Showing posts with label mimpi aneh. Show all posts

UJANG & YANA BERTANDANG DALAM MIMPI

Semalam kurang tidur.. Lepas tu bangun awal sebab en hubby nak ke melaka. Siang memang susah sikit sang lekit nak tidur tapi dalam pukul 9++ malam sang lekit terlelap depan pc. Kalau dah online pasti la depan blog & FB jer.. Mungkin sebab tu menjana mimpi pada pasangan blogger suami isteri ni.

Boleh pula mimpi Ujang & Yana. Nak kata asyik rindukan dorang tak juga tapi selalu jugak la baca coretan & bebelan sepasang blogger ni. Dalam mimpi tu Si Ujang & Yana temankan Sang Lekit masa en hubby takde. Baik & caring pula si Ujang & yana tu dalam mimpi sang lekit.

Ni la pasangan blogger suami isteri yang bertandang dalam mimpi sang lekit tadi (Gambar di culik dari FB Ujang)

Bangun je rasa pelik.. Kenapa tiba - tiba pula mimpi si Ujang & Yana ni? Nak kata hanya blog dorang jer sang lekit baca hari ni tak jugak. Kalau Mimpi Nyah Zulfikar tu tak pelik jugak la sebab sang lekit memang selalu berinteraksi & berkutuk senda dengan dia samada di blog atau FB. Dengan Ujang & Yana ni selalunya berkomen jer kat entri dorang.

Apapun terima kasih pada Ujang & Yana sebab sudi bertandang dalam mimpi sang lekit tadi. Kekekekeke

DALAM MIMPI KU TAHU HANYA MIMPI

Tajuk entri pun dah buat korang pening kan?? Apatah lagi nak membayangkan macam mana dalam mimpi sang lekit tahu hanya mimpi. Pada yang pernah mengalami mimpi macam ni akan tahu la situasinya macam mana. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Lagi kisah di ungkit dari zaman remaja ku.

Tak tahu samada kelebihan atau kekurangan memang sejak kecik sampai sekarang sang lekit kalau tidur tak pernah takde mimpi.Tak tahu kenapa.. ada orang kata pelik sebab dorang tak hari - hari dapat mimpi tapi sang lekit tak.. terlelap 5 minit pun dah bermimpi. Berbalik pada kisah mimpi tu..

Ni bukan gaya sang lekit tidur tapi mungkin Nyah Zulfikar punya style tidur. 
(Hasil carian google)

Pada satu malam sang lekit bermimpi pergi memancing kat satu tali air yang jernih dalam kawasan kebun getah. Memang tempat tu wujud dulu kat kampung sang lekit tapi sekarang ni tak pasti pula sebab banyak kebun2 getah dah kena tebang mungkin parit kecil tu pun dah takde. Dalam mimpi tu sang lekit dapat tengok dalam air banyak sangat ikan. Bila sang lekit memancing pun banyak sangat ikan yang dapat. Mula - mula seronok tapi tiba - tiba dalam mimpi tu jugak sang lekit sedar cuma mimpi jadi tak payah nak seronok sangat bukan betul - betul pun dapat ikan. Bila terbangun sang lekit rasa pelik. Macam mana sang lekit boleh tahu dalam mimpi tu cuma mimpi?? Entahlah.. sampai hari ni tak terungkai teka teki tu.

Mimpi macam tu bukan sekali datang dalam hidup sang lekit.. malah banyak kali tapi dalam lain dramanya la. Mimpi pelik bukan pelik lagi dalam hidup sang lekit ni. Sang Lekit pernah bermimpi terbangun dari tidur sebanyak 7 kali di tempat yang sama & situasi yang sama. Kali pertama sang lekit terbangun dengar satu suara minta sang lekit tidur balik sebab katanya bukan dalam dunia sang lekit lagi. Sang Lekit tidur kemudian berulang benda yang sama & suara yang sama sehingga kali ke 7 baru la sang lekit betul - betul terjaga dari tidur di tempat & situasi yang sama macam dalam mimpi. Mimpi tu jugak tak terungkai apa di sebaliknya sampai hari ni. Bukan sang lekit sengaja mereka reka cerita tapi itulah yang pernah terjadi.

Pada korang yang pernah mengalami mimpi2 yang macam ni mungkin faham tapi sang lekit sampai sekarang tak faham apa makna mimpi macam tu & tak pernah pula merujuk kepada sapa - sapa cuma simpan dalam kenangan sendiri jer. Bila dah teringat maka terilham la entri ni.

Apapun entri ni sekadar berkongsi pengalaman & kisah pelik dalam hidup sang lekit jer. Bukan la nak ajak korang kaji mistik & misteri mimpi tu. Tapi kalau korang ada pandangan & pendapat tentang mimpi2 macam tu jangan segan - segan kongsi dengan sang lekit yer.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com