Showing posts with label wabak. Show all posts

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID?

ADAKAH DI JANGKITI WABAK ZOMBIE DI KIRA MATI SYAHID? Allahu sejak drama bersiri korea All of dead di Nexflix jadi trending ada juga yang terlalu taksub sampai terfikir sesuatu yang di luar kewarasan. Sampai sanggup menghantar pertanyaan tersebut kepada Mufti. Tak tahu samada niat dia benar benar ingin tahu atau sekadar cuba mendapat perhatian warganet untuk jadi viral. Niat dia hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Dari pertanyaan dia ni sebenarnya benda tu dah ada jawapan. Cuma kita je malas fikir. Dalam Islam dah bagitahu.. Mati kerana wabak adalah mati syahid cuma pahala syahid tu bukan kita yang tentukan. Kita tak tahu apa di sebalik kita nampak. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Kalau rajin google kat portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah persekutuan ada menjawab soalan ini tapi bukan la pasal wabak zombie la. Virus zombie yang di cerekakan dalam filem dan drama tu hanya rekaan semata mata.Tapi di inspirasi dari wabak wabak yang pernah melanda manusia. Jadi tema dia tetap wabak. Cuma di masukan elemen seram dan fiksyen sebagai watak zombie di reka untuk menarik orang menonton. So jika wujudnya virus yang buat orang yang di jangkiti seterusnya bertukar jadi zombie tetap la ia dalam kategori wabak juga kan? kita ambil point sebagai wabak @ penyakit berjangkit. Tapi Bukan zombie yer.. Setakat ni watak zombie tu cuma fiksyen & rekaan semata mata. Tak wujud pun virus macam tu kat dunia ni.

Sedikit info dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tetang mati akibat wabak atau penyakit berjangkit ni..

Orang Islam yang mati kerana wabak dikira mati syahid

Terdapat banyak riwayat yang menyebutkan akan perkara ini. Antaranya riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)

Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :

مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915)

Begitu juga, hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

الطّاعُونُ شَهادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

Maksudnya : “Wabak taun itu adalah (penyebab) mati syahid bagi setiap Muslim.”

Riwayat al-Bukhari (2830) dan Muslim (1916)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukan bahawa orang Islam yang mati kerana wabak (taun) dianggap sebagai mati syahid. Kurniaan gelaran syahid ini adalah dianugerahkan sendiri oleh Baginda SAW sebagaimana yang dapat kita lihat menerusi hadis-hadis tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa kesemua jenis kematian itu dianggap sebagai mati syahid disebabkan kelebihan kurniaan Allah SWT (kepada mereka) kerana dahsyatnya kesakitan dan kepedihan kematian tersebut yang ditanggung mereka. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, Cet. Dar al-Siddiq, 5/550)


  • Al-Jauhari mengatakan : Taun merujuk kepada kematian yang meliputi umum sama seperti wabak.
  • Syeikh Ibrahim al-Harbi dalam kitab Gharib al-Hadis pula menyatakan : Wabak adalah taun dan juga penyakit yang meliputi umum.
  • Ibn Al-‘Arabi pula menyatakan dalam Syarah al-Tirmizi : Dinamakan sebagai taun kerana musibahnya meliputi umum serta cepat berlaku kematian disebabkannya. Maka penyakit-penyakit yang seumpamanya turut termasuk sebagainya (taun).

(Lihat Bazl Al-Ma’un, hlm. 95

Sekarang dunia memang tengah menghadapi wabak yang dah bertahun tahun masih belum pulih iatu covid19. Sebab ia sejenis virus yang bermutasi dengan cepat dan melahirkan macam macam varian. Yang terkini omicron. Hope selepas omicron dia dah mandul la kan tiada lagi varian baru. Jadi covid juga dalam kategori wabak even dalam Al Quran menyebut sebagai taun tapi merujuk kepada wabak.


Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa sesiapa yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19 ini dianggap sebagai mati syahid sebagaimana yang telah difahami daripada hadis-hadis yang sahih. Namun, syahid yang dimaksudkan di sini ialah syahid akhirat iaitu mendapat pahala syahid di hari akhirat kelak. Adapun semasa di dunia, jenazah mereka masih perlu diuruskan seperti biasa iaitu perlu dimandikan dan disolatkan.

Kurniaan gelaran syahid kepada mereka ini sebenarnya dianugerahkan sendiri oleh Rasulullah SAW berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun, kita terus berdoa kepada Allah SWT, agar menerima saudara-saudara seagama kita yang terkorban kerana Covid-19 ini sebagai mati syahid di sisiNya.

Kami akhiri dengan sabda Nabi SAW :

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya : “Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).” Riwayat Muslim (1909)

Semoga Allah SWT menghilangkan wabak yang sedang melanda negara kita dengan segera serta melindungi kita semua. 

Pada budak budak bbnu ni korang kalau nak attention pun jangan la dok buat pertanyaan merepek. Bukan je tak nampak bijak malah tak berapa lawak juga jika orang yang di tanya tu bukan dari peserta maharaja lawak atau artis komedi. Kau nak tanya Mufti biarlah soalan itu nampak berilmiah dan betul betul nampak kau serius ingin tahu.


Moral of the story.. kalau dah bosan sangat scroll je blog lekatlekit dari dok merapu tag Mufti dengan soalan soalan gila macam tu. Peace Yo!


GELOMBANG KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA, INI YANG PERLU KITA BUAT

GELOMBANG KEDUA COVID-19 DI MALAYSIA, INI YANG PERLU KITA BUAT. Biarpun macam macam isu melanda negara.. dari isu politik, isu dunia hiburan sampai la isu isu peribadi yang melibatkan sukan.. Pendek kata tak menang tangan press bawang nak follow apatah lagi membawang. Sibuk sungguh sampai tak sempat tanya khabar jiran tetangga.

Seperti yang semua sedia maklum Covid- 19 @ coronavirus dah masuk gelombang kedua. 14 kes baru menjadikan jumlah kes meningkat ke 50 kes. Yang berjaya sembuh setakat ni 22 kes. Bakinya masih di kuarantin & di rawat. Setakat ni tiada kematian melibatkan pesakit Covid-19 di Malaysia berbanding negara yang teruk di jangkiti seperti china, Iran & beberapa buah negara lagi.

Allahu bila setiap kali nampak update statistik dari KKM memang sentiasa risau. Sebab nampaknya tiada lagi tanda tanda virus ni nak habis. jangkitan semakin bertambah sebab virus ni senang merebak. Jadi Please rakyat malaysia even tiket flight tengah offer murah sampai tak masuk akal sekalipun elakan pergi ke negara yang agak teruk terjejas dengan Covid-19 ni. Ia bukan melibatkan kesihatan individu sahaja tapi ia melibatkan kesihatan ramai manusia lain lagi.

Selain melakukan langkah pencegahan seperti sentiasa pakai mask (bagi mereka yang tidak sihat & ada tanda tanda jangkitan), kerap mencuci tangan, jaga kebersihan, elakan pergi di tempat ramai orang & kurangkan aktiviti luar.. Dah masuk gelombang kedua ni kita kena extra careful & extra ambil langkah pencegahan.

Antara langkah pencegahan yang perlu kita buat walau mungkin cara ni akan di anggap sombong dalam budaya kita iatu elakan dari bersalaman dengan sesiapa saja buat masa ni. Kita tak tahu siapa yang sedang bawa virus tu. Sebab virus tu boleh di jangkitan melalui sentuhan kulit juga.


Yer benda ni mungkin akan jadi salah faham & di anggap sombong tapi dalam keadaan darurat macam ni rasanya perlu kita buat & perlu juga kita sebarkan awareness kenapa kita perlu buat benda tu supaya semua golongan masyarakat faham & tahu. Macam kita geng geng bawang rangers yang sentiasa update dengan isu isu semasa ni memang la kita sedia maklum la.. Bagi mereka yang kurang pendedahan terutama golongan yang tak berapa celik IT & kurang ambil tahu tentang isu isu semasa mungkin berlaku salah faham.

So lepas ni jumpa sesapa pun tak payah nak bersalam sangat.. Pada yang ada anak kecil tu elakan dari anak hangpa di sentuh orang. Yang tak ada anak kecil tak payah la nak tunjuk loving sangat nak cuit cuit anak orang yer. Kalau bersalam pun tak di galakan apatah lagi berpeluk cium yer anak anak. Kita jadi bangsa tak mesra alam sekejab untuk mencegah penularan wabak COVID-19 ni. Lagipun sebelum ni hangpa pun bukan jenis mesra alam sangat kan.. tak payah la time time ni nak acah acah pengasih & penyanyang melalui sentuhan fizikal sangat.

Sebagai Press bawang even tak bergaji sama sama kita membantu KKM terus menyampaikan informasi & awareness. Biarlah di pandang hina.. At least ada fungsi juga kan dari orang yang asyik menghina tapi nak tekan button share pun kedekut macam kena tolak duit prepaid.

Moral of the story.. apa yang sedang berlaku moga kita ambil sebagai pengajaran. Jadikan ia salah satu peringatan dari Allah. Sama sama muhasabah diri & sama sama perbaiki diri. Bala Allah turunkan bukan hanya yang jahat saja merasa kesan.. malah seluruh isi alam pun akan turut terkesan. Apa saja kemudaratan yang berlaku atas muka bumi ni adalah kerosakan yang di lakukan oleh tangan tangan manusia itu sendiri.

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN. Walaupun cerita ni dah basi bagi sesetengah orang.. Ada ku kesah nak mengulas. Konsep aku senang.. Aku tak kisah jadi orang yang terakhir tulis sebab aku lebih suka menulis apa yang aku tahu.. Nak review filem atau drama pun normally memang yang aku tengok & aku rasa berminat nak mengulas. Tak kisah la dah basi ke atau fresh from oven ke.. hehehehe


Alkisahnya semalam tersinggah tesco. Lama jugak tak masuk tesco sebab anak aku ni masuk tesco dia jadi hilang pertimbangan sikit.. Almaklum banyak benda yang attract dia. Tapi semalam kebetulan nak cari something yang ada kat tesco maka singgah la.. Saja je la usya2 kat rak dvd tu.. Memang rezeki tengok dvd filem Train To Busan dah keluar. Walaupun trend sekarang selain tengok kat pawagam, orang tengok online. Aku dah cuba ikut trend tapi feel tu tak mencapai tahap kepuasan. Baru starting cerita aku dah rasa tak best nak tengok dari skrin pc ni. Aku kena tengok dari skrin TV jugak...


Train To Busan.. Serius bukan cerita seram walau di klasifikasikan sebagai horror movie. Memang tak seram. effect2 zombie dia takde mengerikan sangat bagi aku cuma jalan cerita dia memang buat aku & laki aku terus berhenti online seketika waktu bagi memberi laluan kepada filem tu. Memang cerita dia tak banyak sembang2 tak berilmiah.. Lebih kepada aksi. Cerita ni macam orang dok bagitau.. Sedih ok! Jiwa seram aku ni pun tersentuh. Banyak aspek pengorbanan di tonjolkan dalam filem ni tak kurang jugak seperti yang kita tahu ada seorang watak lelaki tua yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup jadikan orang lain perisai untuk menyelamatkan diri dari di serang zombie. Tapi akhirnya dia jugak jadi korban zombie.

Watak lelaki tua paling di benci dalam Filem Train To Busan

Ending cerita ni semua lelaki dalam Train To Busan menjadi korban zombie & mati. Yang hero pun mati apatah lagi yang watak extra untuk meramaikan majlis jer. Jangan harap la depa nak dapat scene dapat selamatkan diri & hidup dengan bahagia kan. Yang terselamat cuma seorang kanak kanak & seorang wanita mengandung yang kedua2 mereka ni tak ada pertalian saudara. Cuma naik satu train yang sama. Bapa kepada kanak kanak ni hero dalam cerita ni tapi ayah dia pun kena jangkitan zombie tu dekat ending2 cerita & suami perempuan mengandung tu terkorban demi menyelamatkan isteri & beberapa orang penumpang yang masa tu masih selamat masa tu.

2 hero dalam filem Train To Busan. Sorang Mati Masa pertengahan cerita. Yang Kurus hensem tu mati dekat ending cerita

Macam majoriti penonton lain, aku rasa train to busan filem yang memang best di tonton. Serius hilang rasa mengantuk walau effect2 darah ke hapa macam tak ngeri sangat tapi perjalanan cerita dia buat kau sentiasa tunggu & tunggu apa akan berlaku seterusnya. Aku pun tak dapat agak siapa yang akan terselamat sampai la akhir cerita baru tahu. Part2 sedih tu berkaca jugak mata..

2 Perempuan yang terselamat. Seorang anak kepada hero ensem & sorang lagi isteri kepada hero yang gempal sikit. Rujuk gambar kat atas

Moral of the story.. Naik train sebab nak mengelak dari tersangkut dalam kesesakkan jalan raya tapi bila naik train lebih menyeramkan.. sebab tak mustahil boleh berlaku kejadian kejadian tak di ingini walau mustahil la kena serang zombie tapi serangan secara halus pun banyak jugak. Jadi terfikir nak beli kereta, maybe kereta proton persona yang baru tu menjadi pilihan anda tapi please jangan beli dulu proton persona sebelum anda baca ni >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Penting tau kita tahu tentang kelebihan & kelemahan kereta yang ingin kita beli.

THE BLACK DEATH MENGHANTUI TIDUR KU

THE BLACK DEATH MENGHANTUI TIDUR KU. Tu dia.. Ni baru kena buku dengan ruas katanya. Dulu hang kutuk2 sangat filem seram sekarang celah gigi hang pun tak gigil katanya sekali tengok the black death, filem seram Thailand terus termimpi mimpi. Tu la tak sangka pulak aku sampai terbawa bawa dalam mimpi lepas tengok filem The Black Death ni. Dahsyat sungguh penangan filem ni..


Filem ni berkisahkan sebuah kampung yang di jangkiti dengan wabak Zombie. Macam biasa kisah zombie2 version apa2 pun termasuk Zombie melayu.. Sesiapa sahaja yang di gigit zombie akan bertukar menjadi zombie. Tapi filem the black death ni berlatar belakang zaman silam la. Zaman anak2 dara siam pakai berkemban jer. Starting tu ada la sikit2 adegan yang tak sesuai di tonton kanak kanak & orang yang belum berkahwin. Tapi tak banyak sangat aksi2 mencungkil bijik mata tu.. Cuma perempuan2 dalam filem ni seksi2 sikit la. Kisahnya seorang pahlawan ni pernah terlibat dalam satu peperangan yang melibatkan zombie. Hanya dia seorang je yang terselamat. Mungkin trauma dengan kejadian tu.. balik kampung dia jadi seorang yang tidak banyak bercakap, tidak bergaul & asyik mabuk sorang sorang. Tiba2 sahaja wabak zombie tu menyerang kampung tu..  Semua penduduk kampung di arah berpindah tapi tak sempat berpindah zombie mengganas. Mereka cuba dapat perlindungan di kuil.. pun zombie berjaya serang. Watak2 utama sebagai hero & heroin dapat filem ni cuba menyelamatkan diri termasuk pahlawan perang tersebut di sebuah rumah pelacuran tapi tak sangka semasa mereka berlindung kat tempat tersebut ada seorang zombie menyerang salah seorang dari mereka. Akibat jumlah zombie semakin banyak.. Pintu rumah pelacuran tersebut berjaya di pecahkan zombie.. Mereka terpaksa berlari kearah kapal tapi Malangnya tak semua berjaya. Kapal tu pun sebenarnya dah di takluki zombie. Ending takde nampak sesiapapun terselamat. Last 2 hero teruskan perjuangan melawan zombie2 yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


Filem ni tak seram sangat bagi aku cuma ngeri effect2 bila di serang Zombie tu. Memang bila tengok aku jadi terpacak depan TV je la. Takde la rasa nak tengok news feed FB ke hapa.. Kira antara filem yang best di tonton. Aksi2 dalam filem ni memang tak membosankan cuma kalau yang tak tahan dengan kesan2 ngeri tu mungkin rasa menakutkan jugak. Almaklum la Filem Thailand ni.. Dia punya effect darah.. anggota badan terkoyak.. tercabut.. putus bagai nampak real. Kalau korang pernah tengok filem Long Khong.. Effect ngeri dia lebih kurang macam tu la.


Lepas tengok filem tu semalam.. Boleh pulak aku termimpi kampung aku di serang Zombie. Macam mana dalam filem tu watak2 utama cuba melarikan diri dari zombie macam tu la aku dengan beberapa orang yang aku kenal dalam mimpi lari dari zombie. Setiap kampung yang aku sampai semua dah tak ada orang. sampai rasa letih la... Yelah sampai terbangun aku asyik lari dari zombie. Hahaha.. Tu dia filem The Black Death betul2 menghantui aku la kali ni.

Klasifikasi 18 Jadi memang tahap ngeri dia untuk tontonan mereka yang berani. acah2 berani tu harap ada teman kalau nak tengok filem ni. Hehehe.. Settle The Black Death

Moral of the story.. Sebab tu kadang2 tak boleh percaya sangat dengan mimpi.. Mimpi kadang2 di pengaruhi apa yang kita tengok atau fikir sebelum tidur bukan membawa maksud2 tertentu pun. Jadi jangan suka2 nak tafsir mimpi. Kaji dulu kenapa kita boleh dapat mimpi2 macam tu sebelum judge ia sebagai petunjuk pada sesuatu.

AKHIRNYA PEMBAWA WABAK MEROYAN BERAKHIR HARI NI

Meroyan ni satu wabak ke? Yer boleh jadi satu wabak bila ada sesuatu yang menyebabkan kaum wanita tak kira yang gadis mahupun perempuan dewasa jadi meroyan dalam tempoh waktu yang sama setiap hari. Alhamdulillah penyebab penyakit meroyan sejak dua menjak ni akan berakhir hari ni. Erkk... meroyan pun ada expired date ke?

Sumber Google

Pembawa wabak meroyan yang aku maksudkan adalah drama slot akasia Hati perempuan. Tengok post media hiburan tadi katanya hari ni episod akhir maka bermula esok Insya Allah tiada lagi status meroyan yang aku nampak kat news feed aku. Aku mula2 tengok jugak la sikit tapi macam taste drama2 macam tu aku malas nak tengok sangat. Bukan apa.. kang terbergaduh dengan peminat drama tu pulak. dah la hero & heroin hanya layak pegang watak penyapu ahli sihir berjubah hitam & berhidung panjang, drama pulak boleh morning sickness aku jadinya even tak mengadung. So, aku ambil keputusan tak payah follow sangat la. Nak hadap pun tak berapa selera macam mana nak kusyuk, katanya. hahahaha


Setelah aku rasa terlalu panjang episod drama ni, hari ni di umumkan sebagai episod akhir. aku rasa macam nak sujud syukur je. Bukan sebab benci sangat dengan drama ni tapi syukur sebab menyelamatkan ramai kaum wanita dari terkena tekanan emosi dengan watak Yuhanis yang selalu aku dok baca status geram,marah & sakit hati dari ramai kaum wanita yang follow cerita tu.

Moral of the story.. Kalau korang rasa annoying sangat perangai perempuan macam watak Yuhanis tu maka ambil la pengajaran, macam tu jugak pasangan korang yang rasa annoying kalau korang jenis prasangka tak tentu pasal. Ye betul tak ramai lelaki yang macam laki Yuhanis tu.. kalau laki lain rasanya abis talak la perempuan macam Yuhansi tu dapat. hahahaha

P/S : Pengikut drama ni jangan terlepas pulak episod akhir takut hangpa pulak meroyan tak dapat tengok ending hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com