SERAM! MISTERI TETAMU TIBA TIBA CHECK OUT DI SEBUAH HOTEL PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU. Kalau dah minat tu.. Dia memang rajin la mentelaah. Serata forum aku cari cerita seram. Lepas ni boleh dapat title Puan Seri Seram Serik Lekatlekit katanya. Yelah.. Dah sinonim dengan cerita seram katanya. Walaupun sinonim dengan niche seram ni.. Blog aku jugak di kenali dengan macam2 niche ok.. Sebab tu masih mendapat kepercayaan untuk review hotel la.. homestay,pakej percutian,produk kecantikkan & kesihatan,kosmetik, produk kanak kanak & bayi & macam - macam lagi la. Tu dia berbakat sungguh kan lekatlekit ni dalam penulisan di blog. Semua dia sapu.. Biasa la.. Dalam penulisan ni kena di pelbagaikan baru orang tak boring baca ye dak..
Walaupun macam - macam niche & genre penulisan aku ni.. Tapi di sebabkan minat cerita seram aku adaptasikan minat tu dalam blog. Bukan sekadar tiru tiru nak pancing traffic orang. Aku memang tak suka nak jadi saka orang.. Aku ni ada ego tersendiri. Bila apa yang aku nak buat tu Insya Allah aku buat sungguh2 bukan acah - acah & ajet ajet jer ok.. Di sebabkan kecintaan aku dalam cerita seram ni.. So hari ni untuk segmen seram serik lekatlekit aku nak share satu kisah seram yang berlaku kat sebuah bilik hotel di pantai batu buruk, kuala terengganu. Terengganu ni antara negeri yang jarang aku share kisah seram.. Alang2 dah jumpa kisah seram yang berlaku kat terengganu ni elok la kita momok momokkan orang terengganu pulak kan..
Alkisahnya sekeluarga ni pergi bercuti kat kuala terengganu.. Sedang elok depa nak check in masuk sebuah hotel di pantai batu buruk ni time maghrib. Time hantu setan merayap la tu.. Mula2 tu depa nak tempah bilik receptionist tu kata bilik full.. tup tup.. ada orang check out. Memang rezeki depa la nak dapat bilik kat situ. Depa tak tau rezeki depa jugak tu nak berkenalan dengan 'orang' kat situ.
Terpaksa la tunggu sekejab sementara housekeeping nak kemas2 & bersih2 dulu bilik tu. Almaklum la baru je guest keluar kan. So cadar selimut tuala bagai nak kena tukar jugak. Kang bagi terus bilik bekas di tiduri oleh manusia lain.. Viral pulak seantero alam maya. Orang yang check out tiba2 tu tak tau pasal apa tapi ok la kan... Di sebabkan ada yang check out secara tiba2 macam tu jadi ada la satu kekosongan bilik untuk depa menginap.. Tapi di sebabkan family yang baru nak check in memang tak tahu apa apa so depa pun tak terfikir la sampai kearah misteri & mistik. Malah tak sempat pun nak fikir bukan bukan dah.. asalkan dapat bilik dah cukup bagus katanya.
Sampai la.. depa check in ke bilik tu.. Bermula episod misteri wan peah.. Tu dia tetiba wan peah pulak.Wan Peah kat perak dah kenapa pulak jauh dia travel sampai kuala terengganu.. Ok ok.. bukan wan peah. Dalam 1 family tu si mak yang kena kacau dulu. Menurut cerita mak dia.. lepas di keluar dari bilik air dalam bilik tu tetiba dia nampak ada perempuan duduk atas katil tapi tak nampak muka sebab dia duduk dalam keadaan muka di sembamkan kat lutut.. Alah macam gaya orang tengah frust gitu.. Mana datangnya perempuan misteri atas katil tu? rasanya bukan ahli keluarga dia. Bila mak dia ternampak benda tu.. kejung la sekejab beliau.. Terkejut, terkujat, terkentut semua ada la. Kau apa tau bukan pernah tengok hantu secara live show macam tu. Hanya orang pernah jumpa benda2 gini je tahu macam perasaan & reaksinya.. erkkk.. macam aku pulak yang ada pengalaman tengok makhluk halus kan..
Tapi lepas mak dia pandang balik.. Benda tu dah tak ada so mak dia masa tu tengah siap2 nak solat maghrib sedang elok la di segerakan menunaikan kewajiban. Di lengah2 satgi awek ponti tu ajak lepak sekali atas katil pun masalah jugak kan? Tapi perasaan seram tu tetap la ada kan.. Kita cuma manusia biasa katanya. tak mau la cakap besar. Satgi dia mai jengoi (tunjuk) muka.. baru nak belajar mengeja perkataan 'menyesal'.
Tu mak dia.. Si Ayah pun tak terkecuali jugak ok! Tak adil la sakat sorang je. Tak fair & lovely katanya.. Ayah pulak masa tengah solat tetiba tak boleh bangun sebab dia rasa macam ada orang tekan leher dia sampai melekat atas sejadah. Ni bukan macam cerita yatt hamzah yang dahi melekat kat atas sejadah masa solat taubat ke hapa... Ni kes lain ok. Tapi lepas beberapa saat macam tu baru bapak dia boleh bangun balik. Nasib baik beberapa saat jer.. buatnya dia sengguk kepala orang tua tu dalam beberapa jam mau tak kejung kejang pakcik tu kat atas sejadah.Kesian aku terbayang keadaan pakcik masa tu.. terkiat kiat nak angkat kepala tak boleh..
Dahsyat jugak.. Orang tengah solat tu dia redah je. Sakat tetap sakat.. kalau tak.. tak hantu namanya. Kalau tak sakat macam mana nak ada koleksi cerita seram kan? Harap david teo terbitkan filem seram.. menangis je menonton. Bukan menangis takut.. tapi menangis dok kenang dosa maki hamun dia jer. hahahahaha.
Maka misteri kenapa guest sebelum ni tetiba check out tu terjawab la secara tak rasmi. Mungkin tak tahan la kot kena kacau macam tu.. Nak holiday pun spoil mood. Maka segera angkat kaki la kan..
Moral of the story.. kalau ikutkan mana2 hotel ni mesti ada 1 bilik bersama kisah seramnya. Rasa pihak hotel kena book 1 bilik untuk hantu jangan bagi guest masuk. Apa.. ingat hantu tak demand ke? depa pun nak tidur hotel jugak ok!
KISAH SERAM DI SEBALIK KEJADIAN BENCANA TSUNAMI. Kejadian Tsunami adalah bencana alam yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia.. Haiwan tak pasti la banyak ke tidak tapi kuasa Allah jika Dia nak turunkan bencana ni kat manusia.. Tak mustahil yang terkorban lebih banyak manusia berbanding haiwan. Tapi Tsunami yang berlaku dulu memang trajedi paling menyayat hati.. Masa kejadian tu setiap kali tengok update - update terkini.. Menusuk kalbu beb! Ada juga saudara sebelah mak aku yang terlibat dalam trajedi tsunami & ada yang terkorban juga.
Semua tu walau dah bertahun lamanya berlalu masih memberi kesan di hati. Bencana Tsunami selain berlaku banyak kemusnahan ada macam - macam kejadian mistik & misteri selepas kejadian tu.. Biasa la kita berkongsi hidup dengan makhluk lain di dunia ni.. Apa ingat makhluk lain yang kita tak nampak ada bumi lain ke nak bermastautin. Depa cuma berbeza alam tapi masih berkongsi bumi Allah dengan kita. Jadi hidup baik baik yer sebagai insan yang berkongsi bumi yang sama..
Mukadimah dah kelaut china selatan.. Orang dok tunggu2 cerita seram tak muncul. Kesian hangpa kan.. dah stanby selimat bantal busuk bagai.. Ok kita mulakan segmen seram serik lekat lekit dengan koleksi cerita cerita seram selepas kejadian Tsunami
Semasa tsunami melanda acheh ada kejadian misteri berlaku yang mana, seorang kanak kanak berusia 7 tahun di temui di satu kawasan yang mana tiada mangsa terselamat di temui, hanya kanak kanak itu sahaja yang di temui selamat oleh pasukan sukarelawan selepas tujuh hari. Apabila di tanya bagaimana dia masih hidup dia menjawab ada lelaki berjubah putih memberikannya sebiji roti setiap hari. sesungguhnya kuasa allah tiada siapa boleh mempersoalkannya
Jepun juga antara negera yang di landa tsunami pada tahun 2011, mangsa yang terselamat mengakui sering melihat jiran mereka yang terkorban berdiri di depan rumah mereka pada waktu malam dengan keadaan basah kuyup.
Seorang anggota tentera yang bertugas mencari mangsa yang terselamat di sebuah hotel di pulau andaman yang musnah di landa tsunami pada tahun 2004, di hantui dengan suara pelancong asing yang meratap dan merayu pada waktu malam. Tiada mangsa terselamat di temui di hotel berkenaan.
Beberapa hari selepas majlis pembakaran mayat mangsa yang terkorban dalam tsunami 2004 di Thailand ahli keluarga dan rakan mangsa yang terkorban menerima panggilan telefon selama beberapa hari sama ada siang atau malam dan kedengaran suara mangsa yang terkorban merintih meminta tolong.
Selepas setahun kejadian tsunami melanda Thailand iaitu pada tahun 2005, pada suatu malam seorang pemandu teksi bernama lek telah tawar menawar harga dengan dua orang penumpang yang ingin ke sebuah pantai. Setelah harga rundingan di persetujui lek memandu teksi ke pantai tersebut dan apabila sampai lek mendapati teksinya kosong tanpa penumpang.
Tu dia antara cerita cerita seram yang aku cedok dari FB page Jangan Tutup Lampu SuriaFM. Nak baca atau tengok video cerita seram.. bukan drama atau filem seram yer. Rakaman video dari segmen cerita seram kat Radio SuriaFM sila ke page tersebut. Almaklum la segmen tu malam Jumaat pukul 1 pagi. Jadi mungkin tak sempat nak dengar kan.. Jadi Follow & Like Fb page Jangan Tutup Lampu SuriaFM.. So korang boleh maraton kat situ nanti.
Tadi masa Dj Bob Ringgo SuriaFM buat live video kat facebook (boleh rujuk entri tu kalau nak tengok video tersebut >>
DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL.<< ). dia ada share kisah seorang dj SuriaFM yang kena rasuk masa tengah on Air segmen cerita seram sebab katanya ada satu lagu yang di mainkan macam menyeru syaitan. Boleh tahan penangan segmen cerita seram kat SuriaFM ni. Mula la tergugat iman aku nak kembali ke arena mendengar radio ni tapi mampukan mata aku bertahan macama zaman dulu yang selalu tidur lepas subuh? Tu yang agak susah sebab dulu & sekarang dah tak sama, kan? Status dah berubah.. komitmen pun tak sama dah. Kekangan masa lagi.. Kalau zaman aku moda rumaja dulu.. Dengar juga Dj Ismahalil Hamzah dok share kisah2 seram tengah malam..
Takpe la tak boleh dengar cerita seram kat radio aku share kisah seram kat blog je la yer. Profesion baru yang sesuatu dengan status aku sekarang hahahaha
NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK. Hari jumaat malam sabtu kembali bersiaran kisah seram serik lekatlekit setelah lama menyepikan diri. Almaklum la pentulis kisah seram sekarang ni ada sedikit kemalasan untuk pergi berburu cerita cerita seram. Mood tu on of jer.. Malam ni pun malas malas rajin tapi tetiba rasa rindu bertamu di ruang hati yang kosong tak berpuaka sejak dua menjak ni.. Buat aku gigih jugak mengarang.
|
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Malam ni kita cerita aku nak share satu kisah seram yang berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah agama di Gombak. Aku tak tau la berapa banyak sekolah aliran agama kat Gombak.. Yang aku tahu cuma satu. Tu pun selalu jer ternampak.. Selebihnya nanti aku interview laki aku. Untuk memastikan sekolah mana yang di maksudkan.. Kalau satu satunya sekolah aliran agama kat Gombak tu ada.. bermakna kejadian tu berlaku kat sekolah yang selalu aku nampak tu la kan..
Kisah ni berlaku kat budak ni semasa dia bersekolah kat situ. Katanya masa tu dia tingkatan 1. Kira baru melangkah ke sekolah menengah la ni. Dia duduk asrama. Walaupun jarang nak dengar kisah2 seram yang berlaku kat asrama lelaki.. Tapi tak semestinya makhluk2 ni tak berminat nak menyakat bebudak lelaki ok! Baru2 ni yang berlaku kejadian histeria beramai ramai kat sekolah di bangi pun dia pukul rata semua. Lelaki perempuan kena jugak.
Budak ni duduk asrama di tingkat 5. Kira paling atas la. Kisahnya bermula di satu malam yang sepi.. pi.. pi.. (baca dalam nada bunyi gema.. hihihi). Time tu bebudak asrama tu dah nak tidur. Dah pukul 1 pagi la katakan.. Takkan nak main dam ular lagi kan. Ada yang kena sebat dengan warden asrama pulak nanti. Katanya masa dia nak tertidur tetiba dengar bunyi ayam berkokok.. Jadah ayam berkokok tengah malam. Ayam salah setting alarm gamaknya. Lepas bunyi ayam berkokok dengar pulak bunyi macam ada something tengah cakar dinding tapi budak cuba buat tak tahu & tidur. Tapi tetap dia backup juga la dengan bacaan ayat kursi.. Bagus dik.. Kalau kau buat terlebih tahu pergi siasat bagai takut kena sorok dengan hantu pulak memalam buta.
Esok harinya dia cuba tanya dengan kengkawan dia lain samada dengar bunyi apa2 tak malam tadi tapi tak ada sesiapa dengar apa2 jadi dia ambil keputusan tak berkongsi kisah bunyi bunyian yang dia dengar malam tadi.
Kira malam pertama tu just dia warm up jer kat bebudak tu... Malam kedua bukan sorang je yang kena. Melibatkan 1 dorm pulak. Tiba2 bekalan elektrik terputus kat dalam bilik depa ni. Dalam keadaan gelap gelita bagaikan dayang senandung... tetiba masing2 terasa macam angin bertiup kuat masuk dalam asrama mereka. Masing2 mula cuak tapi nasib baik ada seorang yang berani pergi ke kotak suis utama & on kan balik. Selepas dua minit macam tu.. Asrama mereka kembali bercahaya dengan sinaran lampu. Tapi benda tu katanya berlaku berulang kali.. sampai 3 kali jadi dalam satu malam
Malam keempat agak ganas sikit.. Salah seorang dari penghuni dorm tu kena tampar dari belakang & dia mengadu sakit. yang lain bila nampak kejadian macam tu semua jadi panik & ingat budak tu kena renjatan elektrik so depa pakat bawa kawan depa nan sorang ni keluar dari bilik menuju ke dewan. Kat dewan baru masing2 nampak terdapat kesan lebam pada leher kawan yang katanya kena tamparan misteri dari belakang tu. Masing2 jadi blur.. sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat bilik asrama mereka
Jadi 4 daripada yang ramai - ramai tu ambil keputusan untuk kembali ke dorm menyiasat. Sampai je dalam bilik masing2 nampak satu lembaga yang menyeramkan bertenggek atas kipas dalam bilik mereka. Apa lagi masing lari lintang pukang sampai ada yang tak sedar pakai selipar lain lain. Turun tangga pun main lompat jer nasib baik tak jatuh tangga. Sampai je kat dewan so di canangkan la pada yang lain apa yang depa nampak
Maka mereka sepakat semua naik ke dorm & membaca ayat kursi serta salah seorang dari mereka melaungkan azan. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali baik. Nasib baik bebudak ni dah ada asas agama. Tahu jugak la nak buat apa bila berlaku perkara perkara macam tu ye dak.. So, jadikan pengajaran yer mak bapak dia luar sana. Jangan sibuk nak anak pandai membaca sebelum 4 tahun.. terlupa nak ajar mengaji. erkk.. mengata diri sendiri ke ni? hihihi
Katanya.. itu bukan malam terakhir mereka di ganggu. Malam seterusnya sorang lagi pulak kena. Almari sebelah dia tetiba berbunyi & pintu almari terbuka sendiri. Asal asrama je mesti hantu nak main dengan pintu almari kan? Yelah tu je perabot yang ada selain katil kan.. Sebab takut dia tarik selimut sampai tutup muka tapi menatang tu tarik kaki pulak. Sampai pagi tak tidur di buatnya budak tu. Sampai sudah katanya dia tak buka mata sebab tak berani nak tengok benda yang ganggu dia malam tu walau dia tak dapat tidur.
Bila pernah jadi budak asrama.. Antara kisah yang mungkin berlaku adalah gangguan mistik macam tu.. Memang popular sangat la kan. Cuma kadang2 tak ada gangguan pun boleh rasa macam ada gangguan bila terlalu taksub dengan kisah generasi ke generasi pasal cerita seram yang berlaku di asrama. Almaklum la budak asrama memang jadi rutin kot kumpul ramai2 kemudian bukan cerita hantu.Bila dah bosan tu la kerja dorang. Lepas ni bebudak yang duduk asrama kalau bosan sangat jangan nak buat forum cerita seram sangat.. korang tukar buat benda - benda ni pulak >> Ni Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Bosan Tanpa Mengeluarkan Budget <<
Moral of the story.. jin syaitan ni bersepah. ada je kat mana mana.. So, tak mustahil dia boleh menjelma kat mana mana untuk menakutkan manusia lebih lebih kat asrama sekolah dimana ramai budak budak baru nak up acah acah dewasa.hehehehe