JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT
JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT. Ni yang buat jiwa puaka aku memberontak ni. Dah la tak habis sesi pemburuan.. Dah datang hantu hantu baru. Tak tercapai tangan & poket nanti. Kiranya trend seram belum lagi habis.. Tak kira di Malaysia mahupun luar negara masing2 berlumba nak buat filem seram. Yang sakit jiwa orang2 macam aku la.. Nak tengok wayang tak boleh.. Dok kuatkan iman je tunggu sampai dvd keluar. Kalau Ah Lang Nun memang cepat tapi tu la.. 2 dvd filem omputih aku beli baru2 ni dua2 ada suara misteri yang tak ada kena mengena dengan filem tu. Nampak sangat kualiti rakam sambil menonton dalam pawagam.Terbaca pulak kat Astroawani satu filem baru Australia, Goodnight Mommy yang katanya Trailer pun dah seram sangat. Ramai yang tak sabar tunggu filem tu keluar panggung. Aku je tak sabar filem tu keluar dalam bentuk dvd. Yelah.. Nak tengok wayang tak sesuai la nak berangkut anak aku. Malas dah nak explain sebenarnya tapi tu la bosan pulak orang asyik suggest bagi orang tu ni jaga kejab.. Kami laki bini memang takkan tinggalkan anak kami untuk orang lain jaga semata mata nak pergi berseronok.
Sumber Astroawani |
Konar balik cerita pasal trailer filem Goodnight Mommy ni.. Dah kata seram sangat aku pun nak tengok jugak la kot2 trailer ni mampu buat aku tutup muka dengan bantal. Ok la not bad suspend jugak la even belum tahap mampu buat tutup muka dengan bantal. Kiranya trailer tu pun berjaya jugak menghasut aku untuk tengok filem tu nanti. Korang nak tengok jugak ke? Meh la tengok kat bawah
Moral of the story... Pada penggemar filem seram macam aku, sapa tengok dulu sila share seram ke tidak. Tapi rilex belum keluar panggung ok apatah lagi astro first.