PONTIANAK MENGILAI DALAM BAS PLUSLINER SELEPAS PENUMPANG PETIK BUNGA DI RNR
Tadi terbaca kat satu forum kisah pengalaman seram hamba Allah ni ternampak kelibat menyeramkan dalam bas ekpress yang dia naiki.. Dia cuma bagi hint bas tu nama COS*** aku pun tak tau bas apa. jarang naik bas katanya.. Tak hafal pulak nama2 bas ni. Katanya dia dalam perjalanan dari utara nak balik ke KL. Dia ambil tiket midnite pukul 12.30 malam. Dia ambil bas double decker. Biasa la.. Bajet boleh la tidur sepanjang perjalanan takde la bosan sangat sementara nak sampai. Time dia naik bas tu katanya tak ramai penumpang. Lebih kurang beberapa orang je penumpang dalam bas tu. Dia duduk tingkat atas.. Bas pulak gelap.. tak tau pasal apa. Maybe nak jimat kot dia tak pasang lampu. Lagipun malam maybe driver bas tu fikir nak bagi keselesaan penumpang untuk tidur la kot.
Kat tingkat atas tu ada la 2 orang dok belah barisan kanan seat. Dia duduk barisan tengah & dia ambil single seat. Kat depan katanya ada 2 3 orang. Sebab letih sangat dia terlelap. Masa dia nak mengiring ke sebelah kanan tak sengaja tertengok seat sebelah dia.. Dalam samar samar dia nampak.. satu makhluk berkepala besar duduk kat seat yang mula2 dia nampak tak ada orang tadi. Terkedu seketika katanya.. Gila Wei!! Kalau aku pun confirm terkentut jugak kat situ.. erkk kalau takut boleh terkentut ke? kekekeke... Bukan je terkaku tapi terjerit jugak la mamat tu. Bayangkan suara jantan menjerit lagu mana.. hahahaha. Tapi di sebabkan masing2 dalam bas tu semua mengantuk tahap gaban sapapun macam tak peduli dengan jeritan dia. Terkumat kamit la mulut mamat ni baca semua doa dia ingat sampai lembaga kepala besar tu hilang. Katanya ni pengalaman kelima dia nampak makhluk seram dalam hidup dia.
Kisah kedua dia mention nama bas.. Plusliner. Perjalanan dari KL ke Penang kalau tak silap. Katanya masa bas berhenti kat R&R ada penumpang yang turun lepas tu petik bunga kat situ & bawa naik bas. Apa lagi Cik Akak Pontianak pun ikut naik bas la.. Mengilai tak hingat dalam bas sampai driver bas terpaksa patah balik & pulangkan semula bunga yang di petik. berlaku lebih kurang pukul 3 pagi.. Time tu semua lampu bas di tutup. Dalam bas seat tak penuh sebab tak ramai penumpang. Akak yang petik bunga tu duduk seat belakang sekali sorang sorang. Penumpang lain kebanyakkan semua kat seat depan.. Bila dia kerasukkan mengilai mengalahkan mayang sari katanya semua kelam kabut lari turun. Time tu kat gua tempurung. Kejadian tu berlaku tahun 1995. erkkk... Gua tempurung tu banyak jugak kisah seram yang aku baca... Hantu Gua tempurung ke hantu RNR ni.. konpius aku. hehehehe
Agak seram kalau nak bayangkan kejadian tu bila berlaku dalam bas yang tengah bergerak. Nak2 lagi atas highway kau ingat boleh sesuka hati berhenti atau buat U-Turn apatah lagi nak lari turun. Nak tak nak kau terpaksa hadap perkara tu macam filem Train To Buhsan tu. Tapi filem train to buhsan tu cerita pasal zombie cuma situasi tu macam tu la.. Kau terpaksa struggle sebab kau memang tak boleh lari kemana mana sehingga sampai ke destinasi.
Moral of the story.. Jadikan pengajaran.. Jangan sesuka hati nak petik bunga kat mana2.. Kalaupun bukan kak Ponti punya.. tetap di larang ok! Demi menjaga keindahan hentian rehat & rawat. Jangan jadi monyet sangat ok! hehehehe
baca tajuk pun seram ni.. tu la tangan jangan gatal, mulat jgan nakal..hehe
ReplyDeleteiya ke, lepas ni nak cubalah petik bunga, bawa naik bas, He he
ReplyDeletePernah kwn crita, enjin kereta tiba2 mati tengah jalan. Padahal baru servis. Minyak ok. Seolah olah mcm ada yg 'menarik'. Nasib dia teringat petua org tua2, kalau bawa makanan (mcm daging), tutup dalam kontena yg x boleh hidu bau. Kebetulan dia ni bawa sayap ayap bakar dalam plastik. Jd mungkin 'benda' tu nak sangat makanan tu, si kawan pun buang sikit sayap ayam bakar tu. Dalam beberapa saat, kereta baru boleh jalan. Fuh...
ReplyDeleteJom bacaCara Menjana Pendapatan Dengan Blog
baru tahu hal ni...
Deleteweh aku baca ni pukul 2.30 pagi..jangan buat hal,haha... -acik red-
ReplyDeletedekat asrama sy jaga ni selalu la bdk histeria, tp dok mengilai tu belum la dgr lagi...kecuali bdk tu sendiri gelak2 huhu seram je
ReplyDelete