Semalam ada up status pasal masih ramai lagi peniaga2 online yang tak letak harga pada barangan yang di jual tapi masih menggunakan konsep nak tahu harga sila PM. Maybe ada yang terasa terus explain bahawa produk mahal yang di jual tu ada etika yang tak boleh terus tag harga. Nak tahu harga kena private. Katanya harga takkan di manipulasi oleh peniaga2 tak bertanggungjawab kerana harga dia selaras 1 Malaysia.
Itu sebab produk mahal lagi berjenama mewah tu ada etika. Tak tahu la kenapa etika tu wujud sebab yelah.. den ni mana mampu pakai produk mahal2 macam tu. Dapat Tia Ammelia pun dah cukup syukur kan?? Jadi produk2 macam tu den tak usya sangat selain tahu dia produk berjenama mahal tahu kemampuan seorang suri rumah macam den ni setakat mana. Jadi pada yang terasa tu.. Minta maaf lah yer. Sesungguhnya bukan produk yang anda jual yang den maksudkan. Lagipun den tak survey pun produk kecantikkan @ makeup mahal2 kat online.
Yang tak tertakluk pada etika tak boleh papar harga tu.. takpe la. Kalau kena tindakkan ke hapa je pengeluar produk tu yang akan bersoal jawab sebab dorang yang keluarkan etika.. Ni yang jual barang/produk yang takde etika tapi cuba buat etika sendiri ni apa kes pulak kan?? Setakat jual beg.. jual baju.. jual kasut.. jual tudung.. tak payah la ber pm2 sangat. Menyusahkan para pembeli nak survey mengikut budget masing - masing. Kang ada pulak yang kata, dah tau budget ciput tak payah berangan nak shopping online. Pi shopping mydin nu.. Lebih layak untuk orang semekin. Nak shopping online kena ada duit berkepuk2 dalam account bank, hokay!!
Hokay den paham.. even den takde duit sampai boleh buat tilam tidur dalam bank tu.. tapi singgit dua tu ada jugak la peneman account bank den. Jadi kalau den nak shopping online barang singgit dua pun hak den jugak. Sebab even singgit dua den bayar tetap den bayar dengan RINGGIT MALAYSIA bukan AIR LIUR BASI. Jadi jangan pandang rendah pada golongan tak berapa kaya macam den. Even korang yang meniaga kaya raya tu kalau den minta bagi barang korang yang singgit dua free kat den pun korang tak bagi punya. Tetap korang guna konsep.. kau bayar duit, kau dapat barang kan??
Kenapa PM2 harga ni menyusahkan pembeli. Bayangkan seorang pembeli budget cuma RM100 nak beli sesuatu barang. Dia pun survey. Korang ada upload seratus jenis barang yang orang tu nak beli dengan konsep nak tau harga sila PM. Bayangkan dia tengok 1 barang dia PM.. harga over budget dia tak jadi beli. Dia survey lagi sampai 10 kali dia PM korang tanya harga alih2 semua barang over budget dia.. semua pun dia tak jadi beli. Tak payah tipu la kalau kali ke 11 korang pun malas nak layan dia dah. Paling menyanyat hati.. keluar pula status sindir menyindir. Dalam kes ni susahkan kedua2 belah pihak. Pihak pembeli & pihak penjual.
Korang tak boleh kata.. kalau setakat budget seratus dua jangan berangan nak shopping online.. Suka hati la dia nak shopping memana pun. Duit tetap duit dia walau seringgit pun. So, selagi duit tu duit dia.. dia berhak nak membeli kat memana pun & dia juga ada hak sebagai pengguna. Korang jangan pertikai kenapa & mengapa dia nak shopping online jugak kalau budget ciput. Ada sebab orang membeli secara online tak kira berapa besar pun budget dia. Salah satu mungkin dia tak cukup masa untuk keluar membeli belah.. mungkin juga dia susah nak jumpa barang yang dia nak kat luar. Yelah.. kadang2 duduk kawasan terpencil ni tak macam duduk kat bandar. Macam2 ada.. Korang fikir orang bandar je ke pandai shopping online. Orang kampung sekarang bersepah internet kat rumah. Orang kampung pun bersepah guna smartphone. Pentingnya korang tag harga pada barangan di jual adalah memudahkan pengguna untuk survey barang mengikut budget dorang. Korang tau tak.. ada pembeli takkan membeli dengan korang hanya sebab korang guna konsep PM harga.. kata dorang menyusahkan. Kan dah rugi. Buat apa nak sorok2 harga semata2 nak untung lebih.. Rezeki tu dari Allah. Kalau dah rezeki korang.. korang TAG harga sebesar alam pun.. tetap jadi rezeki korang jugak. Jangan takut persaingan.. sebab dalam perniagaan memang tak dapat lari dari pesaing. Sorok2 harga tu kadang2 buat anda lebih rugi banyak tanpa anda sedar.
Yang paling penting kenapa peniaga online ni perlu letak harga yang semua orang boleh nampak adalah sebab akta baru yang di keluarkan KPDNKK.. dimana salah satu syaratnya peniaga online harus memaparkan harga barang jualan. Kalau tak papar jadi salah. Yang meniaga online tu nak tahu lebih lanjut sila clik kat sini >>BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI
Ni contoh peniaga online terbaik jugak la. Bukan setakat harga detail pasal besar, panjang, tinggi beg tu semua complete. Macam ni la senang pembeli nak survey.
P/S : Laki den pun dah tak berapa ribu riban habis beli barang sejak dulu lagi kat online. Dia pun ada jual barang online jugak. Elok je laku barang dia jual even dia tag siap2 harga. Jangan pandang den ni semekin tak layak pulak shopping online walau den memang susah nak beli barang kat online. Baru try beli kasut.. Tu pun tak sampai lagi. Yelah kaki size 3.. kat luar ingat senang ke nak jumpa size 3.. bila ada orang jual kasut size 3 yang comel mesti la den excited. Tu juga salah satu sebab kenapa den beli jugak sepasang kasut tu online. Kalau proses penghantaran dia ok.. & kualiti kasut dia memuaskan.. Insya Allah den beli lagi. So, setiap apa yang orang buat tu mesti ada sebab bukan nak tunjuk kaya shopping online.
Sang Lekit di tag oleh GIGI Gigi pun ada blog.. kelas tak?? Okies Jom jawab soklan exam blog ni.
Apakah status anda?
Bini Orang. Cukup la Jawapan camtu
Ceritakan diri anda?
Surirumahtangga. Blogger Fulltime kalau takde aral melintang pukang.
Ceritakan tentang blog anda?
Blog yang sangat rojak.. macam - macam ada. Isu semasa, gosip.. cerita seharian. Rajin clik ke blog melekit ni korang tau la
Apa pendapat anda tentang blog?
Sumber maklumat yang tiada sempadan.. Tak kira la cerita betul.. cerita tak betul.. cerita panas.. cerita sejuk.. cerita baru.. cerita basi. Macam - macam ada
Nasihat pada kawan-kawan yang baru nak buat blog?
Berblog la cara sihat.. Blog anda akan membesar bagai juara. Insyaallah. kekekeke
Nyatakan keunikkan blog anda?
Simple & bebas pink. Tidak formal & tidak menggunakan bahasa kasar or kurang ajar. Selesa di baca ketika santai
Sampai bila nak tulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi jari tak kudung.. mata tak buta.. selagi boleh online boleh menaip.. boleh berfikir.. selagi di izin Tuhan.. selagi itu blog melekit ni terus melekat lekit
Tag 5 orang yang anda kenal.
Tasha
Nyah SM Banjamin
Nyah Zulfikar
Cma Shiema
Shahazrin