Kenapa sang lekit highlight kan pengantin lelaki kat situ? Sebabnya kalau hari - hari biasa ni jarang sangat nak tengok lelaki berinai bagai kan tapi bila nak jadi raja sehari hampir kesemua lelaki melayu/islam mesti berinai di 3 jari, betul tak? Dah menjadi adat turun temurun orang melayu berinai masa nak berkahwin ni, kan??
HASIL CARIAN GOOGLE. SEKADAR HIASAN
Agak jahil tentang perkara ni buat sang lekit sedikit terkejut bila membaca di blog 'Jom Klik Blog' yang berkongsi info tentang hukum lelaki memakai inai di jari. Bila sang lekit cuba search melalui google.. memang ada artikel berkenaan hal ni. Tapi ada juga yang kata harus walau banyak artikel yang sang lekit jumpa menyatakan ia haram. Sang Lekit tak berani pula nak buat keputusan sebab ilmu sang lekit ni seinci pun tak sampai. Kena rujuk kepada orang yang lebih pakar & arif.( Boleh rujuk DISINI tentang hukum lelaki memakai inai)
Tapi bagi pandangan & pendapat peribadi sang lekit la.. kalau ianya haram adalah lebih baik semasa bakal pengantin mengikuti kursus pra kahwin penceramah yang bertugas tu selitkan isu hukum lelaki berinai ni. Sebab adat ni dah sebati dengan masyarakat kita sehingga jarang kita lihat orang tak buat. Kalau ia haram elok la di tegah. Tapi dalam kursus kahwin sang lekit tak pernah pula dengar isu ni di bangkitkan untuk memberitahu para pengantin supaya mereka tidak melakukan perkara yang di tegah semasa hari bahagia. Kenapa yer takde pun mana2 penceramah highlight benda ni masa kursus pra perkahwinan. Rasanya ramai yang tak tahu, sebab ramai yang masih buat.
Ini cuma pandangan peribadi jer bukan berlagak pandai. Jadi jangan la hentam sang lekit yang masih tidak sempurna bila menulis isu2 berkaitan keagamaan macam ni. Tujuannya sekadar berkongsi ilmu & sama2 mempelajari. Tak salah kan??