Showing posts with label peniaga. Show all posts

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK! Rasanya dulu aku pernah tulis kot pasal benda ni kat blog.. Rasanya bukan aku sorang je kot rasa perkara tu sangat menjijikkan. Malah ramai lagi mata manusia lain rasa benda yang sama. Kau korek2.. lepas tu kau dengan tak malu ambil gambar share dengan seller yang kau beli kemudian seller tu pulak dengan rasa bangganya share benda tu sebagai testimoni.


Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...

Yang seller2 ni pun.. Kau tak rasa geli ke dok hadap benda2 kotor tu. Tak tau macam mana kau boleh kumpul banyak2 gambar2 macam tu then kau share kat media sosial tanpa rasa ia menganggu orang lain. Bila orang tak support post korang mula meroyan bagai.. Bila muncul gambar2 macam tu kerap2 sangat kat timelines Facebook terutamanya.. sekali dua boleh la hide post.. Kalau banyak2 kali confirm ada yang kena unfriend atau paling2 pun unfollow. Sama jer sebab selepas dah unfollow dia memang dah tak nampak apa2 post korang dah. So, apa pun korang sampaikan tentang produk korang dah tak ada fungsi untuk mereka2 yang dah unfollow walau masih dalam friendlist.

Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.

Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe

Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

INI SEBAB ANDA MESTI DISABLE AUTO DOWNLOAD DI WHATSAPP

INI SEBAB ANDA MESTI DISABLE AUTO DOWNLOAD DI WHATSAPP. Trend sekarang adalah whatsapp. Tempat orang ber chit chat. Ada personal ada dalam group. Macam2 group whatsapp ada sekarang & ramai jugak jadikan group whatsapp untuk berkomunikasi dengan family. Adik beradik aku pun ada group whatsapp. nak2 lagi masing2 bukan selalu berjumpa dah. Jadi group whatsapp salah satu cara memudahkan kita berhubungan & berkumpul jugak la.


Aku bukan jenis suka sangat berbual kat group whatsapp.. Cuma ada 2 group je aku banyak berbual. Dua2 group ni ahli tak sampai 10 orang. 1 group family aku tapi bukan hari & setiap jam pun dok menyembang & satu lagi group geng masa aku belajar kat kolej cap ayam dulu. Dua2 group ni semua perempuan. Tu la group aku menyembang tapi bukan setiap hari pun aku aktif. Nak2 lagi whatsapp aku install kat Tab tua aku ni. Kejab2 whatsapp hang.. Salah satu faktor aku malas nak ber whatsapp jugak. hahaha

Bila majoriti orang ada whatsapp maka berlakulah satu aktiviti aku paling tak berkenan. Terutama peniaga online. Suka2 hati sent mesej dengan berpuluh2 gambar padahal kita tak request pun nak tengok barang jualan dia malah tak pernah tanya pun. Yang tu paling aku tak suka. Kau nak iklankan produk kau bukan kat dalam personal whatsapp orang macam tu beb! Kecuali atas permintaan. Kau post je kat personal account FB atau IG kau sudah. Tak pun meh sini aku nak tolong review kat blog dengan syarat kau kena la bayar yer... Kau nak cari makan, aku pun nak cari rezeki jugak. So win win situation.

Tu yang jenis sent kat personal mesej orang.. Dalam group. Kadang2 nak tegur kang orang cakap kita sombong.. Group sekolah tadika di mana di tubuhkan untuk memudahkan ibu bapa & guru berkomunikasi kalau ada apa2 aktiviti sekolah atau apa2 masalah berkaitan anak anak pun jadi group berniaga. Nak2 dekat nak raya ni.. kain pasang la,kuih raya la.. Kadang2 rasa orang2 macam ni tak reti nak hormati fungsi & tujuan sesebuah group tu di buat. Asal ada peluang je dia nak jual barang. Kalau setakat group borak kosong dengan kawan2 macam group geng cap ayam aku & geng tu ok la.. Memang group tu kami post apa saja. Ni group berkaitan dengan sekolah atau komuniti apa apa yang di tubuhkan untuk tujuan tertentu.. Tak elok kita asyik nak jadikan semua group tempat berdagang.

Dah tu sekali dia post gambar.. berderet deret. Ingat orang suka ke? Orang tak suka tau tak. Tapi mungkin orang tak sampai hati nak tegur takut kau kecik hati. Bukan sebab dengki atau rimas tapi ni antara sebab orang tak suka kita post terlampau banyak gambar kat whatsapp >> Bila terlampau Banyak gambar/video di post dalam whatsapp Ini yang berlaku pada smartphone anda yang bakal buat anda benci dengan teknologi. Baca yang no 1<< Bila jadi macam ni aku pun hangin sebab tu aku disable je auto download media kat whatsapp. Dulu baru2 ada whatsapp sakit hati jugak sebab tak tau boleh setting disable auto download tu. Jadi yang belum disable auto download media tu mohon berbuat demikian sebelum anda rasa nak maki orang hahahaha

Moral of the story.. nak meniaga kat whatsapp tak salah, nak share sesuatu yang mungkin menarik & bermanafaat kepada orang lain tak salah cuma yang salah bila kita melakukan sesuatu perkara sampai melanggar hak orang lain. Memang orang rasa anda sangat annoying.

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

JUAL CENDOL JE BOLEH BUKA 4 PUSAT FUTSAL & 24 BADMINTON COURTS

JUAL CENDOL JE BOLEH BUKA 4 PUSAT FUTSAL & 24 BADMINTON COURTS. Jangan pandang rendah pada orang jual cendol ok. Cendol antara dessert yang ramai penggemarnya walau ada yang suka samakan cendol dengan hingus. Tak senonoh sungguh. Benda sedap dok samakan dengan benda yang jijik. Spoil selera orang nak makan cendol.


Tapi kisah peniaga cendol ni boleh bukan 4 pusat futsah & 24 badminton courts memang rare & boleh di jadikan motivasi. Selama ni kita anggap cendol cuma di jual di tepi2 jalan,  gerai2 jer.. Memang orang nak makan cendol cari yang tepi2 jalan je sebab kat situ kebanyakkan rasa dia tak mengecewakan. Rasa asli cendol takde nak mix2 dengan citarasa moden. Tak boleh nafikan rasa original lebih sedap berbanding yang dah melalui proses transformasi untuk citarasa moden katanya.

Peniaga cendol sekarang kita dah tak boleh pandang rendah. Buktinya seorang pakcik ni. Dengan meniaga cendol je dia dapat bukan 4 gelanggang futsal & 24 badminton courts. Aku tak tipu kalau hangpa tak caya hangpa tengok sendiri siapa pakcik tu & macam mana dengan meniaga cendol je dia mampu bukan 4 gelanggang futsal & 24 badminton courts kat sini >> Kisah Benar Seorang Lelaki Yang Berani Untuk Ambil risiko <<

Nak berjaya tiada sempadan asalkan apa yang kau buat tu betul caranya & bukan hangat2 taik ayam je. Dan yang paling penting jangan pandang rendah pada apapun kerja yang orang lain buat. Mungkin bila kita berurusan dengan mereka kita nampak macam bos walau hakikatnya kita kuli makan gaji jer tapi tak mustahil orang yang kita nak dia layan kita macam dia kuli kita tu lebih berjaya dari kita di belakang tabir. Contoh macam peniaga.. kadang2 dia serve pelanggan macam pencacai jer orang buat. Tapi hakikatnya.. dia lagi bos dari kita yang berlagak bos.

Moral of the story.. Penting hormat apa saja pekerjaan yang orang lain lakukan walau jual cendol tepi jalan bukan sebab takut di belakang tabir dia lebih kaya dari kita tapi bila kita layan orang dengan baik Insya Allah orang doakan untuk kita yang baik baik. Peace

5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU

5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU. Nak jadi usahawan yang berjaya ni perlu jugak ada ilmu walau takde sijil tinggi di puncak menara gading katanya.. Ilmu tak semestinya dapat dari menara gading je kadang2 atas menara berkembar KLCC pun boleh dapat ilmu, so carilah ilmu hingga ke lubang cacing sekalipun. Nak jadi peniaga ni tak kira online atau Offline pun tetap kena tahu 5 perkara ni untuk memastikan perniagaan anda berkembang seiring perkembangan badan korang. Erkk.. kalau orang jenis badan tak berkembang camna? Ok.. pastikan berkembang seiring usia yang sapapun tak boleh elak dari bertambah angka. hehehehe


Menurut satu artikel ni kalau nak jadi usahawan yang berjaya mesti jadi seperti orang gila?? Mak Aii... Takkan sampai nak jadi gila? Sabaq no... Gila yang macam mana tu yang penting korang tahu. Gila yang di maksudkan adalah .. terpaksa bekerja seperti seorang hamba dengan pendapatan yang sedikit pada awal anda memulakan perniagaan. Ingat gila macam mana la tadi kan.. itulah dinamakan pengorbanan.. ye dak??

Selebihnya apa yang 5 perkara yang peniaga perlu tahu & buat meh la rajin2 baca kat sini >> 5 PERKARA YANG PENIAGA PERLU TAHU & BUAT << Bukan aku taknak mudahkan hangpa cuma tu la elok la hangpa baca sendiri kat artikel asal supaya lebih jelas & paham. Kalau aku taip balik takkan nak copy paste bulat2 ye dak.. Kang aku buat olahan jadi salah faham lagi susah. Antara alasan alasan tu adalah lebih baik kalau hangpa nak berjaya hangpa baca sendiri di artikel asal. hehehehe

Moral of the story... Usahawan yang berjaya kata kunci dia tetap USAHA.. kalau kau setakat berangan padahal setapak pun tak bergerak dari atas katil dari pagi membawa ke malam.. Memang korang akan berjaya jugak tapi berjaya bermimpi dengan jayanya.


PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai.

Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menepati standard kesedapan laksa utara yang original. Tu pendapat aku la.. pendapat tekak aku yang merasa. Tak mewakili pendapat orang lain.. So, tak perlu pertikaikan. Taste orang kau nak paksa dah kenapa kan? kalau aku rasa tak sedap takde undang2 boleh mendakwa aku. Tekak aku, aku punya suka la kan.

Orang kulim nak rasa laksa Seafood kawan aku ni boleh la try. Ramai puji sedap
( LOKASI GERAI )
Tmn Tiram Lunas ikut jln simen besebelahan pdg bola..npk khemah merah tu la gerai laksa tumis seafood iejazol
(WAKTU NIAGA)
12 tghri - 7 mlm

Sebab teringin sangat nak makan laksa utara yang sedap lepas balik dari kampung. Nak beli memang susah nak dapat rasa yang macam aku nak even laki aku cakap setakat nak makan sepinggan dua laksa beli je tak payah susah2 masak tetap aku nak masak jugak katanya. Kalau beli confirm aku tak puas hati. Maka masaklah aku di malam hari semalam. Tak banyak pun aku buat... cuma 10 ekor ikan sardin size kecik tu. Aku masak aku makan & tahniah aku berjaya memuaskan selera serakah aku ni... Almaklum la.. air tangan orang utara la katakan.

Ni la hasil bertukang kat dapur semalam..Pinggan tak lawa tapi aku bukan makan pinggan hahahaha

Resepi laksa utara ni mudah jer

Ikan (terpulang korang nak guna ikan apa. Bagi aku ikan kembung & ikan sardin tu sedap)
Cili kering
belacan
Bunga kantan (kalau ada.. takde pun takpe)
Daun kesom (Ni kena adakan jugak)
bawang (aku guna bawang besar & putih)
laksa ( kalau takde tak nama laksa la kan)
Asam keping (2 keping cukup la sebab aku masak sikit je. 10 ekor ikan sardin size kecik)

Cara buat...
Rebus ikan.
Asingkan isi dengan tulang
Blend isi ikan (jangan halus sangat)
Blend tulang ikan tapis ambil air je
Air ikan yang rebus ikan tu pun simpan nak guna jugak
Blend cili kering, sedikit belacan, bawang besar & putih

Masak cili & bawang blend tadi sampai masak (tak masak kang sakit perut pulak)
Dah masak masukkan air rebusan ikan tadi. Tapis takut ada tulang ikan
Lepas tu masuk air tulang ikan yang blend tadi (tapis jugak takut ada tulang)
Masukkan isi ikan yang dah blend.
Masukkan asam keping, daun kesom & bunga kantan kalau ada.
Biar je dia berdikari kat situ atas api.. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Korang pi rebus laksa dulu. Kalau beli laksa kering la. sebab laksa kering lama sikit nak rebus. Kalau laksa Instant tu kejab jer

Bahan ulam ulaman dia
Aku guna daun senohom.. (orang Kl panggil apa daun ni tak sure)
Takde daun senohom guna daud salad pun boleh ikut suka la
Bawang mentah
Timun
Telur
Cili padi

Sebenarnya nak buat laksa sotong tapi sotong kering lupa nak pesan laki aku beli. Jadi buat laksa utara tanpa sotong je la hahaha. Alah sotong kering tu masak macam sambal tumis jer makan dengan laksa memang sedap.

Nak buat kuah laksa ni memang mudah cuma kena pandai matchingkan bahan perasa dia.. Paling penting belacan,cili, & asam keping jangan terlebih. Bagi aku kalau terlebih atau terkurang benda tu akan buat rasa kuah laksa jadi hampeh. Isi ikan pun jangan terlampau banyak, jangan terlampau halus masa blend.. Tu pun mempengaruhi rasa. Kuah laksa memang nampak berkuah bukan macam makan isi ikan jer. Tapi jangan cair sangat macam sup.

Tu je la tips & resepi aku boleh share dengan hangpa. Aku bukan la pandai masak sangat tapi boleh la setakat nak kenyangkan tekak sendiri & tekak orang2 di sisi katanya.

PERHIMPUNAN SECARA BESARAN DEPAN LOW YAT UNTUK TUNTUT KEADILAN

Kan aku selalu cakap.. Kalau sesuatu benda tu jadi viral baru ada tindakkan tak kira dari orang awam mahupun pihak berkuasa. Orang sekarang tak pakai senjata parang, senapang, kayu,besi dah nak berjuang menuntut keadilan semua guna kuasa smartphone bercamera & internet. Katanya Malam ni ramai anak muda berhimpun depan low yat bagi menuntut keadilan kepada mamat yang mengamuk sebab katanya di tipu peniaga enpon kat situ.


Penipuan macam ni sebenarnya dah lama berlaku kat plaza low yat walau bukan semua tapi kebanyakkan macam tu. Cuma baru minggu ni pihak berkuasa & orang awam mula buka mata & bertindak. Aku setuju jugak tindakkan macam tu di ambil.. Memang ada baik & buruk tapi memandangkan zaman sekarang semua perlu kuasa viral & kuasa berhimpun macam tu so aku anggap benda tu bagi peringatan pada peniaga penipu macam tu agar jadi pengajaran. Jangan ingat selama ni depa dok menipu takde apa yang berlaku depa boleh terus memperbodohkan pengguna yang jahil dalam bab gadget2 elektronik ni.

Tak kisah yang berhimpun berjuang dengan senjata smartphone sekalipun.. Bagi aku benda tu tetap effective. Berjuang tak semestinya angkat senjata jer kan? So, tu pun salah satu perjuangan untuk menuntut keadilan.

Moral of the story pada peniaga2 penipu macam tu tak kira dari bangsa apa sekalipun.. Ingat. Langit tak selalu cerah.. Sampai masa segala penipuan kau ada dapat padah.

INILAH CARA MUDAH & CEPAT UNTUK BUAT KUIH TART

Sapa kat sini peminat kuih tart? Sapa kat sini pengusaha/peniaga kuih tart tak kira secara besar besaran atau kecil kecilan? Tak kira siapapun anda kalau korang ada niat nak buat kuih tart sendiri.. harus baca entri ni sampai ke titik'an terakhir katanya. Rugi sangat la kalau korang ignore je entri ni mungkin korang terlepas sesuatu yang sangat berharga & korang perlukan untuk buat kuih tart.


Sekarang masa tu bukan emas dah.. umpama nyawa. Tup2 sekejab jer dah masuk hari esok. Nak buat kuih tart ni memang perlu masa yang agak lama jugak. Yelah.. nak buat kulit dia pun dah ambil masa belum lagi membuat kuihnya.. jadi untuk memudahkan kerja & menjimatkan masa den nak memperkenalkan satu robot ni yang boleh membantu menyenangkan korang buat kuih tart. Memperkenalkan mesin kuih tart...


Kelebihan mesin ni selain menjimatkan masa & tenaga ia boleh menghasilkan kulit kuih tart yang banyak dalam masa yang singkat & mesin ni juga tahan lasak. Memang sesuai sangat untuk peniaga kuih tart.



Mesin ni pun senang nak guna. Tak perlu guna elektrik & 100% manual. hanya perlu di letakkan acuan sebab Bentuk tart shell ditentukan oleh acuan anda yang diletakkan dalam lubang mesin tu. Kalau time nak raya memang berbaloi la guna mesin tart ni. Bukan takat boleh buat untuk makan sendiri malah boleh menjana pendapatan juga. Lagipun kulit kuih tart ni bukan sekadar untuk buat kuih tart tapi boleh di pelbagaikan untuk buat kuih lain ikut kreativiti sendiri la kan. So tak semestinya beli mesin ni boleh guna untuk buat kuih tart jer.. malah boleh di gunakan untuk buat kuih lain jugak.

Selain mesin untuk kuih tart ni ada jugak mesin untuk biskut sampan. Bukan semua orang tahu buat biskut sampan ni, jadi gunakan kesempatan ni untuk jadikan cabang perniagaan & tak perlu risau pasal masa & tenaga. Semua guna mesin je kan sekarang so takde alasan lagi susah nak buat kuih.

Ni la rupa mesin biskut sampan. Cuma tunggu rajin berdayung jer

Zaman dah berubah.. teknologi yang ada memudahkan kenapa perlu guna cara lama yang memerlukan masa & tenaga yang banyak kan? Ni raya pun tak berapa bulan.. jadi pada yang berniaga atau berniat nak berniaga kuih tart boleh la dapatkan mesin kuih tart ni. Keluar modal sekali mungkin untung hari hari ye dak...Boleh menjana pendapatan lumayan melalui tart asalkan korang rajin berusaha. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, ye dak??

Sekiranya korang minat nak dapatkan mesin kuih tart ni sila hubungi : Seri : 0127844524 (call/sms/whatsapp. Untuk sebarang pertanyaan/pembelian. Atau korang boleh rujuk di blog Alam Sari Di Tanah Jauhar 


MELAYU TAK RETI ENGLISH ATAU MELAYU TAK RETI MELAYU YANG BODOH

Rasanya ramai dah tengok & baca satu screenshoot seorang pengedar produk online pasal seorang pembeli dia yang salah faham tentang postage. Maybe sebab kefahaman dia dalam bahasa Inggeris tak berapa baik.. Dia ingat postage tu macam barang percuma hadiah dari pengedar untuk pembeli la kot. Bila takde apa2 yang percuma dalam bungkusan kiriman pos yang dia dapat.. dia pun tanya la kat penjual tu.. Akibat dari tu perbualan dia tu jadi viral sebab di sebarkan oleh peniaga online tu sendiri..

Sumber google

Ramai yang gelakkan dia.. Sebab dia tak tahu maksud postage. Aku tak rasa nak gelak sangat pun sebabnya bagi aku bukan sesuatu yang bodoh atau boleh di perbodohkan kalau seseorang tu tak reti bahasa Inggeris yang patut rasa malu bila seorang melayu berurusan dengan orang melayu yang lain tak reti nak guna bahasa melayu. Apa nak pelik.. dia bukan minah saleh tak reti English.. dia orang melayu. Membesar dengan bahasa Melayu. Yang patut rasa diri macam bodoh membesar dengan bahasa melayu tetiba pandai english, terus jadi macam tak reti cakap melayu atau "feel stupid when i speak malay katanya...." Sebab English dah jadi International language maka yang tak reti english terus jadi bodoh ke?

Biasa la aku pun ada jugak sesetengah perkataan English tak faham terpaksa rujuk kamus

Gelakkan diri sendiri dulu la kalau spesis yang suka mengangkat bahasa orang untuk nampak kononnya hebat seolah olah merendahkan bahasa Ibunda sendiri. Bukan la aku kata salah belajar & guna bahasa Inggeris.. Tak salah. Bagus.. salah satu cabang ilmu jugak cuma yang jadi salah bila kita melihat seseorang yang tak mampu kuasai bahasa asing sebagai seorang yang bodoh & boleh di perbodohkan. Contoh dengan apa yang jadi viral sekarang.. seolah2 benda tu satu jenaka pulak.. Gelak ramai ramai.. Tapi aku tak rasa tuan punya badan rasa benda tu jugak kelakar. Maybe dia rasa malu jugak.. Yelah, orang sekarang konon urban & bijak kalau pandai guna bahasa Inggeris kan. Bila yang lemah dalam english tu.. Maybe dia rasa rendah diri la jugak.

Belajar & kuasai la seberapa banyak bahasa sekalipun.. Memang bagus & mungkin jadi kelebihan pada kita tapi.. Tapi Jangan melihat orang lain seperti seorang dungu atau bodoh bila tak mampu kuasai bahasa asing. Dia tak faham postage bukan bodoh sangat pun.. Kalau kau buat karangan bahasa Melayu guna perkataan english tetap kena potong markah even cikgu faham apa yang kau tulis. Tak jadi betul even kau rasa diri hebat sekalipun. Tetap penggunaan bahasa Melayu kau yang salah.. Bukan salah orang melayu lain yang tak faham.


INILAH PENIAGA ONLINE YANG SUKA MENCURI

Dah di permudah nak lagi mudah sampai tak fikir perbuatan depa bukan saja mungkin boleh menghilangkan keberkatan dalam rezeki yang depa dapat malah mungkin boleh jatuhkan perniagaan depa jugak. Tapi sebab nak untung tak nak kerja keras depa tak fikir dah akibat dari perbuatan depa..

Sumber carian google

Rungutan demi rungutan kat laman sosial kita boleh baca.. Gambar hasil kerja tangan orang lain di gunakan oleh segelintir peniaga online ni untuk mengiklan perniagaan depa mungkin sama konsep dengan orang. Dah la curi gambar kerja orang.. claim pulak hasil sendiri lepas tu advertise tanpa rasa bersalah pada pelanggan. Kalau jenis produk yang packaging standard je tu boleh jugak terima nak guna gambar orang sebab rupa semua sama jer beza photographer & editing dia jer, ni gambar barang yang handmade. Dah tentu eklusif & tak sama walau serupa pun. Bila orang curi & claim hasil kerja depa, kalau aku pun rasa tak puas hati juga kan even ada yang berhati mulia tak kisah dengan perbuatan macam ni.. Tapi rasanya tak elok sangat kalau asyik tak kisah. Tanpa sedar kita menggalakkan depa jadi pencuri.

Semalam ternampak post dari sorang blogger yang buat part time sewa veil untuk pengantin bila veil hasil kerja tangan dia di curi oleh peniaga yang buat perniagaan yang sama. Suka2 jer curi gambar Veil orang kemudian iklankan kat IG.. dah la curi, menipu pulak pelanggan dia. Sebagai pemilik gambar Veil tu memang la dia rasa tak puas hati even benda tu bukan pendapatan utama dia tapi semua tu hasil penat lelah dia.. Kau senang2 jer google lepas tu jumpa tempek kat IG ko. Kalau aku pun rasa nak senteng lengan baju ajak bertendang.. kekekkee

Sumber dari FB Post Nursaila

Nak meniaga benda yang sama tak salah.. Rezeki masing2 Allah dah tetapkan tapi jangan la mencuri hak orang lain untuk melariskan perniagaan korang. Kalau betul kau ada skill kau buat veil kau snap pic & advertise la kat memana pun takde orang nak marah. Ingat.. balasan kat laman sosial ni kadang2 tak tunggu mati dulu. Kalau nasib tak baik jadi viral.. bukan je bisnes kau.. dengan kau2 kena gulung tikar jadi berniaga secara sihat semoga rezeki yang anda dapat tu lebih di berkati. Yang berkat even sikit Insya Allah cukup.


BERIKLAN SECARA PERCUMA DI INSTAGRAM FASHA SANDA

Wah.. ni berita baik untuk semua peniaga2 online. Free beb!! ingat senang retis popular nak buat amal jariah macam tu. Awal ashaari siap warning lagi kat Instagram dia sebab ramai sangat orang dok post iklan kat komen instagram dia tapi fasha sandha pulak bagi free jer.. Satu dalam seribu nak jumpa retis macam ni.


Follower retis bukan macam follower aku kat IG, celah gigi jer.. ratus ribu ada yang juta so jika beriklan di account laman sosial dorang maybe feedback dia agak baik kot.. Aku pun tak tau sebab aku tak pernah pulak nak tinggalkan link blog kat IG retis ni. Almaklum la aku malu sikit.. satgi kena sound mesti aku tacing. hahahahahaha


Ada retis yang caj untuk review di account laman sosial dorang 1 review kat IG jer RM8k beb! di ceritakan pada aku sendiri oleh someone yang tak payah aku sebut nama.. Retis ni memang agak kontroversi sikit tapi dia memang popular dari nak kawen sampai beranak semua dapat tajaan. Retis mana sendiri fikir la kan.. hahahaha. RM8K tu?? Amik kau! Ni fasha sandha siap bagi free apa lagi serbu la..


Tapi jangan la ambil kesempatan sangat dah orang izinkan beriklan tu.. berpada pada la jugak nak beriklan. Jangan kau spam komen dia pulak. Penuh beratus iklan kau berderet. Tu melampau namanya. Orang bagi keizinan pandai2 la fikir. Jangan sampai hilang kemaluan ghairah nak sales kan? Nak buat apapun buat la secara bermaruah & berhemah...

Apapun aku salute jugak dengan fasha sandha even sebelum dia kawen aku cemuih jugak la dengan kontroversi dia. Tapi sejak2 kawen & jadi mak orang fasha sandha totally nampak berubah & semakin matang aku pun jadi suka pulak dengan dia. hahahaha Apapun aku doakan semoga fasha sandha murah rezeki.. Amin.

Sumber : Beautifulnara


INILAH AKIBAT BILA PRODUK ANDA DI VIRAL KAN OLEH BLOGGER

Setiap perbuatan memang ada akibatnya tak kira baik atau buruk macam tu jugak bila anda bayar blogger untuk viralkan produk anda bagi tujuan promosi jugak ada akibatnya.. Nak tau apa akibat jika korang keluar modal yang banyak, bayar ramai blogger untuk viralkan produk anda supaya lebih di kenali.. baca sehingga noktah terakhir yer...

 ehem.. hem sapa2 yang minat nak takeover tempat banner nuffnang tu boleh la contact I yer... kekekeke.

Ramai dah peniaga atau syarikat besar yang mempercayai kemampuan blogger untuk memperkenalkan @ mempromosikan produk mereka kat laman sosial. Sebab dah banyak produk mampu di viralkan sehingga mempengaruhi pengguna untuk mencuba produk yang promosikan oleh ramai blogger termasuk aku.. hahahahaha

Walau aku pun blogger yang ada jugak dapat job review tapi aku pun manusia yang akan terpengaruh jugak la dengan produk yang menjadi viral kat laman sosial. Contoh cosmoderm.. Dok baca kelebihan produk tu aku pun terjebak nak beli.. Dah la aku jenis kalau start survey lebih dari satu aku beli. Semalam sempat rembat 3 produk cosmoderm.

Sekali aku terpengaruh.. ambil 3 sekali aku beli. Hygine wash (memang best aku pakai & murah) Pencuci muka vitamin E (pun rasa best jer) &Magic Exfoliating Gel (Pun aku rasa best guna). Cosmoderm bagi aku produk yang murah & senang nak beli sebab banyak farmasi ada jual

Tu aku.. yang ada blog boleh cerita macam mana berkesannya bila tengok ramai blogger lain mula memperkenalkan sesuatu produk & berkongsi testimoni lepas guna.. Orang lain yang senyap2 terpengaruh tu mungkin lebih ramai. Jadi nasihat aku pada pengedar produk ni.. Jangan kedekut keluar modal kalau nak untung. Jangan rasa sia2 bayar blogger setakat nak promot kat laman sosial & rasa benda tu anda boleh buat sendiri. Bila korang bayar blogger untuk promosi.. selain depa mem viral kan produk anda secara berjemaah sehingga penuh timelines FB cerita pasal produk tu, sampai orang yang tak kisah pun jadi ambil kisah.. depa jugak mencuba & berkongsi testimoni. Kalau bagus kebanyakkan blogger akan bagi review percuma kat blog selepas menggunakannya. Tak rugi pun.

Dan kena ingat.. apa sahaja yang di kongsikan di laman sosial adalah lebih mudah tersebar berbanding media cetak & TV. Berita kat TV pun tak mampu sepantas berita kat internet, jadi sekarang ni lebih berkesan mempromosi kan apa2 produk atau servis di laman sosial jadi blogger adalah salah satu penyampai yang berkesan. blog sekarang menjadi sumber rujukan.. Bila blogger tulis pasal produk korang jadi bila secara automatik dia akan tersenarai dalam carian google. Salah satu kebaikan untuk produk korang jugak. Bayangkan ramai blogger yang tulis pasal produk korang, mesti banyak sumber rujukan akan muncul di carian google & bila ramai orang review dah semestinya lebih menambahkan keyakinan orang untuk mencuba produk korang.

Moral of the story setiap perniagaan perlukan modal.. Jadi kalau nak untung pun kena keluar modal. Bomoh jampi2 & ludah2 dalam air pun caj mahal.. Inikan blogger yang kena gunakan kreativiti menulis pasal produk korang.. Jangan minta free atas dasar kawan la.. sedara la.. & jangan pulak tipu tak bayar macam aku pernah kena dengan salah sorang pengedar Youwhite tu. Bila minta orang buat kerja sila bayar & Tak rugi pun bayar blogger jadi jangan takut untuk gunakan blogger untuk promosikan produk korang.


MELAYU WAJIB MAKAN DAGING KALAU TAK JADI HINDU

Amboi tajuk entri berbunyi racist tak racist.. Petik2 agama orang lain pulak tu. Berani sungguh la lekatlekit ni... Nak melekat dalam jail ke hapa? Apa nak tajuk kita nak cerita pasal benda betul.. bukan benda rekaan semata mata untuk menganggu sensitiviti agama orang lain, kan?

Sumber google

Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Dalam bulan march haritu.. Lokasi kat sebuah gerai Sup Meletop area Sri Gombak. Kalau korang rajin merayap kat situ rasanya kalau tak pernah singgah pun mesti pernah nampak gerai dia tepi jalan. Kat situ ada carwash. Tempat dia banyak tikus besar2.. maybe sebab kawasan dia semak sikit di tambah ada gerai makan. Aku pun tak tau sampai aku singgah & duduk makan baru aku nampak tikus berlari lari dekat2 dengan carwash tu.

Alkisahnya hari tu kami laki bini singgah makan. Aku makan bihun sup.. asben makan nasi ayam. Nasi ayam tu biasa la dia akan sertakan dengan sup kosong sekali. Asben aku ni tak makan daging.. jangan kan daging, air rebusan daging buat sup ke hapa ke memang dia tak makan. Pendek kata apa jer ada berkaitan dengan daging dia tak makan. Bila dia bau kuah sup bau daging maka dia tak makan.. so dia panggil la pekedai tu tanya kot2 ada sup ayam. Minta satu mangkuk.. dah la gerai kot tu seciput je besarnya.. antara meja aku dengan dapur ko pun sekangkang kera je jaraknya.. boleh la sampai dapur dia.. dia boleh mengomel dengan kawan dia kat situ dengan ayat.. "Hindu ke hapa tak makan daging".

Amboi.. kau fikir tak makan daging tu hindu jer.. Kalau orang melayu Islam wajib kena makan daging ker? Dah orang tak makan.. kau sakit kenapa? Kalau takde cakap takde! Kalau boleh cakap tak boleh! takde orang nak hadap makan kat gerai ko yang bukan cantik sangat pun.. makin buruk dengan ko yang bermulut longkang tu. Hagak2 la nak mengata pun biar la pelanggan tu jauh dari pandangan mata. Ni macam kau saja je nak sakitkan hati orang. Maka dengan rasminya itulah kali pertama & terakhir. Kalau dia bagi layanan 1st class pun tak rasa kami akan datang lagi sebab makanan kat situ pun biasa2 jer.. inikan pulak dia menghamburkan kata2 puaka tertutup terus niat nak datang lagi.

Moral of the story.. Nak meniaga mulut kena jugak jaga. Jangan main sembur tak baca bismilillah dah. Soal taste pelanggan ni bukan hak peniaga nak tentukan. Orang makan @ tak makan sesuatu ada sebab2 tertentu bukan sebab agama jer. Jangan suka2 nak menghindukan orang tak makan daging. Tu namanya bebal.


KEDAI NI SALE SETIAP HARI AGAKNYA BILA HARI DIA TAKDE SALE

Dengar pasal sale confirm la kaum wanita la paling excited tahap mak sinchan kan? aku pun sama la.. mata macam keluar bintang je bila tengok perkataan sale. Lumrah kaum wanita kan.. Suka membeli belah ye dak?? Hari ni aku nak cerita pasal satu kedai yang manjang sale tak pernah aku tengok kedai dia takde sale. Kalau korang nak tau kedai apa.. kat mana sabar & baca sampai habis.


Sejak dua tiga empat menjak ni memang aku nampaknya suka sangat ke selayang. Tak tau la pelaris apa ada kat sana selain kedai dvd original yang murah ada dalam selayang Mall & Kedai Mr. DIY yang macam wajib pulak aku singgah kalau ke selayang Mall selain mydin cari barang dapur. Kat selayang ada satu kedai kasut. kedai kasut ni manjang sale. Sale ulangtahun.. sale tu sale ni.. Kiranya tiap kali aku pergi selayang tak pernah kedai tu tak buat sale. Manjang ada perkataan sale dengan meriahnya kat kedai dia sampai aku naik pelik jugak gamaknya kalau tak sale berapa rega kasut2 dalam kedai dia. Kalau dah hari2 sale.. bila dia jual barang dia tanpa sale.

Yang aku pelik... sebenarnya harga kasut tu harga sale ke memang normal price dia?? Yelah.. tak pernah aku nampak dia kedai dia takde sale aku rasa memang dia hari2 jual dengan harga sale je la. Maknanya harga sale tu harga normal price dia. Maybe kedai dia memang sale ke tak sale harga dia sama.. cuma nak menganggu emosi manusia yang obses dengan shopping ni tertarik masuk dalam kedai dia bila nampak je perkataan sale.

Rasanya bukan kedai kasut tu je buat camtu ada banyak peniaga yang menggunakan taktik tersebut. Macam sogo.. Bukan semua barang dalam tu harga sale.. kalau korang survey betul2.. banyak barang sale dia tipu je. Dorang letak harga lebih tinggi kemudian konon bagi diskaun dengan harga yang sebenarnya memang harga biasa barang tu. Nak tarik perhatian orang.. maka depa buat la camtu. Sebab tu ada artikel yang aku baca.. Sale kat Malaysia ni sebenarnya sale trick jer. Bukan betul2 sale. Pun camtu macam semut jumpa gula manusia yang membeli belah kat sogo, kan??

Moral of the story.. Kita nak membenteras peniaga yang guna trick camni memang susah apa yang kita boleh buat rajin la survey, Insya Allah kurang la kita tertipu dengan perkataan sale melainkan kita orang kaya duit melimpah ruah boleh buat bahan bakar macam daun kering kan?? Tak payah nak survey pun takpe.. tunjuk bayar je.


GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGAN

Semalam hari minggu maka hari untuk melihat dunia luar. Yelah.. hari2 bekerja ni banyak terperap je dalam rumah maka hari minggu la hari yang paling di nanti nantikan surirumah macam den. Tak larat dah nak baca berita online & blog nak juga tengok kehidupan manusia di luar sana. hahahahaha.. statement macam tak pernah keluar rumah.

Mula2 destinasi pertama keluar dari rumah mencari makan untuk tengahari walau time tu dah masuk waktu petang. Pergi ke Taman melawati.. Singgah kat gerai melawati Nasi ayam hainan singapore katanya. Kat dalam kedai makan tu banyak gerai tapi saja highlight Gerai nasi ayam tu sebab kisahnya berkait dengan gerai nasi ayam.

Memang ramai orang semalam.. tak tahu la sebelum2 ni ramai ke tidak. Nak kata tak pernah makan kat situ rasanya pernah juga dulu2. Tapi tak sure la pulak memang hari2 minggu kat situ memang orang makan ke tidak. Bapak si lala pergi la order 2 pinggan nasi ayam. Ayam dia minta bahagian dada. sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain tak kira la KFC ke RFC ke apa je masakan yg ada ayam dia minta bahagian dada kecuali ayam yang dah di potong kecik2 (potong dadu) yang selalu kedai atau restoran guna untuk masak nasi goreng atau apa2 masakan panas. Masa order tu takde pulak akak nasi ayam tu cakap apa2.. bila sampai jer order bapak si lala tengok ayam tu bukan bahagian yang dia nak. Jadi dia panggil balik akak nasi ayam tu cakap...

Tersentak jugak dengan suara lantang & nyaring sambil sibuk hantar order nasi ayam meja yang berjiran dengan kami dia kata.. "ayam tak boleh pilih2. Ayam tak cukup." Memang ayat dengar tak apa2 tapi dengan nada suara & cara dia cakap tu boleh la kategori kurang ajar jugak la. At least ko cakap baik2.. minta maaf ke hapa takde la sakit hati. Ni suara mengalahkan petir dengan muka macam longkang tersumbat terus temperature naik Uols. Nak2 lagi memang suasana pun tengah panas.

Bapak si lala cancel je nasi ayam tu suruh akak tu angkat balik.. kami makan laksa yang ada jual gerai dalam situ. Lepas makan laksa berdesup ke Bukit antarabangsa makan Chinese food kat Haji shahrin low muslim Chinese food. Senang je nak minta ayam bahagian dada. Takde kena tengking.

Bukanlah nak jatuhkan bisnes orang melayu Islam.. tapi ini kita macam teguran la buat semua peniaga yer.. Even ko banyak pelanggan, ko sibuk.. ko penat.. ko tak patut nak tengking pelanggan sedangkan laki den tu tanya dengan perlahan & baik2 bukan dia maki pun akak tu. Ko patut bersyukur pada hari yang ramai pelanggan sampai tak cukup ayam ko nak hidang apatah lagi kakitangan nak layan bukan ko tunjuk muka stress bila ko penat. Kalau ko nak kerja rilex maka hari2 ko doa la kat Allah supaya jangan ramaikan pelanggan datang makan kat gerai ko supaya ko boleh kerja sambil bersantai & menikmati hari tanpa lengguh walau sehelai urat pun kat badan ko. Bila bisnes tak maju merungut bila ramai orang jadi berlagak. Maybe dia fikir setakat sorang customer lari tak rugi perniagaan dia hari tu kot. Amalkan la mentaliti macam tu yer.. 1 hari sorang ko buat kalau hari2 ko kira la sendiri. Meniaga pandai tak kan buat kira2 tak reti kot.

Lepas je makan.. pergi stesen Komuter kg batu.. park keta kat situ.. Amik komuter pergi sogo. Konon support hari tanpa kereta la.. walhal saja je nak mengelak jam alih2 tak jam la pulak. Takpe at least merasa budak lala naik komuter ni. Mak lala pun boleh kira la bapa kali je pernah naik pengangkutan awam kat KL walau dah dekat 7 tahun berhijrah kesini. Seronok la jugak sekali sekali naik sebab semalam tak ramai orang. Lengang je.

Abaikan rambut dah serabut tu. dah tak larat nak sikat.keaktifan beliau menyebabkan dia tak mempedulikan penampilan diri lagi

KENAPA ORANG TAK SUKA BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGA

Semalam ada up status pasal masih ramai lagi peniaga2 online yang tak letak harga pada barangan yang di jual tapi masih menggunakan konsep nak tahu harga sila PM. Maybe ada yang terasa terus explain bahawa produk mahal yang di jual tu ada etika yang tak boleh terus tag harga. Nak tahu harga kena private. Katanya harga takkan di manipulasi oleh peniaga2 tak bertanggungjawab kerana harga dia selaras 1 Malaysia.

Itu sebab produk mahal lagi berjenama mewah tu ada etika. Tak tahu la kenapa etika tu wujud sebab yelah.. den ni mana mampu pakai produk mahal2 macam tu. Dapat Tia Ammelia pun dah cukup syukur kan?? Jadi produk2 macam tu den tak usya sangat selain tahu dia produk berjenama mahal tahu kemampuan seorang suri rumah macam den ni setakat mana. Jadi pada yang terasa tu.. Minta maaf lah yer. Sesungguhnya bukan produk yang anda jual yang den maksudkan. Lagipun den tak survey pun produk kecantikkan @ makeup mahal2 kat online.

Yang tak tertakluk pada etika tak boleh papar harga tu.. takpe la. Kalau kena tindakkan ke hapa je pengeluar produk tu yang akan bersoal jawab sebab dorang yang keluarkan etika.. Ni yang jual barang/produk yang takde etika tapi cuba buat etika sendiri ni apa kes pulak kan?? Setakat jual beg.. jual baju.. jual kasut.. jual tudung.. tak payah la ber pm2 sangat. Menyusahkan para pembeli nak survey mengikut budget masing - masing. Kang ada pulak yang kata, dah tau budget ciput tak payah berangan nak shopping online. Pi shopping mydin nu.. Lebih layak untuk orang semekin. Nak shopping online kena ada duit berkepuk2 dalam account bank, hokay!!

Hokay den paham.. even den takde duit sampai boleh buat tilam tidur dalam bank tu.. tapi singgit dua tu ada jugak la peneman account bank den. Jadi kalau den nak shopping online barang singgit dua pun hak den jugak. Sebab even singgit dua den bayar tetap den bayar dengan RINGGIT MALAYSIA bukan AIR LIUR BASI. Jadi jangan pandang rendah pada golongan tak berapa kaya macam den. Even korang yang meniaga kaya raya tu kalau den minta bagi barang korang yang singgit dua free kat den pun korang tak bagi punya. Tetap korang guna konsep.. kau bayar duit, kau dapat barang kan??

Kenapa PM2 harga ni menyusahkan pembeli. Bayangkan seorang pembeli budget cuma RM100 nak beli sesuatu barang. Dia pun survey. Korang ada upload seratus jenis barang yang orang tu nak beli dengan konsep nak tau harga sila PM. Bayangkan dia tengok 1 barang dia PM.. harga over budget dia tak jadi beli. Dia survey lagi sampai 10 kali dia PM korang tanya harga alih2 semua barang over budget dia.. semua pun dia tak jadi beli. Tak payah tipu la kalau kali ke 11 korang pun malas nak layan dia dah. Paling menyanyat hati.. keluar pula status sindir menyindir. Dalam kes ni susahkan kedua2 belah pihak. Pihak pembeli & pihak penjual.

Korang tak boleh kata.. kalau setakat budget seratus dua jangan berangan nak shopping online.. Suka hati la dia nak shopping memana pun. Duit tetap duit dia walau seringgit pun. So, selagi duit tu duit dia.. dia berhak nak membeli kat memana pun & dia juga ada hak sebagai pengguna. Korang jangan pertikai kenapa & mengapa dia nak shopping online jugak kalau budget ciput. Ada sebab orang membeli secara online tak kira berapa besar pun budget dia. Salah satu mungkin dia tak cukup masa untuk keluar membeli belah.. mungkin juga dia susah nak jumpa barang yang dia nak kat luar. Yelah.. kadang2 duduk kawasan terpencil ni tak macam duduk kat bandar. Macam2 ada.. Korang fikir orang bandar je ke pandai shopping online. Orang kampung sekarang bersepah internet kat rumah. Orang kampung pun bersepah guna smartphone. Pentingnya korang tag harga pada barangan di jual adalah memudahkan pengguna untuk survey barang mengikut budget dorang. Korang tau tak.. ada pembeli takkan membeli dengan korang hanya sebab korang guna konsep PM harga.. kata dorang menyusahkan. Kan dah rugi. Buat apa nak sorok2 harga semata2 nak untung lebih.. Rezeki tu dari Allah. Kalau dah rezeki korang.. korang TAG harga sebesar alam pun.. tetap jadi rezeki korang jugak. Jangan takut persaingan.. sebab dalam perniagaan memang tak dapat lari dari pesaing. Sorok2 harga tu kadang2 buat anda lebih rugi banyak tanpa anda sedar.

Yang paling penting kenapa peniaga online ni perlu letak harga yang semua orang boleh nampak adalah sebab akta baru yang di keluarkan KPDNKK.. dimana salah satu syaratnya peniaga online harus memaparkan harga barang jualan. Kalau tak papar jadi salah. Yang meniaga online tu nak tahu lebih lanjut sila clik kat sini >>BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI

 Ni contoh peniaga online terbaik jugak la. Bukan setakat harga detail pasal besar, panjang, tinggi beg tu semua complete. Macam ni la senang pembeli nak survey.


 P/S : Laki den pun dah tak berapa ribu riban habis beli barang sejak dulu lagi kat online. Dia pun ada jual barang online jugak. Elok je laku barang dia jual even dia tag siap2 harga. Jangan pandang den ni semekin tak layak pulak shopping online walau den memang susah nak beli barang kat online. Baru try beli kasut.. Tu pun tak sampai lagi. Yelah kaki size 3.. kat luar ingat senang ke nak jumpa size 3.. bila ada orang jual kasut size 3 yang comel mesti la den excited. Tu juga salah satu sebab kenapa den beli jugak sepasang kasut tu online. Kalau proses penghantaran dia ok.. & kualiti kasut dia memuaskan.. Insya Allah den beli lagi. So, setiap apa yang orang buat tu mesti ada sebab bukan nak tunjuk kaya shopping online.


AWAS! PENIAGA MAKANAN KENA TAHU PASAL NI

Kadang peniaga ni nak jimat sesatu benda tu sampai buat benda yang menampakkan kebodohan sendiri juga mengundang kemarahan pelanggan. Itu biasa kita jumpa, & masih ramai lagi peniaga spesis nak untung banyak tapi nak modal sikit.

Salah satu spesis peniaga yang sang lekit rasa macam nak tunjal2 je dahi dia jenis peniaga makanan yang tahap bakhil (mustahil bodoh) sampai kalau kita minta dia bungkus makanan berkuah di sekalikan dalam satu plastik. Contoh kita minta dia bungkuskan meehon tomyam, dia bungkuskan tomyam & meehoon tu dalam 1 plastik, korang sendiri tau apa akan jadi kalau benda tu tak di makan dengan segera.

Ye betul.. meehoon itu akan menyerap kuah tomyam sampai kering & meehoon itu akan jadi lembik selembik lembiknya. Korang rasa ada selera nak telan lagi tak?? Tau la kalau ada orang memang suka makan mee, bihun,@ apa2 yang sewaktu dengannya bila dah lembik ala2 moi budak bawah setahun, kan?? Dalam kes ni depa (peniaga) bukan bodoh tapi nak buat kerja senang & mudah ja tanpa fikir sekali depa buat sorang pelanggan mungkin hilang. Takkan setiap kali nak beli bungkus kena remind asingkan kuah.. Restoran lain elok je tau apa yang patut & tak patut depa buat, takkan dah meniaga bertahun tahun tak reti lagi ye dak??

Tak semua peniaga jenis macam tu tapi percayalah masih ada lagi. Sang lekit pun ada juga dua tiga kali terkena.. Bila asben bungkuskan makanan berkuah macam tu depa bungkus 1 plastik. Sementara hamba Allah tu nak sampai rumah, dah lunyai la benda tu bercampur kuah. Sang lekit bukan jenis sampai2 terus makan.. nak settlekan hal laki & anak dulu. Dah rilex2 baru makan. Tapi sampai rumah pun dah ala2 moi budak bawak setahun, kalau tunggu sejam dua lagi bayangkan la apa jadi. Kalau sebelah umah restoran tu maunya aku suruh dia makan dulu. Kalau dia sendiri pun tak sanggup nak telan, baru senang nak bagi moral of the story

Jadi pada para peniaga makanan di Malaysia mahupun dunia.. Minta prihatin sikit yer. Nama pun awak meniaga, kalau awak menderma @ bersedekah pun harus memberi makanan yang terbaik juga inikan meniaga orang bayar bukan makan free. Sila bagi yang terbaik tak kira yang awak jual tu murah @ mahal. Berapa la sangat rega plastik tu.. Kalau rasa pasal plastik tu korang boleh bankrup.. baik jangan meniaga yer.. Pi keja makan gaji cukup bulan berbaris kat mesin ATM. Ada paham??!!

Moral of the story, jangan bungkus makanan macam bungkus sampah semua main campur jer sekali. Ada makanan yang perlu asingkan kuah & isi. Jadilah peniaga berhemah & Insya Allah berkat rezeki yang korang dapat. Sampah sekarang pun dah ada tong ikut kategori.. malu la sikit dengan tong sampah kalau korang (Peniaga) masih tak tau bungkus makanan korang ikut kategori & jenis makanan.





BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com