DALAM MIMPI KU TAHU HANYA MIMPI

5/12/2011 01:16:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Tajuk entri pun dah buat korang pening kan?? Apatah lagi nak membayangkan macam mana dalam mimpi sang lekit tahu hanya mimpi. Pada yang pernah mengalami mimpi macam ni akan tahu la situasinya macam mana. Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Lagi kisah di ungkit dari zaman remaja ku.

Tak tahu samada kelebihan atau kekurangan memang sejak kecik sampai sekarang sang lekit kalau tidur tak pernah takde mimpi.Tak tahu kenapa.. ada orang kata pelik sebab dorang tak hari - hari dapat mimpi tapi sang lekit tak.. terlelap 5 minit pun dah bermimpi. Berbalik pada kisah mimpi tu..

Ni bukan gaya sang lekit tidur tapi mungkin Nyah Zulfikar punya style tidur. 
(Hasil carian google)

Pada satu malam sang lekit bermimpi pergi memancing kat satu tali air yang jernih dalam kawasan kebun getah. Memang tempat tu wujud dulu kat kampung sang lekit tapi sekarang ni tak pasti pula sebab banyak kebun2 getah dah kena tebang mungkin parit kecil tu pun dah takde. Dalam mimpi tu sang lekit dapat tengok dalam air banyak sangat ikan. Bila sang lekit memancing pun banyak sangat ikan yang dapat. Mula - mula seronok tapi tiba - tiba dalam mimpi tu jugak sang lekit sedar cuma mimpi jadi tak payah nak seronok sangat bukan betul - betul pun dapat ikan. Bila terbangun sang lekit rasa pelik. Macam mana sang lekit boleh tahu dalam mimpi tu cuma mimpi?? Entahlah.. sampai hari ni tak terungkai teka teki tu.

Mimpi macam tu bukan sekali datang dalam hidup sang lekit.. malah banyak kali tapi dalam lain dramanya la. Mimpi pelik bukan pelik lagi dalam hidup sang lekit ni. Sang Lekit pernah bermimpi terbangun dari tidur sebanyak 7 kali di tempat yang sama & situasi yang sama. Kali pertama sang lekit terbangun dengar satu suara minta sang lekit tidur balik sebab katanya bukan dalam dunia sang lekit lagi. Sang Lekit tidur kemudian berulang benda yang sama & suara yang sama sehingga kali ke 7 baru la sang lekit betul - betul terjaga dari tidur di tempat & situasi yang sama macam dalam mimpi. Mimpi tu jugak tak terungkai apa di sebaliknya sampai hari ni. Bukan sang lekit sengaja mereka reka cerita tapi itulah yang pernah terjadi.

Pada korang yang pernah mengalami mimpi2 yang macam ni mungkin faham tapi sang lekit sampai sekarang tak faham apa makna mimpi macam tu & tak pernah pula merujuk kepada sapa - sapa cuma simpan dalam kenangan sendiri jer. Bila dah teringat maka terilham la entri ni.

Apapun entri ni sekadar berkongsi pengalaman & kisah pelik dalam hidup sang lekit jer. Bukan la nak ajak korang kaji mistik & misteri mimpi tu. Tapi kalau korang ada pandangan & pendapat tentang mimpi2 macam tu jangan segan - segan kongsi dengan sang lekit yer.

12 comments:

  1. wah, umpama mimpi dalam mimpi...ada terserempak ngan leonardo di caprio tak? kot kot la dalam set citer inception........

    ReplyDelete
  2. Macam citer inception pulak dah ko ni nyah... tapi rasanya itu dejavu dalam mimpi kot... hehehe

    alaaa comelnya rupe mak tdo nok... ahahahahahahha

    ReplyDelete
  3. mimpi dalam mimpi..
    best taw..heheeh

    ReplyDelete
  4. adakah itu mimpi dalam mimpi, saya pernah mimpi bersambung selama 4 hari, dan jugak pernah mimpi dan bila bangun mimpi tu terjadi realiti.. serammmm

    ReplyDelete
  5. dejavu mimpi! mcm nyah zulfikar komen tuh..eheheheh

    kita dulu pon prnh mimpikan dlm satu situasi..mmg mimpi.. then tiba situasi tuh betul2 berlaku..mula teringat blk yg kita pernah mimpikan benda nie..dejavu lar kot ek?

    ReplyDelete
  6. Semua tu permainan je...








    Permainan Syaitan yang tak pernah penat nak ganggu umat manusia.. Tapi serius pelik bole pulak tahu tengah mimpi ek..

    Jadi semua itu hanya mimpi? (gaya project pop) ;D

    ReplyDelete
  7. kadang2 penah gak dpt mimpi cenggini

    ReplyDelete
  8. ahahaha..pelik2...:D mesti tido tak cuci kaki nih..

    ReplyDelete
  9. kita sama....setiap kali tdo msti mimpi...

    ReplyDelete
  10. naknya kalau mimpi berlari..punyalah penat nak buka mata pasal takut sagt diteekam dek benda yg mengejar tu..

    tp tak salah akak, ada terdengar pesan Rasulullah..kalau neemimpi yg buruk, bangun dan istighfar buat mcm ala-ala ludah 3x di bahu belah kiri dan jangan ceritakan pada orang..wallahualam..kalau akak nora tersilap bgtau ye..sebab akak pernah terdengar

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com