saya tiba2 mengalami masalah alergik ni. Saya sendiri tak tahu sebab sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan apa2 makanan ke apa. Tapi saya perasan lepas saya tukar cleanser satu brand terkenal ni.. Terus muka saya jadi alergik. Tapi saya tak sure la sebab skincare atau apa. Sebab bila dah alergik semua skincare yang saya biasa guna pun dah tak boleh guna. Muka saya akan jadi gatal sampai saya terpaksa stop semua rutin skincare saya.

Tapi sekarang saya tahu.. saya dah alergik dengan certain makanan. Punca berlaku alergik dengan tiba2 ni doktor kata.. Maybe sebab imun badan tu dah tak tahan. benda yang maybe dulu takde masalah pada kita boleh bertukar jadi alergik.

Sepanjang saya alergik memang saya stop semua skincare tapi tu la takkan nak cuci muka pakai air paip je. Saya cari jugak la cleanser yang boleh guna untuk masalah alergik saya. Ada suggest Cetaphil so saya try..

Cetaphil ni pun dia banyak cleanser ikut masalah kulit. Sebab kulit saya dah sentitif & alergik saya pilih Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Sebab memang untuk kulit sensitif. Bukan untuk cuci muka je tau.. Tapi boleh guna satu badan. Tak pedihkan mata... Boleh di gunakan untuk baby juga.


Apa yang best Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni.. Dia tak ada bau.. tak ada buih. Tapi bila kita cuci muka.. Muka jadi rasa lembut & lembab. Tak keringkan kulit. Dan yang paling penting dia ngam untuk masalah alergik saya. Maknanya bila saya guna dia tak buat kulit saya semakin gatal atau jadi keradangan (merah merah tu).

Alhamdulillah la.. Dia tak menyebabkan jadi ruam ke, jerawat ke.. Saya rasa kulit lebih sihat guna cleanser ni & masalah alergik pun sangat membantu. Lagipun untuk kulit sensitif & alergik memang tak sesuai guna cleanser yang ada perfume, foamy pun tak sesuai.. Jenis2 cleanser berbuih meriah karipapusing tu memang serius kalau saya tak sesuai. Kena cari mild cleanser jenis gel, tak berbuih & tak ada perfume. Maksudnya tak ada apa2 bau wangi atau apa2 bau. Bau natural jer.

Alhamdulillah.. dekat sebulan dah kot rasanya guna Cetaphil Gentel Skin Cleanser.. Masalah alergik 90% memang dah ok. Dah tak payah nak pergi klinik & ambil ubat hari hari macam sebelum ni. Surat yang doktor buat suruh refer nak tahu apa yang menyebabkan saya alergik pun.. saya tak pergi ambil appointment sebab saya dah tahu saya alergik dengan certain makanan & skincare walau sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan semua perkara tu. Tapi sebab doktor pun kata.. Alergik ni boleh berlaku bila imun badan kita jadi sensitif. Tak semestinya benda tu akan jadi sejak azali. Dia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan tiba tiba macam berlaku kat saya ni.

Jadi pada yang ada masalah kulit sensitif & alergik boleh try jugak Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni. Tapi di ingatkan kadang2 penerimaan setiap produk pada kulit kita tak sama. Ada orang pakai ok.. ada yang tidak. Dalam soal ni saya jenis try & error.. Sebab tu penting untuk kita kenalpasti masalah & jenis kulit kita supaya melalui labeling produk tu.. kat bahagian penerangan tentang produk (selalunya di belakang produk) tu kita boleh tahu sesuatu produk ni untuk apa, jenis kulit yang macam mana & cara guna yang betul supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kita.

Harga untuk Cetaphil Gentel Skin Cleanser 125ml lebih kurang RM17.00++ macam tu la. Boleh beli di drugstore seperti vital farmasi, guardian, watson & maybe certain Mall @ pasaraya ada jual. Yang tak jumpa jual cetaphil ni booth2 atau kedai jamu jer. Jarang nampak jual hehehehe.

Moral of the story.. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai untuk semua orang apatah lagi produk yang terang terang mengandungi bahan terlarang atau beracun.. Even nampak serasi di luar kulit kita sekalipun tak bermakna dia selamat untuk kita atau sesiapa sahaja. Sebab tu penting untuk kita memilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit kita & bebas bahan terlarang & racun yang tidak selamat untuk di gunakan.

AKIBAT TERBELI EUCERIN MILD CLEANSING MILK INI YANG BERLAKU

AKIBAT TERBELI EUCERIN MILD CLEANSING MILK INI YANG BERLAKU. Kisahnya berlaku 2 3 minggu lepas di guardian Selayang Mall. Ada aku tulis kisah macam mana boleh terbeli Eucerin Mild Cleansing Milk. Nanti aku share link entri tu balik. Akibat dah terbeli maka terpaksa la try guna jugak kan. Takkan nak buang. Bukan bayar pakai air liur ye dak. Semua bayar pakai Ringgit Malaysia yang sah. Bukan duit print guna printer canon katanya. Kalau laku duit print guna printer canon dah lama aku tak payah sampai kontot jari menaip review & iklan kat blog demi nak dapat sebotol cleansing katanya hahahahaha...


Mula2 aku memang ingat cleanser (pencuci muka) sebab memang masa tu aku tengah cari pencuci muka tapi bila aku tenyeh2 apsal la dia macam lotion pulak ni. Tak ada kesan macam cleanser pun. Maka aku suarakan pertanyaan kat Facebook.. Katanya dia sejenis cleansing yang di guna macam toner tu. Kita cuci dulu guna kapas kemudian kita cuci dengan cleanser. Oo.. kisahnya. Almaklum tak pernah guna produk Eucerin lagi sebelum ni. Mula2 aku tenyeh pakai tangan je sebab rasa macam lotion kan. Errkk.. Apsal macam best pulak pakai Mild Cleansing Milk ni.  Lepas tu aku try cuci guna kapas. Hek eleh.. bertambah best pulak kesan dia. Muka rasa bersih, lembab & lembut giler beb!


Maka aku teruskan pemakaian sehingga hari ni.. Ya Allah syukur aku tersilap beli cleansing ni. Sebelum ni kulit aku kering & mengelupas sikit sebab pakai 1 produk ni untuk review. Tapi bila di gabungkan dengan Eucerin Dermatoclean Mild Cleansing Milk ni hasilnya memang kebabom. Kulit semakin cerah, licin,lembab, glowing, jerawat pun malas nak singgah even time bulan mengambang, parut jerawat yang lama semakin pudar & hilang. Nak2 lepas seminggu beli Mild Cleansing Milk ni aku beli plak Cleanser gel dia. Yang tu nanti next entri aku review ok.

Produk Eucerin ni adalah poduk yang selamat kerana dia lulus ujian clinical atau senang kategori produk clinical. Bau dia pun tak harum sundal malam ke hapa.. Bau dia pun bauan yang semulajadi yang masih sedap di hidu. Untuk Mild Cleansing Milk ni.. Memang fungsi dia membersih sisa kotoran yang melekat pada kulit atau kesan makeup sambil memelihara kulit dari berlaku kekeringan. Produk Eucerin memang sangat rekemen pada mereka berkulit sensitif, kulit kering/mengelupas & bermasalah jerawat. Aku memang sekarang cuba untuk guna produk2 clinical ni. Sebab kesan pemulihan dia memang untuk jangka masa panjang. Bukan macam sesetengah local produk yang hanya cantik bila kita consistent guna, lepas kita stop muka kita kembali bermasalah atau lebih teruk masalah kulit berlaku.

Cara nak pakai Eucerin Dermatoclean Mild Cleansing Milk ni cuma tuang atas kapas kemudian sapu di bahagian muka. Time tu nak tengok tahap daki2 kat muka kau boleh nampak kesan atas kapas. Gunakan 2 kali sehari.. Pagi & malam (sebelum tidur). Lepas 3 hari korang boleh nampak kesan kulit nampak lembab, licin & bersih. Harga dia sebenarnya tak mahal.. sebab kuantiti dia 200ml. Harga dia RM45++. Aku beli kat guardian.


Moral of the story.. Produk apapun kita nak guna perlu fikir kesan jangka masa panjang. Jangan hanya cantik sekarang esok dah tua2 menderita kanser kulit la.. sakit tu sakit ni. Sebab kita ni kadang2 tak sedar apa yang kita buat setiap hari memang memberi kesan kemudaratan pada kesihatan kita di masa akan datang. Jadi penting kita tahu apapun yang kita nak buat atau produk apa kita nak guna tidak memberi kesan buruk di masa akan datang.

P/S : Kisah di sebalik macam mana boleh tersilap beli Cleansing ni Boleh baca kat sini >> SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI <<

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING. Tak habis habis dengan masalah kulit 2 musim aku ni kan. Kang ada yang tak tahu pulak macam mana kulit dua musim ni. Kulit dua musim ni kulit wajah yang sekejab kering sekejab berminyak. Sebelum ni aku terpaksa guna dua jenis pencuci muka. Bila kulit berminyak aku guna Garden Of Eden Mild cleanser, bila kulit kering aku guna Bio Essence 24k Gold cleaser. Dua2 tu kira membantu la skin aku yang tak consistent ni. Bukan apa kalau berminyak nanti mudah berjerawat & kalau kering pepaham je la. Nampak macam mengelupas. Bila pakai bedak nampak macam berkerak je.Nak kena apply pelembab dulu.


Walaupun tak banyak review pasal produk Ronasutra face wash 4 in 1 ni tapi sebab aku pernah & masih guna kosmetik Ronasutra yang kita sedia maklum, Ronasutra berasaskan mineral yang sangat sesuai untuk orang yang berkulit sensitif & mampu mengurangkan pembiakkan jerawat. Memang sejak guna kosmetik ronasutra memang tak menyebabkan jerawat. Atas dasar kepercayaan pada produk Ronasutra ni maka aku rasa yakin la nak try face was 4 in 1 ni.

Pertama kali apply memang akan rasa kesan dia di mana kulit jadi lembut & licin. Yang best sebab di ada 4 fungsi.. Ada pelembab, toner, boleh di gunakan sebagai make up remover & dah tentu sebagai pencuci wajah yang boleh mencerahkan kulit kalau consistent guna. Kalau jenis spesis malas nak pakai macam2 produk skincare.. Dah cukup rasanya cuci muka guna Ronasutra ni. Lagi satu nak cuci dia tak payah nak basahkan muka.. pump je atas tapak tangan dia akan keluar dalam bentuk buih tu terus je sapu ke muka. Gosok2 sekejab sampai sebati dengan kulit boleh terus pergi bilas dengan air je. Memang boleh rasa kulit jadi lembab macam pakai toner jugak. Kalau ada kesan makeup tu memang face wash ni mampu mencuci bersih walau mascara yang waterproof sekalipun. Yang paling best face wash ni memang tak pedihkan mata. Kau gosok je seluruh muka tanpa was was. Tak macam facial foam yang lain.

Ronasutra face wash 4 in 1. SLS Free. Mengandungi zaitun &  extrak fucoidan. Berfungsi membersihkan wajah, membersihkan kesan make up, melembabkan & melembutkan kulit & mencerah. 

Selepas sebulan lebih aku consistent guna memang kulit jadi normal. Tak kering tak berminyak & tak berjerawat jugak. Kulit pun nampak lembab. Aku ni jenis kalau datang musim malas memang apa2 cream pun aku tak pakai. Setakat cuci muka jer.. Tapi dengan Ronasutra face wash ni Alhamdulillah.. rasa kalau tak pakai cream2 rawatan atau kecantikkan lain pun dah cukup menampung & merawat kulit aku. Yang penting aku dah tak perlu pakai 2 cleanser lagi macam tu sebab masalah kulit yang tak consistent sekejab kering sekejab berminyak. Dengan face wash ronasutra menyelesaikan kedua dua masalah tersebut.

Cara guna dia cuma perlu pump atas tapak tangan kemudian usap seluruh muka sehingga buih tersebut bertukar menjadi toner yang membuatkan muka korang nampak glowing,lembut & licin. Kemudian cuci dengan air. Gunakan 2 kali sehari. Pagi & malam.

Harga yang aku beli RM40 (100ml) dari salah seorang dealer online. Kalau kat luar mungkin di jual dengan harga HQ RM40++.. Jadi pandai2 la survey kalau nak dapat harga murah. Kalau ada yang jual harga lebih murah boleh hello2 aku hehehe.

Jadi pada yang pemalas nak tenyeh macam2 skincare kat muka atau yang ada masalah kulit berminyak,kulit kering,kulit kusam,berjerawat boleh cuba Ronasutra face wash 4 in 1. Insya Allah.. Di jamin puas hati.

RM18 PENYELESAIAN MASALAH KULIT BERMINYAK & JERAWAT

RM18 PENYELESAIAN MASALAH KULIT BERMINYAK & JERAWAT. Kulit aku memang jenis tak consistent.. Kejab berminyak kejab kering & kejab dia jadi normal. Selain persekitaran faktor kulit aku jadi 3 musim ni.. cuaca juga main peranan. Baru2 ni sebab aku rasa macam kulit aku berminyak sikit. Di tambah lagi tersilap cuba 1 produk ni (nama produk di rahsiakan. hahaha).. Ternaik la sebiji dua jerawat miang miang keladi bunting katanya.. Ops jangan salah sangka aku tak bunting yer.. buncit je. Hahahaha


Alang2 dah keluar Ahad lepas ke wangsa Mall beli DVD hantu.. Jadi untuk tidak membuatkan aku & hantu nampak tak ada beza macam biasa la. Singgah bertanya khabar kat Guardian. Katanya bulan december ni kami belum bersua muka. Aku pun belum membuat pelaburan kat situ lagi bulan ni. Terpandang la Pencuci Wajah dari jenama Garden Of Eden ni.. Dulu masa ada masalah jerawat yang agak serius aku pernah guna serum jerawat Garden Of Eden ni.. Serius memang berkesan walau aku guna serum je masa tu. Serum pun tak berapa murah sangat bagi aku kalau dah 5ml RM30++.. Tak sampai sebulan beb kalau hari2 guna. Tapi sebab berkesan.. aku guna jugak la 2 botol serum untuk membunuh jerawat2 monster tu.

Punya la nak tunjuk baru lepas cuci muka guna Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser sampai tak sempat lap muka basah dulu. Hahaha.. Drama sangat!

Pengalaman manis bersama Garden Of Eden ni membuatkan aku yakin nak membeli Rosa T Mild Cleanser dia. Nak2 lagi free Acne Gel.. Macam orang mengantuk di sorongkan bantal la. Beli Mild Cleanser tu sebenarnyar untuk kulit aku yang mula berminyak ni. Alang2 dapat Acne Gel.. jerawat Miang2 keladi bunting tu ada la penawarnya, kan. Walau sebiji dua jer.. Pengalaman ajar aku cegah sebelum parah.

Tak tau lagi ada promosi free Acne Gel ni ke tidak tapi Acne Gel pun ada di jual berasingan. Harga Acne Gel ni RM17++ je

2 Hari aku guna Rosa T Mild Cleanser ni.. alhamdulillah kulit tak berminyak & tak jugak kering. Jerawat pun kecut & Tak meninggalkan kesan parut ke hapa. Masalah selesai hanya dengan harga RM18 je. Sesuai sangat la untuk mereka2 yang belum ada pendapatan macam student ke guna mild cleanser ni. Yelah.. murah katanya. Yang best betul2 deep cleansing ni.. sebab lepas apply memang rasa segar & bersih sangat muka. Tiada paraben & mampu mengawal minyak. berfungsi Membersih pori & kotoran. Sebab benda2 macam tu yang menyebabkan kulit jadi bermasalah macam jerawat bila liang pori tersumbat dengan kotoran.

Garden of Eden ni produk berasaskan tumbuhan jadi tak perlu risau kalau nak guna. Dalam Rosa T mild Cleanser ni jugak terdapat aloe vera yang di formulasi untuk mengawal minyak tapi tidak menyebabkan kulit jadi kering. Sebab aloe Vera kita pun tahu dia ada pelembab semulajadi. Jadi dengan penggunaan Mild cleanser ni Insya allah kulit kita akan sentiasa bersih & lembut. Katanya mampu memberi kesan kulit yang nampak sentiasa lembab jer..

Cara guna dia macam kita guna cleanser yang lain2.. picit pump dia atas tapak tangan yang basah.. gosok sehingga berbuih kemudian cuci la muka sampai bersih.

So, rekemen untuk mereka yang ada masalah kulit sensitif,berminyak & berjerawat untuk cuba Garden Of Eden Rosa T Mid Cleanser ni. Senang nak beli.. kat guardian pun ada jual. yang penting harga dia murah & mampu milik.

P/S : Sesiapa yang berminat untuk review sebarang produk atau service di blog lekatlekit.com boleh email : lekatlekitgurl@yahoo.com atau PM di FB Suria Lekatlekit

UNTUK KULIT YANG MESRA JERAWAT & CEPAT SENTAP

Baik sungguh kulit jenis macam ni kan? Dia tak pilih kawan.. jerawat pun dia still berkawan. Mulia sungguh kulit jenis ni katanya... Tapi kulit jenis ni dia jaga hati jerawat tapi tak jaga hati empunya muka tu. Sebab suka beramas mesra dengan jerawat tuan punya muka pulak rasa merana. Walaupun kulit jenis camni mesra jerawat tapi sangat kuat sentap katanya. Tak boleh silap produk sikit atau tak boleh nak tenyeh sebarangan produk mesti dia punya tacing tu melampau2. Habis janaham kulit bila dia merajuk katanya.Kita boleh ubah perangai kulit jenis ni dengan produk yang aku nak share ni.

Produk ni hasil rembat lepas bayar kat tesco. Last weekend aku tak terjah guardian.. tapi tersesat dalam tesco sebab nak cari puting botol susu Avent kat anak aku. Bila sesat dalam tesco ni keghairahan pada skincare kurang sikit tapi dia lebih bernafsu kat benda lain tapi sebab cleanser dah habis di tenyeh ke muka.. Aku cari jugak la cleanser. Tesco tak banyak produk bio essence. Niat mula2 nak cari bio essence 24k bio-gold. Konon nak kulit bersinar2 macam emas la. Tapi sebab takde aku rembat je la cleanser ni selepas aku rasa ia mungkin membantu masalah kulit mesra jerawat aku ni. Almaklum remaja baru akil baligh katanya.. Asal bulan mengambang jer.. jerawat pun dengan riang ria singgah. Dah tu tak boleh silap produk jugak even orang lain pakai elok jer tetiba aku yang pakai jadi bebukan even harga beratus.

Selain anti jerawat & ia jugak mempunyai formula anti keradangan kulit. Masalah biasa yang berlaku pada orang yang mempunyai kulit yang sensitif

Aku jenis beli balik tu terus guna la. Kali pertama muka aku di cabul oleh Miracle bio water soothing cleanser bio essence ni.. Memang rasa bersih & licin muka selepas cuci even dia tak banyak buih macam pencuci muka lain sebab pencuci muka ni soap free. Masa gosok tu rasa sangat lembut. Sampai terasa di belai belai... hehehehe. Masa guna tu memang ada 2 ketul jerawat sederhana size. Lepas cuci tenyeh aloevera gel evaros skincare lepas tu tenyeh tanaka white double whitening night cream.. keesokkan pagi nya rasa 2 ketoi jerawat tu mengecut. Kulit muka bangun pun nampak fresh. Sukanya hati den..

Sepanjang 5 hari menyemai cinta dengan Bio essence Miracle Bio water  soothing cleanser ni memang takde jerawat singgah. tak kira yang sekecil2 anak hingga sebesar besar penumpuk.Takde penglupasan atau apa2 keradangan kulit yang berlaku.

Sememangnya produk bio essence ni sangat2 mesra dengan kulit aku. Semua produk bio essence yang aku pernah cuba takde yang mengecewakan even bukan drastik pemulihan kulit tu berlaku tapi kita boleh nampak keberkesanan kalau kita consistent guna. Normally kesan dia boleh nampak dalam seminggu tapi takde la terus jelita macam rozita che wan kalau baru seminggu guna, kan. So, untuk yang ada masalah kulit sangat2 sensitif & mudah berjerawat.. Boleh try cleanser ni. Insya Allah membantu menghalang jerawat berumahtangga di muka kita. harga tak mahal sangat la RM29.90


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com