Showing posts with label kembar. Show all posts

GAMBAR PELAKON & BEKAS AHLI KUMPULAN SENARIO ILYA BERSAMA KEMBAR SEIRASNYA

GAMBAR PELAKON & BEKAS AHLI KUMPULAN SENARIO ILYA BERSAMA KEMBAR SEIRASNYA. Kalau anda membesar di zaman kegemilangan kumpulan lawak lagenda senario rasanya korang masih kenal dengan salah seorang bekas ahli kumpulan senario dulu, Ilya. Dia antara ahli kumpulan senario yang berjasa dalam menaikkan nama senario dulu. Tapi pernah berlaku satu kontroversi dengan syarikat pengurusan kumpulan senario ada dua orang ahli asal kumpulan senario menarik diri dari kumpulan tersebut. Salah seorang ilya.


Ilya ni pun lawak dia memang bersahaja & mampu buat orang pecah perut gelak. Memang boleh nampak bakat semulajadi dia berlawak tu.. Takde la nampak terlampau buat buat atau mengikut skrip. Walaupun zaman populariti senario dah macam berakhir tapi baru sekarang aku tahu Ilya ni ada kembar seiras. Memang seiras sangat sampai tak berapa nampak perbezaan wajah mereka tu.

Menurut sumber yang aku baca kembar kepada pelakon Ilya tu seorang guru. Mesti anak anak murid teruja tengok cikgu dia muka sama macam pelakon kan? Gamaknya kembar Ilya ni kelakar macam Ilya tak? Kalau kelakar mesti di sukai ramai murid murid. Yelah.. kita sekolah dulu pun enjoy je belajar kalau cikgu tu jenis pandai buat kelakar. Tak la mengantuk sangat dalam kelas.

Mesti korang tak sabar nak tengok gambar kembar kepada pelakon Ilya ni kan.. Serius sama ok muka, ketinggian & size badan dorang. Nak2 lagi dorang pakai baju yang sama. Gamaknya bini bini dorang ni tak tersilap suami ke tak? hehehehe..

Aku boleh teka mana satu Ilya & mana satu kembar dia.. korang boleh teka tak? cer teka

Kembar seiras ni memang selalu jadi perhatian nak2 lagi bila mereka bersama. ramai orang mengimpikan dapat anak kembar seiras sebab nampak comel je kan. Kembar ni pun faktor keturunan jugak. Tapi yang takde sejarah anak kembar dalam ahli keluarga dia pun tak mustahil boleh dapat anak kembar juga dengan izin Allah. Sebab masa aku pregnant dulu nurse akan siasat samada sebelah aku atau suami ada anak kembar. Mak mertua aku ada anak kembar perempuan. bapak & mak sedara asben aku sebelah ayah dia pun ada kembar. Jadi kalau ada rezeki untuk next baby kalau tetiba dapat kembar pun tak pelik sangat la kan.. hehehehe

Moral of the story.. kadang2 tak ada anak kembar pun boleh nampak macam kembar jugak macam aku dengan adik aku dulu. Sebab kami beza setahun jer.. Dah tu belum genap setahun dah adik aku lahir.. Adik aku lahir 15 Aug & aku lahir 28 Aug... Bila semakin membesar nampak macam sama besar jer. Tapi bila dah besar.. tetiba dia lebih besar (tinggi) dari aku pulak. hahahahaha

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN

AWAS! QARIN MODEN YANG BERDAMPING DENGAN KITA BUKAN LAGI JIN. Qarin.. hangpa tau ka apa tu Qarin? Ok ok.. bagi yang masih tak tau apa tu qarin meh la aku bagi info sikit tentang Qarin. Qarin adalah jin yang berdamping dengan manusia macam kembar. Setiap manusia yang lahir ke dunia ada qarin sendiri. Qarin ni ada kafir & Islam.. Yang kafir macam biasa la akan mendorong kita buat benda2 tak baik & Islam mengajak kita membuat kebaikkan.


Tapi Qarin versi digital yang aku nak cerita ni Qarin Zaman moden. Dia tak lahir bersama manusia tapi kebanyakkan generasi baru sekarang lahir2 je memang dah kenal Qarin ni. Budak sekarang seawal 1 hari pun dah di dedahkan dengan Qarin berteknologi tinggi ni. Jadi dia membesar pun bersama Qarin versi digital ni. Qarin ni pun membawa 2 perkara jugak. Kalau salah guna jadi keburukkan.. kalau di gunakan dengan betul dapat la manafaat. Qarin ni jugak sekarang ni banyak menjadi punca penceraian. Bukan punca penceraian je malah melalui Qarin jugak melahirkan ramai penipu,penyamar & pemfitnah. Besar impak Qarin versi digital ni.. Pendek kata Qarin ni jugak banyak merosakkan hubungan antara manusia.

Qarin versi digital ni ada macam jenis.. samsung.. iPhone.. lenovo..bla.. bla.. dot com. Banyak sangat bangsa dia tak tertulis aku dalam entri ni. Bukan je banyak jenama tak kurang jugak dalam pelbagai bentuk & rupa paras begitu jugak dengan harga. Ni bukan jenis Qarin yang include masa lahir ok! Ni Qarin yang di jual di kedai2 gadget elektronik. Qarin buatan manusia. hahahhaha

Itulah Qarin versi digital yang buat manusia tak boleh berenggang dengannya. Dari celik mata sampai tutup mata melekat je kat tangan macam kembar siam. 24/7 tak pernah berpisah.

Beli mahal kadang2 kita rasa sakit hati jugak dengan kewujudan dia dalam hidup kita. Rasa macam nak musnahkan tapi sayang. Cuma bukan semua orang jenis sayang Gadget Qarin ni.. Ada jugak yang lebih sayangkan hubungan yang terjalin jadi depa ambil keputusan memusnahkan Qarin Smartphone dengan cara yang kita sendiri tak sanggup nak buat. Inilah cara paling kejam pernah aku tengok. Kalau korang nak tau caranya meh tengok kat sini >> 10 cara memusnahkan telefon anda tanpa ada rasa menyesal kemudian hari <<

Moral of the story.. Memang tak banyak beza antara Qarin & gadget2 sekarang. sebab tu aku gelarkan dia sebagai Qarin. Apapun tak semua Qarin tu membawa kejahatan macam tu jugak dengan smartphone kita cuma yang menentukan baik atau buruk cara kita gunakannya.

PEREMPUAN CURANG LAHIRKAN KEMBAR BERLAINAN BAPA

Kuasa Allah siapa boleh menidakkan. Kalau Dia berkehendakkan berlaku, sikembar yang di kandung seorang ibu boleh jadi setiap seorang mempunya bapa yang berlainan. Tu la tanda kebesaran Allah & nak tunjuk kat manusia mereka yang melakukan kejahatan walau di sembunyikan kalau Allah nak bongkar semua, bila2 masa pun boleh.

 Sumber google

Macam tu jugak berlaku kat pasangan kembar ni, Mak dia cuba dapat perintah mahkamah untuk tuntut nafkah untuk anak kembarnya tapi bila ujian DNA di lakukan, kedua bayi tu di sahkan berlainan bapa. Last terbongkar jugak bila perempuan tu mengaku dia pernah meniduri 2 orang lelaki dalam masa seminggu.


 

















Sumber Media Hiburan

Curang lagi kat laki sendiri. Dia ingat boleh sorokkan sampai mati la kot tetiba jadi macam ni.. hambik kau!

Moral of the story.. Ingat yer para Isteri Syurga di bawah tapak kaki suami tapi bukan suruh dok buat style hindu dok ambil restu cium kaki pulak. Tu Cara agama mereka yang tak sama dengan agama kita. Yang penting jangan menduakan suami sebab isteri tak ada sunnah atau di bolehkan bersuami lebih dari satu dalam satu masa. hahahaha


PELAKON MALAYSIA & FILIPHINA NI MEMILIKI WAJAH SEIRAS

Aku perasan dah lama cuma aku tak tahu pelakon Melayu Malaysia ni nama apa sebelum ni. Tapi aku perasan muka dia memang sama sangat dengan pelakon filiphina yang sorang ni. Pelakon Filiphina ni dulu aku minat jugak masa dok gila tengok satu drama episod kat TV tu..

Sumber google

Yang pasti kedua dua ni memang hensem & berbakat dalam lakonan.. Tapi status kedua pelakon ni aku tak sure malas pulak nak jadi detective conan sebab aku bukan la fanatik sangat cuma sekadar tengok gitu gitu jelah..

Alahai membebel lupa nak tunjuk dua pelakon lelaki dari dua negara yang memiliki wajah seiras ni.. Meh la tengok jangan nak angau pulak yer lepas tengok.

Gigih aku combine gambar depa berdua ni tau hahahaha

Sama kan? Yang Shukri Yahya tu nak tengok drama dia sekarang Asam pedas Untuk Dia, setiap sabtu pukul 7 malam. Jericho Rosales aku tak tau pulak apa drama terbaru dia kat Philipine.. Aku dulu cuma tengok lakonan dia dalam drama Pangako Saiyo jer lepas tu aku tak ikuti sangat dah perkembangan dia.


INILAH DUA SAUDARA KEMBAR SULTAN MELAKA

Mesti ramai yang terkejut kan? Tak sangka Seorang Insan yang tiba2 popular mengaku dirinya Sultan Melaka dimana negeri melaka dah lama tak bersultan ada kembar seiras. Bukan sorang tapi dua orang sedara kembar dia. Kembar tiga Uolls...

Sumber google

 Mesti yang nak tengok siapa kembar2 Sultan Melaka ni kan?? Jeng jeng jeng....
 


Abang Ensem : Seorang blogger & pakar bidang hartanah.. & popular jugak orangnya
Abang Senyum : Dulu popular dengan video senyuman menggoda dia
Sultan Melaka : Semua pun tahu siapa dia kan?

Mereka kembar lain mak bapak. Hahahaha... dua dari Malaysia & lagi sorang dari Philiphina kalau tak salah info. Mungkin ni la yang orang cakap kita ada 7 orang dalam dunia ni yang muka nak sama.. Sultan Melaka, Abang Ensem & Abang Senyum dah jumpa dua.. kena cari lagi 5 lah. kekekekeke

Hahahaha.. Jangan marah Uolls.. Hari Rabu kena buat entri santai santai even tak berapa wordless sangat. Blog melekit tak boleh nak wordless sangat nanti tuan punya blog rasa macam cacat. Paling tak dia kena jugak membebel sepatah dua kata...

P/S : Muka depa memang ada iras2 jugak kan selain style misai tu. Hahahahaha. Jangan marah yer semua. sekadar mengusik manja


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com