PENGASAS SATAY HJ SAMURI MENINGGAL DUNIA
PENGASAS SATAY HJ SAMURI MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara & sahabat handal kepada pengasas satay Hj samuri iatu Datuk Samuri Juraimi yang telah pun pulang kerahmatullan tengah malam semalam pada pukul 12.05 tengah malam. Di saat umat islam tengah bergembira meraikan hari raya korban.. Mereka kehilangan insan tersayang.Jenazah Hj Samuri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Hj Samuri merupakan Anak jati Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor itu meninggal dunia pada usia 73 tahun. Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.
Siapa tak kenal Satay Hj Samuri terutama penduduk area lembah kelang. Satay Hj Samuri memang di kenali ramai & menjadi kegemaran ramai. Saya juga pernah merasai satay Hj Samuri ni. Allahyarham HjSamuri adalah pengasas syarikat Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd sejak tahun 2000.
Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.
Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.
Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Semoga roh beliau di ampuni dosa & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Sesungguhnya bila sampai waktunya.. tidak tercepat atau terlambat walau sesaat. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. Al fatihah.