NAK TAHU KENAPA BOMOH BUBU MASIH AKTIF BUAT RITUAL PELIK UNTUK MH370?
Bomoh bubu atau Raja Bomoh Datuk Ibrahim Mat zain datang lagi dengan permainan baru menyeru mayat timbul dari dalam laut... katanya. dua tiga hari ni tersebar video Pakcik Bomoh ni tengah membuat satu Ritual katanya menyeru mayat mangsa2 pesawat Mh370 timbul. Gigih dia bermandikan air laut dengan teropong buluh bagai...Biarpun dia bertegas menafikan ritual yang dia buat bertentangan dengan ajaran Islam & ada unsur syirik & khurafat tapi bagi kita yang tengok ni pun dapat menilai sejauh mana Islamiknya ritual2 yang dia buat.
Satu benda yang aku rasa dia terus melakukan benda2 ni even di kritik atau di tegur adalah dari kita sendiri yang tak sudah2 bagi publisiti & perhatian kat dia di samping takde apa tindakkan di ambil. Cuma warning2 tanpa bertindak. Jadi Pakcik bomoh ni rasa.. apa de hal.. bisnes bomoh dia semakin di kenali. Kalau kita rasa tak layan benda2 macam ni.. Jangan sangka orang lain pun sama. Ramai lagi manusia yang masih menggunakan khidmat bomoh2 untuk tujuan tertentu.
Bila kita dok highlight sangat cerita pakcik bomoh ni & sensasikan cerita dia.. Itulah dia suka sebenarnya. Memberi ganjaran pada dia tanpa perlu keluar modal mengiklan service yang dia sediakan. Jadi lepas ni.. Dia nak buat apapun jangan jadikan benda tu isu di media ataupun laman sosial.. Lapor terus jer kat pihak yang sepatutnya ambil tindakkan. Berhenti dari terus bagi publisiti kepada Pakcik Bomoh bubu ni. Kang ada pulak kena tampar macam kokedai.
P/S : Kalau korang tak sokong perbuatan dia.. Tak payah share bukan sebab korang tak prihatin bila tak share tapi tak share bermakna tak memberi publisiti pada aktiviti dia. Kalau terus menerus di beri perhatian itulah punca kenapa dia masih dengan ritual pelik dia konon nak membantu mereka yang terlibat dalam nahas MH370 tu