Showing posts with label Tuan Guru Nik Aziz. Show all posts

TIADA MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK AZIZ

Majlis tahlil selepas kematian memang biasa kita buat selepas kematian ahli keluarga.. Di amalkan sejak dulu lagi sehingga menjadi macam acara wajib pulak selepas kematian ahli keluarga. Aku yang dulu tak faham.. ingat memang wajib la buat kan. Tapi tak reti kena la belajar...

Sumber Astroawani

Pengumuman di buat oleh di FB Page Tuan Guru Nik Aziz mungkin di update oleh anak beliau mengumumkan tiada sebarang majlis tahlil akan di buat untuk Allahyarham, Tuan Guru Nik Aziz. Aku pun terbaca dari status Dr Maza dengan caption 'Alhamdulillah..mengikuti sunnah Nabi s.a.w.



Apapun semoga di hari kedua Tuan Guru Nik Aziz berada di rumah kekal abadinya di kurniakan tidur yang nyenyak sehingga hari kebangkitan nanti. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... 


NAK MATI DALAM POLITIK BUKAN IMAN

Manusia yang taksub politik ni ni.. makan,minum,tidur,bangun,berak,kencing sampai ibadah pun dia akan ambil kira pasal parti & politik. Kiranya dia punya kempen sepanjang zaman bukan musim PRU jer.. Takde cuti 24/7. memang dahsyat la manusia macam ni.. Jangan rasa tak wujud sebab aku pernah kenal manusia2 macam ni la aku jadi takut nak melibatkan diri dalam politik even penyokong je pun. Aku takut aku jadi manusia taksub yang bodoh.

Kematian bukan isu politik.. bukan isu parti.. bukan isu kau sokong sapa.. kau bangkang sapa. Tapi masih ada manusia yang hati & hidupnya hanya untuk berpolitik. siapapun mereka yang pulang kepangkuan Ilahi.. Tak sepatutnya di hambur dengan kata2 kasar apatah lagi keji hanya kerana perbezaan fahaman politik. Siapapun dia even bukan bapak kau atau bapak aku mahupun bapak dia... Kalau tak mampu nak ucapkan kata2 yang baik atau boleh menyedapkan hati mereka2 yang menyanyangi si mati.. cukup diam & tak perlu berkata apa2.


Pemergian Bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi Allah memperlihatkan pada kita manusia2 yang memang hidup matinya untuk politik yang di sokong. Gamaknya.. impian dia nak mati dalam politik bukan iman kot. Nak sampaikan salam Takziah pun tetap nak kaitkan isu politik.. Nak2 lagi statement tu keluar dari seorang menteri... Ya Allah sedih jugak. Sedangkan Dato Seri Najib pun reti bezakan waktu bila nak bercakap soal politik dengan waktu bila tak perlu... kenapa pemimpin bawahan atau penyokong bawahan ni jadi jahil sangat.


Aku nak cakap pasal politik.. aku memang tak pandai. Tapi bila terbaca kenyataan2 macam dari seorang manusia, aku pulak rasa sedih untuk depa. Aku bukan orang baik sangat tapi soal kematian bukan masa yang sesuai untuk jadikan isu politik. Tak boleh ke.. biarkan satu hari di hari perjalanan akhir beliau.. Kita mendoakan & memperkatakan sesuatu yang baik tak kira di dunia kita berbeza fahaman politik dengan mereka. Tak menjadi satu dosa.. & tak kurang kot undi untuk PRU akan datang kalau hanya satu hari kita cakap pasal kebaikkan beliau.


Ni contoh manusia yang hidup mati dia untuk politik & parti dia sokong jer

Kita cuma manusia termasuk Allahyarham.. Kita semua menuju mati. Adakah kita harap orang memperkatakan perkara tak baik tentang kita bila tiba hari kematian kita? Jadilah manusia berakal seperti insan bukan seperti manusia yang pemikiran terkongkong dengan perkara yang kita sokong sehingga tak tahu beza mana yang baik & buruk. Jangan jadi manusia taksub.

P/S : Sama2 kita doakan semoga roh TG Nik Aziz di ampunkan dosanya & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Jika satu dua manusia akal paras buku lali dengan statement politikus belum akil baligh ni bersuara dengan statement tak berapa matang.. Insya Allah lebih ramai lagi mendoakan kesejahteraan TG Nik Aziz di alam sana.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com