PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK. Dimana ada cerita seram, misteri & mistik di situ juga ada blogger puaka lekatlekit. Aku pun mistik & misteri jugak. Boleh menjelma macam2.. kejab macam wartawan, kejab jadi chef kejab macam ahli paranormal katanya.. Di sebab tu blog lekat lekit ni banyak segmen.. Sekarang kita di segmen seram serik lekatlekit yer.. Dimana hari ni aku nak share satu kisah seram. Yang berlaku pada seorang surirumah yang tinggal di kawasan rumah teres dekat perak.
Alkisahnya seorang perempuan ni.. Merangkap seorang isteri & ibu yang tidak bekerja. Macam aku juga la surirumah cuma beza aku bekerja juga melalui blog ni.. dia tak tau ada tak buat kerja2 sampingan tambah pendapatan di rumah.. Tak kenal pulak aku nak interview lebih2 pasal dia kan. Semua tu tak penting.. Yang penting dia ada kisah seram yang boleh di isi dalam segmen seram serik lekatlekit ni..
Dia ni takde masalah apa apa cuma masalah dia dengan jiran misteri yang menyeramkan je. Dia tinggal di kawasan rumah teres kat perak. Taman perumahan apa jangan tanya ok! Cheq tak tau.. Laki dia ni kerja pagi balik malam. Almaklum la zaman Ah Nang Jib kena kerja kuat kalau tak memang tak cukup nak menampung apa2 yang bocor.
Tapi yang buat dia rasa seram, takut, gigil & kawasan sewaktu dengan dia adalah jiran sebelah rumah dia. Jiran dia ni laki bini tak kerja secara apa yang dia nampak dengan mata kasar la. Kot2 depa kerja secara online & beroperasi dalam rumah je pun tak tau la kan. Wallahualam. Tapi yang misterinya depa ni jarang keluar rumah. Memasing bertapa dalam rumah 24 jam sehari. Erk... aku pun sama suka terperap dalam rumah. gamaknya jiran2 aku rasa aku pun misteri & menakutkan tak? hahahaha.. Jangan judge sesuatu yang kita tak tahu.. Boleh jadi yang berlaku tak sama apa yang kita fikirkan. Macam aku.. orang memang rasa aku terperap dalam rumah tapi sebenarnya aku bekerja dari rumah. Opis dalam rumah katanya.. Jadi waktu Office hour takkan nak merayap kot. hehehehe. Tapi jiran dia ni memang lain macam...
Pernah sekali perempuan ni tegur isteri jiran dia tapi bukan di balas teguran tu malah dia memberi reaksi yang menakutkan pulak. Dia cuma beliakkan mata & jalan terus masuk rumah. Sampai dah masuk dalam rumah.. depan pintu still mata dia tak lepas pandang perempuan yang tegur dia tu. Berdiri habis bulu2 yang ada bila di pandang macam tu. Memang kalau aku pun rasa pelik, seram,misteri & mistik jugak
Lepas dari kejadian tu dia memang tak berani lagi tegur jiran dia.. Tapi nak di jadikan kisah seram pada satu petang yang dah dekat nak masuk maghrib. Dia nak angkat kain kat jemuran tetiba dia nampak jiran dia (suami isteri) macam sedang bercakap dengan seseorang dekat buaian rumah depa. Bila dia tengok atas buaian tu tak ada sesapa dia jadi pelik. Tapi dia cuba juga berbaik sangka.. Maybe cakap guna hand free yang letak kat telinga tu.. Dalam berbaik sangka tetap ada rasa buruk sangka. Sebab jiran dia tu pun perangai pelik. So cepat2 dia masuk rumah
Lepas dah siap uruskan anak dia pun ambil wuduk & solat maghrib. Lepas solat tu tetiba rasa nak jenguk keluar dari tingkap. Dia selak la langsir tengok rumah jiran sebelah. Alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. bila secara tak sengaja dia ternampak ada satu lembaga berdiri tegak tanpa gerak walau seinci. Fizikal & rupa dia katanya sama macam pontinak yang selalu dia tengok dalam filem seram. Dengan Pakaian dia putih lusuh, rambut panjang smpai lutut. Lembaga tu memerhatikan dia macam tau tau je orang tengok tengok dia. Habis longgar semua skru kepala,bahu,lutut kaki.. lutut kaki. Ops.. sorry ternyanyi lagu didi & friends pulak. Gigil baqhang! Gila kau tak seram kalau dah nampak dengan mata kasar macam tu... Boleh kena strok ok! hehehehe
Dalam keadaam menggigil & terketar dia cari phone nak call suami dia suruh balik cepat. Apa lagi malam tu meracau tak ingat la perempuan tu jadinya. Semenjak kejadian tu rumah dia selalu sangat terbau bangkai yang terlalu busuk selepas suami dia pergi kerja. Tiap kali tidur dia akan terkejut. Anak dia pun kerap menangis. Suami dia jadi panas baran. Katanya sebelum dia nampak lembaga tu.. pagi sebelum tu dia nampak jiran dia macam sedang berzikir dengan kepala tersengguk sengguk belakang rumah. Dia sempat rakam guna phone bila dia tunjuk kat suami dia.. lepas tengok muka suami dia jadi pucat & suruh dia padam video tu. Suami dia taknak jadi bukan2 kalau dia simpan video tu. Apa yang suami dia nampak dalam video tu? jeng jeng jeng.. aku pun tak tau. Mungkin something yang menyeramkan...
Tiap2 malam katanya dia dengar bunyi ketawa yang bukan ketawa manusia dekat dengan tingkap bilik tidur dia. Suara dia sayup sayup jer... tapi bila dia kejutkan suami dia minta tolong tengok tengokkan siapa yang ketawa.. bunyi ketawa tu hilang. Bila suami dia tidur, bunyi ketawa tu kembali. lepas puas ketawa dia ketuk tingkap guna kuku pulak. Serius seram katanya..
Yang paling tak boleh blah.. Lepas semua kejadian tu tetiba isteri jiran dia datang rumah bagi bubur kacang sambil melemparkan sebuah senyuman yang sangat menakutkan. Mengucap panjang la cik akak tu. Nak jamah bubur kacang tu? Kirim salam la.. kalau aku pun tak makan. Entah apa yang di hembus & letak dalam tu.. Bab ni kalau aku pun susah nak berbaik sangka dah.
Gila beb kalau dapat jiran penuh misteri & mistik macam ni.. Nak tuduh membela saka ke hapa tak boleh sebab kita tak ada bukti. Boleh jadi dia pun terkena gangguan & sedang berusaha menghalau gangguan tersebut.. tu dia punya baik sangka kan aku. hahahaha. Kalau duduk rumah sewa boleh la cari rumah lain kalau rumah sendiri takkan nak jual rumah tu beli rumah lain. Nak2 rumah yang ada pun belum habis bayar. Rumah sekarang mahal nak mampus katanya. Nak2 lagi area lembah klang ni..
Apapun.. semua yang berlaku dengan izin Allah.. Maka kepada Allah juga kita perlu memohon pertolongan. Tiada apa yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah yang maha besar.
Sumber asal cerita
AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB. Pepagi dah taip cerita seram.. Almaklum la kena tulis sementara masih ingat. kang lewat2 draft entri masuk petang dah lupa. Lagipun I kan blogger aktif & rajin.. Mesti ada daily update. Semalam pun 4 entri berjaya di update. Macam tu la kehidupan seorang blogger.. Alasan idea tak ada tak boleh kerap2 sangat dok jadikan alasan.. sebab bila kau pilih jadi blogger & nak dapat manafaat dari blog memang kau kena sentiasa cari idea & kreatif bila menulis di blog. Kalau tak mampu buat dua perkara tu.. better pergi cari benda lain la buat. Memang berblog tak sesuai buat golongan yang sentiasa kekeringan idea & kurang kreativiti.
Dari zaman bujang aku tinggal kat rumah ni. Sebab aku menyewa sorang sorang jadi bila kawen tak payah nak susah2 cari rumah. Sewa rumah pun masih rendah berbanding tempat lain. Buat apa nak bayar sewa rumah mahal2.. 10 tahun pun tetap rumah orang. Lain la sewa beli kan..
Rumah aku ni sejak aku tinggal dengan adik & sepupu aku lagi memang dah ada gangguan bunyi. Lepas depa dah pindah tinggal aku sorang gangguan bunyi tu masih ada. Tapi sebab aku ni sangat positif.. aku ingat bunyi tu datang dari rumah jiran atas. Walaupun minat cerita seram tapi aku tak obses sangat dengan benda2 mistik so aku memang tak terfikir selama ni bunyi tu something wrong somewhere. Yelah.. bunyi jer takde dengar mengilai ke hapa. Bunyi guli jatuh.. Bunyi perabot kayu di seret.. kadang2 bunyi tapak kaki orang berjalan cuma pernah sekali aku dengar suara misteri di tengah malam cuma tak jelas apa yang di cakap.. Sebab mula2 memang tak terfikir bunyi tu bukan bunyi yang manusia buat. Selepas jiran atas dah pindah & rumah tu dah kosong pun still ada bunyi yang sama. Yang aku boleh tahu bunyi tu bukan dari manusia.. masa pergi merawat anak aku kat pusat rawatan Islam Al Qayyum.. Perawat kat situ yang bagitau. Tapi sebab dah biasa hidup dengan bunyi bunyian misteri.. dah takde rasa apa - apa yang seram. Kadang2 aku anggap macam irama harian wajib dengar je hahaha..
Semalam aku up la satu status berkaitan gangguan bunyi tu.. Tup tup.. semalam masa tidur aku macam bermimpi ada satu suara yang marah bagitau aku.. Sebab aku tulis kat status macam tu.. Dia buat anak aku sakit. Terbangun dari tidur tapi tak tahu pukul berapa suami cakap badan anak aku panas.. Aku dalam keadaan mamai2 macam tu rasa blur sekejab. Tapi tak fikir apa2 la.. Just bangun basahkan tuala kecil selimut anak aku supaya suhu panas turun. Letak cool fever sambung tidur. Tapi tetap terbangun untuk basahkan tuala. Pagi ni nampak demam dia pun macam dah turun... Risau jugak jadi macam dulu.. malam jer demam. siang sihat. Hope tak berlaku lagi trajedi macam tu...
Status yang aku tulis sebelum tidur semalam
Amboi.. benda tu pun pandai stalk Facebook aku kan... Stalker dari alam ghaib ni nak block tak boleh. Dah la stalk orang lepas tu touching nak warning2 orang.. Tak 'hantu' la beb! hahahaha... erkk.. kang malam ni dapat warning lagi matilamak... hahahahahaha
Apapun.. benda ni memang wujud tak mustahil dia ada berdampingan dengan kita. Menurut perawat dari rawatan Islam yang aku pernah pergi.. Dia dah lama tinggal kat situ so memang agak susah untuk di halau. Kena rajin2 baca yassin la kot.. Manatau sampai satu masa dia surrender & packing balik kampung dia dalam belantara sana. hehehehe