ceritanya semalam.. With my *S* kitorang kuar gi makan.. tinggalkan ibu mengandung sorang kat umah (Op's jangan pelik k i ada sorang kawan yang tengah pregnan tumpang kat umah i tau). Bukan aku kejam tau.. tapi dia yang taknak ikut.
Selepas makan tu on the way nak balik tetiba ternampak la bulan mengambang separuh kat langit. kebetulan si *S* yang ala2 doremon yang semua benda ada dalam keta dia ni kuarkan teropong ajaib. Singgah jab kat taman metropolitan kepong tu mengskodeng bulan...
1st time aku tengok bulan dengan teropong.. slama ni usya2 camtu jer. Dari bulan melarat ke bintang pastu KLCC.. mata aku pun naik pening meneropong.
Tu cerita semalam... berbalik cerita hari ni. Lunch time tadi aku meronggeng la jalan kaki balik umah jab. Niat hati nak lelapkan biji mata aku ni tapi sampai umah borak ngan kakjun terbatal la niat aku nak meng'zzzzzzzz' kan diri tu.
masa dalam perjalanan pulang kerumahakula.. ada la untie kelly Ng (Pinjam kak senduk nye perumpamaan yer yang membawa maksud india) sedang melenggang lenggok nak naik ke apartment yang nun dia angkasa tu kan.(bukit jer). AKu rushing so kaki aku ni agak lrt la berjalan. Tetiba tersentap Uolls.. dia cakap kelly Ng ngan aku. Aku senyum jer.Pejadah pun aku tak paham...
Jauh di sudut hati.. sampai umah terus belek muka kat cermin dan berkata "Kelly Ng sangat ke muka aku ni?"
Syhhh.. jangan cakap orang.Sebenarnya aku mudah menangis kalau aku rasa sunyi!Aku menangis sorang - sorang.Salah ke?? Takde la salah.. menangis adalah normal bila sedih.Dan aku suka la mendaki tangga2 bahagia kat umah aku kalau aku stress sorang2.Ada satu pagi aku stress sangat.. aku menapak turun dari tingkat 9 sampai G floor padahal lift tersergam indah tanpa kerosakkan.Cover line gi check peti surat.Matilakau.. pepagi check peti surat jadahnya..
Bila aku sorang2 masa kecik... Nak tau apa aku berangan?? Of course la jadi puteri.Ha.. kau! Puteri berangan beb! Main2 atas awan.. Matila.. cam puteri kayangan lak! Memang itulah aku.Bila kuar je filem puteri impian, menggila aku tengok cerita tu.Pastu naik haus vcd tu aku pasang.Heroin dia amy mastura separuh mati aku minat.Because i'm lonely.. sejak kecik aku tahu apa itu sunyi.Dan aku tak suka lagi untuk rasa sunyi.Aku cuba melarikan diri dari kesunyian tu membayangkan aku seorang puteri.Sebab bagi kanak kanak ribena cam aku dulu tu rasa jadi puteri best leh pakai crown ngan gaun ropol2 warna putih sambil pegang tongkat sakti yang ada love tu.
Bila aku rasa di pinggirkan.. sunyi akan datang!Ya.. sejak kecil aku rasa seperti di pinggir.Sampai aku sanggup buat apa saja untuk menarik perhatian orang di sekeliling aku.Termasuk la kenakalan ku selama ni.Takde sapa akan faham apa yang aku rasa dari kecik sebab takde sorang tahu perjalanan hidup aku secara detail.
Nak tahu tak?? Aku takkan sunyi bila aku ada someone untuk di ingati... tak kira siapapun dia.Tapi jauh kat tempat orang ni memang sunyi dah jadi bestfriend.. ye tak?? Now.. i've someone who always with me.when i cried.. when i smile.. when i laught.always be there for me.I'm not lonely anymore... But i dont know.. untill when??
Andai..
Andai..
Dan Andai...

Aku..
Cuma sebutir pasir..
Yang lemah lagi kerdil..
Bukan sesiapa
dan bukan apa - apa...
hei.. wat happen??? Dont panic ok.. i'm ok. Nothing la cuma sesekali ter pk.. kalau la manusia dia beri peluang tulis takdir sendiri Uolls.. maunya tunggang tonggeng dunia.
berbalik pada cerita itu.. ada satu kisah di sebaliknya dimana sepohon manusia yang aku kenali ni tak boleh terima hakikat.Uolls.. tak semua hakikat tu kita boleh terima.. So, kat sini aku taknak riak sangat takut pelempang tu berbalik ke muka sendiri.
Aku paham.. tapi aku tak puas hati!!! Dia adverstise pic aku ngan S without my permission & berniat protes!!! MARAH ni uolls... apa ko pk ko mamaraziah ke??? Walau pic tu takde benda yang meng 'aib' kan dan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat tapi tetap aku tak suka k!
Tapi bila aku call.. sound ala2 mak tiri cinderella terdiam lak! Ha kau.. apsal diam?? Dalam ms kemain kau!

aku bukan la mami jarum or ala2 artis ..tut.. yang suka bergaduh.. tapi aku rasa aku perlu mencerca manja sebab dia dah langgar privacy aku.Aku takde maki hamun just tanya napa wat camtu & next time jangan buat lagi.Kat dalam blog je aku Gimik cam gaduh bagai nak rak.. Apapun aku dah taknak amik tau sal dia sebab tak penting pun.
well.. aku memang suka buat sesuatu yang baru.With "S".. anything can do!kadang - kadang kami seperti kembali ke zaman kanak2.Just for fun!! Tak ganggu sapa2..
Aku ada upload pic dengan "S" kat myspace. (Sapa2 yang berminat sila2 la skodeng yer Uolls).Ada juga comment berbaur jeles2 manja gitiew... Well.. adik2 ku yang meng'komen' itiew usah mengelabah yer.. Bukan akak tak nak ajak korang join kitorang gi merewang tapi.. Bukan akak yang drive dik.
Semua ni aku tahu hanya sementara.Tapi tak salah kita nikmati selagi ianya ada.. kan??
Takde apa saja je jalan2 dengan "S". Tapi bukan aku nak cita sal zoo.. saja je gimik.
Aku rimas la kat ofis tak abis - abis dok gosip aku dengan "S".Memang la kitorang rapat Uolls tapi apa kena mengena ngan dorang."S" nampak macam stress.Bila dia stress aku pun stress... Mana tak nya aku kat ofis dah takde perisai nak tepis mulut2 longkang.Awatnya kalau kitorang nak teman tapi mesra pun.
Aku tak ganggu personal sapa2 kat ofis ni.. dorang nak skandal ke nak tergolek ker nak comolot ke.. lantak la.masing2 hal.. jaga la.Tau niat dorang bergurau tapi berpada2.. Jangan keterlaluan dalam bergurau hal personal orang.maybe bagi aku ko cakap je la apapun mak bedah, aku still nafikan.Buat bodoh.. betul tak betul aku cakap tak jer...
Tapi "S".. he's not like me.Dia funny but sensitive skit.. Bab personal dia terlalu perahsia & tak suka orang amik tahu apa dia buat.sapa2 pun camtu even me.. Macam mana aku rahsiakan x-bf aku selama 5tahun ni.. camtu gak aku tak suka orang lain tahu sal aku dengan "S".
Ntah la.. aku tak suka nak cakap sebab aku tak suka orang lain tahu.Erkk... kalau camtu sal tulis dalam blog!Blog takpe banyak yang baca tak kenal pun.Kantoi!
"S" kita akan macam biasa... teruskan apa yang bermula sampai masing2 naik muntah tengok muka masing - masing.This i promise U.. I'm still with U as wat ever u wan me to be.huhuhuhu...
Tiba - tiba aku teringat zaman kanak2 ribena.Budak kampung yang nakal & aktif.. Match lak ngan kawan baik yang sama2 bertanduk.Siti! (I miss U ti..) Ada sorang budak pompuan ni yang kecik2 dulu kita tak suka kawan ngan dia.Anak bongsu & manja siot.Skit2 ngadu mak.. anak tokei kedai runcit..
Kita memang suka kenakan dia.. macam2 kita kenakan dia.Dia ni kan hobi pelik skit.Suka ajak main doktor2.(Tu title permainan kita). Dah nama main doktor2 ni kan mesti la ada doktor & pesakit.Selalunya aku & siti la doktor & nurse nya.Dia manjang jadi pesakit.Dia slalu act dia jadi ibu mengandung yang nak bersalin.. (Keji kan Uolls kanak2 gatal camtu??)

Tapi bukan tu yang aku nak cita.Aku nak cerita sal lain.. Ceritanya bermula camni.. Pada satu hari.cuaca hujan lebat.Di depan beranda umah siti.Amat bosan hari tu sebab tak boleh kuar main cam biasa.Melepak la sambil cari idea nak ilangkan bosan.Umo time tu rasanya tak cecah 10 tahun lagi tapi tak pasti bapa la.
Ting!! (IDEA.. beserta tanduk memacak di kepala) Tema wakenabeb aritu adalah birthday party! Jom...
Apa yang kita sedikan untuk birthday party itu?? Jeng.. Jeng... Muka dah tukar kaler merah (Setan). 2 gelas air teh suam & segelas air.... (Uwakakakakakaka... bagi masa jab). Panggil pelakon tambahan untuk menyediakan air itu.Air apa?? tunggu.... Dan juga sedikit biskut2 bagi menampakkan seperti ada jamuan kecil kanak2.
Panggil mangsa ajak join birthday party. Menghidangkan dia air itu.... kita minum sama2.Air yang sama kaler tapi tak sama asal usulnya. (Uwakakakakakakaka.. gelak lagi!!) Si mangsa agak was was sebab selalu sangat terkena tapi atas ayat2 kita yang menyakinkan itu akhirnya beliau minum juga... Lalu terbahak la ketawa kita sambil melaungkan... "A*** minum air kencing!" (Terus gelak sebelum masing2 melarikan diri menyorok bila minah tu meraung lari balik ngadu kat mak dia).
Orang kata setiap perbuatan ada balasan.. seperti biasa.. kaki tangan akan berbirat di libas oleh mumy masing2.Tapi semua tu tak pernah buat aku dan siti serik untuk nakal.Setiap hari ada saja benda yang kita buat untuk kenakan orang. Macam2 benda dia dah termakan.. penah aku letak ulat dalam mee dia.campur taik lembu dalam dodol dia..
Nak tau sebab apa dia selalu jadi mangsa?? Sebab mulut dia cam lubang jamban.Skit2 ngadu mak.. yang mak dia kalau anak dia ngadu terus ambush kitorang ni marah2.Tapi nak berkawan dengan orang.Sebab tu orang benci nak kawan dengan dia.Dah besar.. berkata air zum zum tu.. maka terhasil mulut puaka yang teramat sangat.Wartawan desa tu.. sampai sekarang aku tak suka dengan dia!
So, Uolls tu je episod mengulit kenangan kita hari ni.Semoga terhibur.. traaaaaaaaaaa
Walau noty, dia sangat caring & lovely person.Tak bermakna i'm fall in love.Not Now... Aku seakan serik untuk declare as a couple dengan sesapa.Biarlah dalam hubungan teman tapi mesra.. At Least aku tak kecewakan sapa2 lagi. Aku masih dihantui dengan kesilapan aku melukainya hati dia.. Tapi tak perlu aku bercerita hari2 sal sedih aku kan??? Cerita sedih bi biar lite2 ajork.. Yang happy kena highlight.
KerisPatih – Tapi Bukan Aku
jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati
reff:
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku
repeat reff
Lirik lagu KerisPatih – Tapi Bukan Aku ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 KerisPatih – Tapi Bukan Aku.
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com