Dulu tudung bawal memang popular la di kalangan mereka yang bertudung. Siap ada kelas lagi. Tudung bawal kelas 1 la.. kelas 2.. Dimana mana sahaja kita boleh nampak ramai yang mengayakan tudung bawal sehinggalah fesyen tudung lain di perkenalkan. Perlahan lahan tudung bawal mula menjadi fesyen tudung yang out of date sebab ramai yang beralih arah dengan fesyen tudung sarung katanya.
Tapi kini Tudung Bawal mula di perkenalkan kembali & mendapat sambutan hangat di kalangan wanita wanita bertdung kerana sentuhan & design baru yang mengikut trend terkini. Tudung bawal terkini tidak lagi di gayakan dengan cara tipikal macam dulu.. berbentuk 4 segi & di pakai dengan cara melipat menjadi tiga segi. Bila dah upgrade fesyen Tudung Bawal ni maka ia kembali menjadi pilihan wanita berhijab untuk mengayakannya termasuk artis popular macam Najwa Latif. Tengok macam mana Najwa Latif gayakan tudung bawal agar nampak stylo & trendy. Comel tak?
Najwa Latif |
Tudung Bawal ni orang kata kalau pakai lebih nampak muda berbanding tudung2 lain. Mungkin material kain dia yang di mudah di bentuk muncung kat hujung membuatkan si pemakai nampak lebih comel & muda dari usia sebenar. Di tambah lagi tudung bawal terkini di datangkan dengan pelbagai corak & seleksi warna yang sangat menarik sesuai dengan citarasa masakini.
Sekarang nak membeli belah tudung bawal terkini tak perlu lagi nak terjah butik2 atau kedai kedai menjual tudung.. Boleh di beli secara online tanpa perlu mengeluarkan tenaga yang banyak. Nak2 lagi sekarang musim el nino katanya.. Panas yarabbi. Kadang2 nak keluar pun rasa malas apatah lagi nak jenjalan kat pasar2 malam cari tudung bawal ni kan? Ok.. ok.. takpe yang takut kena sunburn katanya nak keluar rumah.. anda boleh google jer. Banyak online shop sekarang menjual tudung bawal terkini contohnya Anda boleh melihat koleksi terkini tudung tudung bawal kat sini >> Tudung Bawal Terkini <<
Jadi hijabnista sekalian.. Beralih la kepada fesyen tudung bawal terkini untuk tampil lebih anggun, menawan, sopan, comel & tampak lebih muda. Tudung bawal terkini ni boleh di gayakan setiap masa, suasana & majlis, jadi tak perlu risau dengan fesyen dia yang sederhana anda tidak akan kelihatan janggal untuk bergaya dalam apa2 situasi sekalipun.