Showing posts with label gerai. Show all posts

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN. Dah lama aku rasa benda ni pihak kerajaan & pihak hospital kerajaan kena alert. Menyewakan tapak jualan di hospital. Aku tak kisah sangat kalau booth tu jual makanan, pakaian jer.. Tapi aku rasa jual mainan kanak kanak ni sangat tak perlu ada kat situ nak nak lagi hospital kerajaan. Nak tau sebab apa aku rasa tak perlu ada? Teruskan membaca

Kita sedia maklum yang banyak menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan ni dari golongan miskin & sederhana sebab tak mampu nak bayar mahal. Jadi memang hospital swasta ni untuk golongan orang ada ada atau golongan yang ada medical card dari company bagai.. Walaupun masih ada orang kaya guna khidmat hospital kerajaan tapi tetap yang banyak golongan susah & golongan sederhana macam aku ni. Yelah jumpa pakar hospital kerajaan bayar RM5 jer.. kalau swasta siap beratus  la sekadar nak check up perkembangan anak je. Aku tak kisah sangat kena tunggu lama..  Sebab kita sedia maklum hospital kerajaan ni ramai.

Ada yang datang hospital kadang2 cukup duit tambang jer.. Mungkin anak dia perlu rawatan atau pemeriksaan. Mungkin jugak dia sendiri yang nak buat rawatan atau pemeriksaan kesihatan. Sebab tak ada orang jaga anak dia.. mungkin terpaksa bawa sekali. Anak pulak kecik lagi belum cukup akal. Bukan dia paham mak bapak dia ada duit ke tidak.. Lalu nak masuk ke tempat pendaftaran sampai 2 ke 3 booth jual mainan kanak kanak kalau kat hospital sungai buloh tu.. Anak merengek nak beli. Mak bapak tak cukup duit. Meraung la anak sepanjang dok tunggu nak jumpa doktor.

Kisah tu memang ada berlaku. Aku pernah tengok satu family ni anak ramai datang hospital pergi makan kat kafe. Depa cuma ambil pinggan jer.. Makanan bawa sendiri. Makanan pun nampak sekadar lauk goreng & sayur. Dari penampilan & cara memang nampak susah. Anak kecik kecik lagi.. Bayangkan la budak2 sekecil tu nampak orang jual mainan meraung nak beli.. Allah sedihnya. Kat situ membuktikan ada orang makanan pun tak mampu nak beli dari kafeteria hospital apatah lagi mainan untuk anak anak dia.

Aku rasa tak perlu pun pihak hospital nak sewakan tapak jualan untuk peniaga yang jual mainan ni. Aku rasa kejam sangat la booth mainan yang di letak strategik kat laluan orang nak menuju ke kaunter pendaftaran macam kat hospital sungai buloh. Nak2 pulak nak ke bahagian pediatric pun guna laluan yang sama. Pediatric ni pepaham je memang pakar kanak kanak kan. Maka yang guna laluan tu parents yang bawa anak anak la ramai. Kau lalu ikut mana pun tetap nampak booth jualan yang meriah dengan mainan kanak kanak. Anak aku pun setiap kali check up mesti nak singgah tapi aku dah ajar dia.. Tak payah setiap kali nampak nak beli. So sebab umur dah  semakin besar.. dia dah boleh terima. Tapi sebelum ni memang merengek jugak kalau tak dapat. Dia bukan tau mak dia bawa cash rm5 je nak bayar servis pakar tu.. hahahaha (ok! aku tipu. Selalu aku bawa cash RM10 sebab nak beli roti & air mineral hahaha). Jadi atas sebab tu memang tak cukup cash la kalau anak aku nak beli mainan. Kalau aku ni.. kategori memang la masih mampu nak beli setakat mainan RM5 macam tu.. Tapi belum tentu semua orang lain pun mampu. Hidup ni belajar untuk fikir tentang orang lain.. Jangan ingat kita mampu.. orang lain lantak la. Sampai satu ketika Allah nak uji kita jatuh susah.. jangankan mainan RM5.. nak bayar air kosong 30sen pun tak mampu.. waktu tu baru kita harap orang faham situasi kita.

Salah satu booth yang jual mainan kanak kanak.. Ni sebab gambar jauh aku candid.. banyak tau mainan yang boleh tahan harga dia jual. Tu satu.. jalan terus sikit berdepan dengan pintu nak masuk ke kaunter pendaftaran ada 2 lagi booth tak silap jual mainan. Matilamak kalau setiap booth anak nak singgah & beli

Jadi booth2 jual mainan kanak kanak ni aku rasa kalau pun nak ada letak la jauh sikit. Pi la letak dekat cafe ke hapa... Jangan la letak kat laluan betul2 jalan nak masuk ke tempat orang nak daftar & jumpa doktor. Menyusahkan mak bapak yang bawa anak anak.. Mana nak pujuk anak tantrum tak dapat membeli belah.. mana nak menunggu berejam nak daftar.. pastu berejam lagi nak jumpa doktor. Bab menunggu tu aku enjoy lagi tapi kalau bab anak tantrum sebab nampak booth2 jual mainan.. nak2 lagi mainan mahal mahal dia dok tayang. Rasa macam nak maki orang yang jual tu tau tak??

Yer.. orang yang jual tu pun cari rezeki.. Cuma aku rasa tak patut kat tempat tu dia berdagang benda2 macam tu. Sebab menyusahkan orang balik. Hope pihak hospital kalau terbaca entri ni sila bawa ke tengah isu ni. Tolong kesian kepada golongan miskin. Setakat nak letak orang jual kerepek ke.. kek ke.. kain pasang ke hapa.. Aku rasa ok lagi. Benda tu tak berapa attract kanak kanak kecil yang tak cukup akal. Tapi kalau mainan.. Memang kejam ok!

Moral of the story..Kalau nak hidup selesa zaman sekarang memang perlu pratikkan 5 perkara ni >> 5 Cara untuk pastikan Kewangan Anda Stabil setiap masa << Kos sara hidup dah tinggi tak kira keperluan atau kehendak. Duduk dalam rumah pun macam2 kos dah kita kena bayar.. apatah lagi keluar rumah. Bukan apa bila ada kewangan yang stabil takde la terdera sangat perasaan anak & keluarga kita.. Kita mungkin boleh mengeluh tapi keluhan kita bukan semua orang peduli... Tak caya kau pergi mengeluh kat gerai2 jualan orang jualan mainan kanak kanak tu.. Ada dia kesah?? Yang dia tau kalau anak kau meraung nak mainan sila la beli.. Takde duit pandai pandai la kau pujuk anak kau.

PERHATIAN! 8 PORT MAKAN NI ANDA MESTI TAHU

PERHATIAN! 8 PORT MAKAN NI ANDA MESTI TAHU. Orang perempuan bila keluar satu je masalah yang selalu terjadi.. Tak tahu nak makan kat mana. Lepas tu kalau pasangan dia suggest kat mana2 tempat makan mesti dia rasa macam 'not my taste' tapi bila di tanya kat mana dia rasa nak makan dia tak tahu & tak ada idea pulak nak bagi. Macam aku malas sungguh nak decide makan kat mana2.. Cuma kadang2 teringin nak makan something aku bagitau je kat asben aku & dia la akan cari kat mana ada makanan tu.


Antara Sebab aku malas nak point mana2 tempat adalah kerana aku tak tahu jalan & kelemahan aku susah nak ingat jalan berbanding suami aku. Pergi la ceruk mana pun macam expert je. Dulu first time nak balik kampung aku pun sama. Kalau tanya aku jalan.. Gamaknya tak pulang ke pangkal jalan la. Nasib baik la asben jenis mesra jalan.. Even tempat dia tak pernah pergi pun dia boleh redah & sampai jugak. Tu salah satu sebab aku malas nak decide makan kat mana mana.

Masalah orang perempuan lain aku tak tau la.. Adakah depa malas nak decide makan kat mana2 tu sebab depa pun macam aku tak tahu jalan atau sebenarnya depa sendiri pun tak tau nak makan kat mana atau nak makan apa. Susah bila lapar tapi tak tahu nak makan apa & nak makan kat mana alih2 orang yang tolong bawa pun naik fedup dengan kita.

Jadi yang selalu ada masalah tak tau nak makan apa & nak makan kat mana elok la 8 port makan ni >>8 Port Makan Unik Dan Berpatutan Yang Korang Mesti Cuba At Least Sekali Seumur Hidup! << Makan tengah sawah padi pun ada. Wow! macam best je. Nak2 hari ni hari minggu. Esok pun hari minggu lagi so ada change nak ajak try makan kat salah satu 8 port makan ni.

Jadi moga artikel yang den share ni boleh membantu korang buat keputusan nak makan kat mana nanti. Mana2 food hunting tu boleh la mula memburu destinasi makan yang best lepas ni.

LAKSA TEMPURUNG JADI VIRAL SEBAB UNIK TAPI SEDAP KE?

LAKSA TEMPURUNG JADI VIRAL SEBAB UNIK TAPI SEDAP KE? Dua tiga hari ni laksa dalam tempurung ni memang jadi Viral.. Lokasi katanya di Kulim kedah.. Amboi dekat dengan kampung halaman cheq tu. Keywords blog aku pun penuh dengan orang cari lokasi kedai laksa dalam tempurung ni. Mentang2 la ada dua tiga entri aku tulis pasal laksa kan termasuk resepi laksa sotong aku tu... Tak tau la apa yang best selain keunikkannya adalah di hidang laksa tu dalam tempurung. Sebab ramai sangat dok google pasal laksa tempurung ni terpaksa jugak aku tulis kat blog... hahahaha terpaksa la sangat. Sebenarnya lebih kepada mengambil kesempatan je.


Nak review pasal laksa dalam tempurung aku pun tak pernah sampai kedai dia apatah lagi merasa sejauh manasedap rasa dia. Adakah se gah orang dok viral tu. Tapi kalau sesapa yang teringin nak mencuba laksa dalam tempurung ni korang boleh la pergi ke lokasi seperti tercatat kat gambar di bawah


Macam - macam orang buat untuk menarik pelanggan ke kedai/gerai/restoran mereka. Padahal kalau letak dalam mangkuk macam biasa pun rasa dia sama je tapi sebab dia letak dalam tempurung tu yang mencipta keunikkan & kelainan untuk orang datang mencuba. Tapi unik hidangannya hope tak unik & pelik sangat la rasa dia sampai tak boleh terima tekak orang melayu. heheheh... Apapun inilah dinamakan kreatif,hokay! meniaga sekarang banyak persaingan so kita kena kreatif mencipta kelainan. Setakat laksa bersepah orang jual tapi maybe laksa tempurung setakat ni satu satunya kedainya kat situ je. Laksa tempurung ni memang nampak identiti utaranya.. sebab nampak macam ada sambal sotong kat situ. Kedai dia pun kat kedah kan... Tapi bila ada udang & makanan laut yang lain.. Laksa tempurung ni lebih tepat macam laksa seafood yang kawan aku jual kat kulim jugak cuma dia tak letak dalam tempurung la. Laksa Seafood IejaZol. Google je mesti jumpa.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di Fanpage Laksa Tumis Seafood IejaZol

Apapun setakat ni aku baca komen2 kat Fanpage Laksa Tempurung Kulim ni.. Alhamdulillah semua cakap sedap. So takde la pelanggan rasa tertipu sangat kan.. Tengok gambar cantik, menawan,menyelerakan.. Bila rasa indah khabar dari rupa. Nak meniaga makanan ni pastikan anda betul2 ada skill memasak masakan yang anda nak jual tu bukan pandai deco makanan tu nampak cantik & unik je

Lain orang lain selera.. Nak tau rasa dia sedap ke tak kena rasa sendiri, ye dak??

macam macam jenis laksa yang ada dalam Malaysia ni.. Laksa sotong la.. laksa seafood IejaZol la.. Laksa tempurung la... Tu laksa utara tak campur lagi laksa2 dari negeri lain. Nama laksa tapi takde rupa laksa. Mesti ada yang antara korang tak pernah tahu kan?

Moral of the story.. Rasa macam nak try jugak la laksa tempurung ni balik kampung nanti. Jaga2 laksa tempurung.. kalau tak kena dengan tekak kedah cheq abis la cheq bagi komen ikhlas kat blog hahahaha.

MENU KELAKAR DI KEDAI MAKAN ORANG PERAK

 Semua orang boleh buka & tulis blog tapi tak semua orang kreatif untuk menarik minat orang membaca blog dia.. Aku tak kata aku kreatif. Satgi dok cebik kata aku perasaan pulak kan? Macam tu jugak berniaga, semua orang ada modal boleh buka perniagaan tapi bukan semua orang kreatif nak menarik orang untuk datang ke premis perniagaan mereka...

Sumber google

Kadang2 menu tu sama jer macam restoran atau kedai yang lain tapi sebab kreatif dia jadi satu perkara yang menarik perhatian orang lain.Macam nama2 makanan dalam menu tak tau dari kedai mana cuma aku terbaca kat ladylista jer.. Memang rasa tergeletek jugak hati bila baca. Bila dah rasa tergeletek kita nak tahu jugak kedai dia kat mana.. kalau berpeluang nak jugak singgah tengok sendiri menu2 dia kan.. Dan itulah salah satu strategi marketing yang baik.. Menarik minat orang untuk singgah & makan...
restoran yang terletak di Ipoh, Perak katanya

Gamaknya macam mana rasa badak berendam tersilap kolam, kingkong ala singkong tu yer.. Hope nama2 menu makanan ni kelakar rasa makanan dia tak kelakar sangat la yer.. Kang dok buat kelakar dalam rasa makanan dah tak rasa nak gelak kot. hehehehe

GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGAN

Semalam hari minggu maka hari untuk melihat dunia luar. Yelah.. hari2 bekerja ni banyak terperap je dalam rumah maka hari minggu la hari yang paling di nanti nantikan surirumah macam den. Tak larat dah nak baca berita online & blog nak juga tengok kehidupan manusia di luar sana. hahahahaha.. statement macam tak pernah keluar rumah.

Mula2 destinasi pertama keluar dari rumah mencari makan untuk tengahari walau time tu dah masuk waktu petang. Pergi ke Taman melawati.. Singgah kat gerai melawati Nasi ayam hainan singapore katanya. Kat dalam kedai makan tu banyak gerai tapi saja highlight Gerai nasi ayam tu sebab kisahnya berkait dengan gerai nasi ayam.

Memang ramai orang semalam.. tak tahu la sebelum2 ni ramai ke tidak. Nak kata tak pernah makan kat situ rasanya pernah juga dulu2. Tapi tak sure la pulak memang hari2 minggu kat situ memang orang makan ke tidak. Bapak si lala pergi la order 2 pinggan nasi ayam. Ayam dia minta bahagian dada. sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain tak kira la KFC ke RFC ke apa je masakan yg ada ayam dia minta bahagian dada kecuali ayam yang dah di potong kecik2 (potong dadu) yang selalu kedai atau restoran guna untuk masak nasi goreng atau apa2 masakan panas. Masa order tu takde pulak akak nasi ayam tu cakap apa2.. bila sampai jer order bapak si lala tengok ayam tu bukan bahagian yang dia nak. Jadi dia panggil balik akak nasi ayam tu cakap...

Tersentak jugak dengan suara lantang & nyaring sambil sibuk hantar order nasi ayam meja yang berjiran dengan kami dia kata.. "ayam tak boleh pilih2. Ayam tak cukup." Memang ayat dengar tak apa2 tapi dengan nada suara & cara dia cakap tu boleh la kategori kurang ajar jugak la. At least ko cakap baik2.. minta maaf ke hapa takde la sakit hati. Ni suara mengalahkan petir dengan muka macam longkang tersumbat terus temperature naik Uols. Nak2 lagi memang suasana pun tengah panas.

Bapak si lala cancel je nasi ayam tu suruh akak tu angkat balik.. kami makan laksa yang ada jual gerai dalam situ. Lepas makan laksa berdesup ke Bukit antarabangsa makan Chinese food kat Haji shahrin low muslim Chinese food. Senang je nak minta ayam bahagian dada. Takde kena tengking.

Bukanlah nak jatuhkan bisnes orang melayu Islam.. tapi ini kita macam teguran la buat semua peniaga yer.. Even ko banyak pelanggan, ko sibuk.. ko penat.. ko tak patut nak tengking pelanggan sedangkan laki den tu tanya dengan perlahan & baik2 bukan dia maki pun akak tu. Ko patut bersyukur pada hari yang ramai pelanggan sampai tak cukup ayam ko nak hidang apatah lagi kakitangan nak layan bukan ko tunjuk muka stress bila ko penat. Kalau ko nak kerja rilex maka hari2 ko doa la kat Allah supaya jangan ramaikan pelanggan datang makan kat gerai ko supaya ko boleh kerja sambil bersantai & menikmati hari tanpa lengguh walau sehelai urat pun kat badan ko. Bila bisnes tak maju merungut bila ramai orang jadi berlagak. Maybe dia fikir setakat sorang customer lari tak rugi perniagaan dia hari tu kot. Amalkan la mentaliti macam tu yer.. 1 hari sorang ko buat kalau hari2 ko kira la sendiri. Meniaga pandai tak kan buat kira2 tak reti kot.

Lepas je makan.. pergi stesen Komuter kg batu.. park keta kat situ.. Amik komuter pergi sogo. Konon support hari tanpa kereta la.. walhal saja je nak mengelak jam alih2 tak jam la pulak. Takpe at least merasa budak lala naik komuter ni. Mak lala pun boleh kira la bapa kali je pernah naik pengangkutan awam kat KL walau dah dekat 7 tahun berhijrah kesini. Seronok la jugak sekali sekali naik sebab semalam tak ramai orang. Lengang je.

Abaikan rambut dah serabut tu. dah tak larat nak sikat.keaktifan beliau menyebabkan dia tak mempedulikan penampilan diri lagi

PERAH JUS OREN MACAM PERAH SANTAN, GILA GELI!

Kalau korang la kan.. Tengah tunggu order makan & minum korang sambil duduk meja berdepan dengan tempat buat air kat sebuah gerai makan tetiba secara tak sengaja ternampak la Fresh oren yang korang order di ramas - ramas jejari hitam sebelum di hidang untuk korang, korang minum tak?? Jawab dulu dalam hati sebelum terus baca entri ni..

Dah jawab semua.. Sapa yang jawab sanggup minum di nasihatkan jangan baca entri ni sampai ke titik noktah terakhir, sapa yang jawab muntah hijau kalau minum mari terus membaca sambil membayangkan situasinya.

Alkisahnya semalam.. keluar dengan asben & lala pergi makan kat sebuah kedai makan yang biasa kita makan kat sg buloh. Sebab laki daku gemar sangat ayam golek beliau, jadi kita park la kat situ untuk jamah makan malam. Di ringkaskan cerita dah order bagai, kita tunggu la macam biasa kan. Kebetulan meja kita amik tu berdepan dengan tempat buat air, sebab dekat dengan TV. Yelah.. budak lala ni kalau tengok tv diam la sikit. Layan jugak la cerita tv3 drama episod time tu. Entah apa tajuknya tak sure.. tengah dok layan tv secara tak sengaja ter jeling kat mat bangla yang buat air. Nak2 lagi time tu dia tengah buat fresh oren yang sang lekit nak minum.. lepas dia blender buah oren tu, maka dia tapis la hampas buah tu. Bila kita nak tapis hampas mesti la ada sisa jus yang tersangkut selalunya orang kacau guna sudu sekali sang lekit tengok dia macam perah santan pulak hampas oren tu dengan jejari bollywood dia. Terus bagitau asben.. cakap suruh cancel jus oren tu taknak minum. Kebetulan time makanan pulak sampai dulu, apa lagi terus asben report tokei dia yang kebetulan hantar makan kat meja kita.

Dalam hati nasib baik la Allah bagi petunjuk kat daku, kalau tak betapa nikmatnya aku sedut jus oren hasil ramas tamas tangan mat bangla tu. Tak confident dah nak minum air dia buat, terus minum air tin jer. Ais kosong pun aku tak amik dah. Napalah tokei kedai tu upah mat bangla buat air. Sebelum ni sang lekit selalu pergi makan kat situ, budak melayu yang tukang buat air, sekali semalam dah bertukar service. Mat bangla pula ambil alih.

Kalau korang rasa benda tu tak geli.. syabas la!! Bukan pasal dia bangla ke hapa.. even dia melayu gebu macam cik mat gebu pun kalau perah hampas oren dalam gelas macam perah santan, tetap daku tak minum kecuali la di belakang mata daku.

Masa nak pergi bayar.. kesian pula tengok tokei tu dok explain kat daku pasal pekerja dia buat macam tu. Nampak la tokei dia sedikit cuak & rasa bersalah. Yelah kitorang selalu jugak makan kat situ.. Apapun sang lekit tak salahkan tokei dia. Apa yang mat bangla tu buat di luar pemerhatian dia. Jadi.. pada peniaga2 makanan.. sesekali tu intai2 la apa yang pekerja korang buat jangan mata pelanggan nampak dulu, tak elok untuk kestabilan ekonomi perniagaan anda.

Perah santan guna tangan tu normal tapi kalau perah hampas oren yang dah kena blend dalam gelas atas penapis, tu memang adengan jijik.




 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

AWAS! PENIAGA MAKANAN KENA TAHU PASAL NI

Kadang peniaga ni nak jimat sesatu benda tu sampai buat benda yang menampakkan kebodohan sendiri juga mengundang kemarahan pelanggan. Itu biasa kita jumpa, & masih ramai lagi peniaga spesis nak untung banyak tapi nak modal sikit.

Salah satu spesis peniaga yang sang lekit rasa macam nak tunjal2 je dahi dia jenis peniaga makanan yang tahap bakhil (mustahil bodoh) sampai kalau kita minta dia bungkus makanan berkuah di sekalikan dalam satu plastik. Contoh kita minta dia bungkuskan meehon tomyam, dia bungkuskan tomyam & meehoon tu dalam 1 plastik, korang sendiri tau apa akan jadi kalau benda tu tak di makan dengan segera.

Ye betul.. meehoon itu akan menyerap kuah tomyam sampai kering & meehoon itu akan jadi lembik selembik lembiknya. Korang rasa ada selera nak telan lagi tak?? Tau la kalau ada orang memang suka makan mee, bihun,@ apa2 yang sewaktu dengannya bila dah lembik ala2 moi budak bawah setahun, kan?? Dalam kes ni depa (peniaga) bukan bodoh tapi nak buat kerja senang & mudah ja tanpa fikir sekali depa buat sorang pelanggan mungkin hilang. Takkan setiap kali nak beli bungkus kena remind asingkan kuah.. Restoran lain elok je tau apa yang patut & tak patut depa buat, takkan dah meniaga bertahun tahun tak reti lagi ye dak??

Tak semua peniaga jenis macam tu tapi percayalah masih ada lagi. Sang lekit pun ada juga dua tiga kali terkena.. Bila asben bungkuskan makanan berkuah macam tu depa bungkus 1 plastik. Sementara hamba Allah tu nak sampai rumah, dah lunyai la benda tu bercampur kuah. Sang lekit bukan jenis sampai2 terus makan.. nak settlekan hal laki & anak dulu. Dah rilex2 baru makan. Tapi sampai rumah pun dah ala2 moi budak bawak setahun, kalau tunggu sejam dua lagi bayangkan la apa jadi. Kalau sebelah umah restoran tu maunya aku suruh dia makan dulu. Kalau dia sendiri pun tak sanggup nak telan, baru senang nak bagi moral of the story

Jadi pada para peniaga makanan di Malaysia mahupun dunia.. Minta prihatin sikit yer. Nama pun awak meniaga, kalau awak menderma @ bersedekah pun harus memberi makanan yang terbaik juga inikan meniaga orang bayar bukan makan free. Sila bagi yang terbaik tak kira yang awak jual tu murah @ mahal. Berapa la sangat rega plastik tu.. Kalau rasa pasal plastik tu korang boleh bankrup.. baik jangan meniaga yer.. Pi keja makan gaji cukup bulan berbaris kat mesin ATM. Ada paham??!!

Moral of the story, jangan bungkus makanan macam bungkus sampah semua main campur jer sekali. Ada makanan yang perlu asingkan kuah & isi. Jadilah peniaga berhemah & Insya Allah berkat rezeki yang korang dapat. Sampah sekarang pun dah ada tong ikut kategori.. malu la sikit dengan tong sampah kalau korang (Peniaga) masih tak tau bungkus makanan korang ikut kategori & jenis makanan.





BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com