Showing posts with label cuba. Show all posts

PERKARA YANG MESTI CUBA SEKALI SEUMUR HIDUP SUPAYA TAK MENYESAL

PERKARA YANG MESTI CUBA SEKALI SEUMUR HIDUP SUPAYA TAK MENYESAL. Time2 hujung ramai yang mula merancang nak cuti cuti Malaysia. aku nampaknya tahun ni Tak pergi mana mana kot. Merayap area KL jer.. Tahun depan dah tak boleh nak holiday suka hati dah sebab anak aku dah nak sekolah. Selalunya kami suka pergi holiday bukan waktu cuti umum atau cuti sekolah. Sebab taknak bersesak dengan manusia lain & taknak bayar harga semua benda yang jadi double. Tapi lepas ni terpaksa akur anak dah besar.. Kena ikut time cuti sekolah jugak la.


Tak lama je lagi kita dah nak masuk 2016.. Alahai tetiba rasa tua sangat dah. Padahal banyak benda belum buat lagi entah sempat ke tidak ni. Almaklum la semakin tua kudrat pun semakin tak sama.. Kalau dulu selamba panjat bukit bukau sekarang baru panjat anak tangkat satu tingkat pun termegah megah macam daki gunung kinabalu. Kalau dulu boleh makan semua benda.. sekarang salah makan mula la rasa pening la.. gatal la.. angin tak keluar bagai. kalau dulu mata tahan sampai 2 3 pagi sekarang pukul 10 pun menguap mengalahkan beruang. Betapa usia dah semakin banyak angka.. badan pun dah banyak kondem. hahaha

Tu dia.. cerita macam masuk zon nenek nenek si bongkok 3 siang mengantuk malam berjaga katanya. Biasa la.. aku kalau tak lebih sudu dari kuah ceritanya memang tak sah. hahaha.. Pun macam tu walau usia dah semakin bertambah tapi tetap aku harap aku sempat jugak buat benda ni walau sekali seumur hidup. Hangpa pun terutama yang bujang.. Elok la ambil pengalaman buat benda2 ni sebelum masuk geng makcik2 yang sentiasa busy dengan anak anak. Buat apa.. Jeng jeng jeng.. Meh tengok kat sini korang dah buat ke belum >> Perkara Yang Perlu Anda cuba Sekurang kurangnya Sekali Seumur Hidup <<

Apa lagi kalau masih takde plan nak buat apa2 hujung2 tahun macam ni.. Jadikan perkara tu sebagai salah satu perkara yang anda akan buat. Jangan nanti bila dah banyak komitmen & tanggungjawab.. menyesal tak buat semua benda tu masa masih bujang.

14 BENDA YANG MESTI KORANG BUAT BILA KE MELAKA

Melaka terkenal sebagai bandaraya bersejarah. Melaka jugak pernah berlaku satu peristiwa mistik pada aku sekeluarga tak lama dulu. Tetap tu nak selit cerita seram jugak. Yelah.. blog aku dah jadi blog berhantu even bukan entri seram tetap la nak ungkit2 kisah seram yang pernah jadi katanya.


Melaka negeri yang selalu aku pergi balik hari jer sebab sejak dok key el ni katanya padahal aku duduk kawasan jajahan selangor tapi kalau balik kampung tetap la orang suka cakap dok key ell. Yelah.. Orang kampung dah biasa kalau dok bandar yang tak jauh dari key ell ni depa tetap panggil key ell jugak. Takpe macam mana pun yang pasti aku masih sedar diri yang anak aku je orang selangor tapi aku tetap la lahir & membesar kat kedah.

Ops... termelalut pulak padahal nak cerita pasal melaka. Tercerita pasal negeri lain pulak. Kang kena sumpah dengan puteri hang li po baru tau! Rasanya ramai pembaca blog aku dah biasa pergi Melaka cuma mungkin tak biasa buat 14 benda ni lagi semasa melawat melaka.

Selain Asam pedas yang sinonim sangat dengan negeri Melaka ada banyak benda yang maybe korang belum pernah buat atau cuba masa ke melaka. sekurang kurangnya sekali seumur hidup korang mesti buat benda ni kalau kat melaka. Nak tau benda apa yang korang kena cuba buat kalau ke melaka meh tengok kat sini >> 14 Perkara yang Mesti Anda Cuba Walau hanya sekali seumur hidup bila ke Melaka <<

Moral of the story.. Bila kita ke negeri orang harus cuba apa yang tak berapa ada kat negeri kita untuk merasai pengalaman tu.


TEDDY BEAR BERKAHWIN DENGAN MANUSIA & CUBA DAPATKAN ANAK

Perempuan memang ramai yang suka dengan teddy bear kecuali aku tapi aku perempuan tulen ok! Takde plastik kat celah mana pun cuma tak berapa tipikal perempuan jer. Ada yang sampai obses dengan teddy bear tapi setakat ni kat Malaysia takde lagi perempuan buat benda mengarut kawen dengan teddy bear sebab terlampau suka dengan teddy bear.


Tapi Ted 2 kisah teddy bear yang boleh berkata kata & berkelakuan seperti manusia. Perempuan perempuan yang suka sangat dengan teddy bear mesti nak tahu kisah Ted 2 ni. Confirm korang excited nak tengok cerita dia. Seekor teddy bear yang berkahwin dengan seorang perempuan & cuba dapat anak untuk membuktikan dia adalah manusia.

So langkah keselamatan awal korang boleh tengok dulu trailer filem Ted 2 ni kat sini. Aku tengok macam best jugak. Yelah nampak comel jer watak teddy bear tu hahahaha >> If teddy bears could talk like Ted, imagine what Malaysia would be like? LOL, watch this. <<

Bukan apa perlu kita tengok trailler dulu memastikan cerita tu kena dengan taste kita. Even kadang2 trailer ni memang tunjuk kat babak2 yang best jer sekurang kurangnya kita faham la sikit cerita tu tentang apa. Kalau main terjah je... takut nangis dalam panggung atau buat filem sendiri dalam mimpi. Dah la tiket wayang sekarang mahal sebab tambah GST. So, better la tengok trailer dulu sebelum beli tiket.

Walau aku tak suka teddy bear & rasa rimas tidur di kelilingi teddy bear tapi aku terpaksa akur dengan tipikal perempuan Malaysia yang memang kebanyakkan suka teddy bear maka atas dasar keprihatinan aku share la trailer filem ni. Suka la tu...

Moral of the story.. Suka takpe jangan obses takut memudaratkan.


TASHA SHILA KURUS SEBAB CUBA PRODUK YANG BELUM DAPAT KELULUSAN

Tasha shila ni aku tengok dari dulu takde la gemuk ke hapa. Badan dia orang kata sedang elok dah tu.. Tapi tak tau la kan tuan punya badan rasa badan dia tersimpan lemak tersembunyi ke hapa sapa nak kena jadi bahan eksperimen satu produk yang katanya dia sedang usahakan bersama rakan kongsi.

Sapa setuju gambar ni lebih comel?

Serius aku tengok ni bukan tahap slim tapi kurus keding. Aku sendiri pernah lalui zaman kurus keding yang aku sendiri rasa sedih nak tengok diri sendiri dalam cermin. macam mana la si Tasha Shila ni rasa bahagia dengan badan dia yang sekarang. Rasa dulu dah elok sangat..

Berbanding yang cekung ni?

Muka nampak cekung serius tak cantik la Tasha Shila Ooi.. Kalau tak make up confirm nampak nampak ketara tulang pipi cekung tu. Produk tu katanya masih peringkat dalam proses mendapat kelulusan & pengesahan halal. Progress dia katanya dah 70%.


Dari segi kesan kurus memang nampak berkesan tapi Risau pulak aku tengok sebab produk ni macam fungsi untuk kurus jer.. selagi kau ambil kau akan semakin kurus bukan macam untuk kesihatan jer. Apapun tunggu jer la... kelulusan produk tasha shila ni. Kalau lulus Insya Allah selamat.. Kalau tak lulus selamat jalan je la. hikhikhikhik

Moral of the story.. Nak kurus ke nak tambah berat ke pilih la produk yang selamat. Jangan sebab nak cantik jadi sakit. Pasti ada merindui badan montel yang sihat dulu. hehehehe

P/S : Pendapat aku je la kata tak cantik. pendapat aku tak berkaitan dengan pendapat orang lain.hehehehe

Sumber : Beautifulnara


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com