NAK MATI DALAM POLITIK BUKAN IMAN
Kematian bukan isu politik.. bukan isu parti.. bukan isu kau sokong sapa.. kau bangkang sapa. Tapi masih ada manusia yang hati & hidupnya hanya untuk berpolitik. siapapun mereka yang pulang kepangkuan Ilahi.. Tak sepatutnya di hambur dengan kata2 kasar apatah lagi keji hanya kerana perbezaan fahaman politik. Siapapun dia even bukan bapak kau atau bapak aku mahupun bapak dia... Kalau tak mampu nak ucapkan kata2 yang baik atau boleh menyedapkan hati mereka2 yang menyanyangi si mati.. cukup diam & tak perlu berkata apa2.
Pemergian Bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi Allah memperlihatkan pada kita manusia2 yang memang hidup matinya untuk politik yang di sokong. Gamaknya.. impian dia nak mati dalam politik bukan iman kot. Nak sampaikan salam Takziah pun tetap nak kaitkan isu politik.. Nak2 lagi statement tu keluar dari seorang menteri... Ya Allah sedih jugak. Sedangkan Dato Seri Najib pun reti bezakan waktu bila nak bercakap soal politik dengan waktu bila tak perlu... kenapa pemimpin bawahan atau penyokong bawahan ni jadi jahil sangat.
Aku nak cakap pasal politik.. aku memang tak pandai. Tapi bila terbaca kenyataan2 macam dari seorang manusia, aku pulak rasa sedih untuk depa. Aku bukan orang baik sangat tapi soal kematian bukan masa yang sesuai untuk jadikan isu politik. Tak boleh ke.. biarkan satu hari di hari perjalanan akhir beliau.. Kita mendoakan & memperkatakan sesuatu yang baik tak kira di dunia kita berbeza fahaman politik dengan mereka. Tak menjadi satu dosa.. & tak kurang kot undi untuk PRU akan datang kalau hanya satu hari kita cakap pasal kebaikkan beliau.
P/S : Sama2 kita doakan semoga roh TG Nik Aziz di ampunkan dosanya & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Jika satu dua manusia akal paras buku lali dengan statement politikus belum akil baligh ni bersuara dengan statement tak berapa matang.. Insya Allah lebih ramai lagi mendoakan kesejahteraan TG Nik Aziz di alam sana.
dh kenapa gila sgt tu..
ReplyDeleteAl Fatihah.
ReplyDeleteSengal pulak yang komen tu... aku pun bukan minat apatah lagi menganggap beliau sebagai ulama'... tapi selagi bergelar manusia mana ada lari dari dosa, at least hormat la insan yang dah pergi... sedih betul sikap...
ReplyDeleteSemoga TG Nik Aziz diampunkan dosanya dan ditempatkan bersama orang2 yang dikasihi Allah SWT... amin...
terkejut saya membacanya..celupar sangat mulut mereka..
ReplyDeletekdg2 tak faham, kerasnya hati mereka sehingga sanggup berkata buruk camtu..dunia akhir zaman mungkin
ReplyDeletemanusia kalau hatinya kotor macam tu lah kan... tak boleh nak beza jahil dan batil..
ReplyDeleteAlfatihah untuk allahyarham.....sayu jugak tengok ramai yg menyolatkan jenazahnya...tambah lagi sedih lagu iringan yg pilu....huhu
ReplyDeleteKesian pada mereka yang hidup dan mati hanya untuk menegakkan politik. Akak memang tak mainlah politik-politik ni. Politik ni tak kotor sebenarnya tapi insan-insan yang bermain politik ni yang banyak mencemarkannya. Kalau dah educated tapi akal letak kat kepala lutut memang takda harapanlah nak membangunkan negara nampaknya :)
ReplyDelete