Showing posts with label isu. Show all posts

BLOGGER BAJET SESUAI REVIEW PRODUK SAMPAH JE

BLOGGER BAJET SESUAI REVIEW PRODUK SAMPAH JE. Sapa kat sini kategori blogger bajet lagi? Alah.. tak paham pulak blogger bajet tu apa. Blogger yang ada buat servis penulisan review di blog dengan kadar harga yang masih bajet & rendah macam den ni la. Eeven blog dah masuk tahun ke 10 hidup di arena blog ni tapi harga masih belum level level tel aviv.


Alhamdulillah.. even harga servis review dalam kategori bajet tu.. rezeki dari blog tu masih ada walau tak la banyak. Boleh la buat tampung tampung beli keperluan sendiri kan? Dari tulis blog apa pun tak masyuk katanya.

Semua orang tahu sekarang saya sedang mencari dana untuk meneruskan bicara tafsiran bagi kes saman yang di kenakan kepada saya oleh Founder Tati. Kalau yang masih tak tahu tu.. Boleh la rujuk pada posting di bawah. (Bagi yang ada account Facebook la).

MISI MENCARI DANA (Saman sivil Founder Tati Vs Blogger Lekatlekit) 
Saya masih buka slot review di blog saya lekatlekit.com untuk sesiapa yang ingin membantu saya mengumpul dana bagi membayar kos guaman bagi bicara tafsiran.
Selain mengambil Slot review anda juga boleh menyumbang melalui 
Maybank acc
514392522914
Nursuria 
Sedikit info berkaitan kes saman yang di kenakan pada saya
Seperti semua sedia maklum tentang keputusan kes saman yang di failkan oleh founder produk kepada saya. 
Dari 11 pertuduhan fitnah, mahkamah memutuskan 3 posting/artikel saya di sifatkan sebagai fitnah iatu.. 
Antara statement yang saya kalah adalah. 
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo 
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! " 
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163 
Untuk melihat Quatation kos guaman bagi bicara tafsiran boleh rujuk pada posting ini : https://goo.gl/QMtFvB 


Bila dah kita mula collect sumbangan ni.. akan datang la langau langau buat provokasi dengan acah acah prihatin nak membantu tapi sebenarnya cuma nak membuntu je.

Alkisahnya seorang ponder sabun detox slimming hapa ntah datang komen kat posting den nak cari dana ni.. Kononnya mula mula dia berniat la jugak nak bantu dengan mengambil slot review dengan saya tapi bila tengok cara supporter den berkomen tak jadi dia nak bantu. Tapi yang sebenarnya dia kalah berdebat dengan Khairul Yoi isu berkiatan produk datang nak lepas geram je.

Saya cakap la kalau produk dia nak saya review pun saya perlukan kriteria bagi menyokong bukti produk tu selamat. Contoh kalau produk yang claim slimming, kurus, bakar lemak macam sabun dia jual tu perlu berdaftar dengan MAL KKM sebab dia bukan lagi di bawah produk kosmetik kalau ada tuntutan macam tu so tak boleh hanya bernotifikasi (NOT KKM). Dia juga kena tunjukkan dokumen yang menyatakan produk dia dah melalui RnD untuk membuktikan produk dia ada khasiat seperti dia claim tapi kalau dah ada MAL KKM tu boleh la skip yang tu. Atau paling kurang labtest bagi membuktikan produk dia bebas bahan merbahaya & terlarang.

Dengan angkuh dia jawab.. Kalau produk dia ada kriteria macam tu dia pun takkan upah blogger bajet macam saya untuk review produk dia. Maksudnya blogger bajet macam saya ni hanya layak review produk produk overclaim yang tak ada kriteria macam tu je la yer cik kak ooi! Apa hang ingat blogger macam den ni hadap sangat ka duit dari hasil jual produk overclaim hang yang tak tau sejauh mana selamat atau berkesan tu. Dengan KKM pun tak berdaftar.. tak payah nak membongak sangat.

Kenapa perlu semua lampiran dokumen semua tu? Untuk memastikan produk tu selamat, tak overclaim & menipu pengguna. Serius.. saya dah tak nak bersubahat dengan produk produk macam tu. Kalau dulu tak tahu.. sekarang saya dah tahu so saya takkan buat lagi review untuk produk produk macam tu. Sabun untuk kuruskan badan?? Secara logiknya.. tak semudah kau mandi sabun sabun badan kau kemudian kurus. Tak ada jalan mudah sebenarnya untuk kurus kecuali rajin mengalamalkan pemakan sihat & seimbang, bersenam & gaya hidup positif.

So pada founder/Agent/Seller produk jangan nak pandang hina atau pandang rendah sangat pada blogger bajet macam saya ni. Hangpa ingat mulia sangat je jual produk overclaim & menipu orang tu? Mulia lagi peminta sedekah dari jual produk produk macam tu tau! At least peminta sedekah tak merisikokan kesihatan orang. dia minta je sedekah.. yang memberi tu kita tahu dah ada ganjaran pahala & yang menerima tu dapat manafaatnya. Dari jual produk kategori sampah macam tu.. Dah la merisikokan orang.. kalau yang guna dapat kemudaratan dah satu hal kos rawatan nak kena keluar sendiri. Hangpa best la dah dapat untung dari menipu orang.

So pada pengguna.. Sebelum membeli apa apa produk kecantikkan atau kesihatan ni ambil la masa fikir secara waras sikit. Sesuatu claim pada produk perlu di buktikan dengan kajian bukan testimoni semata mata. Kalau produk tu claim kuruskan badan tanya yang jual.. apa bukti Ingredient dalam produk tu boleh kuruskan badan? Berapa lama produk tu melalui proses RnD untuk membuktikan keberkesanannya? Apa bukti produk tu dah menjalani prose RnD sebelum di pasarkan? Apa bukti produk tu selamat? Apa nombor pendaftaran KKM dia? Untuk elakkan anda tertipu & mendapat kesan buruk selepas consume sesuatu produk tu.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna senang kena pijak.

BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN

BILA DI DATANGI PENGEMIS MINTA DUIT DENGAN ALASAN NAK MAKAN. Sapa pernah berdepan dengan situasi ni? Kalau den dengan laki den banyak kali ok. Almaklum la hidup di bandar golongan macam ni memang ramai sangat. Boleh jumpa kat mana mana je. Ada yang betul betul susah.. ada yang ambil kesempatan, ada warga tempatan & ada juga warga asing. Almaklum la ibu kota ni tempat tumpuan pelbagai golongan.. dari sekaya kaya manusia sehingga  semiskin miskinnya. Warganegara tak payah cakap la.. Nak nak lagi kat malaysia ni kan? Tempat tumpuan warga asing nak cari rezeki. Yang masuk secara sah, secara haram & ada yang masuk sebagai pelarian under UNHCR.


Berbalik pada topik. Hangpa pernah tak, tengah tengah prepare nak makan tak kira kat restoran, gerai, fastfood tetiba someone dengan gaya pengemis datang minta sedekah. Normally minta duit la. Lepas tu alasan lapar nak beli makanan. Apa tindakkan hangpa kalau orang tu minta duit nak makan?

Kalau saya & suami.. Kalau sekadar datang hulur tangan minta sedekah kadang kadang tak bagi juga. Sebab kita tau peminta sedekah sekarang kebanyakkan bukan sebab susah tak mampu kerja tapi dia jadikan minta sedekah tu satu kerjaya. Sebab mudah & pendapatan dia lumayan. Kalau yang minta secara menjual.. Kita beli jugak jualan dia bagi tujuan membantu. Tapi kalau yang tengok muka macam something wrong somewhere.. Bau pun lain macam. Bukan busuk sebab tak mandi ke apa.. Bau bau minuman keras bagi datang minta duit alasan lapar nak makan. Kita tolong juga. Tapi suruh dia pergi order nak makan apa kita bayar. Duit memang tak bagi la.. Sebab tau jenis orang macam ni satgi kalau bagi duit dia pi membotoi. Kalau betul betul dia lapar.. kita bagi dia makan, ok dia kenyang.

Tapi ada juga yang datang minta sedekah alasan lapar tapi bila suruh order makan dia tak nak. Nak duit. Yang spesis tu.. sila mereput la! Nampak sangat membohongnya. Kau cakap lapar.. Orang nak belanja makan tak nak. Kau lapar menatang apa sebenarnya? Banyak tau spesis ni guna taktik & alasan lapar nak dapatkan duit untuk beli something macam arak/dadah atau apa2 benda yang depa sedang ketagih. Nampak gaya macam pengemis tapi mengemis untuk sesuatu yang salah. So, kalau kita bagi duit memang macam menyokong pulak depa untuk terus ambil barang barang terlarang.

Kat sabah pun ramai budak budak kecik yang datang minta sedekah alasan nak makan.. Tapi bila orang bagi makan dia tak nak pulak. Ni pengalaman sendiri masa bercuti kat sabah dulu. Lupa dah tahun bila.. Yang berseluar tak berbaju, yang berbogel.. Nampak macam bajau laut tapi menurut orang sana budak budak bukan orang sabah. Tapi warga asing. Ni pun akan buat kita jadi serba salah. Kita nak makan dia tercongok kat depan kita. Ajak makan tak nak.. Nak duit. Di bagi sorang datang lagi ber orang orang.

Zaman sekarang kalau nampak macam ada tak kena, kena juga bersangka buruk. Memang sedekah kita bagi antara kita dengan Allah tapi mungkin niat kita buat kerana Allah cuma takut benda tu menyumbang kepada perkara yang tak elok. Jadi tak salah pun kita bersangka buruk pada sesuatu yang kita rasa macam ada tak kena dengan niat kita tak nak pertolongan kita di salah guna untuk sesuatu tujuaan yang tak baik, memudaratkan & mengundang jenayah.

Moral of the story.. Sedekah tu satu perbuatan yang baik tapi tu la zaman dah berubah. Ramai yang ambil kesempatan. Jadi pandai pandai la menilai. Jangan tersedekah dengan scammer sudah.

PEMBOHONGAN BANYAK BERLAKU DALAM LIRIK LAGU CINTA

PEMBOHONGAN BANYAK BERLAKU DALAM LIRIK LAGU CINTA. Sedar tak sedar kita memang membesar dengan lagu2.. Terutama lagu2 cinta ni. Dari zaman P.Ramlee sampai la zaman Keke do you love me? erkkk... tetiba keke pulak kan kekekekeke. Saja je nak jugak cuit2 benda benda yang tengah jadi trending.

Berbalik pada Isu Pembohongan banyak berlaku dalam lirik lagu cinta ntah kenapa hari ni nak dengar lagu ARMADA, Asal Kau Bahagia katanya. Actually  mula2 memang tak tahu lagu sapa tajuk apa. Tapi zaman google.. kau ingat sebaris lirik lagu pun kau dah boleh dapat full song. Apa susah. Dengar la full song kat youtube sambil feel macam anak dara sunti baru putus cinta. Konon!!


Bila dengar & fikir fikir balik.. Alah, dalam lagu kau boleh la cakap macam tu. Bagi sedap jalan cerita tapi kalau berlaku dalam realiti majoriti mana ada sejenis kisah macam lirik lagu. Contoh lirik lagu ARMADA ni.. sat.. sat copy paste lirik lagu dia. Baru senang nak mengecam katanya kekekekeke

Yank…kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku.. rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku
di dalam hidupmu
Hingga kau curangi aku..

Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku
di dalam hidupmu
Hingga kau curangi aku..

Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia

Pembohongan yang jelas nyata dalam part lagu ni adalah kat part ni..

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Kurela kau dengannya asalkan kau bahagia la sangat. Majoriti tak ramai yang akan rela di curangi kemudian demi kebahagian orang dia sayang, dia rela, ikhlas orang tu pergi kat orang lain. Majoriti terpaksa lepaskan bila dah pasangan dia memang tak boleh nak pujuk. Atau sebab dah sakit hati kena tipu.. Ego & rasa tercabar buat dia tak boleh terima dah pasangan yang curang. So dia lepaskan.. Tapi majoriti memang pada peringkat awal memang akan sumpah seranah.. Nak mendoakan semoga kau bahagia ikhlas tulus dari sekeping hati yang tengah frust menonggeng tu memang payah la. Maybe ada tapi jumlahnya sangat kurang.

Dalam lagu boleh la kau goreng.. Ku rela bagai. Dalam realiti ku rasa macam nak siat2 kau hidup hidup jer.. betul tak? hahahahaaha


Kebanyakkan dalam lagu cinta memang macam ni.. Tapi hakikatnya dalam realiti bila kau cinta sangat seseorang tu sangat mustahil kau rela nak lepaskan untuk dia berbahagia dengan orang lain & kau akan rasa senang hati tengok dia bahagia walau kau derita. Tu semua drama sangat ok! Realiti kau akan kecewa & kau harap dia akan rasa apa yang kau rasa satu hari nanti. Masa kau tengah frust la.. Bila kau dah move on & dah boleh maafkan dia.. Maybe feel tu dah lain so kau redha & dah boleh mendoakan kebaikkan buat dia.

Sebab tu lagu ni ada situasi sangat tak bagus kita layan.. & ada masa lagu menjadi terapi kepada kita yang maybe stress. Tapi kalau baru putus cinta ke, bercerai berai ke mohon jangan la dok dengar lagu2 macam ni. Takut ada buat terjun tiruk dari tingkat 14. Cari sesuatu yang boleh menenangkan 'Rohani' kita. 

Moral of the story.. Dengar lagu tak salah.. Kena pada situasi mungkin membawa kebaikkan tapi kalau salah timing dengar lagu tak mustahil bawa kemudaratan. Apapun yang kita buat yang baik pun boleh jadi mudarat kalau keterlaluan.

AKTIVIS PPIM YUSOF AZMI BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

AKTIVIS PPIM YUSOF AZMI AKAN DI TAHAN UNTUK SIASATAN KERANA MELAKUKAN PENCEROBOHAN. Kalau ada yang mengikuti kes  Yusof Azmi Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetuai serbuan sebuah premis pajak kenderaan untuk merampas balik kereta pengguna yang di dakwa di tipu oleh syarikat tu.. Hangpa tau la kes apa.


Actually Encik Yusof Azmi ni aku pernah jumpa masa cuba mohon bantuan di PPIM untuk kes saman aku ni. Aktivitis PPIM ni normally semua yang kita boleh bersembang. Takde rasa janggal untuk kita berbincang dengan mereka. Pendek kata jenis2 kekwat bagai memang tak ada dalam tu. Dia pernah minta tolong aku untuk share satu video di media sosial masa tu. Masa aku ke PPIM haritu selain jumpa Yusof Azmi ni kebetulan dia ada kat situ, dapat jumpa Dato Nadzim ketua aktivis PPIM.

Berbalik pada isu aktivis PPIM Yusof Azmi ni.. Aku respect juga dengan keberanian dia. Kalau tengok dari segi fizikal orangnya kecik & kurus jer tapi keberanian dia menegakkan kebenaran & membantu pengguna yang tertindas tu kat situ rasa kagum jugak. Walau sekarang mungkin Yusof Azmi bakal berdepan dengan tindakkan undang undang kerana di dakwa menceroboh ke premis perniagaan orang lain.

Setelah beberapa hari isu berkaitan serbuan PPIM ke atas premis pajak kenderaan milik syarikat AAGR kecoh di laman sosial, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang komen dari Ketua Polis Kajang susulan jutaan netizen melabel beliau telah menerima sogokan dari syarikat berkenaan.
Ini kerana, selepas kekecohan itu berlaku, Polis Kajang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yusuf Azmi selaku ketua kepada misi serbuan berkenaan akan ditahan kerana melakukan pencerobohan ke atas premis terbabit.
Perkara itu ternyata menimbulkan tidak puas hati dikalangan netizen kerana Polis Kajang dilihat seolah-olah memihak kepada syarikat yang melakukan jenayah dan bukannya kepada mangsa. -
Polis Kajang sepertinya terus mengambil tindakan sebaik sahaja menerima laporan daripada Syarikat AAGR yang dipercayai milik Datuk Kabi sedangkan sebelum ini puluhan laporan dibuat oleh mangsa yang terpaksa menanggung risiko akibat ditipu oleh syarikat berkenaan. Sumber Blog PPIM

Dalam nak berkhidmat pada masyarakat ni.. Bukan mudah. Apa yang saudara Yusof Azmi ni buat bukan untuk kepentingan peribadi tapi untuk membantu pengguna yang teraniaya alih alih dia mungkin di kenakan tindakkan undang undang. Tapi sebab dia aktivis PPIM sebuah NGO yang ternama kat Malaysia ni.. Mungkin kat situ dapat membantu dia la kot, Insya Allah. Allah akan membantu orang2 yang benar.. Tak macam den ni, sapo la den kan. Kono saman pun jenuh den nak mengemis bantuan sano sini.. Tapi takpo orang kata, usaha tangga kejayaan. Berusaha la selagi ada daya upaya. Bila dah sampai limit kemampuan tu maka berhenti. Sebab Allah itu sebaik baik perancang jadi bersangka baik dengan perancangan Allah.


Apapun kepada saudara Yusof Azmi ramai yang menyokong di belakang anda sebab ramai yang tahu apa yang anda buat adalah kerana berkhidmat untuk masyarakat. Den nak pi jumpa Yusof Azmi ni belum ada maso. Hari tu dio ada mesej den mohon den datang jumpo dia.. untuk kes saman sivil ni. Den memang ada buat aduan ke PPIM kes saman ni. Ada kaedah PPIM nak bantu cuma tu la nak dapat kerjasama dari orang lain agak susah. So, kalau ada kerjasama dari semua pihak, Insya Allah boleh la membantu.

Moga satu hari aku boleh jugak berkhidmat untuk masyarakat macam mereka. Memperjuangkan hak pengguna & hak orang awam yang teraniaya. Sekarang ni banyak keterbatasan pergerakkan buat aku susah nak sertai apa2 aktiviti amal atau kebajikan. Cuma mungkin melalui penulisan aku boleh bagi kerjasama. Apa yang berlaku pada aku sekarang seolah olah menaikkan semangat aku untuk menjadi seseorang yang boleh berkhidmat pada masyarakat.

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAKAL TUNAI UMRAH & RASA TERANIAYA?

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAKAL TUNAI UMRAH & RASA TERANIAYA? Amboi Puan lekatlekit puaka gunung gondol ni.. Kemain meriah kan hang dok up entri pasal Produk ni. Tak ada apa la.. Pengasas dia pun dah macam selebriti kat media sosial sejak dua menjak ni kan. Almaklum la produk dia semakin popular & hangat di perkatakan.. Mesti ramai nak tahu apa aktiviti dia kan. Lumrah public figure memang ramai peminat maka sebagai penyampai.. Den menyampaikan khabar jer..

Terbaca kat satu pos di Page Pengasas Produk tati Skincare ni. Tapi dia tak buat la post pasal nak pi umrah cuma dia buat post something yang krik krik krik.. Seolah2 sedang memberi tahu tentang apa yang sedang melanda diri dia sekarang. Yelah.. Semoga bertabah buat Puan. Dok baca la jugak komen2 follower dia.. tengok ramai jugak dia reply. Kat situ dia ada bagitau dia bakal pergi menunaikan umrah pada 15 - 24 April. Alhamdulillah.. Rezeki dia menjadi tetamu Allah, Insya Allah. Bukan semua orang di rezeki kan kesana even harta berkoyan koyan macam jamal pak tongkol saudagar unta tu. Hanya insan - insan terpilih jer Allah jemput jejak kaki ke tanah suci ni.


Dalam banyak banyak komen dok bagi kata2 semangat tertarik dengan satu komen ni.. Hangpa baca la noh cheq screenshot kat bawah tu. hehehehehe


Cuma masalahnya kita tak tahu sapa menganiaya & sapa teraniaya. Hanya pengasas Tati Skincare je tahu dia di pihak teraniaya atau menganiaya kan? Bukan apa.. pasal kontroversi produk tu kalau kata satu khianat & sabotaj.. Apa yang di laporkan walau bukan dari akhbar malaysia tapi di sahkan oleh pihak yang di iktiraf. Bukan dari bekas pengguna.. Kalau baca dari komen2 bekas pengguna pun terlalu banyak feedback yang kurang baik tentang produk tu. So, berhati hati la kan.. Takut kita dok pretend teraniaya sedangkan sebenarnya orang lain yang di aniaya. hehehehe

Tapi statement teraniaya tu bukan la dia buat secara direct to the point oleh pengasas dia.. Cuma hint2 dari kiasan kata kata tu ada gambaran sedang di uji dengan dugaan yang hebat takhkala ni. Cuma komen dari pengikut dia je yakin macam orang menganiaya produk tu.

Pasal kontroversi produk tati skincare tu hope ada campur tangan dari kementerian kesihatan Malaysia untuk buat ujikaji terhadap produk tu & dapat keluarkan keputusan supaya pengguna tahu samada ia betul - betul bebas bahan merbahaya atau sebaliknya. Sebab produk tu pun tak tau kat mana kilang dia.. Kat mana ujikaji di buat.. So, boleh timbul macam2 spekulasi tak baik. Jadi adalah yang terbaik pihak kementerian kesihatan campur tangan.

Moral of the story.. Zaman semua orang berlumba lumba nak cantik ni memang ada yang sanggup ambil risiko dengan guna produk2 yang merbahaya padahal boleh ja nak cantik ikut guna produk yang di jual di farmasi. tak berisiko & berbaloi untuk cantik ok! better la dari guna produk yang mempunyai tahap chemical & merkuri yang tinggi kan? Biarlah nampak lambat kesan dia dari merosakkan kulit hangpa.

P/S : Gamaknya pengasas produk yang jadi kontroversi ni depa pakai ka dak produk yang depa juai tu?? Tanya ok bukan spekulasi hehehehe

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS. Normally kita biasa dengar budak2 pintar cerdas ni budak genius la kan.. Yang kategori keperluan khas selalunya yang ada masalah fizikal,mental, kelakuan & pembelajaran sebab kita dok nampak yang kat kelas pendidikkan khas ni kebanyakkan kanak kanak macam tu jer. Mana ada budak2 terlebih pintar duduk di kelas pendidikkan khas. Tapi tu la.. Bila seseorang kanak kanak tu mempunyai kebolehan atau kemahiran yang tidak sama dengan kanak kanak normal atau tipikal ni kategori keperluan khas la sebab keperluan mereka tidak sama seperti rakan sebaya so menyukarkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam satu kelas yang sama.


Tadi tertengok rancangan wanita hari ini membincangkan isu pendidikkan kepada kanak kanak keperluan khas ni. terdengar Panel jemputan seorang pakar psychologist kanak - kanak tu cakap.. Bukan kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran, fizikal & mental je di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas tapi kanak kanak yang kategori pintar cerdas juga di letakkan bawah kategori keperluan khas juga. Kerana golongan kanak kanak macam ni tahap pemikiran & kepandaian mereka terlebih advance so kemahiran kognitif mereka tidak sama dengan kanak kanak normal @ tipikal. Jadi mereka perlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk mereka belajar.. Jadi mereka jugak tidak sesuai di tempatkan di kelas yang sama dengan rakan sebaya. Di sebabkan itu mereka di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas juga.

Antara Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau obses dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Walaupun golongan kanak kanak pintar cerdas ni bijak tapi tetap ada kekurangan mereka sendiri.. Jadi ibu bapa, guru & orang sekeliling perlu tahu cara untuk mendidik mereka yang dari golongan ini

Antara Permasalah dari segi perkembangan tidak selaras dengan usia mereka

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka jadi bimbang dengan masa depan, kematian ,seksualiti & isu isu yang kurang sesuai di fikirkan dalam usia mereka.

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan melakukan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan.

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan didikan & disiplin yang betul walaupun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu lebih prihatin  supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap yang suka pada kesempurnaan boleh menyebabkan mereka jadi takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini boleh menyebabkan mereka akan mengalami menjadi pendiam  ‘introverted’ dan mungkin boleh menyebabkan masalah kemurungan.

Tak kira anak kita kategori normal, masalah pembelajaran atau genius sekalipun mereka tetap seorang kanak kanak yang masih perlukan perhatian & bimbingan dari ibu bapa & orang yang lebih dewasa. Jangan ingat anak genius ni sudah dewasa untuk membentuk kehidupan sendiri. Mereka mungkin bijak dalam sesetengah perkara namun masih ada sudut mereka belum matang untuk membuat keputusan terhadap diri sendiri.

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING

FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING. Tertarik pulak aku dengan kontroversi yang semakin viral tentang Fynn Jamal ni.. Actually bukan la aku nak komen pasal kenyataan berani dia tentang solat tu.. Cuma tertarik dengan teguran seorang ilmuan alim dan faqih terhadap Fynn Jamal & juga nitezen yang mengecamnya..


Satgi orang tak paham pulak kes apa solat macam anjing bagai ni.. Bagi yang tak ikuti kontroversi tu aku story sikit la yer.. Bukan nak mengaibkan Fynn Jamal ke sesapa.. Sekadar nak bagi jelas apa yang berlaku. Fynn Jamal memuat turun 1 video menerangkan cara solat yang betul. Dalam video tu dia dengan yakin cakap.. Solat lelaki & wanita adalah sama. Cara kita solat selama ni adalah salah.. Sebab masa nak sujud tu kita kepitkan ketiak kan.. Sebab terlalu yakin keluarkan fatwa konon cara tu salah maka Fynn Jamal di kecam. Yang pasal Solat macam anjing tu.. Dia mengaitkan dengan hadis Rasullullah katanya.. mengumpamakan solat macam tu solat macam anjing.. Alahai.. macam tak best pulak aku rasa nak tulis balik statement Fynn Jamal ni.. Korang tengok sendiri la video kat bawah ni..


Sebab terlalu yakin mengeluarkan fatwa sendiri.. Maka buat sekian kali Fynn Jamal di kecam. Tampil membetulkan kenyataan Fynn Jamal tu seorang ilmuan alim dan faqih.. Boleh baca penjelasan beliau kat bawah ni..

Ramai yg minta pada siapa saya tujukan status ptg tadi. Ni, ha mari kita dgq dulu penjelasan akak Fyn Jamal. Dia kata solat lelaki dan perempuan adalah sama. Dia menggunakan dalil hadith tapi tak kena pada tempatnya. Bukan nak serang tapi nak terang supaya kita tak terpengaruh! Semoga Allah berikan kefahaman yg benar pada Akak fyn Jamal dan kita semua.
Mari kita dengarkan penjelasan daripada ustaz yg benar2 ustaz dan mengaji.
Daripada Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah. 
SOLAT ORANG PEREMPUAN.
Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH. 
Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini: 
M A Z H A B H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .
"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara". 
M A Z H A B M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.
"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها
"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها
"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya". 
M A Z H A B S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:
والمرأة تضم بعضها إلى بعض.
"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض
"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain" 
M A Z H A B H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':
والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود
"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud". 
K E S I M P U L A N :
Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.
Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara: 
1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?
Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.- Kredit Mohammad Muzani

Apa yang paling aku tertarik adalah teguran dia pada nitezen.. Aku anggap teguran untuk diri aku jugak la walau aku tak terlibat pun dalam isu Fynn Jamal ni. Cuma mungkin sebelum ni pernah termelakukan perkara yang sama kan.. Sejahat jahat manusia tu tidak la sejahat Firaun yang mengaku Tuhan. Jadi.. Mungkin Fynn Jamal tersilap dalam perkara ni kerana tidak merujuk dulu kepada mereka yang lebih arif & lebih berilmu tapi tak bermakna dia sengaja nak sebarkan fatwa songsang. Rasanya dia tak ada niat sampai macam tu kot...

Apapun semoga jadi pengajaran kepada kita semua.. Nak menyebarkan apa perkara sekalipun terutama berkaitan hukum hakam melibatkan agama ni.. Pastikan rujukan kita itu sahih supaya tidak tersebar apa2 fatwa, hadis atau petikan ayat2 Al Quran yang palsu.

Moral of the story.. Apapun yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan peringatan agar tidak tidak termelakukan perkara yang sama di zaman Viral ni.

HATI HATI.. PANGGIL ORANG TIDAK DI KENALI 'KAKAK' DI ANGGAP TIADA ADAB

HATI HATI.. PANGGIL ORANG TIDAK DI KENALI 'KAKAK' DI ANGGAP TIADA ADAB. Ingat tu jangan sesapa berani panggil lekatlekit kakak ok! Nak2 lagi yang lahir sebelum tahun 2000an. I kan generasi yang lahir tahun 2000an katanya... hahahaha. Aloooo.. Gurau sikit pun dah muntah2 macam orang morning sickness. Yelah.. yelah.. I dah kertua tapi jangan sesekali berani panggil I kakak. I tak suka ok!


Apa kes pulak tetiba lekatlekit meroyan tak bagi orang panggil dia kakak ni. Perasan awet muda sangat ke camna?? Erkk... bukan I yang tak bagi orang panggil I kakak cuma I akan rasa janggal bila orang sebaya atau lebih tua panggil I kakak.. Kang I hadik hadikkan dia nampak biadap pulak. Tapi bila I kakak kakak kan dia.. dia marah jugak. Habis tu apa I perlu panggil dia. Kena ikut bahasa rasmi ke? Cik, Miss, Puan.. Sis .. erkk.. sis tu panggilan hispter sikit. Tapi orang lebih suka di panggil sis dari kakak katanya.

Alkisahnya terbaca satu post seorang perempuan, isteri & ibu ni tak puas hati katanya ada satu pasangan yang pada pandangan mata kasar dia lebih tua dari dia tapi panggil dia kakak. Dia rasa macam benda tu kurang adab. Dia lebih selesa orang panggil dia cik, puan atau sis jer... Kakak ni bagi dia panggilan yang tak sesuai untuk di panggil pada orang yang kita tak kenali. Yelah masing - masing tak tau umur berapa ye dak.. So dia isukan benda ni kat satu support group di facebook.

Bagi aku la.. Benda ni bukan isu adab ke hapa. Isunya kau tak suka orang anggap kau lebih tua dari kau jer. Padahal panggilan macam tu panggilan atas rasa hormat jugak. Kalau dia tak respek kau.. dia hoi hoi kan kau jer. Lagi sakit hati dari di kakak kan kau. Dari kena hoi better la kakak kan.. Kadang2 panggilan kakak ni bukan sebab dia rasa kau lebih tua dari kau. Aku pun biasa pakcik & makcik penjaja panggil kakak.. Bukan la depa rasa depa lagi muda walau terang terang depa pun ada anak sebaya atau lebih tua dari aku. Cuma panggilan tu panggilan yang orang kata lebih mesra. Untuk buat orang rasa senang nak berurusan dengan depa. Tu untuk urusan tak rasmi la. Banyak faktor & sebab orang panggil kita kakak tak semestinya sebab orang rasa kita lebih tua dari dia. Bergantung pada situasi jugak.

Memang ada orang tak suka orang kakak kan dia walau dia level kakak.. Jadi bila jumpa dengan orang yang baru kenal kalau dia tak bahasakan diri dia kakak so kalau tak nak formal sangat panggil cik atau puan.. Just sebut Sis sudah. Sis ni boleh jadi adik boleh jadi kakak.. So, terpulang la pada orang tu nak anggap dia kakak ke adik dengan kita. Kang kau kakak kan dia.. Terus dia rasa tak puas hati tak pepasal la pulak dia benci kau & tak selesa berurusan dengan kau.

Walaupun kadang2 aku ni dari belakang nampak macam budak sekolah rendah katanya.. tapi sedar diri dah masuk zon kertu. So, aku malas nak feelling adik adik sangat. Kalau orang panggil aku kakak.. aku kakak kan jer. Pernah ada perempuan umur 40 tahun kat facebook panggil aku kakak.. Yelah.. aku kakak kan je la diri aku. Atau aku bahasakan diri saya jer. Settle. Kau berangan la adik adik kat situ takde sapa nak layan hahahahaa

Kalau untuk urusan formal.. Biasakan diri guna bahasa ganti diri yang formal. Cik, Puan,Miss, Madam.. Aku memang dah biasa untuk urusan rasmi tak kira tua muda miskin kaya.. Aku akan guna kata ganti diri yang formal. Puan, Cik, Miss macam tu.. Even dengan therapist anak aku yang kalau kat UKM clinic tu kebanyakkan semua student dok practical.. still aku panggil dorang Miss.. Tak pernah aku panggil nama dorang. Sebab tak kena pulak aku nak adik adikkan depa. Rasa macam orang tak sekolah la pulak. Tapi kalau jumpa parents yang sama2 hantar anak terapi kat situ.. Memang la jarang nak sebut puan ke hapa.. Kalau orang bahasakan diri dia kakak.. aku panggil la kakak. Kalau depa cakap guna bahasa formal, aku pun ikut je la rentak dorang.. Tanda aku pun pernah pergi sekolah. hahahaha

Biasa la perempuan kan.. masa remaja belasan tahun dia tak sabar nak jadi dewasa. Bila nampak lebih dewasa dari umur itulah jadi kebanggan dia. Bila dia mula masuk 25 tahun ke atas time tu dia suka feelling muka dia konon macam awet muda sangat macam remaja belasan tahun katanya. Jadi dia memang rasa down bila orang panggil dia kakak apatah lagi acik. hahahahah. So korang kat luar sana kena alert pasal ni ok! Mengembirakan hati orang tu kadang2 boleh bagi banyak keuntungan pada diri kita terutama bila kita adik adik kan mereka yang jelas terpancar ketuan di wajah tu. Mesti depa suka punya hahahahaha

Moral of the story... Orang dewasa ni tak boleh terima kenyataan orang kakak kan dia.Jadi bila kita berdepan dengan orang dewasa.. kau hadik hadikkan la dia.. Insya Allah mesti dia terus mesra dengan kau. Hahahahaha

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT. Masa mula2 tulis blog serius tak terlintas dalam hati aku akan di kenali dengan blog cerita seram ni. Sebab masa mula2 tulis blog lebih kepada personal & kisah2 berkisarkan aktiviti aku dengan online radio jer.. Almaklum la time tu sibuk dok bercinta katanya hahahaha.. Lepas tu aktif ber DJ kat radio online. So, kisah2 hidup cheq ja jadi inspirasi cheq menulis. Masa bujang pergerakkan tak terbatas.. Masa banyak habis kat luar dari dalam rumah berbanding sekarang masa banyak habis kat rumah berbanding di luar. Jadi aku terpaksa lebih kreatif untuk mengisi kekosongan di blog katanya.. hehehehehe


Dulu aku banyak mengupas kupis isu2 semasa.. isu2 yang berlaku di media sosial.. Lepas ada anak aku tak dapat lagi nak tengok wayang so aku mula berjinak jinak jadi collector dvd filem seram sebab aku memang suka tengok filem seram berbanding genre lain. Contoh filem yang aku tak minat nak tonton, filem2 macam ni >> 4 Benda Pelik Yang Buat Orang Tertanya-Tanya Pasal Wolverine Baru Ini<< aku Kurang minat sikit la walau ramai orang suka. sebab cerita2 aksi & fiksyen macam ni.. bukan selera aku sangat. Aku suka filem2 seram yang natural. Cerita pontianak.. hantu raya... saka bla.. bla.. bagai macam tu. Tapi kalau filem Resident Evil tu aku suka la pulak. Maybe sebab ada zombie. Yang mula2 la.. Yang baru2 ni.. tak tau la taste ke tidak. hahahahaha

Dari situ timbul idea nak berkongsi review filem seram, kisah seram bagai kat blog. Tercetus ni bukan dari inspirasi sesiapa la.. Tapi dari minat aku sendiri & aku manafaatkan benda tu dalam blog. Walaupun dah ramai blogger buat blog cerita seram ni. Aku bukan pencetusnya tapi tetap apa yang aku buat bukan ter inspirasi dari mana mana blog, ok!

Sedar tak sedar blog lekatlekit sekarang dah terkenal dengan cerita seram. Walaupun blog aku bukan sekadar kongsi kisah seram je. Macam2 aku sumbat dalam blog ni. Segala review produk skincare, kosmetik, service, isu semasa,gosip,hiburan,review drama & filem.. pendek kata baca blog lekatlekit ni dah macam surat khabar. Macam macam ada. Astro pun jatuh ranking no 2 ok! hahahahaha. Memang rojak habis la kan.. Cuma sebab mungkin bila semakin banyak kisah seram dalam blog ni dia jadi macam satu trademark pulak untuk blog lekatlekit. Lagipun penulisan aku memang dah berpuaka kalau tak tulis cerita seram pun. Tu ramai haters hahahaha...

Semalam perasan satu entri kisah seram dari blog aku tetiba dapat view yang agak banyak. Tak tau siapa yang share.. Cuma pagi ni perasan Page Jangan Tutup Lampu SuriaFM mention aku kat post share entri tu. Maybe Page Jangan Tutup Lampu yang menyumbangkan traffic ke blog lekatlekit la kot.. Viral kecil kecilan je la entri tu.. Untuk 1 malam yang tak sampai 24 jam tu.. Cecah 4 angka pageviews jugak la. Ok la kan.. menyumbang traffic di blog lekatlekit katanya. Terima kasih yang berkongsi & sudi baca entri tu yer... rerajin la korang mentelaah cerita2 kat blog ni selalu ok supaya hidup anda di selungi misteri.... hahahahaha

Peminat Cerita Seram Meh Like Ramai Ramai Page ni

Sebenarnya apapun kita nak buat make sure kena istiqomah.. Jangan guna asyik meniru je. kena kreatif dalam penulisan blog ni. Dalam berblog kita kena cari sesuatu yang boleh buat orang kenal blog kita. Tak semestinya hangpa kena tulis cerita seram jugak & belum tentu hangpa tulis cerita seram blog hangpa akan di kenali sebagai blog cerita seram. Tak kira la apa konsep atau genre atau niche yang hangpa nak ketengahkan.. Yang penting create benda tu sampai jadi identiti. Identiti tu la yang membantu blog kita lebih menyerlah.. jangan hangat hangat taik ayam jer.. kalau hangat hangat taik ayam je maka yang kau dapat taik je la. Bila dapat taik jangan sedih yang busuk2 je kau dapat hidu.. hehehehe


Satgi ada pulak dok muncung2 tepi telinga.. Macam la hebat sangat blog lekatlekit tu. Kalau nak kata hebat ada yang lebih hebat tapi biaq pi la aku nak rasa blog aku hebat jugak. Sebab rasa tu kadang2 membantu memberi motivasi kepada diri sendiri ok!. Hahahahaha.. At least tak ada rasa down sangat nak terus berblog kan.. Ni aku belajar dari blogger Kak Diana Rashid. Kita kena angkat blog sendiri.. Istilah blog tepian longkang yang aku suka guna dulu, aku cuba hapuskan dalam diari seorang blogger. Harus sentiasa cakap blog kita hebat.. Sebab kata2 tu pun satu doa. Jadi tiap2 hari buka je blog niat dalam hati.. "Nak update blog paling hebat di dunia." hahahaha... Insya Allah.. dalam banyak2 doa, mana tau ada satu hari Tuhan Makbulkan.. siapa tahu.

Moral of the story.. Tulis la apa yang kita tahu, kita suka, kita minat & kita selesa. Insya Allah benda tu membantu penulisan kita lebih menyerlah & nampak natural. Tak nampak la sangat kau sekadar ikut je apa orang buat padahal kau sebenarnya tak berbakat pun hahahahaha.

P/S : Sesiapa ada kisah seram yang nak di kongskikan di blog lekatlekit boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO. Ada jugak aku nampak sejak semalam jadi viral satu gambar baby bersama salinan surat beranak dia. Kat situ tertera nama Muhammad Putra Naruto Bin Mohd Shah Rizal. Hari ni baru aku tau rupanya dia anak seorang pelawak yang terlahir dari satu rancangan realiti tv iatu Shah Tapaw. Kalau sebut nama shah Tapaw serius aku pun tak tau yang mana satu tapi tengok gambar baru tau.. Oo.. dia ni rupanya shah tapaw. Ada la nampak keluar TV cuma tak ambil kisah sangat nama dia hahahaha


Katanya salinan surat beranak tu dia edit je dengan nama tu.. Tapi dia mengaku memang mula2 dia nak bagi nama anak dia Naruto di sebabkan keluarga semua tak setuju so tak jadi dia nak menamakan anak dia macam tu. Apa ke pelik bapak budak ni nak bagi anak nama Naruto hahahaha.. Kalau pun minat sangat dengan watak kartun Naruto tu jangan la obses sangat yer. Bagi la nama elok sikit kat anak. Nasib baik keluarga dia tak setuju.. Buatnya family dia tak tegah.. Gamaknya memang anak dia nama Naruto jugak.

Bila dia upload gambar dengan nama anak dia macam tu ramai yang mengkritik dia.. Nitezen pun cepat sangat percaya. Edit benda2 macam tu simple sangat kot. So korang kena belajar jugak ok! Jangan terus nak kecam je tanpa usul periksa.

Dia buat macam tu katanya saja nak usik ahli keluarga dia. Konon saja nak bagi depa percaya dia betul betul letak nama anak dia macam tu. Alih2 orang lain pulak yang terlebih percaya & terlebih concern hahaha. Almaklum la rakyat Malaysia memang sangat prihatin. hehehe


Apa dia buat tu bukan nak mencetuskan kontroversi cuma dia tak sangka benda tu boleh jadi viral pulak. Tak payah bergurau pelik pelik sangat la nak2 lagi kau tu seorang retis harus la jadi viral kan. Tapi dari awal lagi aku memang boleh agak benda tu cuma di edit jer. Sebab tu aku malas nak ulas pada permulaannya. hahahaha. Nama anak dia Putra Iyyad bukan Naruto yer. hehehehe

Moral of the story.. Nama yang baik menjadi doa yang baik tiap kali orang menyebutnya. Tapi nama yang membawa maksud yang baik tak semestinya di ambil dari nama arab sahaja ok! 

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK. Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak..


Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni.

Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Nak2 benda tu di lontarkan di khalayak ramai secara umum.. Main yang dia maksudkan tu pepaham je la kan main apa. Bukan main konda kondi ok.. Benda - benda macam tu adalah perkara yang rasanya tak manis di jadikan bahan gurauan macam tu nak2 lagi kat orang yang di uji tak ada zuriat ni. Kau ingat kau terer sangat ke 'Main' anak berderet cukup 1 team bola tu?? Kau ingat sebab kau pandai main ke kau dapat anak? Hek kau!!

Mungkin sesetengah orang boleh terima gurauan macam tu tapi kena tahu bukan semua orang boleh terima nak nak lagi bagi golongan yang di uji dengan tidak di kurniakan zuriat. Golongan macam ni selalunya agak sensitif bila orang sebut berkaitan zuriat ni apatah lagi dengan memalukan mereka dengan gurauan macam tu. Boleh menyebabkan mereka stress, tertekan, malu & depression juga ok! Jangan di sebabkan kita yang bergurau tak kena tempat ada yang cuba membunuh diri pulak.

Kena ingat bukan saja tak ada anak tu ujian malah yang ada anak ujian lagi besar ok! Kau nak kena tanggung dosa pahala anak selama dia berada di bawah tanggungjawab kau. At Least orang tak ada anak ni.. kat sana dia tak ada soal jawab cara dia membesarkan anak. Kita ni nanti yang nak kena jawab kat sana.. Tu cerita bila lepas mati. Cerita masa hidup ni tak tau lagi lagu mana kejadiannya anak kita bila dah besar nanti. So jangan berlagak sangat la kita boleh beranak pinak macam kilang. Belum tentu semua production tu menjadi elok tertib lentik, ok! Mungkin dia tak ada anak tapi dia anak ni ok >> 3 Top Picks From Audi's Open Haus That Will Wow Your Family & Friends This Year << Kau hado?? So, ketahuilah rezeki setiap manusia tu berbeza.

Moral of the story.. Bergurau tak salah sebab kadang2 gurauan tu perlu untuk mengeratkan silaturrahim tapi bergurau pun kena ada batas & kena tahu juga dengan siapa & apa yang kita nak jadi bahan gurauan. Jangan fikir semua gurauan tu buat orang rasa terhibur ada yang orang rasa macam nak lebur je muka korang tu ok! So, elakkan dari bergurau dengan ayat 'tak pandai main tu' sebelum ada yang kena belasah sampai mandul. hehehee

TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT

TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT. Majoriti rakyat Malaysia selain suka buat kerja last minute depa juga tak suka nak siasat dulu sebelum buat spekulasi sendiri sebab tu la berlaku kesesakkan di cawangan2 bank seluruh negara sekarang. Asal orang cakap kad bank kena tukar jer.. Masing2 panik sampai berkampung kat bank, berbaris panjang sampai keluar dari premis bank tu. Sanggup tunggu seharian kat bank. Salah satu sebab.. tak faham tapi malas bertanya & suka salah faham tanpa usul periksa.


Sebagai seorang blogger yang prihatin walau perkara ni dah mula jadi viral kat media sosial so tak salah buat entri khidmat masyarakat sikit nak bagi kesedaran kat orang awam yang mana sedang panik takut tak dapat nak buat pengeluaran duit selepas 31 december kalau tak tukar kad ATM dia sekarang.


Yang perlu tukar sebenarnya yang aktifkan debit card & selalu swap2 je bila buat masa shopping. Setakat macam laki aku dia tak aktifkan debit card malah dia still guna kad kuning maybank tu.. Dia rilex je. Nak tukar buat apa.. Memang tak expired pun lagi kad tu kalau selepas 31 december ni. Kad yang lama sebenarnya boleh di gunakan untuk buat pengeluaran kat mesin ATM cuma yang tak boleh guna selepas 31 december adalah.. sebagai contoh korang nak makan domino's pizza sebab ada offer murah. Lepas tu nak bayar guna debit card je tapi tak tukar sebelum 31 december. Jadi selepas 31 december 2016 memang korang tak boleh buat pembayaran guna debit card tapi korang masih boleh membuat pengeluaran duit kat mesin ATM untuk bayar pembelian korang secara tunai.. Gitu la sebagai contoh untuk buat korang lebih faham. Bank lain macam CIMB & BSN pun tak silap sama je. Yang kena tukar cuma yang guna debit card je. ATM card masih boleh di gunakan selepas 31 december 2016.

So, tak payah dok buat kelam kabut sangat la.. serbu cawangan bank macam kalau tak tukar akan berlaku malapetaka besar. Alah.. kalau tukar selepas 31 december pun bukan kena penjara. Kena bayar duit kad je RM12 dari kau buang masa kat bank tu. Kecuali kad kau memang expired 31 december ni.. Wajib la kena tukar. Sebab ATM card pun ada expired date jugak.

Moral of the story.. Bila dah keluar announcement sila la buat penukaran segera jangan tunggu last minute & tolong jangan buat spekulasi sendiri. Rajin la sikit bertanya.. Sekarang ni kemudahan hujung jari kan banyak.

VIRAL! DAMIA BUKAN BERMAKSUD DARAH KOTOR - DR MAZA

VIRAL! DAMIA BUKAN BERMAKSUD DARAH KOTOR - DR MAZA. Sejak pagi tadi aku nampak jugak satu surat yang mula di viralkan. Surat tu surat permohonan untuk menukar nama seorang anak ni atas alasan nama Damia yang di gunakan membawa maksud yang tidak baik iatu tempat keluar darah kotor. Macam biasa la.. Aku just baca & biarkan dia berlalu. Sebab sejauh mana betul atau tidak ia bermaksud macam tu, aku sendiri tak pasti.

Yang menjadi Viral hari ni

Tadi terbaca post dari FB page Dr MAZA tentang nama damia yang tengah di viralkan.. Mengikut penjelasan DR MAZA.. (Baca pada gambar di bawah. Clik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Kenyataan dari DR MAZA

Dengan penjelasan dari DR MAZA ni kalau ada sesiapa yang menamakan anak mereka dengan nama Damia jangan la panik sampai serbu JPN nak tukar nama pulak. Kita sedia maklum.. yang di viralkan belum tentu betul.Merujuk la kepada mereka yang berilmu untuk mendapat penjelasan yang lebih tepat & sahih. Macam nama aku kalau ikut yang ada maksud dalam bahasa arab cuma 'Nur' je iatu bermaksud 'Cahaya'.. Suria tu dari bahasa sanskrit yang membawa maksud matahari. Almaklum mak aku ni peminat filem tamil dari dia kecik.. sampai aku pun di namakan suria macam hero filem tamil jugak. hahahaha. Dalam bahasa arab rasanya tak ada maksud kot. hehehe

Moral of the story.. Nama yang baik setiap kali orang panggil, Insya Allah menjadi doa yang baik. Tapi sekarang ni trend nama memang mia mia belaka.. damia la.. rania la..

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE. Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share.

Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok.

Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perbuatan dia tu boleh buat blogger lain yang traffic rendah akan rasa down & sedih? Dia tak takut ke nanti blog dia kena hack sebab orang dengki? Atau memang dia tak ada life asyik nak menunjuk je traffic blog. Kiranya hidup dia memang tak ada apa yang best selain blog dia jer...??

Astagfirrullah.. Isgtifar jer anak anak. Statement tu aku ulang siar jer. Bukan aku nak mengumpat blogger2 yang suka tayang traffic kat blog. Blogger Diana Rashid tu sebagai contoh jer tapi bukan dia sorang jer buat macam tu. Ramai lagi blogger yang mengamalkan cara macam tu. Bagi blogger lain yang mempertikai & tak faham kenapa ada blogger menunjuk traffic blog dia.. Meh la sini makcik nak story mory sikit..

Kami ni blogger dari rumah yang memang berblog hanya dari rumah je. Salah satu cara nak menyakinkan orang memilih blog kami untuk beriklan atau mempromosikan produk atau service mereka adalah memberitahu berapa jumlah Views & visitor di blog. Kau fikir kalau tulis blog sehari sepuluh dua puluh orang je baca blog kau ada orang nak letak iklan kat blog kau. Ada orang nak bagi kau review berbayar? Kau letak banner nuffnang pun belum tentu dapat earning kalau views & visitor kau macam tu, OK! So, kena la canang kat orang blog kita berapa banyak views & visitor supaya orang tahu blog kita berpotensi untuk di jadikan medium pengiklanan & rujukan orang lain. Lain la yang jenis muka2 selalu join event bagai.Populariti depa maybe dah level2 macam orang ni >> Inilah Orang Yang Lebih Popular Dari Retis. Pendek kata dia lagi retis dari retis << so depa tak payah struggle sangat nak advertise service mereka di blog melalui media sosial. banyak jemputan ke event2 & review berbayar. Depa blogger cari income dari event2 macam tu maybe nampak rilex je tak asyik cakap pasal blog. Hanya cakap pasal event2 depa attend jer. macam kami dari rumah ni terhad sikit. Muka kami tak glemer jadi terpaksa la meng 'glemer' kan blog kami jer. Terpaksa tunjuk kelebihan yang ada pada blog sebab tak boleh nak jual muka macam blogger2 cantik & ensem yang ada kat alam maya ni. So kami jual penulisan kami je la. Jangan pulak pertikai kenapa tak libatkan diri dengan event2 macam tu? Setiap orang ada keterbasan mereka sendiri. So jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain sangat la. Kalau ada yang menyampah tu bukan masalah kami.. Tu masalah depa. hahahaha

Asyik cakap pasal blog pun orang meluat?? Blogger yang serius dengan blog dia memang akan menjadikan blog dia keutamaan. Takkan dia nak pi cerita dengan jiran2 yang blog pun depa tak tau pejadahnya menatang tu. Mesti la dia cerita kat media sosial sebab blog pun salah satu aktiviti media sosial. Macam orang jual produk atau perkhidmatan dia secara online jugak. Dah tentu dia lebih banyak cakap pasal perniagaan dia. Lain la orang memang tak arah tujuan... membebel dengan anak laki bini kat facebook je 24 jam sehari macam tinggal lain lain rumah. Macam tak hadap orang2 yang dia bebel tu hari hari kat rumah sampai perlu guna FB nak bercakap dengan depa. Kalau yang bukan blogger menyampah tu ok la maybe depa tak faham tapi sesama blogger pun rasa menyampah maybe dia mengalami stress melampau dalam hidup la kot.hehehe

Jangan buruk sangka sangat dengan blogger yang menayang traffic blog tu.. Memang bekerja dengan blog ni mesti kena menunjuk nunjuk. Blogger memang terkenal suka menunjuk pun tak kira la tunjuk traffic blog ke, tunjuk produk review ke, tunjuk dia join apa2 event melibatkan blogger sebab itu memang berkaitan dengan kerja & pendapatan yang dia dapat dari blog. Perlu ke jadi isu?? Lagipun Tu salah satu cara menarik pengiklan atau individu untuk menggunakan khidmat di blog kita. Kau tak menunjuk orang tak tahu. Berblog memang tak boleh guna konsep low profile sangat . Biarlah orang tak tahu traffic blog kita berapa.. Tak penting pun katanya. Rezeki tu dari Allah.. Memang rezeki Allah yang bagi tapi dia tak bagi dengan hanya kau duduk tadah tangan tak buat apa apa. Dalam apa cara kau nak cari rezeki pun kena ada usaha & strategi katanya. Kalaupun kau tak tunjuk traffic kau kena tunjuk yang kau mampu untuk buat kerja tu baru orang yakin nak bagi kau job berbayar.

Moral of the story.. Walau kita berkerja dalam bidang yang sama sekalipun tapi rezeki kita tetap berbeza. Walau kita sama2 ada blog tapi traffic blog kita tak sama. Tu pun berkaitan dengan rezeki jugak. Yang penting terus berusaha kalau nak berjaya dalam bidang tu.. Kalau tengok traffic blog orang yang gempak pun terus rasa down & sedih macam mati laki/bini.. Better kau pergi kerja makan gaji je la. Tak sesuai untuk kau jadikan blog sebagai sumber pendapatan. hehehehe

P/S : Blog lekatlekit.com jugak menyediakan khidmat review & iklan. Berminat boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG?

ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG? Soalan tu antara soalan biasa blogger akan dapat dari sesetengah client yang merisik untuk menggunakan khidmat blogger. Ramai blogger macam tak puas hati bila di tanya soalan macam tu.. Aku pun mula2 rasa macam tu. Sebab kita budget macam semua orang faham fungsi blog. Yang dok review kat blog tu bukan semua blogger... Kebanyakkan memang bukan blogger malah ada yang masih baru kenal dunia online & baru berjinak jinak dalam aktiviti perniagaan secara online maka target depa apapun budget depa nak keluar pasti depa nak ada pulangan keuntungan.


Jangan marah wahai blogger bila di tanya soalan macam tu. Kita kadang2 kena duduk dalam situasi orang yang berniaga jugak. Orang berniaga bukan semua faham fungsi blog macam aku cakap awal tadi la. Depa cuma faham apa yang depa sedang buat jer... Memang agak annoying soalan macam tu bagi kita. Seolah olah depa anggap blogger ni macam jurujual online produk atau jurunding perkhidmatan depa je. Takpe kalau ada yang tanya macam tu.. Tarik nafas, senyum, lapangkan hati & jawab.

Nak jawab macam mana.. Aku bagi tips secara santai je la yer. Sebab aku ni bukan reti sangat nak formal2 dalam penulisan ni. Jawab je.. blog adalah salah satu sumber rujukan orang zaman sekarang. Sebab orang zaman sekarang dah tak berpandukan iklan TV, radio, suratkhabar sangat bila nak mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan. Orang sekarang lebih selesa google baca review & pengalaman seseorang guna produk atau perkhidmatan tu. Sebab orang sekarang memang hidup dengan smartphone,gadget elektronik & internet kat mana2 saja. Apa je depa nak cari semua kat internet. Jadi dengan menjadikan blog sebagai medium memperkenalkan & mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka boleh jadi satu kelebihan bila orang lain google. Sebab bila ada yang review produk & perkhidmatan anda, maka ia dah tersenarai dalam carian google. Lagi banyak blogger review tentang sesuatu produk & perkhidmatan tu lagi menambah keyakinan kepada pelanggan untuk mencuba jadi membuka peluang anda menjana keuntungan. Tapi blogger bukan menjanjikan selepas produk atau perkhidmatan anda sudah berada di sesatu blog sales anda akan melonjak sampai juta juta lemon. Ia bergantung kepada kebaikkan, keberkesanan & keperluan sesuatu produk atau perkhidmatan tu. Bergantung dengan budget korang jugak la.. kalau nak jadi viral ambil la ramai blogger untuk tulis pasal produk & perkhidmatan korang tu. Bila ramai blogger bercerita pasal sesuatu produk & perkhidmatan ia boleh menarik minat orang untuk mengenali seterusnya mungkin mencuba.

Sebab tu penting kalau nak minta blogger review terutama produk.. bagi free produk untuk blogger cuba sebab nanti dalam review blogger akan bagi sekali testimoni & pengalaman menggunakan produk tu. Kalau memang berkesan.. Ia menjadi salah satu bukti untuk menyakinkan pembeli. Tapi blogger ni memang kebanyakkan tak letak syarat wajib bagi free produk. Yang wajib bayar upah dia menulis review jer. Yelah.. kami pun bekerja. Ingat kerja menulis blog ni tak perlu modal hanya perlu kreativiti je ke? Modal masa, tenaga, bil eletrik, internet bagai semua bukan free. Lain la kerajaan sponsor semua tu kat blogger. hehehe

Moral of the story.. Buat blogger semua terutama yang berjiwa muda, cepat sentap & marah tu. Kadang2 memang ada client yang sangat annoying tanya soalan bukan2. Biasa la manusia ada macam macam perangai. Dalam family kita sendiri pun ada yang perangai annoying. Inikan pulak client/customer.. Selagi kita rasa boleh jawab, jawab je. Kalau tak boleh matikan perbincangan & bagitahu setakat tu je kita mampu beri penjelasan. Kita chill sudah katanya. hahaha... konon macam aku ni sentiasa cool sangat kan? wakakakaka

P/S : Sepanjang aku membuat review berbayar ni, Alhamdulillah ada jugak feedback dari client yang kata ada jualan selepas aku review. Kebanyakkan pelanggan dia dapat tahu dari review blog aku. Kalau nak try test boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com

KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE?

KUNCI KERETA JATUH DALAM LONGKANG PUN PANGGIL BOMBA KE?. Bomba bagi aku adalah wira negara yang jarang di angkat atau di julang. Kat Malaysia ni aku rasa bomba la paling banyak kerja kena buat. Bukan setakat padam api bila berlaku kebakaran walau kita sinonim bomba kerja dia memang padam api jika berlaku kebakaran. Kemalangan ke hapa semua panggil bomba. Sampai cincin tersangkut kat jari pun orang guna khidmat bomba untuk potong. Kalau nak cerita tugas bomba ni.. rasanya kena buat entri berepisod gamaknya. Cukup la kita tahu.. Tugas bomba ni macam wonderpets. Apa saja yang melibatkan aktiviti membantu, menyelamat  & yang melibatkan kemanusiaan orang akan cari bomba.


Bila terbaca satu kisah seorang minah ni share katanya kunci kereta jatuh dalam longkang & penutup longkang tu memang berat tak boleh buka. Call JPAM depa tak ambil kes2 kunci jatuh dalam longkang. Maka dia call bomba minta tolong. Time tu dah dekat nak buka puasa. Maka abang2 bomba pun datang la membantu ambil kunci kereta dia yang jatuh dalam longkang. Gamaknya bomba je kot boleh tolong dia.. Dia dah tak ada orang2 sekeliling yang boleh membantu.


Kadang2 kesian jugak la bomba kena datang untuk kes2 remeh yang bukan kecemasan macam tu. Kalau aku la.. memang tak terfikir langsung nak call bomba kalau kunci jatuh dalam longkang. Tak rasa itu tugas bomba pun. Mungkin cari solution lain dulu. Rasanya lepas ni kalau berlaku kes kunci jatuh dalam longkang ni kalau dah tak ada pilihan, maybe aku pun lepas ni call bomba jugak Sebab perempuan ni dah bagi idea kat ramai orang. Kunci jatuh call bomba. Betul depa di bayar gaji untuk berkhidmat pada masyarakat.. Kita sebagai orang awam pun mentang2 bayar cukai selagi boleh kerah penjawat awam macam bomba tu.. nak kerah sampai kering. Depa pun manusia kot.

Antara komen di post minah yang panggil bomba bial kunci dia jatuh dalam longkang

kalau lah abang bomba tolak kes ni gamaknya mesti jadi viral, kan? JPAM tolak pun dia mention jugak konon JPAM pun tugas dia berkhidmat untuk orang awam tapi bergantung pada kes la. Aku tak rasa baik sangat la benda2 macam ni di viralkan.. Betul dia memuji anggota bomba tapi benda tu mungkin akan menyusahkan pihak bomba balik. Confirm la ramai akan minta bantuan bomba untuk banyak lagi kes kes remeh. Tak mustahil kalau kunci rumah hilang pun orang akan panggil bomba suatu hari nanti sebab depa dah set bomba takkan menolak kes kes remeh. So, ramai la ambil kesempatan.

Nasib la Alien hanya wujud dalam filem. Kalau memang wujud dalam realiti ni mungkin tugas bomba pun semakin bertambah jugak sebab terpaksa terima kes2 melibatkan Alien. Tapi kalau Alien wujud tak tau kita selamat ke tidak, kan? Kalau awal2 dah tau tak selamat kena la stanby siap2 no bomba Sebab Aku tengok tugas bomba ni memang multifunction sungguh. Tak mustahil kalau ada Alien bomba pun terpaksa melawan Alien jugak. hahahaha

Moral of the story.. Dalam hidup ni jangan terlampau bergantung dengan orang lain. Kena pandai survive jugak. Usaha dulu sebelum minta tolong orang. Jangan ingat setakat pujian macam tu kau bagi kat media sosial mampu memudahkan kerja anggota bomba.. Aku melihat benda ni mungkin akan menyusahkan mereka lagi ada la. Bayangkan dalam satu masa depa ada 1 kes kecemasan & 1 lagi kes kunci terjun dalam longkang. tetiba tak dapat ambil kes kunci terjun tiruk dalam longkang tak mustahil benda tu boleh jadi viral yang memburukkan nama pasukan bomba.

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING. kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu..

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri.

Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah jer.. Tu pun syukur la tak kena bersesak dengan mat bangla naik bas. Dalam sepanjang cinta jahiliah yang tak sampai setahun tu aku pernah la suarakan teringin nak naik vespa. Serius memang time tu aku teringin sangat nak merasa naik vespa. Aku rasa macam retro itu sweet pulak.

Tak sangka wei.. kekasih jahiliah aku masa sanggup pi cari vespa 2nd hand & beli semata mata nak tunaikan impian aku nak naik vespa. Sempat la merasa dating naik vespa sekali dua.. Yang tak tahan tu siap dressing ala2 retro jugak. Punya la nak bagi kena dengan tema vespa tu. Vespa tu memang vespa lama bukan vespa jenis yang baru.. banyak jugak ragam dia. Selalu kena repair.. Dah malas nak jaga maintenance dia laki aku jual balik. Tapi takpe.. aku dah merasa dating naik vespa, cukup la. Jadi kembali la kami naik satria.

Semua orang ada cerita sweet zaman jahiliah dia.. Tapi cuma buat kejutan dengan limosin tu. Kereta tu confirm sewa mahal.. bagi hadik2 yang masih dok seluk poket mak bapak tak payah nak tiru sangat la kan. Belum kawen memang semua sweet like kencing manis.. Kau naik angin pun pasangan kau masih nampak kau sweet. lepas kahwin kau belum naik apa2, dia nak mula naik marah masa tu kau akan sedar, naik limosin tak menjamin dia akan kekal sweet sampai beranak cucu. Sebab hidup kita ni ada fasa.. setiap fasa tu mesti ada perubahan. Ini realiti. Hidup bukan macam drama pukul 7 kat TV3. Lepas kawen baru kau tahu betapa struggle nya kau nak pikat hati suami supaya kembali ke zaman sweet dulu. tak macam zaman bercinta dia yang struggle pikat kau. hehehe

Apapun aku tak rasa isu besar sangat pasal kejutan naik limosin cuma yang tak elok benda tu kalau jadi trend. Yang mampu tu ok la.. takut yang tak mampu, mampus pulak bila awek request nak naik limosin. Almaklum la tak nak kalah.. hehehe

Moral of the story.. Mungkin bagi orang sweet dapat kejutan macam tu tapi bagi aku sekarang paling sweet adalah tiba2 laki aku suruh pakcing baju nak balik kampung. kejutan macam ni tiap2 tahun berlaku ok! Selalu dia buat kejutan sampai kejung aku nak packing last minute. Bukan je balik kampung malah kemana mana pun selalu macam tu. sweet tak laki aku yang selalu buat kejutan. hahahahaha

P/S : ni kisah zaman jahiliah.. apa yang baik ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA

GADIS MELAYU UCAP TERIMA KASIH KERANA AYAH TAK PAKAI KONDOM SEMPENA HARI BAPA. Zaman hipster, western, pickuplines bagai.. ucapan untuk hari bapa pun dah semakin menyeramkan. Tak tau la bapak budak ni baca ke tak ucapan dari anak dia yang wish selamat hari bapa dengan cara yang paling hot katanya. Mungkin dia rasa ucapan dia paling catchy & menyentuh hati bapa dia kot.. Memang menyentuh hati jugak kalau bapa dia macam bapa bapak kita yang tak ada la open minded & sporting tahap macam tu. Tersentuh jugak hati bapa bila anak perempuan dia kurang malu cakap macam tu untuk bapa, kan.

Budak budak sekarang ni.. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je. Tak ada tapis tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je bak kata orang kedah. Kita ni orang melayu ada adab & sopan. Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan kawan walau mak bapak kita sporting tahap gaban sekalipun.

Aku tak rasa satu ucapan macam ni satu penghargaan apatah lagi ucapan yang mampu buat mak bapak dia bangga dapat anak macam dia. Kepala kau tutup elok je.. kenapalah perangai kau sampai terbogel nampak kemaluan yang tak sepatutnya. Berpada pada la nak bergurau dengan bapak pun.. Boleh je kau wish thanks dad tak bagi mak baru kepada kami. Aku rasa wish macam tu boleh lagi terima dari kau ucap terima kasih kat bapa kau sebab tak pakai kondom. Malu muka bapak kau dik.. Nak2 lagi anak perempuan wish macam tu. Sorok muka dalam spender di buatnya kalau kawan2 bapak kau atau sedara mara baca ucapan hari bapa macam ni.

Bila nak tiru style mat saleh alih2 jadi viral memalukan satu keluarga.

Bulan2 puasa ni tak payah nak cakap merapu sangat la. Bukan je mengurangkan pahala puasa sendiri malah boleh mengurangkan pahala lain jugak. Mana taknya kalau dah pelik2 sangat manusia ni akan tetap la nak mengata jugak. Macam kes ni.. bukan la kita cari tapi dah lalu kat news feed FB maka tercarut jugak la dengan kata kata.. "Anak sapa la perangai tak senonoh sangat ni.." Dah terkata kau tak senonoh.

Moral of the story.. Zaman media sosial & viral nak buat lawak anak beranak pun kena fikir panjang sebab kau tulis kat media sosial bukan bapak kau je yang baca. Malah bapak orang lain pun boleh baca. Jadi jangan sebab nak nampak sporting bagai kau hilang kemaluan & sekaligus mengaibkan seluruh ahli keluarga kau.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com