PENGALAMAN SERAM MENYEWA DI TAMAN MEDAN.. GANGGUAN MAKHLUK HALUS PALING EXTREME. Sebenarnya aku ni antara mengantuk dengan tidak je malam ni.. Tapi tu la mata ni dia macam setting time jer. Awal memang susah sangat nak lena.. Di tambah gangguan mistikus dalam rumah aku ni.. Sekejab anak.. sekejab bapak si anak.. Ada je la depa memerlukan khidmat aku. Maka selalunya aku akan tidur lepas anak aku tidur.. Bapak anak tu lepas anak tidur pepandai sendiri la. hahahahaha
Dalam dok menongkat mata terbaca satu kisah seram sepasang suami isteri ni.. Pengalaman mereka menyewa di sebuah rumah kat Taman Medan. Sebab rumah sewa dia ni lokasi agak strategik katanya.. dekat dengan pasaraya Matahari & dekat jugak dengan klinik kerajaan. Paling penting sewa pun tak mahal mana.. Mesti la sapa - sapa pun suka kan? Aku pun nak rumah yang dekat dengan kemudahan dengan kadar sewa yang murah..
Mula2 masuk rumah tu si bini tu dah rasa lain macam bila dia jumpa kain putih yang agak lusuh ada kesan lumpur & beberapa helai rambut panjang yang melekat pada kain tu.. Terdetik jugak dalam hati kecil dia.. Pontianak ke hapa buat bilik tu untuk salin pakaian. Dalam takut2 tu sempat jugak dia dok buat lawak sengsorang dalam hati tu.. Dah nama kain buruk ntah sapa2 punya.. takkan la dia nak simpan buat saka pulak kan. So dia buang la dalam tong sampah. Hari pertama tinggal dalam rumah tu katanya tak ada apa - apa yang berlaku lagi..
Tapi bermula hari kedua.. segala galanya menjadi detik paling menyeramkan dalam hidup dia. Masa suami dia pergi kerja.. dia lepak dalam bilik tetiba dengar orang mandi dalam bilik air luar bilik. Mandi kemain kuat bunyi dia jirus air tu macam orang mandi dalam keadaan kelam kabut je gayanya.. Dia mula cuak & takut terus call suami dia menangis2.. Suami dia cuma suruh dia baca je apa2 ayat Al Quran. Lepas bunyi orang mandi tu dah tak ada.. baru dia keluar bilik & jenguk ke bilik air... Apa dia nampak sangat pelik. Berus gigi dia & suami tetiba ada dalam mangkuk jamban duduk. Dekat lantai ada najis. Lepas cuci dia masuk bilik tak keluar sampai suami dia balik
.
Pada malam tu lagi teruk depa kena... Suami ni balik kerja nak makan nasi so si isteri hidang la nasi kat suami. Tiba2 si suami terpekik cakap nasi dah basi & bau hancing.. Terkejut beruk la si bini ni.. Nasi baru je masak. Dok berasap lagi. Panas pun tak hilang lagi.. Takkan basi dah kot. Dah tu siap pakej bau hancing.. Suami yang mula rasa lain macam terus pergi tengah2 rumah & laungkan azan. Habis je si suami tu azan.. ada pulak suara yang ikut mengazan dari dalam sebuah bilik kosong dalam rumah tu yang tertutup pintu. Dia azan sambil gelak2 lagi ok.. Dia gelak. orang dalam rumah tu mula seram la beb. Tapi sebab lelaki kan.. Semangat kuat sikit gamaknya... si suami tu tendang pintu bilik sekuat hati sampai terbuka & buka lampu. Tapi memang bilik tu kosong tiada siapa - siapapun hanya ada cuma bau hanyir & busuk macam bangkai.
Sebab tak tahan baru dua hari masuk rumah dah di ganggu secara extreme macam tu si suami call owner rumah bagitau apa yang berlaku tapi binawe punya owner dia cakap tu bukan masalah dia.. Masalah penyewa jadi pandai - pandai la kau nak handle. Dah la sewakan orang rumah hantu.. Tak mau bertanggungjawab pulak. Patut hantar je hantu tu kerumah dia.. Baru dia rasa nak tercabut bulu roma tu macam mana bila benda tu mula main aucak aucak dalam rumah. lepas dah habis on call dengan owner rumah gangguan tu pun tak ada lagi.
Tapi.. Masuk je pukul 1 pagi tetiba bunyi ketuk pintu belakang kat dapur pulak. Ketuk bukan calang calang.. Tahap ketuk macam nak bagi roboh pintu. Seolah ketuk macam ada emergency sangat la.. Time tu si bini menangis tak ingat dah.. Takut beb! Si suami pekik kuat2 barulah bunyi ketukan tu berhenti. Malam tu depa laki bini tidur dengan alunan ayat2 suci Al Quran yang di mainkan kat telefon. Alhamdulillah lepas tu sampai pagi tak ada sebarang gangguan lagi.
Tapi bangun je keesokkan paginya tu.. si bini terima banyak kesan lebam kat peha & perut. dah bila masa dia datang merayap sampai ke badan bini orang. Ingat lepas ketuk pintu tak buka dah berambus kemana mana.. Rupanya masuk sampai ke bilik jugak. Si bini mula takut nak tinggal sorang2 kat rumah minta nak ikut suami dia pergi kerja tapi suami dia bagi motivasi supaya jangan takut nanti benda tu makin suka untuk terus menakutkan mereka. So nak tak nak terpaksa dia beranikan diri duduk jugak kat rumah sorang sorang cuma satu hari dia bertapa dalam bilik tak berani keluar. Alhamdulillah sepanjang suami dia kat tempat kerja tak ada sebarang gangguan berlaku..
Cuma bila suami dia balik kerja tetiba suami dia tanya... mentera apa yang dia hantar pada suami dia kat whatsapp.. terpinga pinga la dia.. mentera pejadahnya pulak. Suami dia suruh bukan whatsapp & tengok sendiri.. Rasa nak tercabut jantung memang ada mentera yang di hantar dari nombor dia tapi bukan dia yang buat.. mentera tu tertulis lebih kurang macam ni.. "terbang melayang2, ada didahan, dot..dot. dot.. (tak di habiskan pulak mentera tu). Rasa macam darah turun sampai kekaki bila dia baca mentera.. Dia bagitau suami dia bukan dia hantar so suami dia faham sendiri la apa yang berlaku tanpa tanya banyak lagi. Terpaksa tawakal buat sementara waktu sebab nak cari rumah lain memang tak ada budget lagi.. yelah baru je pindah kot.
Lepas makan malam.. benda tu datang lagi. Kali ni lebih dahsyat cara dia ganggu.. siap main api ok! tengah sedap2 depa tidur tetiba terbau asap.. Menjerit si suami bila tengok asap tu dari dompet dia yang terbakar dengan tiba tiba. Habis hangus duit,ic & kad bank. Seram, marah sedih semua ada.. sampai menangis la si suami. Belum habis kejadian dompet terbakar tetiba semua frame gambar kahwin depa pula retak secara serentak sekaligus lepas tu muncul suara mengilai yang sangat nyaring kat ruang tamu... Mak Aii... bab ni kalau jadi kat aku serius aku pun tak tahan. Sebab tak tahan dengan gangguan yang semakin teruk tu si suami terus call seorang ustaz yang dia kenal & minta ustaz tu datang kerumah tapi malangnya masa tu ustaz tu ada kat kuantan.
Lepas je ustaz tu cakap kat telefon dia kat kuatan tetiba dengar satu suara garau cakap dekat dengan pintu bilik depa.. 'Di kuantan ya..'. Apa lagi terus si suami buka pintu pekik supaya jangan kacau depa. Sampai tahap berani dengarkan suara tu memang agak extreme la gangguan dia. Si suami pun teruskan perbualan dengan ustaz tadi & tanya samada ustaz tu dengar atau tak suara tu tapi ustaz tu tak menjawab cuma dengar seperti ustaz tu sedang membaca sesuatu di hujung talian. Lepas beberapa saat si ustaz suruh si suami ni azankan setiap penjuru bilik. Sodia terus buat, Selepas tu gangguan tu hilang & depa boleh la tido.
Esok pagi tu si isteri bangun tiba2 tengok dia ada kat bilik air & suami dia pun angkat dia masuk bilik. Haritu suami dia tak kerja, terpaksa ponteng sebab si isteri dah jadi macam orang tak betul sebab terlampau takut. Sebab tak tahan si isteri ni paksa jugak suami dia cari rumah lain.. suami dia cuma diam & termenung.
Pagi tu lepas balik dari keluar dengan suami dia beli nasik lemak. Sampai je kat rumah buka pintu tetiba ada dua ekor burung gagak terbang dalam rumah. Dengan penuh najis atas meja makan. Sebab rasa memang insecure dah kalau terus tinggal si suami suruh bini dia pack semua baju & keluar dari rumah tu. Dia rasa rumah tu tahap berpuaka bukan lagi sekadar gangguan biasa. Sementara dia tengah berkemas, suami dia pergi berak tetiba dengar ada macam orang tengah masak kat dapur. Dia pun pergi la tengok...
Alangkah terkejutnya apa yang dia nampak seperti pontianak yang rambut panjang,kusut masai, rupa tak nampak & pakai kain putih lusuh yang pernah dia jumpa & buang masa hari pertama pindah dulu. Benda tu berdiri tegak dalam keadaan tangan peluk di bahagian perut sambil pandang dia.. Memang terkaku la dia kat situ.Nak - nak lagi kali pertama dia nampak benda tu dengan mata sendiri. Lepas tu dia menangis menggigil sebelum pengsan. Sedar je dia dah ada kat pusat rawatan Islam.
Lepas tu depa pindah ke Taman Desa Peransang katanya.. Memang rumah baru tu tak ada apa2 gangguan cuma dia pelik masa hari pertama dia masuk rumah tu dia nampak kain putih lusuh yang sama ada atas lantai rumah tu.. tapi bila dia pandang kali kedua dah tak ada. Dia anggap mungkin kesan trauma tu buat dia terbayang bayang kot. Apapun selepas pindah memang mereka lebih tenang la.
Aku tak tau kisah benar ke tak.. Tapi cerita ni memang gangguan agak teruk la kan. Dari hari mula dia takde bagi hint2 ke hapa.. dia bagitau terus dia memang ada dalam rumah tu. Mungkin tu cara dia nak halau orang yang menyewa kat situ..
Moral of the story.. Mungkin ada sejarah tak berapa baik kot dalam rumah tu yang kita tak tahu. Boleh di bersihkan.. Owner rumah kena la bertanggungjawab jangan lepas tangan lepas sewakan pada orang.