Showing posts with label carlist.my. Show all posts

MODEL CARLIST.MY KENA MAKI SEBAB MUKA MACAM KIKI STERENG LOCK

Nak minta maaf siap2 la.. bukan niat nak mengaibkan kiki dengan gelarkan dia kiki stereng lock tapi just nak buat orang tahu sapa aku maksudkan senang tak payah cerita berjela siapa kiki & macam mana dia di kenali. Sebab kalau cakap kiki & kisah stereng lock dia Insya Allah ramai yang tahu kisah beliau. Tapi entri ni bukan la nak cakap pasal kisah stereng lock tu.. nak cakap pasal benda lain pulak.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa kes pasal seorang model carlist.my yang aku agak maybe kena kecam,kutuk,keji,maki sebab mungkin orang nampak gambar dia seakan akan KIKI sampai pihak carlist.my terpaksa keluarkan kenyataan penjelasan bahawa model yang terdapat pada iklan carlist.my yang terpampang di bas, teksi bagai tu bukan kiki tapi salah seorang staff mereka. Kalau takde isu salah paham mustahil la carlist.my sampai terpaksa keluarkan penjelasan macam tu, ye dak?? (lagipun ada blogger bagitau ada kat 1 page memang ramai yang maki model carlist.my ni sebab depa ingat kiki)

 Seimbas lalu pandang tak di nafikan ada la jugak macam kiki tapi takde la sama sangat kan? cuma maybe cara pemakaian tudung,bentuk muka & kulit tu macam kiki sikit.

Serius.. aku memang nak tergelak. Bukan nak gelakkan kiki atau carlist.my.. gelakkan manusia yang benci tanpa sempadan sangat dengan kiki sampai tak boleh nampak muka dia terus nak maki je sampai tak sempat nak siasat siapa orang yang mereka kecam tu. Marahnya hangpa kat Kiki yer.. macam nak suruh dia nyah dari muka bumi ni yer..


Ya Allah semua orang buat silap kot.. Kiki tu nasib dia kurang baik perilaku biadap dia di rakam & di sebarkan padahal dalam Malaysia ni ramai kot pembuli jalanraya malah yang lebih biadap & ganas dari tu pun ada  cuma nasib depa lebih baik dari kiki sebab takde video depa di rakam & di viralkan. Yer.. aku pun rasa geremmmmmmm je masa tengok video kiki tu tapi rasanya dia dah terima hukuman so, terimalah permohonan maaf dia tu & jangan ada benci lagi. Yelah.. paham maybe korang rasa geram seorang pesalah macam di angkat bagai bintang & benda ni mungkin jadi pengaruh buruk pada orang lain.. aku pun tak setuju tapi jangan la benci dia sampai takde maaf langsung. Pihak media pun jangan la julang2 sangat seorang pesalah sebab perkara macam ni boleh bagi kesan negatif pada orang lain & pesalah tu sendiri.

Moral of the story.. nak buat apapun siasat dulu jangan nanti termalu sendiri. Peace No war

P/S : Teruskan #prayforGaza


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com