5 JENIS PENGOMEN YANG KITA AKAN JUMPA DI BLOG
Aku nak tutup sat cerita pasal retis... Berderet sangat kot entri pasal retis dah macam blog ROTIKAYA la pulak. Kita cerita pasal dunia blog pulak la. Yelah.. kalau hidup di selubungi Blog harus la kita lebih tahu apa yang berlaku dalam dunia blog kan? Tak nama blogger la kalau tak amik pot pasal dunia, ye dak??Bagi blog2 yang membuka ruang komen untuk orang tinggalkan komen mesti jumpa perkara2 ni dalam komen2 korang. Ada macam2 jenis komen & macam jenis perangai si pengomen. Terus terang aku memang dapat detect ramai.. erkk.. tak la ramai tapi ada la jugak jenis pengomen yang macam ni..
Carian Google |
2. Baca entri separuh jalan & komen
3. Baca entri seimbas lalu tak paham pun apa orang cerita & komen.
4. Tak baca pun entri tapi tetap tinggalkan komen.
5. baca entri, faham & komen
5 jenis pengomen ni kat mana2 blog pun Insya Allah boleh jumpa. Yang ke 5 tu tak perlu jadi isu & pertikaian la.. depa memang golongan yang ikut rules.. baca, faham & baru tinggalkan komen. Yang jenis 1 hingga 4 ni... kadang2 spesis camni depa ingat orang tak dapat detect depa sebenarnya tak minat pun nak baca entri kita just berminat nak tinggalkan komen @ tinggalkan jejak je sebab tu kadang2.. komen depa berunsur soalan yang jawapan dia kita dah tulis dalam entri... komen yang lari topik perbincangan.. & komen yang takde kena mengena dengan topik perbincangan. Yang paling sadis komen dia cuma tinggal link blog dia jer. Tu dah confirm dia tak baca entri.
Apapun jadikan pengomen yang berhemah.. kalau betul nak join berkomen, ikhlas la sikit. Kalau betul memang tak minat entri tu atau takde mood nak baca tak payah la tinggalkan komen. Bukan apa.. silap komen buat malu diri sendiri jer. Bukan ada orang paksa pun kita baca entri tu. Apalah sangat dok kejar traffic.. tinggalkan komen semata mata nak orang datang berkomen kat blog kita balik. Rasanya tak perlu la terdesak sampai macam tu. Kalau cerita/info/bahan blog kita tu best, Insya Allah mesti ada orang baca punya blog kita.
Moral of the story kadang2 kita rasa kita bijak untuk menipu tanpa sedar kita sedang perbodohkan diri. Jadi.. Kalau betul nak komen sila baca even tak larat nak telaah entri panjang lebar at least pahamkan apa yang orang tulis sebelum komen. Peace!
P/S : Tak merujuk pada spam komen yer..
P/S : adakah korang antara 4 jenis pengomen tu... kekekekekkee. takpe tak payah ngaku