7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI
7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI. Manusia ni memang suka mencipta mitos. Semua ni berlaku sebab manusia suka buat andaian & anggapan sendiri tanpa mengkaji. Dia rasa apa boleh terima logik akal dia.. maka jadi betul la semua. Lepas tu di kongsikan dengan orang lain..Macam tu jugak dengan penjagaan kulit wajah. Almaklum muka adalah aset penting pada seorang manusia. Kalau dok ikut panduan yang berunsur mitos ni takut kita tak dapat hasil yang memuaskan malah mungkin memberi kesan buruk pulak pada kulit wajah kita. Benda ni paling di takuti manusia.. Bila muka jadi buruk. Jadi meh sini kita semak apa 7 mitos yang mungkin menjadi amalan & kepercayaan kita selama ni dalam penjagaan kulit wajah..
1. Cukup sekadar membersih muka 2 kali sehari
Memang membersih muka memang sebaiknya di lakukan malam sebelum tidur & waktu pagi selepas bangun tidur. Tapi kalau anda seorang yang aktif bersukan atau bekerja yang banyak mengeluarkan peluh ni adalah lebih baik membersih wajah selepas beraktiviti.
2. Mencuci muka menggunakan span/kain
Benda ni selalunya kita tak buat kat rumah tapi kat spa2 atau salon kecantikkan suka la guna span atau kain bagai bagi membersih kotoran yang melekat di kulit wajah kita. Sebenarnya kaedah paling terbaik adalah menggunakan tangan sendiri macam kebiasaan kita buat tu. Kalau gunakan kain/span mungkin gosokkan tu terjadi sedikit kuat. Kalau guna tangan seeloknya cuci tangan dulu sebelum menggosok muka. Kebanyakkan orang dia terus basahkan muka pakai face wash terus gosok je muka.
3. Guna air panas membersih wajah
Sebenarnya menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit jadi kering tapi kalau guna air sejuk pulak tak mampu untuk membersihkan kesan kotoran,minyak & kesan makeup pada kulit. Yang terbaik adalah guna air suam suam kuku katanya.
4. Mengecilkan Pori menggunakan ais
Memang masa kita mencuci wajah dengan air ais pori pori akan mengecil. Macam tu jugak bila kita mencuci guna air panas pori2 akan terbuka tapi sebenarnya benda tu berlaku hanya pada waktu tu je. Cuma kesan jangka masa pendek. Jadi sebaiknya untuk merawat masalah pori ni gunakan masker atau scrub untuk membuang sel sel kulit mati & menjadikan kulit wajah menjadi lembut & cerah5. Bertukar tukar produk supaya kulit semakin jadi cantik
Produk ni kadang2 walau kita guna terus menerus dalam masa yang lama, dia akan semakin berkesan pada kulit sebab kulit kita akan secara semulajadi meneutralisasi bahan tersebut. Tapi kalau rasa produk tu serasi dengan kulit kita & kita nampak keberkesanannya tak perlu nak tukar produk lagi. Yang ni aku susah nak follow sebab bab setia pada 1 jenama produk aku memang tak berapa kuat iman. hahahah
6. Pakai krim antipenuaan malam hari kerana waktu malam waktu terbaik merawat kulit Waktu malam, sirkulasi darah di bahagian kulit meningkat & level PH kulit akan menurun sehingga krim rawatan mampu di serap kedalam kulit lebih mudah. Tapi bukan semua krim antipenuaan di formulasi sebagai krim malam. Ada jugak krim antipenuaan dalam bentuk day cream yang mengandungi antioksidan & SPF tinggi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Jadi lebih sesuai pakai krim antipenuaan yang berbentuk krim siang ni supaya boleh di pakai waktu pagi & siang.
7. Semakin banyak memakai produk antipenuaan semakin awet muda & cantik
Memakai banyak produk rawatan kulit sebenarnya tidak menjadikan kulit anda semakin cantik atau memberi banyak manafaat. Jadi tak payah berabih duit sangat la. Yang penting sebenarnya adalah memilih produk yang menepati keperluan kulit anda & memakai dengan cara yang betul sahaja. Selain tu memakai krim wajah terlalu tebal akan menutup pori wajah sehinggan menyebabkan blackhead. Yang ni aku setuju dulu aku suka pakai macam2 produk tak cantik mana tapi bila aku dah malas pakai milk cleansing & cleanser eucerin ni kulit jadi makin elok la pulak. Jerawat pun malas nak hinggap. Maka pemilihan produk yang betul sebenarnya sangat penting bukan memakai produk yang banyak.
Cukup la 7 mitos aku share. sebenarnya ada lagi cuma malas nak taip panjang panjang.. hahaha.. Boleh gitu! Boleh jer. Nak tau selebihnya try la google. hehehe. Apapun gunalah produk yang selamat ada pengesahan kementerian kesihatan malaysia. Nak lagi baik cari produk yang ada kelulusan klinikal macam produk eucerin yang aku sedang pakai. Serius.. memang berkesan & tidak menyebabkan kesan sampingan.